Pages

Senin, Maret 30, 2009

Buku Baru: Lembaran Hidup Ulama' - Warisan Ilmuwan Islam

Kata-Kata Penulis

Sesungguhnya segala puji milik Allah, kami memujiNya, memohon pertolongan dan ampunan kepadaNya. Kami berlindung kepada Allah dari berbagai kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amal perbuatan kami. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada Nabi s.a.w., beserta keluarga, para sahabat dan pengikutnya yang lurus hingga hari kiamat.

Para ahli ilmu baik yang terdahulu hingga saat ini telah menulis & menyusun sejarah para ulama. Mereka menyusun karya-karya besar menyebutkan kemuliaan dan peninggalan-peninggalan mereka sebagai kenyataan sabda Rasulullah s.a.w.:

“Tidak termasuk golongan kami orang yang tidak menghormati seorang yang lebih tua, tidak menyayangi seorang yang lebih kecil dan tidak mengakui hak seorang alim.” (Riwayat Ahmad, disahihkan oleh Al-Albani)

Sesungguhnya kisah hidup para ulama penuh dengan haruman hikmah, teladan, ilmu dan manfaat. Apabila kita membaca sesuatu kisah hidup ulama itu, pastinya kita akan mendapat ketenangan hati dan semangat diri. Juga dapat melembutkan hati kita dan seterusnya dapat meneladani peribadi para ulama yang penuh dengan mutiara kemuliaan.

Buku ini mengajak pembaca untuk menyusuri kisah hidup para ulama dengan lebih mendalam lagi merangkumi kehidupan, peribadi, minat, ilmu, keluarga dan jasa-jasa dan sumbangan para ulama yang hebat. Agar mereka lebih mengenal keperibadian dan kehebatan-kehebatan para ulama dalam pelbagai bidang ilmu.

Tentu ramai lagi yang belum mengetahui bahawa para ulama itu bukan sahaja hebat dalam bidang ilmu yang mereka ceburi, tetapi ada di antara para ulama itu memiliki kelebihan yang luar biasa dalam bidang ilmu yang lainnya lagi. Pernahkah anda mendengar, Imam Syafie dan Imam Ahmad bin Hanbal pandai mengalunkan syair? Imam Malik tahu menyanyi?

Ini sebenarnya ialah kelebihan mereka masing-masing dalam bidang ilmu tersebut. Mereka telah cuba berusaha untuk menuntut dan mempelbagaikan ilmu mereka selain didorong oleh minat mereka sendiri. Ini ialah suatu kebanggaan yang patut kita kagumi.

Selain itu, Ibnu Firnas ialah orang pertama melakukan cubaan terbang di udara dalam sejarah. Ramai tidak mengetahui perkara ini sebenarnya. Kita lebih mengetahui mengenai Wright Bersaudara yang telah mencipta pesawat terbang berbanding ilmuwan Islam kita ini yang telah terlebih dahulu melakukan percubaan terbang di udara, seribu tahun sebelum Wright.

Seseorang ulama itu juga sanggup menghabiskan seluruh hidup dan masa mereka untuk perkara-perkara yang bermanfaat sahaja. Sehinggakan Imam Nawawi, lebih rela membujang untuk dapat menelaah dan mengkaji ilmu dengan lebih lagi.

Kemuncak kemuliaan seseorang itu dapat dilihat pada saat-saat akhir hayatnya. Seperti yang telah berlaku pada akhir hayat Imam Ahmad bin Hanbal, Badiuzzaman Said Nursi dan Syeikh Al-Albani. Jenazah mereka telah dihadiri dan ditangisi ramai orang yang mencecah ribuan jumlahnya. Perjuangan, kemuliaan dan kebenaran para ulama tersebut tampak pada hari kematian mereka.

Kita sepatutnya lebih bangga dan kagum dengan para ulama yang telah menyerahkan seluruh hidup mereka untuk Islam tercinta. Kita sepatutnya menjadikan mereka wira idaman yang kita minati dan sanjungi. Daripada kita menjadikan tokoh-tokoh Barat, artis-artis Barat dan sebagainya sebagai wira idaman.

Pemuda-pemudi kini lebih banyak menjadikan tokoh-tokoh Barat dan artis-artis Barat sebagai wira mereka. Sepatutnya mereka sedar yang wira-wira mereka itu tidak patut untuk dijadikan teladan dalam hidup. Kerana kehidupan mereka penuh dengan kegelapan. Mereka sanggup mengambil banyak tahu mengenai kehidupan, peribadi dan minat tokoh-tokoh yang penuh dengan kegelapan.

Kita sepatutnya lebih merasa bangga dengan wira kita sendiri seperti yang terutama sekali ialah Rasulullah s.a.w., para sahabat Nabi s.a.w. dan para ulama yang kehidupan mereka jauh lebih mulia lagi dan penuh dengan hikmah teladan.

Kehidupan para ulama sangat bermanfaat untuk dibaca dan dihayati dalam cabaran dan fatamorgana dunia kini. Hati kita akan bisa menjadi lembut dan akan dituruni rahmat apabila kita membaca dan menghayati kehidupan para ulama. Banyak akan kita dapati ilmu dan manfaat mereka. Dan kita akan temui diri kita sebenarnya kembali, menguatkan semangat kita dan seterusnya menyemarakkan semangat perjuangan kita untuk Islam.

Buku ini juga telah disajikan dengan gambar-gambar para ulama yang menarik supaya anda lebih menghayati kehidupan seseorang ulama itu. Apabila kita melihat wajah seseorang ulama, itu sebenarnya telah dikira sebagai ibadah.

Di harapkan, buku ini dapat lebih menyedarkan kita akan kehidupan para ulama yang penuh dengan kemuliaan dan manfaat yang jarang kita hayati, peribadi mereka yang jarang kita teladani, sifat dan minat mereka jarang kita ketahui, keluarga mereka yang jarang kita ambil tahu dan sumbangan mereka yang jarang kita hargai.

Tatapilah karya pertama yang telah saya hasilkan ini. Semoga anda dan diriku sendiri lebih menghargai dan mengenang jasa-jasa para ulama yang begitu besar demi Islam tercinta. Semoga usaha saya ini mendapat keredhaan Allah SWT dan kira sebagai amal soleh yang berpanjangan sehingga ke akhir hayat ini. Amin.

Muhammad Abdulloh bin Suradi @ M.A.Uswah
16 Februari 2009
Sandakan, Sabah

www.tamanulama.blogspot.com


Penanda buku di dalam... Dapatkan segera!

Boleh pesan melalui saya atau dengan Hijjaz melalui http://lamanpenerbithrp.blogspot.com apabila terbit dan dipasarkan pada bulan April nanti.
________________________________________________________
Perincian Buku:
Penerbit / Editor Urusan : Mohd Faizal Osman | Penulis : Muhammad Abdulloh Suradi | Editor / Pruf : Zuryati Isa | Rekaletak / Aturhuruf Dalaman : Siti Amin | Konsep Kulit Buku : Bert/Abaios | Rekabentuk Luaran : Fadly Halim | Model/Khat : Abai Os | Muka Surat : 330 | Terbitan : Hijjaz Records Publishing | Edaran : Marketing Dept. HRSB | Tarikh diPasarkan : April 2009 | Harga Semenanjung : RM28.90 | Harga Sabah / Sarawak : RM30.90 | Harga Singapura / Brunei : $17.00

Minggu, Maret 29, 2009

Jangan Bersedih, Bila Anda Masih Menjaga Kebaikan



Tangan-tangan mengadah mendoakan anda dan bibir memuji atas kebaikan yang anda berikan. Sesungguhnya pujian itu adalah nyawa kedua, anak yang abadi, warisan yang awet serta peninggalan yang diberkahi.

Seorang penyair berkata:

Seolah kau menemukan mutiara dalam buku.
Kau menjadi tahu bahawa yang haram
tidaklah halal bagimu.
Bila musim dingin tiba, kaulah matahari
dan bila musim panas datang
kaulah tempat berteduh.
Kau tidak pernah mengetahui
harta yang kau infaqkan
apakah banyak ataukah sedikit.
Kau menerima balasan dari orang sekitarmu
atas setiap kebaikan yang kau lakukan.
Kaulah sang pahlawan terhormat dan termulia.
Bila kami berpapasan denganmu
kami lihat cahaya di wajahmu
bagai seorang penakut mendapat suluh
di tengah malam.
Mengingatimu dalam setiap waktu
memberikan kami pertunjuk ke jalan baik
dan menyebut namamu berulang kali
tidak membosankan.
Kami rela mengorbankan jiwa kami
dengngan segala derita
laksana jamaah haji sedang bertahallul.


Umar Al-Khattab r.a. pernah mengatakan: "Kami mendapatkan sebaik-baik kehidupan kami di dalam sabar."

Dia juga berkata: 'Sebaik-baik kehidupan yang kami alami adalah dengan kesabaran. Seandainya kesabaran itu seorang lelaki, pastilah dia seorang lelaki yang terhormat."

Ali bin Abi Talib r.a. pernah berkata: "Ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad. Jika kepala diputus tidak ada gunanya jasad ini.: Kemudian dia mengangkat suaranya dan berkata: "Sesungguhnya tidak ada iman bagi seseorang yang tidak memiliki kesabaran."

Dipetik dari:
La Tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr Aidh Abdullah al-Qarni

Selasa, Maret 24, 2009

Dikenang Kebaikannya Bererti Berumur Panjang

Di antara hal yang dapat membahagiakan seorang muslim adalah ketika ia mempunyai umur kedua, iaitu mampu menjadikan dirinya sebagai kenangan manis (setelah meninnggalnya). Sungguh menghairankan orang yang ingin dikenang sebagai orang baik, tetapi tidak pernah mengusahakannya, baik dengan hartanya, kedudukannya, mahupun amalnya.

Telah dijelaskan di depan bahawa Ibrahim memohon kepada Tuhannya agar dikurniai 'lisaana shidqin' di kalangan orang-orang yang hidup sesudahnya. Maksudnya, Ibrahim memohon kepada Allah supaya dia selalu diingat kebaikannya oleh orang lain dan diberi ucapan selawat.

Saya kagum dengan orang yang tetap dikenang kebaikan, kemuliaan dan pengorbanannya walaupun dia telah meninggal dunia. Sehinggakan Umar pernah bertanya kepada putera-putera Harim bin Sinan: "Apa yang telah diberikan Zuhair kepada kalian dan apa yang telah kalian berikan untuk Zuhair?" Mereka menjawab: "Ia memuji kami dan kami memberinya harta." Umar berkata: "Demi Allah, apa yang kalian berikan kepadanya akan hilang, sedang pemberiannya kepada kalian akan abadi." Maksudnya pujian dan sanjungan akan tetap abadi sepanjang masa.

Petikan:
La Tahzan (Jangan Bersedih) karya Dr Aidh Abdullah al-Qarni

Minggu, Maret 22, 2009

Pusara Di Hati

"Ketika kita mati, jangan cari pusara kita di bumi, tetapi carilah di hati manusia."
(Jalaluddin Rumi)

Sabtu, Maret 14, 2009

Selagi Usia Masih Ada... (Ibnu Haitham)

"Selagi usia masih ada dan aku boleh melakukan kegiatan ilmiah tersebut dengan mengerah seluruh tenaga dan kekuatan, tiga perkara yang aku harapkan:

Pertama: Semoga boleh membantu dan memberi kebaikan kepada orang yang mencari kebenaran, seterusnya dia boleh memanfaatkannya sama ada aku masih hidup atau selepas aku mati.

Kedua: Aku menjadikan perkara tersebut sebagai suatu usaha untuk menyatakan perkara-perkara yang timbul di dalam pemikiran aku setelah diteliti secara mendalam mengenai ilmu-ilmu tersebut.

Ketiga: Aku menjadikannya sebagai bekalan dan persiapan untuk hari tua."

(Ibnu Haitham)

Imam Az-Zahabi, Pengarang Siyar A'lam An-Nubala (Perjalanan Hidup Orang-Orang Mulia)

Imam Az-Zahabi dilahirkan pada tahun 673H di Mayyafariqin Diyar Bakr, Turkumanistan. Beliau dikenal dengan kekuatan hafalan, kecerdasan, kewara’an, kezuhudan, kelurusan aqidah dan kefasihan lisannya.

Menuntut Ilmu dan Guru-Gurunya

Imam Az-Zahabi menuntut ilmu sejak usia dini dan ketika berusia 18 tahun menekankan perhatian pada dua bidang ilmu iaitu ilmu-ilmu al-Quran dan Hadis. Beliau menempuh perjalanan yang jauh dalam mencari ilmu ke Syria, Mesir dan Hijaz (Makkah dan Madinah). Beliau mengambil ilmu dari para ulama di negeri-negeri tersebut.

Di antara para ulama yang menjadi guru-guru beliau ialah:

1. Ibnu Taimiyah
Yang beliau letakkan namannya paling awal di deretan guru-guru yang memberikan ijazah pada beliau dalam kitabnya, Mu’jam asy-Syuyukh. Beliau begitu mengagumi Ibnu Taimiyah dengan mengatakan, “Dia lebih agung jika aku yang menyifatinya. Seandainya aku bersumpah di antara rukun dan maqam maka sungguh aku akan bersumpah bahwa mataku belum pernah melihat yang semisalnya. Tidak, demi Allah, bahkan dia sendiri belum pernah melihat yang semisalnya dalam hal keilmuan.” (Raddul Wafir , hal. 35)

2. al-Hafiz Jamaluddin Yusuf bin Abdurrahman al-Mizzi
Yang dikatakan oleh beliau, “Dia adalah sandaran kami jika kami menemui masalah-masalah yang musykil.” (ad-Durar al-Kaminah,V:235)

3. Al-Hafiz Alamuddin Abdul Qasim bin Muhammad al-Birzali
Yang menyemangati beliau dalam belajar ilmu hadits, beliau mengatakan tentangnya: “Dialah yang menjadikanku mencintai ilmu hadits.” (ad-Durar al-Kaminah, III:323)

Ketiga ulama diatas adalah yang banyak memberikan pengaruh terhadap kepribadian beliau. Adapun guru-guru beliau yang lainnya adalah Umar bin Qawwas, Ahmad bin Hibatullah bin Asakir, Yusuf bin Ahmad al-Ghasuli, Abdul Khaliq bin Ulwan, Zainab bintu Umar bin Kindi, al-Abrahuqi, Isa bin Abdul Mun’im bin Syihab, Ibnu Daqiqil ‘Id, Abu Muhammad ad-Dimyathi, Abul abbas azh-Zhahiri, ali bin Ahmad al-Gharrafi, Yahya bin ahmad ash-Shawwaf, at-Tauzari, masih banyak lagi yang lainnya.

Imam az-Zahabi memiliki Mu’jam asy-Syuyukh (Daftar Guru-Guru) beliau yang jumlahnya mencapai 3000-an orang (adz-Dzahabi wa Manhajuhu fi Kitabihi, Tarikhil Islam)

Murid-Muridnya

Di antara murid-murid beliau ialah Tajuddin as-Subki, Muhammad bin Ali al-Husaini, al-Hafiz Ibnu Katsir, al-Hafiz Ibnu Rajab dan masih banyak lagi selain mereka.

Pujian Para Ulama Kepadanya

Ibnu Nashruddin ad-Dimasyqi berkata, “Beliau adalah Ayat (tanda kebesaran Allah) dalam ilmu rijal, sandaran dalam jarh wa ta’dil (ilmu kritik hadits-red) lantaran mengetahui cabang dan pokoknya, imam dalam qiraat, faqih dalam pemikiran, sangat paham dengan madzhab-madzhab para imam dan para pemilik pemikiran, penyebar sunnah dan madzhab salaf di kalangan generasi yang datang belakangan.” (Raddul Wafir, hal. 13)

Ibnu Katsir berkata, “Beliau adalah Syeikh al-Hafiz al-kabir, Pakar Tarikh Islam, Syeikhul muhadditsin. Beliau adalah penutup syuyukh hadis dan huffazhnya.” (al-Bidayah wa an-Nihayah, XIV:225)

Tajuddin as-Subki berkata, “Beliau adalah syaikh Jarh wa Ta’dil, pakar Rijal, seakan-akan umat ini dikumpulkan di satu tempat kemudian beliau melihat dan mengungkapkan sejarah mereka.” (Thabaqah Syafi’iyyah Kubra, IX:101)

An-Nabilisi berkata, “Beliau pakar zamannya dalam hal perawi dan keadaaan-keadaan mereka, tajam pemahamannya, cerdas, dan ketenarannya sudah mencukupi dari pada menyebutkan sifat-sifat nya.” (ad-Durar al-Kaminah, III:427)

As-Shafadi berkata, “Beliau seorang hafiz yang tidak tertandingi, penceramah yang tidak tersaingi, mumpuni dalam hadits dan rijalnya, memiliki pengetahuan yang sempurna tentang ‘illah dan keadaan-keadaannya, memiliki pengetahuan yang sempurna tentang biografi manusia. Menghilangkan ketidakjelasan dan kekaburan dalam sejarah manusia. Beliau memiliki akal yang cerdas, benarlah nisbahnya kepada dzahab (emas). Beliau mengumpulkan banyak bidang ilmu, memberi manfaat yang banyak kepada manusia, banyak memiliki karya ilmiah, lebih mengutamakan hal yang ringkas dalam tulisannya dan tidak berpanjang lebar. Aku telah bertemu dan berguru kepadanya, dan membaca banyak dari tulisan-tulisannya di bawah bimbingannya. Aku tidak menjumpai padanya kejumudan, bahkan dia adalah faqih dalam pandangannya, memiliki banyak pengetahuan tentang perkataan-perkataan ulama, madzhab-madzahab para imam salaf dan para pemilik pemikiran.” (al-Wafi bil Wafayat, II:163)

Di Antara Kata-Katanya

Imam Az-Zahabi berkata, “Tidak sedikit orang yang memusatkan perhatiannya pada ilmu kalam melainkan ijtihadnya akan membawanya kepada perkataan yang menyelisihi sunnah. Karena itulah ulama salaf mencela setiap yang belajar ilmu-ilmu para umat sebelum Islam. Ilmu kalam turunan dari ilmu para filosof atheis. Barangsiapa yang sengaja ingin menggabungkan ilmu para nabi dengan ilmu para ahli filsafat dengan mengandalkan kecerdasannya maka pasti dia akan menyelisihi para nabi dan para ahli filsafat. Dan barangsiapa yang berjalan di belakang apa yang dibawa oleh para rasul. Maka sungguh dia telah menempuh jalan salaf dan menyelamatkan agama dan keyakinannya.” (Mizanul I’tidal, III:144)

Beliau menukil perkataan ma’mar, “Dahulu dikatakan bahwa seseorang menuntut ilmu untuk selain Allah maka ilmu itu enggan hingga semata-mata untuk Allah.” Kemudian beliau mengomentari perkataan ma’mar tersebut dengan mengatakan, “Ya, dia awalnya menuntut ilmu atas dorongan kecintaan kepada ilmu, agar menghilangkan kejahilannya, agar mendapat pekerjaan, dan yang semacamnya. Dia belum tahu tentang wajibnya ikhlas dalam menuntutnya dan kebenaran niat di dalamnya. Maka jika sudah mengetahuinya, dia hisab dirinya dan takut terhadap akibat buruk dari niatnya yang keliru, maka datanglah kepada niat yang shahih semuanya atau sebagiannya. Kadang dia bertaubat dari niatnya yang keliru dan menyesal. Tanda atas hal itu ialah bahwasanya dia mengurangi dari klaim-klaim, perdebatan, dan perasaan memiliki ilmu yang banyak, dan dia hinakan dirinya. Adapun jika dia merasa banyak ilmunya atau mengatakan “saya lebih berilmu dari pada Fulan; maka sungguh celakalah dia.” (Siyar A’lam An-Nubala’, VII:17)

Beliau berkata, “Yang dibutuhkan oleh seorang hafizh adalah hendaknya bertakwa, cerdas, mahir Nahwu, mahir ilmu bahasa, memiliki rasa malu dan salafi.” (Siyar, XIII:380)

Beliau berkata, “Ahli hadis sekarang hendaknya memperhatikan Kutubus Sittah, Musnad Ahmad dan Sunan Baihaqi. Dan hendaknya teliti terhadap matan-matan dan sanad-sanadnya, kemudian tidak mengambil manfa’at dari hal itu hingga dia bertakwa kepada Rabbnya dan menjadikan hadits sebagai dasar agama. Kemudian ilmu bukanlah dengan banyak riwayat, tetapi dia adalah cahaya yang Allah pancarkan ke dalam hati dan syaratnya adalah ittiba’ (mengikuti nabi SAW-red) dan menjauhkan diri dari hawa nafsu dan kebid’ahan.” (Siyar, XIII:323)

Beliau berkata, “Kebanyakan ulama pada zaman ini terpaku dengan taqlid dalam hal furu’, tidak mau mengembangkan ijtihad, tenggelam dalam logika-logika umat terdahulu dan pemikiran ahli filsafat. Dengan demikian, bencana pun meluas, hawa nafsu menjadi hukum dan tanda-tanda tercabutnya ilmu semakin nampak. Semoga Allah merahmati seseorang yang mau memperhatikan kondisi dirinya, menjaga ucapannya, selalu membaca al-Qur’an, menangis atas kejadian zaman, memperhatikan kitab as-Sahihain dan beribadah kepada Allah sebelum ajal datang secara tiba-tiba.” (Tadzkirah al-Huffazh, II:530)

Karya-Karyanya

Beliau memiliki sekitar 100 karya tulis, di antara karya-karya tulis itu ialah:

a. Siyar A’lam An-Nubala
b. al-‘Uluww lil ‘Aliyyil Ghaffar
c. Taariikhul Islam
d. Mukhtashar Tahdziibil Kamaal
e. Miizaanul I’tidaal Fii Naqdir Rijaal
f. Thabaqatul Huffazh
g. Al-Kaasyif Fii Man Lahu Riwaayah Fil Kutubis Sittah
h. Mukhtashar Sunan al-Baihaqi
i. Halaqatul Badr Fii ‘Adadi Ahli Badr
j. Thabaqatul Qurra’
k. Naba’u Dajjal
l. Tahdziibut Tahdziib
m. Tanqiih Ahaadiitsit Ta’liiq
n. Muqtana Fii al-Kuna
o. Al-Mughni Fii adh-Dhu’afaa’
p. Al-‘Ibar Fii Khabari Man Ghabar
q. Talkhiishul Mustadrak
r. Ikhtishar Taarikhil Kathib
s. Al-Kabaair
t. Tahriimul Adbar
u. Tauqif Ahli Taufiq Fi Manaaqibi ash-Shiddiq
v. Ni’mas Smar Fi Manaaqib ‘Umar
w. At-Tibyaan Fi Manaaqib ‘Utsman
x. Fathul Mathalib Fii Akhbaar Ali bin Abi Thalib
y. Ma Ba’dal Maut
z. Ikhtishar Kitaabil Qadar Lil Baihaqi
aa. Nafdhul Ja’bah Fi Akhbaari Syu’bah
bb. Ikhtishar Kitab al-Jihad, ‘Asakir
cc. Mukhtashar athraafil Mizzi
dd. At-Tajriid Fii Asmaa’ ish Shahaabah
ee. Mukhtashar Tariikh Naisabuur, al-Hakim
ff. Mukthashar al-Muhalla dan Tartiil Maudhuu’at, Ibn al-Jauzi

Kelebihan Kitab Siyar A'lam An-Nubala (Perjalanan Hidup Orang-Orang Mulia)

Salah satu karya Imam Az-Zahabi yang terkenal dang sangat bermanfaat ialah Siyar A'lam An-Nubala (Perjalanan Hidup Orang-Orang Mulia). Kitab ini menghimpunkan biografi
para sahabat Nabi s.a.w., tabiin, tabiut tabiin, ulama, sasterawan dan seumpamanya.

Kitab ini sangat berguna bagi sesiapa yang ingin mendalami dan membaca kisah hidup orang-orang dan tokoh-tokoh Islam terkenal dalam bidang masing-masing.

Di antara kelebihan-kelebihan kitab ini ialah:

1. Ketelitian penulis. Imam Az-Zahabi tidak hanya memaparkan biografi orang yang ditulis, tetapi juga disertai dengan komentar jika menurutnya perlu, yaitu dengan melakukan pengecekan secara detail terhadap cerita yang dipaparkannya, baik dengan menyebutkan sisi kekurangannya maupun monjelaskan kelebihannya jika orang-orang pada umumnya mengecapnya buruk, atau berpandangan lain jika memungkinkan, atau mengkritik perilakunya dengan kritik yang didasarkan pada syariat. Kemudian dia berusaha mengeluarkan penilaian secara umum terhadap orang yang ditulis biografinya itu, disertai dengan ketelitian. Ketelitian dalam menilai kepribadian manusia ini, memberikan cahaya terang yang dapat diambil manfaatnya oleh kebangkitan Islam, yaitu kebangkitan yang hampir memberikan hasilnya jika tidak dikotori oleh ulah sebagian orang yang memiliki pandangan picik, yang menuduh para ulama dan da'i sebagai orang-orang fasik, ahli bid'ah, berpaling dari mazhab salaf, tidak berhati-hati dalam menilai orang lain, dan tidak takut kepada Allah ketika berprasangka buruk terhadap orang lain. Ada juga orang yang tidak bisa hidup kecuali dengan mencela orang yang tidak sama dengannya, melupakan kebaikannya, dan menyembunyikannya. Orang-orang seperti itulah yang disangkal habis-habisan oleh Imam Az-Zahabi.

Adanya kajian kritis dalam kitab ini. Az-Zahabi seringkali tidak membiarkan peristiwa sejarah berjalan tanpa kritik jika menurutnya memang perlu dikritik dan dijelaskan. Oleh karena itu, Anda melihat beliau terkadang menolak peristiwa yang dinilainya mungkar atau mengoreksi peristiwa yang masih sebatas asumsi atau mendukung pendapat penulis lain atau menjelaskan pendapatnya dalam masalah yang , perlu dirinci, dijelaskan, dan sebagainya. Metode kritis semacam inilah yang sering ditinggalkan oleh buku-buku sejarah dan biografi lainnya.

2. Kitab ini memuat masalah-masalah yang tidak dimuat oleh kitab-kitab lain, karena ia memadukan informasi sejarah dengan riwayat hidup. Kitab Al Bidayah wa An-Nihayah misalnya, memuat cerita-cerita sejarah yang cukup luas, tetapi tidak memuat biografi para ulama, orang-orang pilihan, para pemimpin, dan sebagainya. Begitu juga kitab Al Kamil karya Ibnu Al-Atsir dan kitab Tarikhul Umam wa al-Muluk karya At-Tabari. Memang ada kitab-kitab yang memuat biografi para tokoh seperti ini, namun rentetan cerita sejarah dengan metode penyusunan yang urut tidak ditemukan di dalamnya. Misalnya kitab Hilyah Al Auliya' dan Ath-Thabaqat karya Ibnu Sa'ad, serta Wafayat Al 'A'yaan. Sedangkan kitab ini membahas tentang biografi secara panjang lebar disertai dengan cerita-cerita sejarah dan metode yang runtun, yang ditulis di sela-sela penulisan biografi seorang tokoh, khususnya biografi para khilafah, raja, dan pemimpin.

3. Kitab As-Siyar ini mencakup sebagian besar sejarah orang-orang penting dimata manusia. Kebanyakan mereka atau sebagian mereka, walaupun cacat di mata syariat- tidak hanya memuat pengikut madzhab fikih tertentu, raja, khalifah, pemirnpin, penyair, ahli sastera Arab, ahli bahasa, pahlawan, satria, pemimpin perang, doktor, hakim,praktisi, dan penganut madzhab tertentu, tetapi juga mencakup seluruh kelompok yang disebutkan dan hampir mencakup seluruh teritorial Islam. Memang benar biografi para ahli hadits lebih banyak disebutkan daripada tokoh-tokoh lainnya. Hal itu karena perhatian Imam Az-Zahabi terhadap hadis, lebih besar daripada disiplin ilmu lainnya, karena memang beliau seorang hafiz dan mahir di dalam hadis. Akan tetapi, kebanyakan para ahli hadis pada abad keemasan Islam dan sesudahnya adalah para ahli feqah, ahli tafsir, orang-orang yang berperang di jalan Allah, para sasterawan, ahli nahwu, dan tokoh-tokoh lainnya yang terkenal.

Wafatnya

Imam Az-Zahabi wafat pada malam Isnin, 3 Zulkaedah 748H, di Damsyik, Syiria dan dimakamkan di pekuburan Bab as-Shaghir.

Semoga Allah meredhai beliau dan menempatkannya dalam keluasan syurgaNya.

Minggu, Maret 08, 2009

Salam Maulidur Rasul 1430H

Di jalan bahagia ini
terasa cinta RasulNya
berselawat kepadanya
dengan dihayati
kagum dengan sunnahnya
terpesona dengan akhlaknya.

(Petikan rangkap keenam daripada sajak berjudul Di Jalan Bahagia karya M.A.Uswah, 6 Ogos 2004)


Senin, Maret 02, 2009

Alhamdulillah, Manuskrip Buku Pertama Saya Telah Selesai

Alhamdulillah, manuskrip buku pertama saya mengenai biografi ulama telah pun siap dan selesai. Dan kini telah di hantar kepada penerbit, Hijjaz Records Publishing untuk diterbitkan. Nantikan di pasaran.

p/s: Bersama Munif dan Faizal Hijjaz (gambar) pada 18 Februari lalu.