Pages

Selasa, April 19, 2011

Risalah Ilmu Hadith - Imam Hasan Al-Banna


Oleh: Muhammad Fathi 'Ali (pelajar Hadis di Universiti Iskandariah, Mesir)

Risalah Ilmu Hadith ini adalah tulisan Imam Hasan Al-Banna dalam salah sebuah majalah di Mesir pada tahun 1367H, sayangnya ia tidak dicetak bersama-sama buku Majmu' Rasail, tetapi khabarnya insyaAllah akan dicetak dan dimasukkan dalam kitab Majmu' Rasail cetakan yang baru.

Risalah ini boleh di dapati dan di download daripada salah satu laman web Imam Hasan Al-Banna (hasanalbanna.org) disini: www.hassanalbanna.org/...oks/10.pdf

Risalah sebanyak 20 muka surat ini mengandungi penjelasan ringkas dan padat Imam Hasan Al-Banna berkenaan beberapa istilah-istilah hadith seperti, apa itu riwayat, apa itu matan, apa itu sanad, apa itu khabar, hadith, athar, adakah terdapat perbezaan antara hadith,khabar dan athar? adakah ahli hadith membezakannya? apa itu hadith mutawatir, apa itu hadith ahad, jenis-jenis hadith seperti sahih, syarat hadith sahih, hadith hasan dan apa syarat hadith hasan, dhaif, maudhu',apa itu ziyadah thiqah? adakah ziyadah thiqah diterima secara mutlak? bagaimana pengamalan Imam Mutaqaddimin dalam masalah ziyadah thiqah? apa hukum bermala dengan hadith sahih? apa hukum bermal dengan hadith dhaif?dan sebagainya. Pada pemerhatian ana, penjelasan Al-Banna berkenaan adalah baik dan ringkas (iaitu kebanyakan penjelasan mustolah hadith berdasarkan manhaj mutaakhirin).

Ini juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau ketika menyusun kitab Al-Ma'thurat, beliau menyusun dengan pengetahun beliau berkenaan ilmu mustolah hadith, beliau tahu hadith terbahagi kepada hadith sahih, hasan, dhaif dan sebagainya.

MasyaAllah. Sungguh ini adalah pertama kali ana mengatahui bahawa Syaikh Hasan Al-Banna mempunyai Risalah dalam Ilmu Hadith! Maka sangat lah tersasar dan terpesong anggapan dan syubhat bahawa beliau merupakan seorang yang tidak `alim dalam ilmu hadith! Bahkan beliau adalah `alim dalam ilmu hadith!

Moga Allah merahmati Syaikh Hasan Al-Banna, dan menerima segala amal soleh beliau.
______________________________________________________
Nantikan penerbitan buku Risalah Ilmu Hadith ini dalam bahasa Melayu terjemahan oleh sahabat saya yang dikasihi, al-akh Fathi al-Sakandariy.

2 komentar:

Blog Master Jabatan Matematik IPG KBM mengatakan...

Salam. Ruginya saya x pandai bbahasa Arab...x dpt ambil manfaat dari hasil tulisan albanna.

Unknown mengatakan...

Salam akhie.. Semoga enta dirahmati Allah di atas pendedahan ini.. Tapi sayang, ana tak pandai Bahasa Arab untuk baca e-Book berkenaan..huhu..