Pages

Tampilkan postingan dengan label Karya Bukuku. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Karya Bukuku. Tampilkan semua postingan

Senin, April 18, 2011

2 Buku Saya Sudah Boleh Dimiliki

Alhamdulillah, 2 buku baru sudah pun berada di pasaran. Dan boleh didapatkan di kedai2 buku agama berhampiran anda. Insya Allah, boleh juga didapatkan pada pesta buku nanti. Stok baru sampai pagi tadi. Kepada sesiapa yang ingin menempah buku-buku ini, boleh hubungi dan mesej saya di no, 016-8219260. Terima kasih.

Biografi Ulama' Sunnah India
Perniagaan Jahabersa
127 m/s
RM8.90

Buku ini menghimpunkan 8 biografi ulama sunnah di India. Hubungan keagaman antara Benua India dengan rantau Nusantara sudah terjalin sejak sekian lama. Begitu juga hubungan keilmuan Islam antara negara India sendiri dengan Tanah Melayu kita sudahpu
n melakarkan sejarahnya yang tersendiri. Antara ulama melayu terkenal yang pernah belajar di India ialah Tok Khurasan.

Maulana Zakariya al-Kandahlawi, belajar di stesen keretapi; Maulana Abul Hasan Ali An-Nadwi, seusia 15 tahun sudah menghafal syair Iqbal; Syeikh Dr Ihsan Ilahi Zahir, pejuang sunnah yang menemui syahid; Syeikh Syafiurrahman al-Mubarakfuri, menulis sebuah kitab sirah Nabi yang terbaik dan sahih abad ini.

Turut disajikan dalam buku ini, gambar-gambar para ulama sunnah India yang eksklusif yang sukar dan jarang ditemukan dan dilihat.
Risalah Nur - Petunjuk Bagi Perempuan
Penulis: Badiuzzaman Said Nursi
Alihbahasa dan Tambahan: Muhammad Abdulloh Suradi
Perniagaan Jahabersa
154 m/s
RM10.90

Buku ini merupakan terjemahan daripada karya asal berjudul Risalah Akhawat, himpunan dari beberapa risalah dari kitab Risalah Nur karya agung Badiuzzaman Said Nursi. Memandangkan risalah ini sangat berguna dan bermanfaat, saya cuba menterjemahkannya ke dalam bahasa ibunda tercinta kita, bahasa Melayu.

Dalam Risalah Akhawat ini, Said Nursi menulisnya khusus untuk para perempuan dalam membicarakan dan memberi petunjuk kepada setiap perempuan melalui pemikirannya yang penuh haruman hikmah dan kilauan iman yang pasti meresap di segenap hati bagi sesiapa yang menghadam dan menukil tulisan-tulisannya.

Dalam pandangan Nursi, dari sudut fitrah setiap wanita mempunyai kemuliaan, keistimewaan dan kedudukan yang setara dengan setiap lelaki, walaupun secara fizikal memiliki tugas kehidupan uniknya masing-masing. Setiap wanita menginginkan lelaki sebagaimana setiap lelaki memerlukan wanita, bukan hanya untuk kehidupan duniawi yang fana ini tetapi menembus sampai kehidupan ukhrawi kelak. Keduanya bukan hanya akan bersanding di mahligai duniawi, melainkan juga di mahligai syurgawi akhirat nanti.

Minggu, Februari 27, 2011

2 Buku Saya Akan Terbit

Sedang dalam proses pencetakan.

Senin, November 29, 2010

Buku Baru: Ulama Warisan Rasulullah

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti akhirnya buku kedua saya berjudul 'Ulama Warisan Rasulullah: Biografi Ulama Habaib' terbitan Inteam Publishing telah berada di pasaran. 

Ulama Habaib ialah ulama-ulama berketurunan Rasulullah SAW. Biografi mereka dihimpunkan dalam buku ini sebagai mengingati jasa-jasa mereka yang kekal mengharum meskipun mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Ulama habaib yang diceritakan dalam buku ini terdiri daripada ulama habaib seluruh dunia termasuk dari Yaman, Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Singapura. Sebahagian daripada ulama-ulama habaib ini dianggap sebagai wali Allah dan mempunyai karamah tersendiri.

Antara ulama habaib yang terkenal termasuk Habib Muhammad Husein al-Aidrus, Habib Alwi Muhammad al-Haddad, Habib Ahmad Alwi al-Haddad, Habib Muhammad Idrus al-Habsyi, dan Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Seorang daripada mereka iaitu Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pernah menjadi mufti Johor dan dianggap ulama dan sejarawan yang hebat pada zamannya.

Habib Muhammad Husein Al-Aidrus, ulama yang pendiam? Habib Alwi Muhammad Al-Haddad, sangat menjaga jarak dengan pemerintah? Habib Ahmad Alwi Al-Haddad, berkelakuan ganjil? Habib Muhammad Idrus Al-Habsyi yang mengasihi fakir miskin dan anak yatim, Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki yang pemurah, Habib Anis Alwi Al-Habsyi yang bersenyuman manis menawan.

Turut disajikan gambar-gambar para ulama habaib yang menarik dan kata-kata ulama di setiap akhir biografi mereka meski tidak kesemuanya.

Dalam buku ini juga, ada sebuah biografi ulama habaib bernama Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki di mana salah seorang murid beliau merupakan guru saya, Ustaz Bahtiar bin Hud. Saya ada selitkan gambar guru saya dan sahabat-sahabatnya bersama Sayyid Muhammad dalam biografi beliau tersebut.

Harga senaskhah: RM25.00 (Sem. Malaysia) RM28.00 (Sabah/Sarawak)

Anda boleh memesan buku ini melalui penerbit Inteam Publishing di http://bacadengaramal.blogspot.com

Sabtu, Agustus 07, 2010

Karya Terbaru Saya, Nantikan...

Contoh kulit buku karya terbaru saya, 'Ulama Warisan Rasulullah SAW'. Insya Allah, akan terbit selepas Hari Raya Aidilfitri ini. Terbitan Inteam Publishing. Nantikan...

Rabu, Mei 06, 2009

Info Buku Lembaran Hidup Ulama' (Bahagian Akhir)

"Aku melihat menyibukkan diri dengan fiqah dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dengan perkara-perkara yang melembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang soleh."
(Ibnu Jauzi)
"Adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam melembutkan hati. Sesungguhnya yang melembutkan hati ialah dengan menyebut cerita-cerita yang menyentuh hati dan cerita-cerita orang soleh kerana mereka ialah golongan memahami maksud daripada hadis-hadis yang dinukil. Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut."
(Ibnu Jauzi)

Sabtu, April 25, 2009

Info Buku Lembaran Hidup Ulama' (Bahagian 1)

Imam Syafie & Imam Ahmad pandai bersyair? Imam Malik tahu menyanyi? Ibnu Firnas, lakukan cubaan pertama terbang di udara? Ibnu Sina, selamatkan perut raja? Ibnu Sirin, pandai menafsir mimpi? Ibnu Hazm, sibuk bercinta? Imam Nawawi, membujang demi ilmu? Hamka, ceramahnya boleh memukau orang? Imam Bukhari, kuburnya berwangi Misk? Jenazah Imam Ahmad, Said Nursi & Syeikh Al-Albani dihadiri ramai orang?

Buku ini mengajak pembaca untuk menyusuri kisah hidup para ulama dengan lebih mendalam lagi merangkumi kehidupan, peribadi, minat, ilmu, keluarga dan jasa-jasa dan sumbangan para ulama yang hebat. Agar mereka lebih mengenal keperibadian dan kehebatan-kehebatan para ulama dalam pelbagai bidang ilmu.

Buku ini menghimpunkan 35 biografi ulama seluruh dunia dalam pelbagai bidang ilmu. Di antaranya ulama yang alim dalam bidang ilmu fiqh, ilmu hadis, ilmu tasauf, ilmu sastera, ilmu perubatan, ilmu falsafah dan sebagainya. Ada di antara mereka yang mahir dengan memberi penumpuan satu ilmu itu secara mendalam dan ada juga yang mahir dalam kebanyakan bidang ilmu.

Buku ini juga telah disajikan dengan gambar-gambar para ulama yang menarik supaya anda lebih menghayati kehidupan seseorang ulama itu. Apabila kita melihat wajah seseorang ulama, itu sebenarnya telah dikira sebagai ibadah.

Selain daripada gambar-gambar para ulama, buku ini juga diselangi dengan kata-kata hikmah para ulama di akhir setiap biografi para ulama. Juga turut diselangi dengan puisi-puisi para ulama yang menarik. Saya juga telah menciptakan dua puisi khusus mengenai ulama untuk buku ini.

Di harapkan, buku ini dapat lebih menyedarkan kita akan kehidupan para ulama yang penuh dengan kemuliaan dan manfaat yang jarang kita hayati, peribadi mereka yang jarang kita teladani, sifat dan minat mereka jarang kita ketahui, keluarga mereka yang jarang kita ambil tahu dan sumbangan mereka yang jarang kita hargai.

Jumat, April 24, 2009

Buku Saya Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Buku saya yang berjudul Lembaran Hidup Ulama' - Warisan Ilmuwan Islam akan berada di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 mulai esok, 25 April 2009 di gerai Hijjaz Records Publishing (HRP). Gerai HRP berada di no. 80 dekat dengan pintu masuk Dewan Tun Hussein Onn.

Buku ini baru dijual di pesta buku esok tetapi belum lagi berada di pasaran. Insya Allah, kemungkinan mulai berada di pasaran minggu depan. Tetapi, saya tidak berada di situ esok. Jadi, kepada sesiapa yang hendak membeli buku ini, bolehlah pergi ke gerai HRP esok ye. Dengan harga RM28.90 bersama penanda buku sekali. Insya Allah, Hijjaz akan bagi diskaun 10%. Dapatkan juga buku-buku terbaru terbitan Hijjaz yang lain seperti dalam gambar di atas.

Senin, Maret 30, 2009

Buku Baru: Lembaran Hidup Ulama' - Warisan Ilmuwan Islam

Kata-Kata Penulis

Sesungguhnya segala puji milik Allah, kami memujiNya, memohon pertolongan dan ampunan kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah dari berbagai kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi s.a.w., beserta keluarga, para sahabat dan pengikutnya yang lurus hingga hari kiamat.

Para ahli ilmu baik yang terdahulu hingga saat ini telah menulis & menyusun sejarah para ulama. Mereka menyusun karya-karya besar menyebutkan kemuliaan dan peninggalan-peninggalan mereka sebagai kenyataan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati seorang yang lebih tua, tidak menyayangi seorang yang lebih kecil dan tidak mengakui hak seorang alim.” (Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani)

Sesungguhnya kisah hidup para ulama penuh dengan haruman hikmah, teladan, ilmu dan manfaat. Apabila kita membaca sesuatu kisah hidup ulama itu, pastinya kita akan mendapat ketenangan hati dan semangat diri. Juga dapat melembutkan hati kita dan seterusnya dapat meneladani peribadi para ulama yang penuh dengan mutiara kemuliaan.

Buku ini mengajak pembaca untuk menyusuri kisah hidup para ulama dengan lebih mendalam lagi merangkumi kehidupan, peribadi, minat, ilmu, keluarga dan jasa-jasa dan sumbangan para ulama yang hebat. Agar mereka lebih mengenal keperibadian dan kehebatan-kehebatan para ulama dalam pelbagai bidang ilmu.

Tentu ramai lagi yang belum mengetahui bahawa para ulama itu bukan sahaja hebat dalam bidang ilmu yang mereka ceburi, tetapi ada di antara para ulama itu memiliki kelebihan yang luar biasa dalam bidang ilmu yang lainnya lagi. Pernahkah anda mendengar, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal pandai mengalunkan syair? Imam Malik tahu menyanyi?

Ini sebenarnya ialah kelebihan mereka masing-masing dalam bidang ilmu tersebut. Mereka telah cuba berusaha untuk menuntut dan mempelbagaikan ilmu mereka selain didorong oleh minat mereka sendiri. Ini ialah suatu kebanggaan yang patut kita kagumi.

Selain itu, Ibnu Firnas ialah orang pertama melakukan cubaan terbang di udara dalam sejarah. Ramai tidak mengetahui perkara ini sebenarnya. Kita lebih mengetahui mengenai Wright Bersaudara yang telah mencipta pesawat terbang berbanding ilmuwan Islam kita ini yang telah terlebih dahulu melakukan percubaan terbang di udara, seribu tahun sebelum Wright.

Seseorang ulama itu juga sanggup menghabiskan seluruh hidup dan masa mereka untuk perkara-perkara yang bermanfaat sahaja. Sehinggakan Imam Nawawi, lebih rela membujang untuk dapat menelaah dan mengkaji ilmu dengan lebih lagi.

Kemuncak kemuliaan seseorang itu dapat dilihat pada saat-saat akhir hayatnya. Seperti yang telah berlaku pada akhir hayat Imam Ahmad bin Hanbal, Badiuzzaman Said Nursi dan Syeikh Al-Albani. Jenazah mereka telah dihadiri dan ditangisi ramai orang yang mencecah ribuan jumlahnya. Perjuangan, kemuliaan dan kebenaran para ulama tersebut tampak pada hari kematian mereka.

Kita sepatutnya lebih bangga dan kagum dengan para ulama yang telah menyerahkan seluruh hidup mereka untuk Islam tercinta. Kita sepatutnya menjadikan mereka wira idaman yang kita minati dan sanjungi. Daripada kita menjadikan tokoh-tokoh Barat, artis-artis Barat dan sebagainya sebagai wira idaman.

Pemuda-pemudi kini lebih banyak menjadikan tokoh-tokoh Barat dan artis-artis Barat sebagai wira mereka. Sepatutnya mereka sedar yang wira-wira mereka itu tidak patut untuk dijadikan teladan dalam hidup. Kerana kehidupan mereka penuh dengan kegelapan. Mereka sanggup mengambil banyak tahu mengenai kehidupan, peribadi dan minat tokoh-tokoh yang penuh dengan kegelapan.

Kita sepatutnya lebih merasa bangga dengan wira kita sendiri seperti yang terutama sekali ialah Rasulullah s.a.w., para sahabat Nabi s.a.w. dan para ulama yang kehidupan mereka jauh lebih mulia lagi dan penuh dengan hikmah teladan.

Kehidupan para ulama sangat bermanfaat untuk dibaca dan dihayati dalam cabaran dan fatamorgana dunia kini. Hati kita akan bisa menjadi lembut dan akan dituruni rahmat apabila kita membaca dan menghayati kehidupan para ulama. Banyak akan kita dapati ilmu dan manfaat mereka. Dan kita akan temui diri kita sebenarnya kembali, menguatkan semangat kita dan seterusnya menyemarakkan semangat perjuangan kita untuk Islam.

Buku ini juga telah disajikan dengan gambar-gambar para ulama yang menarik supaya anda lebih menghayati kehidupan seseorang ulama itu. Apabila kita melihat wajah seseorang ulama, itu sebenarnya telah dikira sebagai ibadah.

Di harapkan, buku ini dapat lebih menyedarkan kita akan kehidupan para ulama yang penuh dengan kemuliaan dan manfaat yang jarang kita hayati, peribadi mereka yang jarang kita teladani, sifat dan minat mereka jarang kita ketahui, keluarga mereka yang jarang kita ambil tahu dan sumbangan mereka yang jarang kita hargai.

Tatapilah karya pertama yang telah saya hasilkan ini. Semoga anda dan diriku sendiri lebih menghargai dan mengenang jasa-jasa para ulama yang begitu besar demi Islam tercinta. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan Allah SWT dan kira sebagai amal soleh yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat ini. Amin.

Muhammad Abdulloh bin Suradi @ M.A.Uswah
16 Februari 2009
Sandakan, Sabah

www.tamanulama.blogspot.com


Penanda buku di dalam... Dapatkan segera!

Boleh pesan melalui saya atau dengan Hijjaz melalui http://lamanpenerbithrp.blogspot.com apabila terbit dan dipasarkan pada bulan April nanti.
________________________________________________________
Perincian Buku:
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman | Penulis : Muhammad Abdulloh Suradi | Editor / Pruf : Zuryati Isa | Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Siti Amin | Konsep Kulit Buku : Bert/Abaios | Rekabentuk Luaran : Fadly Halim | Model/Khat : Abai Os | Muka Surat : 330 | Terbitan : Hijjaz Records Publishing | Edaran : Marketing Dept. HRSB | Tarikh diPasarkan : April 2009 | Harga Semenanjung : RM28.90 | Harga Sabah / Sarawak : RM30.90 | Harga Singapura / Brunei : $17.00