Pages

Tampilkan postingan dengan label Buku-buku Bermanfaat. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Buku-buku Bermanfaat. Tampilkan semua postingan

Selasa, April 19, 2011

Risalah Ilmu Hadith - Imam Hasan Al-Banna


Oleh: Muhammad Fathi 'Ali (pelajar Hadis di Universiti Iskandariah, Mesir)

Risalah Ilmu Hadith ini adalah tulisan Imam Hasan Al-Banna dalam salah sebuah majalah di Mesir pada tahun 1367H, sayangnya ia tidak dicetak bersama-sama buku Majmu' Rasail, tetapi khabarnya insyaAllah akan dicetak dan dimasukkan dalam kitab Majmu' Rasail cetakan yang baru.

Risalah ini boleh di dapati dan di download daripada salah satu laman web Imam Hasan Al-Banna (hasanalbanna.org) disini: www.hassanalbanna.org/...oks/10.pdf

Risalah sebanyak 20 muka surat ini mengandungi penjelasan ringkas dan padat Imam Hasan Al-Banna berkenaan beberapa istilah-istilah hadith seperti, apa itu riwayat, apa itu matan, apa itu sanad, apa itu khabar, hadith, athar, adakah terdapat perbezaan antara hadith,khabar dan athar? adakah ahli hadith membezakannya? apa itu hadith mutawatir, apa itu hadith ahad, jenis-jenis hadith seperti sahih, syarat hadith sahih, hadith hasan dan apa syarat hadith hasan, dhaif, maudhu',apa itu ziyadah thiqah? adakah ziyadah thiqah diterima secara mutlak? bagaimana pengamalan Imam Mutaqaddimin dalam masalah ziyadah thiqah? apa hukum bermala dengan hadith sahih? apa hukum bermal dengan hadith dhaif?dan sebagainya. Pada pemerhatian ana, penjelasan Al-Banna berkenaan adalah baik dan ringkas (iaitu kebanyakan penjelasan mustolah hadith berdasarkan manhaj mutaakhirin).

Ini juga secara tidak langsung menunjukkan bahawa beliau ketika menyusun kitab Al-Ma'thurat, beliau menyusun dengan pengetahun beliau berkenaan ilmu mustolah hadith, beliau tahu hadith terbahagi kepada hadith sahih, hasan, dhaif dan sebagainya.

MasyaAllah. Sungguh ini adalah pertama kali ana mengatahui bahawa Syaikh Hasan Al-Banna mempunyai Risalah dalam Ilmu Hadith! Maka sangat lah tersasar dan terpesong anggapan dan syubhat bahawa beliau merupakan seorang yang tidak `alim dalam ilmu hadith! Bahkan beliau adalah `alim dalam ilmu hadith!

Moga Allah merahmati Syaikh Hasan Al-Banna, dan menerima segala amal soleh beliau.
______________________________________________________
Nantikan penerbitan buku Risalah Ilmu Hadith ini dalam bahasa Melayu terjemahan oleh sahabat saya yang dikasihi, al-akh Fathi al-Sakandariy.

Minggu, Januari 02, 2011

Buku-buku Bagus Untuk Bacaan Awal Tahun 2011

The Power of Idea: Meraih Cita-Cita dengan Semangat Membara
Syeikh Muhammad Ismail al-Muqaddam
522 halaman
Robbani Press


Buku yang berisikan motivasi memang ada, namun ilustrasi dan muatan yang diangkat sering kali diadopsi dari peradaban yang lahir dari rahim agama lain. Lebih tepatnya peradaban Barat. Sementara buku-buku itu juga dikonsumsi oleh pembaca Muslim. Maka sudah saatnya para ahli dan cendekiawan kita menggali khasanah Islam, yang sesungguhnya kaya dengan pesan-pesan motivasi. Dan Muhammad Ahmad Ismail, dengan buku bagusnya ini, telah memulainya.

Gali buku ini, Anda pun akan mendapatkan ceramah motivasi yang berapi-api dan sangat menyengat. Bila Islam kini membutuhkan umat yang mempunyai etos dan motivasi tinggi, maka buku ini memberikan suntikan energi yang dahsyat sekali. Karena itu, karya spektakuler ini harus dibaca oleh para pemimpin, manajer, eksekutif, pebisnis, orang tua, pemuda, pelajar, dan siapa pun yang tidak suka dengan kemalasan, keterbelakangan, kemiskinan, kebodohan, dan kondisi stagnan.

Seperti yang diabadikan dalam sejarah, kurun demi kurun kaum Muslimin dulu kala telah melakukan lompatan yang mempesona dalam mewarnai wajah bumi ini dengan kekuatan, keberanian, kearifan, ilmu pengetahuan, cahaya dan petunjuk. Maka bersama buku ini, mari kita sambut era baru di mana generasi-generasi Islam hebat hadir kembali memoles dunia in
i.

Boleh beli di Fajar Ilmu Baru, http://fajarilmubaru.com.my
RM49.80

Tajuk: Kejatuhan Kerajaan Turki Uhtmaniyyah: Suatu Analisis Ke Atas Peranan Gerakan "Wahhabiyyah".
Pengarang: Ibnu Ahmadain al-Barlisi.
Penerbit: Jahabersa. www.jahabersa.com.my
Harga: RM20.00 (soft cover, 279ms).
Di mana: Kedai-kedai yang lazim menjual terbitan Jahabersa atau pesan terus secara online.

Sinopsis buku di kulit belakang:

Banyak orang menyandarkan kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah kepada gerakan islah Muhammad bin Abdul Wahhab, atau lebih dikenali sebagai gerakan “Wahhabiyyah”.

Benarkah sandaran atau ia semata-mata tuduhan? Pengarang buku ini cuba menganalisa persoalan ini dengan mengkaji sumber-sumber sejarah yang ditulis oleh ahli sejarah pelbagai pihak. Keputusan kajian agak memeranjatkan!

Ulasan tambahan:

Saya sudah membaca skrip buku ini sebelum ia diserahkan kepada penerbit. Alhamdulillah, ia adalah karya tulen yang meletakkan tahap yang baru (new standard) dalam meneliti sejarah kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.

Ia asalnya merupakan jawapan dan bantahan kepada Uthman el-Muhammady yang kerap kali menuduh gerakan Wahabi sebagai punca umat Islam masa kini tidak memiliki Khilafah bagaikan anak yang tidak memiliki bapa.

Kajian merujuk kepada pelbagai sumber sejarah sama ada dari Timur Tengah, Nusantara dan juga Eropah.

Jangan terkejut bahawa bangsa Melayu dan Kesultanan Melayu ada juga peranan dalam isu ini.

Dikemukakan juga beberapa fakta sejarah yang berkaitan sehingga kepada sejarah kemasukkan Yahudi ke Timur Tengah (Palestin) dan peranan Asya'irah-Matuduriyyah dalam semua ini.

Buku ini mesti dibaca oleh semua orang yang prihatin kepada isu khilafah, wahabi dan Palestin-Yahudi.