Pages

Tampilkan postingan dengan label Ulasan Bukuku. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Ulasan Bukuku. Tampilkan semua postingan

Selasa, Juni 16, 2009

Ulasan Daripada Pembaca Mengenai Buku Saya 2

Petikan ulasan daripada blog http://catatansufi.blogspot.com/2009/06/catatan-buku-yang-perlu-dibaca.html

Inilah buku terbaru dalam proses pembacaanku. Buku berjudul "Lembaran Hidup Ulama'' karangan seorang penulis muda lagi berbakat (Muhammad Abdulloh Suradi) ini menghimpunkan lebih 35 biografi ulama-ulama Islam yang terkenal dalam dan luar negara di antaranya Imam Abu Hanifah, Imam Al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain lagi.

Satu kepuasan bagiku apabila menyelak helaian demi helaian buku yang penuh berinformasi dini ini. Walaupun para ulama yang dicatatkan di dalam buku ini sudah lama meningalkan dunia fana ini, namun lintasan sejarah kegigihan, kehebatan, kewarakan serta kesungguhan mereka menjadi satu pengajaran dan pedoman yang perlu diteladani seolah-seolah mereka masih berada di dunia ini. Inilah kehebatan Ulama hakiki, walaupun sudah tiada, namun masih ter"BLUETOOTH" lagi keperibadian mereka terhadap kita.

Antum di luar sana bila lagi nak memiliki kazanah ilmu ini??? Kepada penulis semoga usaha anta akan menjadi tiket untuk ke syurga. BARAKALLAHUFIKA.

- " ALANGKAH INDAHNYA DIRI DAPAT BERDAMPING DENGAN PARA ULAMA SENTIASA. MENEGUK RASA MANIS BERSAMA ALLAH SETIAP SAAT" (IBN MUBARAK)

* Ulasan pertama:
http://tamanulama.blogspot.com/2009/05/ulasan-daripada-pembaca-mengenai-buku_31.html

Minggu, Mei 31, 2009

Ulasan Daripada Pembaca Mengenai Buku Saya

(Berikut petikan di bawah ini ialah ulasan daripada salah seorang pembaca & blogger yang telah memiliki buku saya. Blognya ialah http://www.abu-alawi.blogspot.com Syukran, akhi Ahmad Naqiuddin kerana telah membeli buku saya. Moga dalam lindunganNya selalu.)

Hari ini selepas penulis balik dari satu majlis perkahwinan di ampang, penulis mengambil kesempatan untuk ke kedai buku di sebuah pasaraya berhampiran dengan kediaman penulis. Hajatnya, adalah untuk beli satu buku yang penulis usya semalam yg bertajuk:
Buku yang setebal 323 m/s ini memaparkan ttg sejarah hidup dan manaqib ulamak-ulamak terulung ketika dahulu yang byk berjasa kepada ummah..

Bila ditatap dn dibaca buku ini, ahh! Berasa malu plak.. apabila mmbaca ttg pengorbanan dan kehebatan para ulamak-ulamak dulu. Apalah yg sudah aq sumbang untuk agama ini? Skang ni masih pada tahap menuntut ilmu lg.. moga tuhan tetapkan ak di jalan yang betul.

Antara manaqib ulamak yg dimuatkan dalam buku ini:
-Imam Bukhari
-Imam Muslim
-Imam Syafie
-Maulana Zakariya Al-Kandahlawi
-Syeikh Abdul Fattah Abdul Ghuddah
-Sayyid Abdullah Siddiq al-Ghumari
-Syeikh Mutawalli Sya’rawi

Yg peliknya, bila tgk biodata pengarang ni, la.. lahir tahun 1989!!?? Sama umur ngn kakak aku je.. tetapi dh buleh buat kumpulkan artikel2 tentang ulamak dn mengolahnya,seterusnya menjadikan sebuah buku..

Blog penulis buleh dilihat di sini: http://taman-buku.blogspot.com/ *blog Abdullah nie byk sebenarnya, buleh la tgk di laman blog yang sudah diberi..

Penulis syorkan untuk korang sume untuk membaca buku ini terutamanya pada masa terluang, dapat gak kenal-kenal ulamak kita, terutamanya ulamak nusntara dan Tanah Melayu kita sendiri..