Pages

Tampilkan postingan dengan label Taman Ulama Sunnah. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label Taman Ulama Sunnah. Tampilkan semua postingan

Senin, Desember 27, 2010

Syeikh Muhammad Ismail al-Muqaddam, Doktor Yang Menjadi Ulama'

Syeikh Muhammad Ismail al-Muqaddam ialah salah seorang ulama' ahli sunnah di Mesir. Beliau lahir di kota Iskandariah, Mesir pada awal bulan Zulkaedah tahun 1371 H atau 26 Julai 1952. Nama penuhnya Muhammad bin Ahmad bin Ismail bin Mustafa al-Muqaddam.

Beliau ialah seorang pemegang ijazah dalam bidang perubatan dan bedah dari fakulti perubatan Universiti Iskandariah, diploma kesihatan kejiwaan (baca: psikologi) dari Ma’had ‘Ali li al-Shihah al-‘Ammah, Universiti Iskandariah. Di samping itu beliau juga menyandang gelar Lc dalam bidang hukum Islam dari Universiti al-Azhar. Beliau juga salah seorang anggota Jum’iyyah Al-‘Alamiyyah al-Islamiyyah li al-Shihhah al Nafsiyyah (Organisasi Dunia Islam untuk Kesihatan Jiwa).

Beliau bergabung dengan Jamaah Ansar al-Sunnah (sebuah organisasi ahli sunnah yang berpusat di Mesir) di Iskandariyyah sejak tahun 1965. Beliau mulai menjadi penyebar dakwah ahli sunnah salafiyyah sejak tahun 1972. Pada tahun 1977 di Iskandariah beliau mendirikan sekolah al Salafiyyah. Beliau memberikan kajian ilmiah di berbagai propinsi di Mesir di samping beberapa negara Arab, Eropah dan USA.

Guru-gurunya

Di antara guru beliau dari kalangan ulama Jamaah Ansar Sunnah ialah Syeikh Muhammad Sahnun, Syahin Kasyif Abu Ras dan Abdul Aziz bin Rasyid al Najdi. Sedangkan guru-guru beliau ketika belajar di Azhar di antaranya ialah Syeikh Ismail Hamdi, Mahmud Ied, Shubhi al Khasysyab dan lain-lain.

Ijazah umum (hadis): Syeikh al-Muhadis Badi’udin Syah Ar-Rasyidi As-Sindi, Syeikh Muhammad Al-Hasan Ad-Dadu Asy-Syinqiti dan Syeikh Abdullah bin Shalih Al-Ubaid.

Di antara ulama yang beliau mendapatkan kehormatan sehingga dapat bertemu atau duduk di majlis kajiannya ialah Syeikh Abdur Razaq Afifi, Abdullah bin Humaid, Ibnu Baz, Muhammad Nasiruddin al-Albani, Hammad bin Muhammad al Anshari, Abdullah bin Quud, Ibnu Utsaimin, Abdullah bin Muhammad al Ghunaiman, Abdullah bin Jibrin, Abu Bakr al Jazairi, Rabi bin Hadi al Madkhali, Muqbil bin Hadi al Wadii, Sayyid Sabiq, Dr Mushthofa Hilmi, Muhammad Rasyad Salim dan Rasyad Ghanim.

Karya-karyanya

Di antara buku-buku karya beliau ialah Tamamul Minnah bil Radd ‘ala A’dais Sunnah (nikmat yang sempurna sebagai bantahan bagi para musuh sunnah Nabi), Adillah Tahrim Halqi al-Lihyah (dalil-dalil tentang haramnya mencukur habis janggut), Adillah Tahrim Mushafahat al Ajnabiyyah (dalil-dalil tentang haramnya berjabat tangan dengan perempuan yang bukan mahram), ‘Uluww Himmah (Obsesi yang tinggi), Bid’ah Taqsim ad Din ila Qasyrin wa Lubbin (bid’ahnya pembahagian agama menjadi kulit dan isi/substansi agama), Khid’ah Harmajidun (tipuan perang Armagedon) dan seri Audatul Hijah (kembalinya hijab) yang terdiri dari tiga jilid, jilid pertama berjudul Ma’rakah al-Hijab wa al-Sufur (Konflik antara berpurdah atau tidak), jilid kedua berjudul al-Mar’ah baina Takrim al Islam wa Ihanah al-Jahiliyyah (perempuan antara pemuliaan Islam dan penghinaan jahiliyyah) dan jilid ketiga berjudul Adillah al-Hijab (dalil-dalil wajibnya purdah).

Di antara buku karya beliau yang telah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia ialah berjudul The Power of Idea: Meraih Cita-cita dengan Semangat Membara terbitan Robbani Press.

Beliau juga memiliki kurang lebih 1500 kaset rakaman kajian-kajian rutin beliau di beberapa masjid di kota Iskandariah.

Di antara kajian beliau adalah tentang tafsir al-Quran. Di forum ini beliau mengkaji dua kitab tafsir yaitu Mahasin al-Ta’wil karya al-Qasimi dan Adwaul Bayan karya Syinqiti, fiqh dengan mengkaji kitab Manar al-Sabil (sebuah buku fiqh mazhab Hambali), kajian akidah dengan membahas seri al-Aqidah fi Dhou’ al-Quran wa al-Sunnah karya Dr Umar al-Asyqar.

Dialihbahasa dari bahasa Indonesia:
http://ustadzaris.com/mungkinkah-sarjana-umum-menjadi-ulama
http://biografiulamasunnah.blogspot.com/2009/12/syaikh-muhammad-ismail-miqdam.html

Tambahan:
M.A.Uswah,
28 Disember 2010.

Kamis, Desember 16, 2010

Syeikh Hasan Habannakah Rahimahullah

Syeikh Hasan Habannakah dilahirkan pada tahun 1908. Nama sebenar beliau ialah Hasan Bin Marzuk. Keluarganya dikenali dengan nama Habannakah. Beliau berasal dari Maidan, Damsyik, Syria. Beliau merupakan seorang ulama' Islam yang terkenal dan seorang mujahid yang ikhlas kepada Allah. Beliau berkahwin pada usianya 15 tahun dengan seorang perempuan yatim dan dikurniakan 12 orang anak.

Syeikh Hasan seorang yang amat mencintai ilmu dan ibadah. Beliau sentiasa melakukan qiamullail bersama-sama dengan isterinya. Beliau juga amat menghormati guru-guru dengan menziarah meraka pada setiap masa. Beliau terlibat dalam gerakan jihad mengusir penjajah Perancis pada tahun 1925. 

Kemudian menumpukan sepenuh masanya untuk mendidik dan menyampaikan ilmu dengan bersungguh. Beliau mengasaskan banyak pusat-pusat pengajian ilmu. Antara muridnya yang terkenal ialah Dr. Said Ramadhan al-Buti, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr. Mustafa Khin, Dr. Mustafa Bugha dan lain-lain lagi. 

Beliau juga merupakan seorang khatib yang lantang dan tegas. Pernah dipenjarakan oleh pemerintah yang zalim lantaran isi kandungan khutbahnya. 

Beliau wafat pada tahun 1978. Dan jenazahnya diiringi lebih daripada 500 ribu manusia yang cinta dan kasih kepadanya. Semoga Allah Taala merahmati beliau.

Senin, Desember 13, 2010

Muhammad Abu Zahrah, Imam Fuqaha Dari Al-Azhar

Nama penuhnya ialah Muhammad Ahmad Mustafa Abu Zahrah dilahirkan pada 29 Mac 1898M di Mahallah al-Kubra, Mesir. Keluarganya adalah sebuah keluarga yang memelihara adab-adab agama dan nilai-nilai Islam. Dalam suasana tersebut, beliau dibesarkan dan memberi kesan terhadap pembentukan jiwa dan peribadinya. Ketika berusia sembilan tahun, beliau telah menghafal al-Quran dari guru-gurunya seperti Syeikh Muhammad Jamal, Imam Masjid Dahaniah, Syeikh Muhammad Hika, Imam Masjid Hanafi dan Syeikh Mursi al-Misri, Imam Masjid Syeikh Abu Rabah. Muhammad Abu Zahrah mengakui bahawa permulaan kehidupan ilmiahnya bermula dari pengajian dan penghafalan al-Quran.

Dalam aspek pendidikan peringkat rendah, beliau melanjutkan pengajian di Sekolah Rendah al-Raqiyyah dan ilmu-ilmu moden seperti Matematik dan lain-lain di samping ilmu agama dan bahasa Arab. Abu Zahrah meneruskan pengajian di Kolej al-Ahmadi al-Azhari di Masjid Ahmadi, Tanta pada tahun 1913. Pada tahun 1916, beliau memasuki Sekolah Kehakiman Syariah, Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907 dan hanya mengambil pelajar yang cemerlang. Kolej ini dibina bertujuan melahirkan ahli feqah yang semasa dan pratikal yang bersesuaian dengan realiti masyarakat bagi mengisi jawatan hakim syar’i di Mesir.
Kolej mempunyai sistem pendidikan yang lebih teratur dan pelengkap kepada al-Azhar. Di sinilah Muhammad Abu Zahrah dididik terutama dari sudut pembentukan peribadi daripada guru-gurunya di situ seperi Abd Wahab Khalaf dan juga kehidupan ilmiah dengan membuat penyelidikan dan penulisan. Beliau belajar di kolej sehingga tahun 1925. Namun malangnya, kolej ini ditutup pada tahun 1923 dan pelajar-pelajar di pindahkan ke Dar Ulum, Kaherah. Hanya beberapa pelajar yang dibenarkan tamat sehingga tahun 1925. Apabila tamat di kolej tersebut, beliau memasuki Institut Latihan Kehakiman untuk menjadi peguam selama setahun. Pada tahun 1927, beliau belajar di Dar Ulum selama enam bulan bagi membolehkan ia memasuki peperiksaan bagi mendapat Sijil Dar Ulum.

Antara guru-gurunya ialah Muhammad Atif Barakah (1872-1924), guru di Kolej Ahmadi, Tanta, Muhammad Faraj Shanhuri (1891-1977), Abdul Wahab Azam (1894-1959) Ahmad Ibrahim Bik, Muhammad Khudri al-Afifi, Abdul Wahab Khalaf, Abdul Jalil Isa, Muhammad al-Banna, Ali Khafif, Husain Wali, Ahmad Amin,Abdul Aziz al-Khuli, dan Mustafa Ana’i. Muhmmad Abu Zahrah pernah bekerja sebagai guru di Pusat Penyediaan Dar Ulum secara kontrak selama setahun (10 Oktober 1927-14 November 1928), kemudian beliau mengajar di sekolah menengah di Kaherah dan Suhaj selama dua tahun iaitu bermula dari tahun 1930 sehingga akhir tahun 1932.

Pada awal 1933, beliau bertugas di Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar. Beliau mengajar subjek khitabah (pengucapan) dan perbandingan agama. Pada masa ini, beliau telah menerbitkan buku Khitabah, Tarikh al-Jidal (Sejarah Perdebatan), Diyanat al-Qadimah (Agama-Agama Kuno), Muhadarat fi Nasraniah (Isu-Isu Dalam Agama Nasraniah).

Beliau mengajar sebagai guru sepenuh masa di al-Azhar selama satu tahun dan lapan tahun sebagai guru pelawat apabila beliau berpindah ke Kuliah Undang-Undang, Universiti Kaherah. Beliau mengajar di Kuliah ini bermula pada 1 November 1934 di samping mengajar di al-Azhar. Sejak tahun 1942, beliau menumpukan sepenuhnya di Kuliah Undang-Undang dengan menjadi Ketua Jabatan Syariah sehinggalah persaraan beliau pada tahun 1958. Beliau terus mengajar dan menjadi pembimbing di peringkat Ijazah Tinggi sehinggalah beliau meningggal dunia. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Dekan bagi Kuliah Undang-Undang selama lima tahun sehingga beliau bersara pada tahun 1958.

Beliau digelar sebagai imam yang menunjukkan kealiman dalam ilmu. Namun menurut Abdul Halim Jundi, bahawa gelaran imam bukan sahaja menunjukkan kealiman dalam bdang ilmu atau gelaran yang diberikan oleh kerajaan tetapi pendirian dan keberanian dalam menyatakan kebenaran dalam isu-isu masyarakat. Syeikh Abdul Halim Mahmud mantan syeikh al-Azhar menyebutkan bahawa jika terdapat masalah dalam Lujnah Fatwa, maka kami akan merujuk kepada Muhammad Abu Zahrah. Beliau mempunyai pendirian yang tegas terutama dalam isu pengharaman riba. Menurutnya, pengharaman riba bagi memelihara kebajikan umat Islam.

Muhammad Abu Zahrah seorang yang prihatin dan pakar dalam ilmu al-Quran dan tafsir. Semasa zaman beliau ditegah menulis di akhbar dan majalah dan bertugas di Universiti, beliau mula menulis mengenai al-Quran dengan mengarang buku “Mukjizat al-Kubra al-Quran”. Buku ini merupakan mukadimah dalam beliau mengarang tafsir al-Quran. Namun tafsir ini tidak sempat disempurnakan kerana beliau meninggal dunia terlebih dahulu. Sebahagian tafsir beliau ini telah diterbitkan Dar al-Fikir al-Arabi dalam 10 jilid yang berjudul Zahrah al-Tafasir. 

Muhammad Abu Zahrah meninggal dunia pada petang hari Jumaat pada 12 April 1974 di Rumahnya di Zaitun, Kaherah ketika berumar 76 tahun. Beliau meninggal dunia ketika memegang pen untuk menulis tafsir al-Quran dalam surah al-Naml, ayat 19 yang bermaksud : “ Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (al-Naml, ayat 19)

http://www.mindamadani.my/content/view/230/2

Selasa, November 02, 2010

Ibnu Jauzi, Ulama' Alim Yang Pepatahnya Memukau

Ibnu Jauzi ialah seorang ulama yang alim dalam ilmu hadis, sejarah, tafsir dan fiqah. Beliau dilahirkan pada tahun 1114 M di Baghdad. Beliau banyak menulis kitab-kitab lebih kurang seribu kitab, antaranya berbentuk kitab dan ada yang berbentuk risalah

Perjalanan Hidupnya dan Peribadinya

Ibnu Jauzi mulai menuntut ilmu sejak kecil. Bahkan, beliau sudah mulai memberikan ceramah dan nasihat sejak berumur 10 tahun. Beliau telah sampai pada suatu kedudukan yang tidak ada orang seperti beliau sebelum dan sesudahnya.

Waktu beliau dihabiskan untuk menuntut ilmu, menghafal dan menekuni bidang agama, menulis kitab, mengajar dan memberi nasihat dan fatwa kepada orang lain. Sehingga beliau menjadi ulama yang termasyhur dan tokoh masyarakat pada zamannya kerana kefasihan, kemahiran dan ketinggian ilmunya.

Ibnu Jauzi mengatakan kepada puteranya dalam sebuah surat yang sangat menyentuh perasaan dan hati dalam nasihat seorang ayah kepada puteranya yang menceritakan perjalanan awal dari hidupnya serta permulaan keadaannya:

“Ketahuilah wahai puteraku bahawasanya ayahku ialah seorang yang kaya raya dan beliau mewariskan beribu-ribu harta. Ketika aku berusia baligh, diberikan kepadaku 20 dinar serta dua buah rumah dan mereka berkata kepadaku, “Inilah warisanmu seluruhnya.” Kemudian, aku mengambil dinar tersebut dan kubelikan beberapa kitab. Aku menjual kedua rumah tersebut untuk biaya menuntut ilmu. Tidak ada lagi padaku sisanya.

Ayahmu tidak pernah merasa merendah diri dalam menuntut ilmu. Tidak pernah keluar berpindah-pindah dari satu negeri ke negeri yang lain kerana kesibukannya memberikan nasihat dan tidak pernah mengutus seorang budak untuk meminta sesuatu kepada siapa pun, urusannya tetap berjalan dengan baik.

Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah wahai puteraku dalam menjaga martabatmu untuk mencari dunia dan merendahkan diri di hadapan penghuninya. Qanaalah kamu, nescaya akan berwibawa. Ada yang berkata, “Barangsiapa yang merasa cukup dengan sepotong roti dan kubis, tidak akan ada yang memperbudaknya.”

Sungguh aku suatu pagi tidak punya makanan apa pun. Petang harinya juga tidak ada. Allah tidak merendahkan diriku di hadapan seorang makhluk pun, akan tetapi Dia mengatur rezekiku untuk menjaga martabatku. Kalaulah aku menerangkan keadaanku, akan panjang dan inilah keadaanku sekarang seperti yang kau saksikan.”

Imam Az-Zahabi berkata tentangnya: “Tidak berlebihan kalau kita mengatakan bahawa diia ialah orang terdepan dalam memberikan nasihat. Dia boleh mengungkapkan syair yang indah dan pepatah yang memukau secara spontan. Dia boleh menarik, membuat kagum, membuat sangat senang dan membuat orang yang mendengarkannya merasa tersanjung yang tidak pernah dibuar seseorang sebelum atau sesudahnya. Dialah pembawa panji baik dengan segala kepiawaiannya, paras nan elok, suara yang indah menikam jiwa, sifat yang baik.

Dia ialah lautan dalam bidang tafsir, ulama dalam bidang sejarah, disebut-sebut sebagai orang yang paling pandai dalam bidang hadis, fakih, berilmu dengan ijma’ dan perbezaan pendapat para ulama, punya kelebihan dalam bidang kedoktoran, menguasai beberapa bidang ilmu, faham, cerdas dan hafal. Dia bersungguh-sungguh dalam mengumpulkan dan menulis dengan tatabahasa yang sangat memukau dan menarik.

Berwatak mulia dan sifat yang terpuji serta sangat dipandang baik di kalangan khusus ataupun awam. Aku tidak menemukan karangan seperti karangannya. Ayahnya meninggal dunia saat dia berumur 3 tahun, lalu didik oleh datuknya. Karib kerabatnya banyak berdagang tembaga. Kadangkala dia menyebutkan namanya dalam belajar, Abdurrahman bin Ali Ash-Shaffar. Lalu, di masa kanak-kanak, datuknya membawanya kepada Ibnu Nashir, dia banyak belajar kepadanya.

Kemudian, dia mulai suka memberi nasihat dan berkecimpung di dalamnya. Dia mulai memberi nasihat sejak kecil. Kemudian, dia berkecimpung lebih jauh dalam bidang itu hingga dia terkenal sampai dia wafat. Semoga Allah SWT merahmati dan memaafkannya sekiranya dia tidak menggeluti rakwil dan tidak pula menyelisihi imamnya.”

Karya-karyanya

Di antara karya-karya beliau ialah:

1. Talbis Iblis, karya beliau yang terkenal dan sangat bermanfaat.
2. al-Adhkiya'
3. Afat al-Muhaddithin
4. Akhbar al-Akhyar
5. al-Manasik
6. Dan lain-lain.

Wafatnya

Ibnu Jauzi wafat pada tahun 1201 M dalam usia 87 tahun.

“Aku melihat menyibukkan diri dengan fiqah dan dengan mendengar hadis tidak cukup untuk merawat hati melainkan ilmu itu digabungkan dengan perkara-perkara yang melembutkan hati dan membaca cerita sejarah orang soleh.

Adapun mengetahui perkara halal dan haram bukanlah satu peranan yang besar di dalam melembutkan hati. Sesungguhnya yang melembutkan hati ialah dengan menyebut cerita-cerita yang menyentuh hati dan cerita-cerita orang soleh kerana mereka ialah golongan memahami maksud daripada hadis-hadis yang dinukil. Mereka keluar daripada zahir cerita kepada aspek rohani dan sentimen cerita-cerita tersebut.


Tidaklah aku ceritakan perkara ini melainkan untuk merawat dan mengubat kerana aku melihat pelajar-pelajar yang belajar hadis, minat mereka hanya pada mendapat sanad hadis yang tinggi dan minat fuqaha ialah untuk memperhebatkan pendebatan mereka.”

(Ibnu Jauzi)

Dipetik dari:
Karya saya, Lembaran Hidup Ulama' (2009)

Rabu, Oktober 13, 2010

Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu, Dari Pengalaman Tarekat ke Manhaj Ahlus Sunnah

Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu rahimahullah dilahirkan di Halab, Syria tahun 1925 M bertepatan dengan tahun 1344 H.

Ketika dia berumur 10 tahun, dia belajar di sekolah 'Darul Hufaz', selama 5 tahun menghafal al-Quran.

Kemudian dia melanjutkan pendidikan di Halab yang dikenal dengan 'Kuliyah asy-Syariyyah at-Tajhiziyah' di bawah 'Al-Auqaf al-Islamiyah', sekolah tersebut mengajarkan ilmu-ilmu syariat dan moden.

Lalu dia melanjutkan pendidikan di 'Darul Mualimin' di Halab dan mengajar di sana sekitar 29 tahun. Kemudian dia meninggalkan dunia mengajar di Halab. Dan mengajar di Makkah al-Mukarramah. Lalu dia pergi ke Jordan untuk berdakwah dan menjadi Imam, Khatib dan pengajar al-Quran di sana.

Pada tahun 1400 H dia kembali ke Makkah dan mengajar di Darul Hadis al-Khairiyah' di Makkah.

Di antara guru-gurunya yang terkenal ialah Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani dan Syeikh Abdul Aziz bin Baz.

Di antara kitab-kitab karyanya yang mulia yang digandakan (diperbanyak) oleh Al-Maktabah al-Islamiyah adalah: 'Takrimu al-Mar'ah Fi al-Islam', 'Aqidatu Kulli Muslimin Fi Sualin wa Jawabin', 'Taujihat Li Ishlahi al-Fardi wa al-Mujtama'", dan 'Minhaju al-Firqah an-Najiyah wa ath-Thaifah al-Mansurah', 'Kaifa Ihtadaitu Ila at-Tauhid wa ash-Shirati al-Mustaqim', dan 'Tafsir wa Bayan Li A'zhami Surati fi al-Quran, dan 'Qutuf min asy-Syamail al-Muhammadiyah, wa al-Akhlaq an-Nabawiyah' dan 'Al-Adab al-Islamiyah'.

Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu rahimahullah wafat pada hari Jumaat, 8 Oktober 2010/29 Syawal 1431 H. Jenazahnya disolatkan oleh jemaah di Masjidil Haram, Makkah setelah solat Isyak.

Semoga Allah meredhainya dan menempatkannya dalam keluasan jannahNya. Amin.

Bagaimana Aku Mencapai Jalan Tauhid

Berikut Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu menulis kisah hidupnya mengenai bagaimana dia menggapai jalan tauhid. Perjalanan kisahnya ini begitu indah dan menarik. Dan terdapat sebuah manfaat di dalamnya. Semoga kisah ini bermanfaat dan kita dapat mengambil pelajaran darinya.

Mengikuti Tarekat Naqsabandiyyah

Sejak kecil, saya selalu mengikuti pelajaran dan halaqah zikir di masjid. Suatu ketika, pemimpin tarekat Naqsabandiyyah melihatku, lalu ia mengajakku ke pojok masjid dan memberiku wirid-wirid tarekat Naqsabandiyyah. Namun, kerana usiaku yang masih belia, saya belum mampu membaca wirid-wirid itu sesuai dengan petunjuknya, tetapi saya tetap mengikuti pelajaran mereka bersama teman-teman saya dari pojokan masjid.

Saya mendengar lantunan qasidah dan nyanyian mereka, dan ketika sampai pada penyebutan nama syeikh mereka, dengan serta merta mereka meninggikan dan mengeraskan suara. Teriakan keras di tengah malam ini sangat menggangguku dan membuatku takut dan merinding.

Dan ketika usiaku semakin meningkat dewasa, salah seorang kerabat mengajakku ke masjid di daerah kami untuk mengikuti acara yang mereka namakan al-khatam. Kami duduk melingkar, kemudian salah seorang syeikh membagikan kepada kami batu-batu kecil dan berkata: "Al-Fatihah Asy-Syarif dan Al-Ikhlas Asy-Syarif”.

Lalu dengan jumlah batu-batu kecil itu kami membaca surah Al-Fatihah, surat Al-Ikhlas, istighfar dan selawat dengan bentuk bacaan selawat yang telah mereka hafal.

Di antara bentuk selawat yang saya ingat adalah:

اللّهُمَ صَلِّ عَلىَ محَُمَّدٍ عَدَدَ الدَّوَابِّ

“Ya Allah, berilah selawat untuk Muhammad sebanyak bintang melata”

Mereka membaca selawat ini dengan suara keras di akhir zikir. Dan selanjutnya, syeikh yang ditugaskan itu menutupnya dengan ucapan rabitha syarifah (ikatan mulia). Mereka mengucapkannya dengan tujuan membayangkan wujud syeikhnya saat menyebut namanya, kerana syaikh itulah –menurut mereka- yang mengikat mereka dengan Allah Azza wa Jalla.

Mereka merendahkan suara kemudian berteriak dan terbuai dalam kekhusyu’an, saat itu saya melihat salah seorang di antara mereka melompat ke atas kepala orang-orang yang hadir dari tempat yang tinggi kerana kesedihan yang mendalam bagaikan permainan sulap. Saya hairan dengan tingkah dan suara yang keras ini ketika menyebut nama syaikh tarekat mereka.

Suatu ketika saya berkunjung ke rumah salah seorang kerabatku dan mendengarkan lantunan nyanyian dari kelompok tarekat Naqsabandiyyah, yang berbunyi:

دَلُوْنِيْ بِاللهِ دَلُوْنِيْ # # # # # عَلَى شَيْخِ النَّصْرِ دَلُوْنِي

Tunjuki aku, demi Allah, tunjuki aku

Kepada syeikh penolong, tunjuki aku


اللَّي يُبْرِي العَلِيْلَ ##### وَيَشْفِي المَجْنُوْنَا

Syeikh yang menyembuhkan orang yang sakit

Dan menyembuhkan orang yang gila

Saya berdiri di depan pintu rumah, dan belum sempat masuk ke dalam, lalu berkata kepada tuan rumah: "Apakah syeikh itu yang menyebabkan orang yang sakit dan orang gila?”. Ia menjawab: "Ya, yang telah diberikan Allah Azza wa Jalla mukjizat menghidupkan orang yang mati, menyembuhkan orang yang buta sejak lahir dan orang yang berpenyakit sopak, tetapi ia tetap mengatakan “dengan izin Allah”.

Kemudian ia berkata kepadaku: "Dan syeikh kami juga melakukannya dengan izin Allah”. Lalu saya menyanggahnya: "Tetapi mengapa anda tadi tidak mengatakannya ‘dengan izin Allah’?”.

Kerana penyembuh yang sebenarnya adalah Allah Azza wa Jalla semata, sebagaimana perkataan Ibrahim ‘alaihi salam dalam Al-Qur’an:

{وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ} (80) سورة الشعراء

“Dan apabila aku sakit, Dialah Yang menyembuhkan aku (QS. Asy-Syu’ara: 80).

Pindah Ke Tarekat Syazaliyyah

Saya mengenal Syaikh dari tarekat Syazaliyyah yang memiliki penampilan dan akhlak yang baik. Terkadang ia datang berkunjung ke rumahku dan terkadang saya yang berkunjung kerumahnya. Saya kagum dengan kelembutan ucapan dan perkataannya serta ketawadhuan dan kedermawanannya. Saya meminta kepadanya wirid-wirid tarekat Syazaliyyah, lalu ia memberiku wirid-wirid khusus tarekat ini.

Meraka biasanya duduk-duduk berkelompok di pojok masjid yang dihadiri oleh beberapa orang pemuda. Di situlah mereka berzikir-zikir setelah solat.

Suatu ketika, saya datang bertandang kerumahnya. Saya melihat gambar-gambar para syaikh tarekat Syazaliyyah tergantung di atas dinding. Lalu saya mengingatkannya tentang larangan menggantungkan gambar-gambar. Tetapi ia tidak mengendahkan peringatan saya. Padahal hadis tentang itu sangat jelas, dan ia pun tahu itu, iaitu sabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam

إن البيت الذي فيه الصور لا تدخله الملائكة (رواه الترمذي)

“Sesungguhnya rumah yang di dalamnya terdapat gambar-gambar, tidak akan dimasuki oleh para malaikat” (HR. At-Tirmizi, Hadis Hasan Sahih).

Kira-kira setahun kemudian, ketika dalam perjalanan umrah, saya ingin singgah mengunjungi syaikh ini. Lalu ia mengundangku untuk makan malam bersama anakku dan temanku.

Setelah selesai, ia bertanya kepadaku: "Apakah anda ingin mendengar nasyid-nasyid agama dari para pemuda itu?" Lalu saya menjawab: "Ya". Kemudian ia menyuruh para pemuda yang ada di sekelilingnya –sementara janggut menghiasi wajah mereka- untuk melantunkan nasyid itu. Lalu mereka mulai melantunkannya dengan satu suara. Ringkasan nasyid itu adalah:

من كان يعبد الله طمعا في جنة أو خوفا من ناره, فقد عبد الوثن

Barangsiapa yang menyembah Allah kerana ingin mendapatkan syurga atau kerana takut kepada Neraka, maka sesungguhnya ia telah menyembah berhala

Lalu saya berkata kepada orang itu: "Allah Azza wa Jalla menyebutkan satu ayat dalam Al-Quran yang memuji para Nabi, yang bunyinya:

{إِنَّهُمْ كَانُوا يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَيَدْعُونَنَا رَغَبًا وَرَهَبًا وَكَانُوا لَنَا خَاشِعِينَ} (90) سورة الأنبياء

“Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang selalu bersegera dalam (mengerjakan) perbuatan-perbuatan yang baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami” (Al-Anbiya’: 90).

Kemudian Syeikh itu berkata kepadaku: "Bait syair ini adalah untuk Syeikh Abdul Ghani An-Nabulsi”.

Saya kembali bertanya: "Apakah perkataan syeikh lebih didahulukan atas firman Allah, sementara kedua perkataan itu bertolak belakang?”

Salah seorang yang mendendangkan lagu itu menjawab:”Sayidina Ali radhiallahu ‘anhu berkata: "Orang yang menyembah Allah karena ingin mendapatkan syurga adalah ibadahnya para pedagang”

Saya langsung menyanggah: "Di buku mana Anda menemukan perkataan Sayidina Ali radhiallahu ‘anhu ini? Apa benar beliau berkata seperti itu?”.

Kemudian orang itu diam…

Saya berkata kepadanya: "Apakah masuk akal, Ali radiallahu ‘anhu mengatakan sesuatu yang bertentangan dengan al-Quran sementara beliau termasuk salah seorang sahabat Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dan termasuk di antara orang yang dikhabarkan masuk syurga?”.

Kemudian teman saya menoleh dan berkata:”Allah Azza wa Jalla menjelaskan sifat orang-orang mukmin dengan memuji mereka dalam firman-Nya:

{تَتَجَافَى جُنُوبُهُمْ عَنِ الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ يُنفِقُونَ} (16) سورة السجدة

“Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya dan mereka selalu berdoa kepada Rabbnya dengan penuh rasa takut dan harap, serta mereka menafkahkan apa apa rezki yang Kami berikan” (QS. As-Sajdah: 16).

Tetapi tetap saja mereka belum puas dengan penjelasan ini.

Saya meninggalkan perdebatan dengan mereka, lalu pergi ke masjid untuk solat.

Salah seorang dari pemuda itu menemui kami dan berkata kepadaku:”Kami bersama kalian, kebenaran bersama kalian, tetapi kami tidak dapat berbicara atau mendabat syaikh”.

Saya lalu bertanya kepadanya:”Mengapa kalian tidak mengatakan yang haq?”

”Bila kami berbicara kepada mereka, kami akan dikeluarkan dari penginapan”, demikian ia menjawab.

Inilah cara umum orang-orang sufi.

Para syeikh orang-orang sufi memberi wasiat kepada murid-muridnya agar tidak membantah syaikh mereka, betapapun kesalahan yang mereka lakukan.

Mereka memiliki suatu istilah yang terkenal: Tidak akan beruntung bila seorang murid berkata kepada syaikhnya “mengapa?”.

Mereka sepertinya pura-pura tidak tahu sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam:

كل بني آدم خطاء وخير الخطائين التوابون (رواه أحمد و الترمذي).

“Setiap anak cucu Adam pasti melakukan kesalahan dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan adalah orang yang bertaubat” (HR. Ahmad; At-Tirmidzi. Hasan Shahih).

Demikian juga dengan perkataan Imam Malik rahimahullah:

كل واحد يؤخذ من قوله ويرد إلا الرسول الله صلى الله عليه و سلم

“Setiap perkataan seseorang dapat diambil dan ditinggalkan kecuali perkataan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam”.

Majlis Selawat Untuk Nabi salallahu ‘alaihi wa sallam

Saya pergi bersama beberapa orang Syeikh ke salah satu Masjid untuk menghadiri majlis ini. Lalu kami ikut dalam salah satu halaqah zikir, sementara mereka melakukannya sambil menari. Antara satu dengan yang lain saling berpegangan tangan. Menggerak-gerakkan tubuh dengan miring ke kiri dan ke kanan. Dengan suara yang ditinggikan dan direndahkan. Mereka menyebutkan kata-kata (الله…) (الله….).

Setiap orang dalam halaqah itu keluar menuju ke tengah lingkaran, kemudian memberi isyarat tangan kepada para hadirin supaya memberi semangat agar mereka yang menari semakin gesit dan bergerak memiringkan badan.

Ketika tiba giliranku, pimpinan mereka memberi isyarat kepadaku untuk ke tengah agar dapat menambah gerakan dan tarian mereka. Salah seorang syeikh yang bersama denganku memohon kepada pimpinan itu untuk membiarkanku karena fisikku yang lemah. Karena ia tahu bahwa saya tidak senang dengan perbuatan semacam ini. Ia menatapku diam dan tidak bergerak.

Pemimpin itupun membiarkanku dan memaklumi keenggananku keluar ke tengah lingkaran.

Saya mendengar bait-bait syair dengan suara indah. Tetapi isi syair itu tidak terlepas dari permintaan tolong dan bantuan kepada selain Allah.

Saya juga menyaksikan kaum wanita duduk di tempat yang agak tinggi menonton kaum lelaki. Salah seorang di antara wanita-wanita itu mutabarruj (tidak menutup aurat) dengan memperlihatkan rambut, betis, tangan dan lehernya. Saya berusaha mengingkarinya dalam hati, kemudian menyampaikan hal itu kepada pempinan majlis:”Wanita yang ada di atas itu tidak menutup auratnya, seandainya engkau mengingatkannya dan wanita-wanita yang lain agar mereka mengenakan jilbab di masjid, maka hal itu sungguh merupakan amalan yang baik”.

“Kami tidak mengingatkan kaum wanita dan tidak mengatakan sesuatu kepada mereka”, demikian kata pemimpin itu.

Saya menanyakan alasannya mengatakan hal itu, lalu dijawab:”Bila kami menasehati mereka, mereka tidak akan datang lagi untuk menghadiri majelis dzikir ini”.

Saya berkata dalam hati:”La Haula wa la quwwata illa billah (=Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah), dzikir apa ini? Dimana kaum wanitanya nampak seperti itu dan tidak seorangpun yang menegur mereka. Apakah Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam rido dengan keadaan seperti ini, sementara beliau bersabda:

من رأى منكم منكرا فليغيره بيده, فإن لم يستطع فبلسانه, فإن لم يستطع فبقلبه, وذلك أضعف الإيمان (رواه مسلم).

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya, jika tidak mampu dengan lisannya, jika tidak mampu dengan hatinya, dan inilah selemah-lemahnya iman” (HR. Muslim).

Tarekat Qadiriyyah

Salah seorang mengundangku bersama syaikh yang mengajari saya ilmu nahwu dan tafsir. Kamipun pergi kerumah syaikh itu. Setelah selesai makan malam, orang-orang yang hadir kemudian berdiri, berzikir, melompat, goyang ke kiri dan ke kanan dengan menyebut lafaz ( الله…) ( الله…).

Saya hanya berdiri dan tidak bergerak, kemudian saya duduk di bangku hingga bagian pertama selesai.

Saya melihat keringat mereka bercucuran, kemudian mengambil handuk dan membersihkannya.

Ketika waktu sudah mendekati tengah malam, saya tinggalkan mereka dan pergi ke rumah.

Pada hari kedua, saya bertemu dengan salah seorang diantara merek. Ia juga seorang guru sepertiku. Saya katakana kepadanya:”Hingga kapan kalian melakukan ini?”

Ia menjawab:”Hingga jam dua, setelah lewat tengah malam, lalu kami menuju rumah untuk tidur”.

“Lalu bila kalian solat subuh?” Tanya saya selanjutnya

Ia menjawab:”Kami tidak sholat shubuh tepat pada waktunya, bahkan terkadang lewat begitu saja”.

Saya hanya dapat bergumam dalam hati:”Masya Allah, dzikir model apa ini yang telah melalaikan solat subuh?”.

Saya teringat dengan perkataan ‘Aisyah radiallahu ‘anha yang menceritakan keadaan Rasulullah salallahu ‘alaihi wa sallam:

كان ينام أول الليل, ويحيي آخره (رواه البخاري؛ مسلم)

“Beliau selalu tidur pada awal malam dan menghidupkan akhir malam” (HR. Bukhari; Muslim).

Sementara orang-orang shufi ini melakukan hal yang sebaliknya. Mereka menghidupkan awal malam dengan perbuatan bid’ah dan mengisi akhir malamnya dengan tidur lalu melalaikan solat subuh.

Allah Azza wa Jalla berfirman:

{فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ.الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَ } (4-5) سورة الماعون

“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya” (QS. Al-Maa’un: 4-5).

Maksudnya adalah mereka yang menunda sholat hingga waktunya terlewatkan.

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيها (رواه الترمذي)

“Dua rakaat solat subuh lebih baik dari dunia dengan segala isinya” (HR. At-Tirmizi. Disahihkan oleh Syeikh Al-Albani dalam Jamius Sahih).

Bertepuk Tangan Ketika Berzikir

Ketika saya di masjid dan halaqah zikir berlangsung setelah solat Jumaat, saya duduk menonton mereka. Dan agar mereka semakin semangat, salah seorang diantara mereka melakukannya dengan bertepuk tangan.

Lalu saya memberi isyarat kepadanya bahwa perbuatan itu adalah haram dan tidak boleh dilakukan, tetapi ia tidak berhenti bertepuk tangan.

Ketika selesai, saya menasehatinya, tetapi ia tidak menerima. Dan beberapa saat kemudian, saya menemuinya lagi untuk mengingatkannya, bahwa bertepuk tangan itu adalah termasuk perbuatan orang-orang musyrik sebagaimana yang difirmankan oleh Allah Azza wa Jalla:

{وَمَا كَانَ صَلاَتُهُمْ عِندَ الْبَيْتِ إِلاَّ مُكَاء وَتَصْدِيَةً …} (35) سورة الأنفال

“Solat mereka di sekitar Baitullah itu, tidak lain hanyalah siulan dan tepukan tangan..” (QS. Al-Anfaal: 35).

Lalu ia berkata:”Tetapi syaikh fulan membolehkannya”.

Saya berkata dalam hati bahwa telah berlaku atas mereka firman Allah Azza wa Jalla:

{اتَّخَذُواْ أَحْبَارَهُمْ وَرُهْبَانَهُمْ أَرْبَابًا مِّن دُونِ اللّهِ وَالْمَسِيحَ ابْنَ مَرْيَمَ } (31) سورة التوبة

“Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah dan (juga mereka mempertuhankan) Al Masih putera Maryam…” (QS. At-Taubah: 31).

Ketika ‘Adiy bin At-Tha’iy radhiallahu ‘anhu mendengar ayat tersebut – ketika itu beliau masih dalam keadaan Nashraniy – ia berkata:”Wahai Rasulullah, kami tidak menyembah mereka”. Kemudian Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

اليس يحلون لكم ما حرم الله فتحلونه, ويحرمون ما أحل الله فتحرمون؟ قال: بلى, قال النبي صلى الله عليه و سلم: فتلك عبادتهم (رواه الترمذي, البيهقي).

“Bukankah mereka (para rahib itu) menghalalkan untuk kalian apa yang Allah haramkan, lalu kalia menghalalkan juga? Dan mereka mengharamkan apa yang dihalalkan Allah, lalu kalian mengharamkannya juga? Ia barkata:Ya. Bersabda Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam:”Itulah bentuk penyembahan kepada mereka” (HR. At-Tirmizi; Al-Baihaqi. Hadis Hasan).

Kemudian saya menghadiri halaqoh dzikir lain, di masjid yang sama, dimana seseorang berdzikir sambil bertepuk tangan. Saya katakan kepada mereka setelah selesai:”Sesungguhnya suara Anda sangat indah, tetapi tepuk tangan ini haram hukumnya”. Lalu ia menjawab:”Alunan lagu yang kami nyanyikan tidak sempurna bila tidak disertai dengan tepuk tangan. Seorang syaikh yang lebih besar (alim) dari Anda pernah melihat saya melakukan ini dan ia tidak mengingkarinya (menegurku)”.

Jika kita memperhatikan, sebenarnya orang-orang yang melakukan dzikir seperti ini telah melakukan pengingkaran terhadap nama-nama Allah, karena menyebut ( الله, آه, هي, هو,يا هو)

Penggantian nama Allah dan penyimpangan ini hukumnya haram, dan karena itu maka orang yang melakukannya akan dihisab pada hari kiamat nanti.

Tarekat Mauliyyah

Di daerah saya terdapat kelompok lain yang terkenal dengan nama Tarekat Mauliyyah. Mereka bermarkas di masjid besar, tempat dimana sholat wajib didirikan. Di sana terdapat banyak kuburan yang ditutup dengan kain kelambu. Nisannya dihiasi dengan batu-batu marmer yang indah dan tinggi. Di atasnya tertulis ayat-ayat Al-Qur’an, nama orang yang sudah meninggal itu dan bait-bait syair. Kelompok ini menghadiri perayaan setiap hari Jum’at atau pada acara-acara tertentu dengan memakai topi yang panjang terbuat dari kulit berwarna abu-abu dan beberapa alat-alat musik yang mereka gunakan ketika berdzikir dapat didengarkan dari kejauhan. Saya melihat salah seorang dari mereka duduk di tengah lingkaran, kemudian berputar-putar sendirian di tempat itu, dilakukan berkali-kali dan tidak beranjak dari tempatnya. Mereka menundukkan kepala ketika memohon pertolongan kepada Syaikh mereka, Jalaluddin Ar-Rumi atau yang lainnya.

Yang sangat aneh adalah banyak di antara masjid-masjid di beberapa negeri Islam, termasuk masjid ini, yang menguburkan orang-orang mati di dalam Masjid, mengikuti apa yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nashrani.

Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

لعن الله اليهود والنصارى اتخذوا قبور أنبيائهم مساجد يحذر ما صنعوا ( رواه البخاري )

“Allah melaknat orang-orang Yahudi dan Nashrani yang menjadikan kiburan Nabi-nabi mereka sebagai masjid, perbuatan mereka mendapat peringatan” (HR. Bukhori).

Solat menghadap ke kuburan juga terlarang, berdasarkan sabda Nabi shalallahu ‘alaihi wa sallam:

لا تجلسوا على القبور, ولا تصلوا إليها ( واه مسلم, أحمد )

“Janganlah kalian duduk di atas kuburan dan janganlah kalian sholat menghadap kuburan” (HR. Muslim; Ahmad).

Adapun membangun kuburan secara permanent, lengkap dengan kubah, dinding, tulisan dan pengecatan, maka dengarlah larangan Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam tentang itu:

نهى أن يخصص القبر وأن يبنى عليه ( رواه مسلم )

“Beliau melarang mengecat kuburan dan mendirikan bangunan di atasnya” (HR. Muslim).

Dalam riwayat lain berbunyi:

نهى أن يكتب على القبر شيء ( رواه الترمذي)

“Beliau melarang menulis sesuatu di atas kuburan” (HR. At-Tirmidzi; Al-Hakim dan disepakati oleh Adz-Dzahabi).

Menggunakan alat musik di Masjid dan ketika dzikir adalah termasuk perbuatan bid’ah orang-orang sufi yang datang belakangan. Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam telah melarang musik dalam sabdanya:

ليكونن من أمتي أقوام يستحلون الحر والحرير والخمر والمعازف ( رواه البخاري )

“Akan datang pada ummatku kaum yang menghendaki dihalalkannya zina, sutrah, khamer, dan alat musik” (HR. Al-Bukhari; Abu Dawud dan di SHAHIH kan oleh Al-Albani dan lain-lain).

Dikecualikan dari alat musik ini, rebana yang dipukul pada hari raya ‘ied atau untuk kaum wanita pada acara pernikahan.

Kelompok ini berpindah dari satu Masjid ke Masjid lain untuk mengadakan apa yang mereka namakan An-Naubah yaitu dzikir yang disertai dengan alat musik. Mereka bergadang hingga larut malam, sehingga suara gaduh musik ini mengganggu penduduk daerah itu.

Saya mengenal salah seorang di antara mereka, ia memakaikan anaknya topi yang sering dipakai orang-orang kafir. Lalu dengan sembunyi-sembunyi saya mengambil topi itu dan merobeknya. Orang sufi itu tidak menerima perlakuanku dan marah kepadaku. Saya katakana kepadanya:Saya melakukan ini karena rasa ghirahku (=kecemburuan atas dasar Islam) terhadap anakmu yang memakai pakaian ala orang-orang kafir. Lalu saya minta maaf.

Orang Sufi ini memasang tulisan di ruang kerjanya:

يا حضرة مولانا جلال الدين

“ Wahai Hadhrah Maulana Jalaluddin”

Lalu saya bertanya kepadanya: Bagaimana anda memanggil Syaikh yang tidak mendengar dan tidak mengabulkan permintaan ini?

Dia hanya bisa diam membisu, tidak menjawab.

Inilah kesimpulan tentang Tarekat Mauliyyah.

Pelajaran Aneh Dari Seorang Syeikh Sufi

Suatu ketika, saya pergi bersama salah seorang Syeikh untuk mengikuti pelajaran di salah satu masjid. Di sana, orang-orang sudah berkumpul, baik guru-guru maupun para syaikh.

Mereka membaca sebuah buku berjudul Al-Hikam karya Ibn ‘Ajibah. Pelajaran mereka tentang “Mendidik jiwa menurut orang-orang sufi”.

Salah seorang diantara mereka membaca kisah aneh dari buku tersebut yang isinya:

Salah seorang dari golongan sufi masuk kamar mandi untuk mandi. Ketika orang sufi ini keluar dari kamar mandi tersebut, ia mencuri handuk yang khusus dipinjamkan oleh pemilik kamar mandi untuk orang yang mandi di tempat itu. Ujung handuk dibiarkan kelihatan, agar orang-orang memergokinya mencuri, kemudian mereka mengejek dan menghardiknya. Dengan tujuan menghinakan dan mendidik dirinya dengan cara-cara shufi. Dan ternyata, setelah ia keluar dari kamar mandi,pemilik kamar mandi tersebut mengejarnya dan melihat ujung handuk menyembul keluar dari balik pakaiannya, lalu iapun menghardik dan memukulnya. Orang-orang yang mendengarnya, melihat syaikh sufi yang mencuri handuk dari kamar mandi ini, lalu merekapun ikut menghardik, mengejek dan berbagai hal yang dilakukan orang-orang ketika memergoki seorang pencuri. Mereka mendapatkan gambaran yang jelek dari orang shufi ini.

Seorang laki-laki dari kalangan shufi ingin mendidik dan menghinakan dirinya. Lalu ia memikul sekarang buah-buahan yang disukai anak-anak. Lalu iapun pergi ke pasar dan berkata kepada setiap anak kecil yang lewat:”Ludahi wajahku, saya akan beri buah yang kamu sukai”. Lalu anak kecil itu meludahi wajah syaikh itu dan memberinya buah. Demikianlah ludah anak-anak kecil di jalan mampir ke wajah syaikh shufi ini, karena mereka menginginkan buah tersebut. Dan syaikh inipun semakin senang.

Ketika saya mendengar kedua kisah ini, aku hampir saja marah. Dadaku terasa sempit mendengarkan pendidikan salah yang tidak diajarkan agama Islam yang memuliakan manusia.

Allah Ta’ala berfirman:

{وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً} (70) سورة الإسراء

“Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan di lautan, Kami beri mereka rezki dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan.” (QS. Al-Isro: 70).

Saya berkata kepada syaikh yang bersamaku setelah keluar dari masjid itu:”Inikah cara orang-orang shufi mendidik diri mereka? Apakah pendidikan itu dengan cara mencuri, yang dalam hukum Islam dikenakan hukum potong tangan? Apakah pendidikan itu dengan melakukan perbuatan hina dan mencela atau melakukan hal-hal yang seharusnya ditinggalkan? Sesungguhnya agama Islam dan akal sehat yang memuliakan manusia melarang perbuatan semacam ini. Inikah hikmah-hikmah yang mereka pelajari dari buku yang mereka namakan dengan Al-Hikam karangan ibn ‘Ajibah itu?”.

Dan salah satu hal yang perlu diingat adalah syaikh yang memimpin pelajaran ini memiliki banyak pengikut dan murid.

Suatu ketika syaikh ini mengumumkan bahwa ia akan melaksanakan haji. Kemudian murid-muridnya datang untuk mencatat dan mendaftarkan nama-nama mereka untuk menemaninya melaksanakan haji. Bahkan kaum wanitapun banyak yang mendaftarkan diri dan mungkin diantara mereka yang terpaksa menjual perhiasannya untuk itu. Sehingga orang-orang yang berkeinginan melaksanakan haji semakin bertambah. Uang yang ia kumpulkan juga semakin banyak. Kemudian pada akhirnya ia mengumumkan bahwa ia urung melaksanakan haji, tetapi syaikh itu tidak mengembalikan uang yang terkumpul itu kepada pemiliknya, tetapi justru ia makan sendiri dengan cara yang haram.

Sungguh benar firman Allah Azza wa Jalla:

{يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّ كَثِيرًا مِّنَ الأَحْبَارِ وَالرُّهْبَانِ لَيَأْكُلُونَ أَمْوَالَ النَّاسِ بِالْبَاطِلِ وَيَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ} (34) سورة التوبة

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya sebahagian besar dari orang-orang alim Yahudi dan rahib-rahib Nasrani benar-benar memakan harta orang dengan jalan batil dan mereka menghalang-halangi (manusia) dari jalan Allah…” (QS. At-Tubah: 34).

Saya mendengar dari salah seorang pengikutnya yang tergolong kaya dan banyak bergaul dengan syaikh itu, mengatakan bahwa syaikh itu adalah seorang dajjal dan penipu besar.

Zikir Ala Sufi Di Masjid

Suatu ketika, saya menghadiri halaqah zikir yang diadakan oleh kalangan sufi di masjid daerah yang saya tinggali. Lalu salah seorang diantara mereka yang memiliki suara yang indah maju ke depan untuk menyenandungkan bait-bait qsidah dan lagu-lagu di tengah halaqoh dimana orang-orang kampung berkumpul di saat zikir berlangsung.

Dan di antara syair yang saya ingat dari orang sufi ini adalah ungkapan:

يا رجال الغيب ساعدونا أنقذونا
Wahai orang yang ghaib, tolonglah kami, bantulah kami

Dan berbagai ungkapan itstighotsa (meminta pertolongan) lainnya. Padahal memohon pertolongan kepada orang-orang yang sudah meninggal dan tidak dapat mendengar adalah suatu bentuk kekafiran kepada Allah Azza wa Jalla. Walaupun mereka mendengar, tetapi mereka tidak dapat memenuhi permintaan. Bahkan mereka tidak dapat memberi manfaat bagi dirinya sendiri apalagi bagi orang lain.

Al-Quran telah memberikan isyarat akan hal itu dalam firman Allah Azza wa Jalla:

{… وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ مَا يَمْلِكُونَ مِن قِطْمِيرٍ.إِن تَدْعُوهُمْ لَا يَسْمَعُوا دُعَاءكُمْ وَلَوْ سَمِعُوا مَا اسْتَجَابُوا لَكُمْ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَكْفُرُونَ بِشِرْكِكُمْ وَلَا يُنَبِّئُكَ مِثْلُ خَبِيرٍ } (13-14) سورة فاطر
“Dan orang-orang yang kamu seru (sembah) selain Allah tiada mempunyai apa-apa walaupun setipis kulit ari. Jika kamu menyeru mereka, mereka tiada mendengar seruanmu; dan kalau mereka mendengar, mereka tidak dapat memperkenankan permintaanmu. Dan dihari kiamat mereka akan mengingkari kemusyirikanmu dan tidak ada yang dapat memberi keterangan kepadamu sebagai yang diberikan oleh Yang Maha Mengetahui” (QS. Faathir: 13-14).

Setelah keluar dari majelis zikir itu, saya berkata kepada syaikh imam masjid yang juga ikut dalam dzikir itu:”Sesungguhnya dzikir ini tidak pantas dinamakan dzikir, karena saya tidak mendengar nama Allah disebutkan. Dan juga tidak ada permohonan ataupun do’a kepada Allah. Saya hanya mendengar panggilan dan permohonan kepada orang ghoib. Siapakah orang ghoib yang dapat menolong, menyelamatkan dan membantu kita itu?”

Syaikh itu hanya diam membisu.

Bantahan paling jelas untuk mereka adalah firman Allah Azza wa Jalla berikut

{وَالَّذِينَ تَدْعُونَ مِن دُونِهِ لاَ يَسْتَطِيعُونَ نَصْرَكُمْ ولا أَنفُسَهُمْ يَنْصُرُونَ} (197) سورة الأعراف
“Dan berhala-berhala yang kamu seru selain Allah tidaklah sanggup menolongmu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri” (QS. Al-A’rof: 197).

Suatu ketika, saya pergi ke masjid lain yang memiliki jumlah jama’ah yang lebih banyak. Di masjid itu terdapat seorang syaikh shufi yang memiliki banyak pengikut. Setelah sholat, mereka melakukan dzikir. Mereka mulai saling menjauh, menari-nari dalam berdzikir dan berteriak menyebut nama (الله, آه, هي…) Kemudian orang yang menyanyi itu mendekati syaikh yang mulai menari dihadapannya dan mengerak-gerakkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan bagaikan seorang biduan atau penari. Ia memuji syaikh itu, sementara sang syaikh hanya melihat kepadanya dengan senyum, penuh kerelaan…!!!

Pergaulan Orang Sufi Dengan Orang Lain

Saya membeli kedai dari salah seorang murid syeikh sufi, tapi dengan syarat, ia harus menjamin orang yang menyewanya sekarang ini, bila terlambat membayar sewanya, dan iapun setuju dengan syarat ini. Setelah beberapa hari kemudian, orang yang menyewa itu menolak membayar. Lalu saya complain ke pemilik pertama dimana saya membeli. Tetapi pemilik itu menolak membayar, dengan alasan tidak punya uang yang bisa dibayarkan. Beberapa hari kemudian, sang sufi ini, bersama dengan syaikhnya, berangkat melaksanakan haji. Saya kaget dengan kejadian itu, karena ia telah membohongiku. Lalu saya menyampaikan kepada murid-murid terdekat lainnya, perihal penipuan yang dilakukan oleh temannya itu dengan menjual toko kepadaku sementara orang yang menyewanya ketika saya membeli toko itu menolak membayar ongkos sewanya.

Ajan tetapi, diapun tidak dapat melakukan apa-apa. Dia hanya dapat berkata:”Apa yang dapat kami lakukan kepadanya?”. Padahal seandainya ia jujur, tentu ia akan memanggil orang itu dan memintanya mengembalikan hak orang lain.

Saya beberapa kali pergi ke pemilik pertama yang memberi tanggungan (orang shufi itu). Ia memiliki usahan menjahit. Dan ketika salah seorang murid syaikh yang pernah menyanyi dan menari di hadapannya melihatku. Ia langsung tahu bahwa saya datang mencari temannya itu. Disamping menyampaikan ulah temannya, saya juga memintanya agar menunjukkan kepadaku dimana temannya berada. Tetapi alih-alih ia membantuku dan jujur kepadaku, ia malah menghina dan menghujaniku dengan kata-kata kotor dan keji. Sayapun meninggalkannya dan hanya dapat bergumam dalam hati:”Inilah akhlak orang shufi, sementara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam telah memperingati kita dalam sabdanya:

أربع من كان فيه كان منافقا خالصا, ومن كانت فيه خصلة منهن كانت فيه خصلة من النفاق حتى يدعها: إذا حدث كذب, وإذا وعد أخلف, وإذا عاهد غدر, وإذا خاصم فجر (رواه البخاري؛ مسلم )
“Ada empat sifat yang barangsiapa memilikinya maka ia murni termasuk orang munafik dan barangsiapa yang memiliki salah satu sifat itu, maka ia telah memiliki salah satu sifat orang munafik hingga ia meninggalkannya; Apabila berbicara ia dusta, apabila berjanji ia mengingkarinya, apabila membuat perjanjian ia menghianati perjanjian itu dan apabila bersengketa ia berbuat dosa” (HR. Bukhari, Muslim).

Sumber:
Kaifa Ihtadaitu Ila at-Tauhid karya Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu

Minggu, Oktober 10, 2010

Perginya Syeikh Muhammad Jamil Zainu Rahimahullah

Inna lillahi wa inna Ilaihi Rajiun.

Sedih dan sebak sungguh hati saya di kala mendengar berita ini. Berita yang sangat mengejutkan. Seorang ulama' sunnah yang mulia dan sangat dikasihi telah mengadap Ilahi. Syeikh Muhammad Jamil Zainu Rahimahullah, pengajar di Darul Hadis Khairiyah, Makkah al-Mukarramah telah wafat pada hari Jumaat lalu, 8 Oktober 2010/29 Syawal 1431 H, setelah solat Isyak, jenazah Syeikh Muhammad Jamil Zainu disolatkan oleh jemaah di Masjidil Haram, Makkah.

Berita wafatnya baru saya ketahui melalui laman blog sahabat saya yang dikasihi di Indonesia iaitu akh Rikrik Aulia Rahman, http://rumahku-indah.blogspot.com/2010/10/hikmah.html

Nampak hadir di hari itu ramai alim ulama, para penuntut ilmu dan kaum muslimin. Suasana haru menyelimuti mereka kerana kehilangan al-alim rabbani al-kabir al-ustaz diusia yang ke 87 tahun, rahimahullahu.

Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu merupakan di antara murid Syeikh al-Albani yang paling saya minati dan kagumi peribadinya. Ilmunya sangat luas. Karya-karya yang dihasilkannya sungguh begitu indah dan bermanfaat sekali. Gaya penulisannya begitu hebat. Antara karyanya yang sangat saya minati ialah berjudul Qutufun Minas Syamail Muhammadiyah (Meniti Jejak-jejak Keperibadian Rasulullah) - Edisi bahasa Melayu dengan judul Mengenal Peribadi Rasulullah SAW terbitan Perniagaan Jahabersa.

Semoga Allah meredhainya dan menempatkannya dalam keluasan jannahNya. Amin.

Insya Allah, saya akan paparkan biografinya di entri akan datang.

Rujukan lain selain link blog sahabat saya di atas:
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=223872
http://alfirqatunnajiyyah.blogspot.com/2010/10/berita-wafatnya-syaikh-muhammad-bin.html
http://islammemo.cc/akhbar/arab/2010/10/09/108531.html?lang=en-us

Selasa, Agustus 24, 2010

Bacaan al-Quran oleh Syeikh Abdus Salam bin Barjas



Syeikh Abdus Salam bin Barjas, Ulama' Muda Yang Alim

Artikel terdahulu: http://tamanulama.blogspot.com/2009/01/syeikh-abdus-salam-bin-barjas-ulama.html

Dikemaskini dan tambahan:

Dia ialah Syeikh Abdus Salam bin Barjas bin Nasir Ali Abdil Karim. Dia lahir pada tahun 1387 H di Riyadh, Arab Saudi.

Seorang ahli hadis muda dari Arab Saudi, yang dikatakan oleh para ulama', "Tingkat keilmuannya melebihi umurnya".

Dia ialah qadi (hakim) di Riyadh dan juga imam masjid dan memiliki halaqah ilmu di tempat dia jum'atan sehari sebelumnya.

Guru-guru Syeikh Abdus Salam di antaranya ialah Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Shalih bin Utsaimin, Syeikh bin Jibrin, Syeikh Muhadis Abdullah bin Duwaisi, Syeikh Shalih bin Abdurrahman al-Athram, Syeikh Abdurahman bin Ghudayan, Syeikh Shalih bin Ibrahim al-Balihi, Syeikh Abdulkarim al-Khudairi dan lainnya.

Tulisannya lumayan banyak, baik berupa takhrij atau lainnya, yang terkenal ialah Mu’amalatul Hukkam fi Dhauil Kitab wa Sunnah yang sangat unik topiknya dan sarat dengan faedah. Dia telah menulis buku sejak berumur 18 tahun lagi.

Dia meninggal dunia pada hari Sabtu malam pada tahun 1425 H/2004 M dalam kemalangan kenderaan yang mengerikan saat dalam perjalanan dari Ahsa ke Riyadh. Kenderaan yang dipandunya terlanggar unta ketika dia tidak sempat mengelaknya. Jenazahnya telah dikebumikan di Riyadh, Arab Saudi, setelah solat Asar di Masjid Abdullah, Dira pada 3 April 2004.

Menurut Abdurrahman al-Ghisli, rakan yang hadir di tempat kemalangan dan ikut menolongnya, Syeikh Abdus Salam Bin Barjas rahimahullah, mengakhiri hembusan nafasnya dengan mengucapkan syahadah.

Semoga amalan baiknya diterima oleh Allah Taala, diampuni dosa-dosanya dan dimudahkan jalannya menuju JannahNya. Amin ya Rabbal alamin.

Kamis, Agustus 05, 2010

Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi'i, Mutiara Sunnah Dari Yaman

Dia ialah al-Allamah al-Muhaddis Syeikh Muqbil bin Hadi bin Qayidah al-Hamdani al-Wadi’i al-Khilali rahimahullah. Dia ialah duri bagi para pengusung kebatilan, baik dari kalangan Syiah Rafidah, Khawarij, Teroris, Liberalis, Komunis, Sufiyyah dan kelompok-kelompok sesat lainnya.

Dia ialah sosok yang dikenal dengan kejujuran, keikhlasan, iffah (menjaga kehormatan dan harga diri), kesabaran, zuhud dalam kehidupan dunia, berjalan di atas aqidah yang benar dan manhaj salafi yang lurus, sikap bijak, santun, lembut, keberanian, serta tampil menyerukan kebenaran. Sungguh sosok dia mengingatkan dengan sosok para ulama' salafus soleh, terutama sosok Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah.

Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi'i rahimahullah dilahirkan pada tahun 1352 H di Dammaj, Yaman, sebuah lingkungan Zaidiyah (salah satu kelompok syiah) yang bercirikan tasauf, muktazilah dan berbagai bid'ah lainnya.

Belajarnya

Syeikh Muqbil rahimahullah memulai pelajarannya di Maktab di sebuah kampung yang bernama al-Wathan Dammaj, Yaman beberapa lama kemudian berhenti kerana tidak ada yang membiayainya belajar.

Kemudian dia bersafar ke Riyadh, Arab Saudi dan tinggal di sana sekitar sebulan setengah. Ketika cuaca Riyadh berubah maka dia berangkat ke Makkah. Dia meminta petunjuk kepada sebahagian penceramah tentang kitab-kitab yang bermanfaat yang akan dia beli, maka dia dinasihati agar membeli kitab Sahih Bukhari, Bulughul Maram, Riyadus Salihin dan Fathul Majid.

Dia bekerja sebagai penjaga sebuah gedung di Hajun sambil menelaah kitab-kitab tersebut. Dia sangat tertarik dengan kandungan kitab-kitab tersebut kerana amalan manusia di negerinya sangat berbeza dengan yang ada dalam kitab-kitab tersebut.

Setelah beberapa lama beliau pulang ke negerinya Yaman dan mulai mengingkari kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan kaumnya. Seperti menyembelih untuk selain Allah, meminta kepada orang-orang yang sudah mati, membangun kuburan dan kesyirikan-kesyirikan lainnya.

Reaksi yang muncul dari kaumnya begitu keras, lebih-lebih dari orang Syiah yang memandang Syeikh Muqbil sudah merubah agamanya sehingga pantas dibunuh. Mereka memaksa Syeikh Muqbil untuk belajar di Masjid Jami’ al-Hadi untuk menghilangkan syubhat-syubhatnya.

Kemudian dia berangkat ke Najran dan tinggal di sana selama dua tahun belajar kepada Majduddin al-Muayyid. Setelah itu berangkatlah di ke Makkah bekerja di waktu siang dan belajar di waktu malam.

Ketika dibuka Maahad al-Haram al-Makki, dia mendaftarkan diri dan diterima sehingga dia menyelesaikan pendidikan Mutawassitah dan Tsanawiyah. Kemudian dia menuju ke Madinah dan masuk ke Jamiyah Islam Madinah di Fakulti Dakwah dan Fakulti Usuluddin.
Ketika dibuka Fakulti Pasca Sarjana di Jamiyah Islam Madinah, dia mendaftarkan diri dan diterima. Risalah Masternya adalah tahqiq kitab Ilzamat dan Tatabbu’ oleh Imam Daruqutni.

Syeikh Muqbil berkata, “Setelah ini semua, aku tinggal di perpustakaanku. Hanya beberapa saat berdatanganlah sebahagian saudara-saudara dari Mesir, maka aku buka pelajaran-pelajaran dari sebahagian kitab-kitab hadis dan kitab-kitab bahasa. Dan masih saja para thalabul ilmi berdatangan dari Mesir, Kuwait, Haramain, Najd, ‘Adn, Hadramaut, Al-Jazair, Libia, Somalia, Belgia dan dari kebanyakan negeri-negeri Islam dan yang lainnya.

Gunung-gunung dan pasir serta lembah-lembah menjadi saksi bagi Abu Abdirrahman (nama kunyah Syeikh Muqbil) dalam penyebaran sunnah dan kesabarannya dalam menanamkan pada hati manusia serta permusuhannya terhadap bid’ah dengan fadilah dari Allah Subhanahu wa Taala.

Mendirikan Maahad Darul Hadis


Sepulang dia dari belajar di negeri Tauhid dan Sunnah Kerajaan Arab Saudi, dia mulia merintis taklim dan dakwah di Yaman. Maka Allah Azza wa Jalla membukakan pintu kemenangan dan keberhasilan baginya dalam wujud yang sangat besar. Dengan diiringi dan dibantu oleh teman sepejuangannya sekaligus murid besarnya, al-Allamah Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab al-Wusabi hafizahullah, berdirilah madrasahnya di kampung Dammaj, Yaman, yang diberi nama Maahad Darul Hadis.

Sungguh Allah berkahi dakwah dan perjuangannya. Madrasahnya menjadi madrasah yang sarat dengan ilmu. Berbagai disiplin ilmu agama diajarkan di sana. Dengan dilandasi keikhlasan niat, kesungguhan, kasih sayang, akhlaq mulia, kesantunan, jauh dari sikap brutal dan ekstrim. Para murid berdatangan dari seantero dunia Islam dari seluruh penjuru dunia. Kalau dulu dikatakan bahwa tidak ada seorang ulama' yang paling banyak didatangi oleh para ahli hadis dari berbagai penjuru negeri seperti al-Imam Abdurrazzaq As-Shan’ani rahimahullah.

Maka pada masa ini, tidak berlebihan kalau dikatakan bahawa tidak ada seorang ulama' yang paling banyak didatangi oleh para penuntut ilmu dari berbagai penjuru negeri seperti Syeikh Muqbil al-Wadi’i rahimahullah.

Jerih payah upaya dakwah beliau (tentunya setelah pertolongan dan taufiq dari Allah ‘Azza wa Jalla) benar-benar membuahkan hasil yang sangat indah di Yaman dan dunia Islam pada umumnya. Dakwah Salafiyyah Ahlus Sunnah wal Jamaah menjadi dikenal, dihormati dan diterima serta diikuti oleh umat.

Guru-gurunya

Di antara guru-gurunya yang paling masyhur ialah:

1. Syeikh Abdul Aziz bin Baz (dia pernah hadir mengikuti sebahagian halaqah ilmunya di Haramun Madani iaitu pada kitab Sahih Muslim)
2. Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani (dia mengambil faedah darinya pada pertemuan khusus para thalabatul ilmi dan pada kesempatan-kesempatan yang lainnya).
3. Syeikh Abdul Aziz bin Rasyid An-Najdi
4. Syeikh Muhammad bin Abdillah As-Soumali
5. Syeikh Muhammad al-Amin al-Misri
6. Syeikh Hammad bin Muhammad al-Ansari
7. Syeikh Abdul Aziz As-Subail
8. Syeikh Abdullah bin Muhammad bin Humaid

Semangatnya dalam Berpegang dengan As-Sunnah


Dia termasuk orang yang teguh untuk bepegang dengan Sunnah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Oleh kerana itulah Allah Subhanahu wa Taala memuliakan sebutannya. Sebagaimana ditegaskan oleh Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah: “Sesungguhnya Allah memuliakan seseorang sesuai dengan kadar berpegang teguhnya dia dengan As-Sunnah.”

Di antara ucapan yang sering dia katakan ialah: “Sunnah Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam tidak akan kita tinggalkan meskipun kita harus menggigitnya dengan gigi kita.”

Sikapnya terhadap Pemahaman Salafus Soleh

Dia rahimahullah mengatakan: “Kita beribadah kepada Allah dengan pemahaman salafus soleh yang sesuai dengan dalil. Dan kita katakan: Sesungguhnya mereka telah mendahului kita dalam setiap kebaikan. Apalagi sudah jelas sanjungan terhadap mereka, seperti firman Allah Subhanahu wa Taala:
وَالسَّابِقُونَ اْلأَوَّلُونَ مِنَ الْمُهَاجِرِينَ وَاْلأَنْصَارِ وَالَّذِينَ اتَّبَعُوهُمْ بِإِحْسَانٍ
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) di antara orang-orang Muhajirin dan Ansar serta orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik.” (At-Taubah: 100)

Dan sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:

خَيْرُكُمْ قَرْنِي ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

“Sebaik-baik kalian adalah generasiku, kemudian generasi berikutnya, kemudian generasi berikutnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis ini terdapat isyarat bahwasanya harus mengambil sesuai dengan pemahaman mereka.

Sikap Bijaknya

Syeikh Muqbil rahimahullah adalah seorang yang bijak dalam berdakwah mengajak manusia ke jalan Allah di tengah-tengah masyarakat dan kaumnya, beliau bukanlah sosok yang kasar dan brutal. Sebab beliau tahu bahwa dakwah ini bukan ditegakkan di atas tindakan revolusioner dan pemberontakan. Cara seperti itu (revolusioner dan pemberontakan) sudah dilakukan sebagian kelompok, yang akhirnya justru menimbulkan kejelekan; memecah belah persatuan kaum muslimin serta menjadikan tercorengnya citra Islam dan kaum muslimin di mata penduduk dunia.

Padahal dakwah ini dibangun di atas dasar hikmah dan nasehat yang baik, sebagaimana firman Allah Azza wa Jalla:

ادْعُ إِلَى سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ

“Serulah (manusia) kepada jalan Rabbmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik.” (An-Nahl: 125)

Diapun selalu menganjurkan agar bertahap dalam memberikan pelajaran dan dakwah, agar jangan sampai ada yang bersemangat tapi tidak mempunyai hikmah dan ilmu. Di antara anjuran beliau, hendaknya seorang penuntut ilmu ketika kembali ke kampung halamannya jangan kemudian solat dengan memakai sandal di dalam masjid. Karena orang di sekitarnya tentu akan menganggapnya sebagai kemungkaran dan akan memicu fitnah. Sedangkan solat dengan sandal adalah sunnah, bukan wajib.

Sikap Santun dan Kehati-hatiannya

Dia betul-betul berhati-hati dan tenang dalam menghadapi persoalan. Betapa sering dia berupaya memperbaiki satu permasalahan dan bersabar menghadapi para penentangnya, dengan harapan mudah-mudahan suatu ketika mereka menjadi baik. Namun kalau tidak bermanfaat juga, dia bangkit menerangkan kepada masyarakat tentang kejelekannya dan membongkar syubhat-syubhatnya serta membantah hujjah-hujjah mereka yang lemah.

Dia sering ditanya tentang satu masalah dan selalu mengatakan: “Wallahu a’lam.” Betapa sering dia ditanya tentang seorang tokoh, namun dia mengatakan: “Saya menahan bicara tentang dia.” Dan dia diam selama beberapa tahun sampai sangat jelas keadaan orang tersebut. Lantas apakah ada keburukan dalam kata-kata dia sesudah itu? Sesungguhnya demi Allah, di kalangan mereka yang jujur dan adil, inilah yang dinamakan tatsabbut (teliti). Namun memang kebaikan itu tidak mungkin bisa melenyapkan celaan.

Keluhuran Jiwanya

Syeikh Muqbil rahimahullah begitu luhur jiwanya, menjauhkan diri dari hal-hal yang tidak sepatutnya, menjaga diri dari meminta-minta kepada orang lain, sampai-sampai dia merasa berat memintakan kepada para muhsinin (dermawan) untuk kepentingan para muridnya. Ketika Syeikh Abdul Aziz bin Baz mengetahui hal itu maka dia mengirim surat kepada Syeikh Muqbil yang isinya, ”Tulislah permohonan wahai Abu Abdurrahman, engkau akan mendapatkan pahala darinya!”

Dia melatih para muridnya kepada sifat yang agung ini. Dia mencela dan memperingatkan dari orang-orang yang meminta-minta kepada manusia atas nama dakwah dan ini bukan bererti dia rahimahullah menyeru para penuntut ilmu agar meninggalkan taklimnya untuk berdagang. Maksud dia, makan dari hasil usaha sendiri lebih baik daripada meminta-minta. Dia rahimahullah juga berkata, ”Aku menasihatkan kepada ahli sunnah agar bersabar atas kefaikiran, kerana itulah keadaan yang Allah pilihkan kepada NabiNya sallallahu alaihi wa sallam.

Kesabarannya

Dia rahimahullah memiliki kesabaran yang sulit dicari bandingannya. Dia begitu sabar atas berbagai penyakit yang menimpanya, bersabar atas penyakit busung air yang bertahun-tahun dideritanya. Demikian pula atas penyakit lever yang menimpanya. Merupakan hal yang menakjubkan bahawa beliau dalam keadaan sakit tidak pernah meninggalkan taklimnya. Pernah suatu saat beliau menyampaikan pelajarannya dalam keadaan tangannya diikat dengan perban ke lehernya.

Murid-muridnya


Beberapa murid-murid Syeikh Muqbil yang menonjol, murid-muridnya sangat banyak sekali tidak ada yang mengetahui jumlah mereka kecuali Allah, disebutkan beberapa di antaranya yang menonjol dari kalangan muallifin (penulis buku), para dai-dai dan selain mereka:

1. Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab al-Wusabi
2. Syeikh Yahya bin Ali al-Hajuri
3. Syeikh Mustafa bin al-Adawi
4. Syeikh Abdul Aziz bin Yahya al-Bura’i
5. Syeikh Usamah bin Abdul Latif al-Kushi, penulis kitab al-Azan
6. Syeikh Abdullah bin Usman Ad-Damari, beliau terkenal sebagai pemberi ceramah kalangan Ahlussunnah di Yaman
7. Syeikh Ahmad bin Ibrahim Abul Ainain al-Misri
8. Syeikh Muhammad bin Abdillah al-Imam Abu Nasr Ar-Raimi
9. Syeikh Mustafa bin Ismail Abul Hasan As- Sulaimani al-Maghribi
10. Syeikh Abdul Musawwir bin Muhammad al- Ba’dani
11. Syeikh Yahya bin Ali al-Muri
12. Syeikh Abdur Raqib bin Ali al-Ibbi
13. Syeikh Qasim bin Ahmad Abu Abdillah At-Taizi
14. Syeikh Jamil bin Ali Asy-Syaja’ As-Sabari
15. Syeikh Ali bin Abdillah Abul Hasan Asy-Syaibani
16. Syeikh Auf bin Abdillah al-Bakkari Abu Harun
17. Syeikh Usman bin Abdillah al-Utmi
18. Ummu Abdillah binti Muqbil bin Hadi al-Wadi’i, penulis kitab As-Sahihul Musnad min Asy-Syamaili Al-Muhammadiyyah dan yang lainnya.
19. Ummu Syu'ib, isteri keduanya
20. Ummu Salamah, isteri ketiganya

Kebenciannya yang Sangat Besar terhadap Terorisme

Dia sangat membenci gangguan keamanan dan munculnya kegelisahan serta rasa takut pada kaum muslimin.

Tentang sabda Nabi sallallahu alaihi wa sallam:

أُمِرْتُ أَنْ أُقَاتِلَ النَّاسَ حَتَّى يَشْهَدُوا أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ وَيُقِيمُوا الصَّلاَةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ فَإِذَا فَعَلُوا ذَلِكَ عَصَمُوا مِنِّي دِمَاءَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ إِلاَّ بِحَقِّ اْلإِسْلاَمِ وَحِسَابُهُمْ عَلَى اللهِ

“Saya diperintah untuk memerangi manusia sampai mereka mengucapkan syahadat bahawa tidak ada berhak diibadahi kecuali Allah, dan Muhammad itu adalah Rasul Allah, mendirikan solat dan menunaikan zakat. Jika mereka melakukannya, maka terjagalah dariku darah dan harta mereka kecuali dengan hak Islam dan perhitungan mereka di sisi Allah.”

Syeikh Muqbil rahimahullah menjelaskan: “Dalam hadis ini terdapat bantahan terhadap kelompok-kelompok (sesat) yang ada sekarang ini, seperti Jamaatut Takfir (kelompok yang selalu mengkafirkan orang lain yang tidak segolongan dengannya) yang menganggap halal darah kaum muslimin. Juga Jamaatul Jihad (kelompok yang mengaku mujahidin, padahal teroris) yang juga menganggap halal darah kaum muslimin. Anggaplah bahawa pemerintah itu kafir dan rakyatnya muslim, tentu akan terjadi bencana di atas kepala rakyat muslim yang pantas dikasihani ini.

Demikian pula bantahan terhadap para tokoh revolusioner, yang mengarahkan masyarakat untuk melakukan tindakan revolusi, pemberontakan (dan sejenisnya).”

Dan ketika dia ditanya tentang para turis, apakah mereka terhitung mu’ahad?

Dia menjawab: “Di antara mereka ada yang datang untuk merosak di negeri kaum muslimin, ada pula yang menjadi mata-mata. Akan tetapi melampaui batas (yakni dengan menyerang) terhadap mereka justru hanya menimbulkan kekacauan. Saya tidak menganjurkan hal ini (menyerang mereka). Demikian pula halnya semua yang dapat menimbulkan kekacauan, tidak boleh."

Membunuh para wisatawan asing adalah suatu kesalahan. Kami tidak tahu kecuali akibatnya yang satu menyerang yang lain. Akhirnya dakwah terbengkalai, begitu juga dengan pendidikan, pertanian dan perdagangan. Namun perlu diingat pula bahwa ini bukan berarti kami ridha dengan (kedatangan) mereka.”

Inilah sikap kaum mukminin. Mereka tidak ingin menimbulkan gangguan keamanan. Berbeda dengan orang-orang munafik, mereka sangat antusias terhadap hal-hal seperti ini. Allah Subhanahu wa Taala berfirman :

لَئِنْ لَمْ يَنْتَهِ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمْ مَرَضٌ وَالْمُرْجِفُونَ فِي الْمَدِينَةِ لَنُغْرِيَنَّكَ بِهِمْ ثُمَّ لاَ يُجَاوِرُونَكَ فِيهَا إِلاَّ قَلِيلاً

“Sesungguhnya jika tidak berhenti orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya dan orang-orang yang menyebarkan kabar bohong di Madinah (dari menyakitimu), niscaya Kami perintahkan kamu (untuk memerangi) mereka, kemudian mereka tidak menjadi tetanggamu (di Madinah) melainkan dalam waktu yang sebentar."(Al-Ahzab: 60)

Meresahkan kaum muslimin adalah haram secara syar’i. Diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/720) dan Ahmad dalam Musnadnya (5/362) dari Abdurrahman bin Abi Laila:

قَالَ: حَدَّثَنَا أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهُ، أَنَّهُ قَالَ: لاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا

“Katanya: Para sahabat Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa sallam bercerita kepadaku, bahawa beliau (Nabi) bersabda: “Tidak halal bagi seorang muslim untuk mengejutkan dan membuat takut muslim lainnya.”

Hadits ini sahih, Syeikh Muqbil menyebutkannya dalam karya beliau As-Sahihul Musnad mimma Laisa fis-Sahihain (2/418).

Sikapnya terhadap Usamah bin Laden

Terhadap salah satu tokoh teroris international nomor wahid ini, Syeikh Muqbil rahimahullah mengatakan:

“Aku berlepas diri di hadapan Allah dari (kesesatan) Usamah bin Laden. Dia merupakan kejahatan dan musibah terhadap umat ini dan kegiatannya adalah kegiatan kejahatan.”

Dia juga berkata:

“Kami semua berlepas diri darinya dan kegiatan-kegiatannya sejak jauh sebelum ini. Realiti menyaksikan bahawa kaum muslimin yang hidup di negeri-negeri Barat tertekan dengan sebab adanya gerakan-gerakan yang diperanankan oleh kelompok Ikhwanul Muslimin dan kelompok-kelompok lainnya. Wallahul Musta’an.”

(Dari akhbar Ar-Ra'yul Am Kuwait tanggal 19 Disember 1998).

Dalam kitab Tuhfatul Mujib, transkrip ceramahnya berjudul Di Sebalik Peristiwa Peledakan-Peledakan di bumi al-Haramain, Syeikh Muqbil berkata:

“Di antara contoh-contoh fitn
ah (yang menimpa kaum muslimin) adalah fitnah yang sudah hampir menguasai Yaman yang dihembuskan oleh Usamah bin Laden … .”

” … untuk menjelaskan kepada umat bahawa urusan agama ini tidak boleh diambil dari orang semisal Usamah bin Laden, al-Mis’ari, atau yang semisalnya. Tapi urusan agama ini harus diambil dari kalangan ulama' … Bahkan sesungguhnya umat ini masih sangat memerlukan seribu ulama' seperti Syeikh bin Baz dan seribu ulama' lain seperti Syeikh al-Albani.”

Karya-karyanya

Dia juga meninggalkan karya-karya tulis yang sangat banyak. Kebanyakannya dalam bidang ilmu hadis. Dia sangat perhatian terhadap seleksi hadis, mana yang sahih mana yang bukan. Dan memang dia termasuk salah seorang ulama' ahlul hadis abad ini. Karya-karya besarnya kebanyakannya dia tulis dengan kaedah para ulama' ahlul hadis. Karya-karya tersebut menjadi rujukan penting kaum muslimin sekaligus termasuk khazanah keilmuan yang sangat penting.

a. Kitab-kitab yang Terbit Semasa Hidupnya

1. As-Sahih al-Musnad min Asbabin Nuzul
2. al-Ilzamaat wat-Tatabbu’
3. Asy-Syafa’at
4. As-Sahih al-Musnad mimma laisa fis-Sahihaini
5. As-Sahih al-Musnad min Dalaailin Nubuwwati
6. al-Jami’u As-Sahih fil-Qadari
7. al-Jami’u As-Sahih mimma laisa fis-Sahihaini (tersusun sesuai dengan bab-bab fiqhiyyah)
8. Tatabbu’u Awhamil Hakim fi al-Mustadrak al-lati lam yunabbih ‘alaiha Az-Zahabi ma’a Tarajimi lir-ruwati allazina laisu min rijali Tahzibi At-Tahzib
9. As-Suyufu al-Bathirat li ilhadi As-Syuyuiyyah al-Kafirah
10. Ijabatu As-Saili ‘an ahammi al-Masaili
11. Fatwa fi Wihdatil Muslimiin ma’al-Kuffar
12. Dan dia juga mempunyai sekitar 33 karya yang lain.

b. Kitab-kitab yang Belum di Cetak Sampainya Wafat

1. al-Jamius Sahih minat Tafsiri bil Matsur (sekarang proses cetak)

c. Kitab-kitabnya Yang Hilang

1. al-Kufah li Ashari An-Nikah

d. Kitab-kitab yang Tidak di Cetak Lagi

1. al-Qaulul Amin Fi Fadha-ih al-Muzabzabin (kerana dia banyak menarik kembali pendapat dia)
2. Hazihi Dakwatuna wa ‘Aqidatuna (naskah lama)

Rahmah dan Kasih Sayangnya

Dia menyayangi semuanya, tua muda, laki-laki dan perempuan. Bahkan anak-anak kecil sangat menyukai dia kerana kedudukan dan kebaikannya terhadap mereka. Dia pantas dikatakan demikian, tanpa harus berlebihan. Boleh dikatakan bahawa dia termasuk orang yang paling penyayang terhadap sesamanya di zaman ini. Terutama terhadap para penuntut ilmu, di mana dia memandang mereka sebagai anak-anaknya sendiri.

Dia sering juga merasakan kesulitan bila terjadi kekurangan dari keperluan para penuntut ilmu. Bahkan dia pernah mengatakan bahawasanya dia tidak pernah menemukan kesulitan yang lebih berat dirasakannya daripada hal ini.

Dia sering manfaatkan waktu untuk duduk bersama orang banyak dengan memberikan nasihat, pengarahan, faedah dan diskusi. Sehingga hampir tidak ada yang keluar dari majlis itu melainkan sudah mendapatkan faedah.

Nasihat-nasihatnya sangat disenangi dan beliau memilih yang sesuai dengan pemahaman mereka tanpa membosankan. Dan kalimat-kalimat yang ringkas tidak akan membosankan siapapun.

Di antara sifat rahmatnya, dia mengirim para da’i yang mengajak ke jalan Allah ke seluruh daerah di Yaman bahkan juga ke luar Yaman untuk menyebarkan dien Allah, mengajari manusia kebaikan dan mentahzir mereka dari kejahatan.

Dari sifat rahmatnya, dia selalu menumbuhkan kecintaan terhadap ilmu di hati murid-muridnya. Dia selalu menyebutkan keadaan yang dialami salafus soleh, berupa kesabaran menempuh kesulitan dalam mencari ilmu.

Kezuhudan, Kesederhanaan, Kedermawanan dan Wara’nya.

Syeikh Muqbil dikenal dengan kezuhudannya dan dia biasakan para muridnya atas sifat yang mulia ini. Dia sampaikan kepada mereka bahawa dengan sifat inilah mereka akan mendapatkan ilmu. Dia sangat sederhana dalam tempat tinggal, pakaian dan makanannya.

Di antara hal yang menunjukkan kezuhudannya pada dunia, dia wakafkan tanah dia yang luas untuk tempat tinggal para muridnya yang sekarang ditempati sekitar 250 rumah (Darul Hadis, Dammaj).

Dia memiliki sifat tawadhu’ yang tiada bandingannya. Jika dia sedang berjalan kemudian dipanggil oleh seorang anak kecil maka dia langsung berhenti, menyapanya dan menanyakan apa yang dikehendaki. Ketika dia di majlis taklimnya datanglah seorang anak kecil, dia hentikan pelajarannya dan berkata anak kecil itu kepadanya, "Aku ingin membaca sebuah hadits di mikrofon." maka beliau dudukkan anak kecil tersebut di depannya untuk membaca hadis yang dikehendakinya.

Dia dikenal dengan sifat wara’, tidak pernah tersisa dana dakwah disisinya kerana selalu dia serahkan kepada yang memerlukannya.

Kegigihannya Dalam Mempelajari dan Menyampaikan Ilmu


Dia begitu gigih di dalam mengajarkan ilmu. Satu jam sebelum Zuhur dia mengajarkan kitabnya Sahih Musnad mimma Laisa fi Shahihain, setelah itu kitab Jami’ Sahih Musnad mimma Laisa fi Sahihain. Sesudah solat Zuhur dia mengajarkan Tafsir Ibnu Katsir dua hari sekali berselang-seli dengan kitab Sahih Musnad min Asbabin Nuzul. Ketika kitab yang akhir ini selesai dia gantikan dengan kitab Jami’ Sahih. Sebelum zuhur dia menelaah pelajaran di rumahnya selama 1/4 jam.

Sesudah Asar dia mengajarkan kitab Sahih Bukhari dan sesudah Maghrib mengajarkan Sahih Muslim dan kitabnya Ahadisu Mu’allah Zahiruha Shihhah. Selesai dari kitab yang akhir ini dia menggantinya dengan kitabnya Gharatul Fishal alal Mu’tadin ala Kutubil Ilal. Selesai dari kitab yang akhir ini dia mengajarkan kitabnya Dzammul Mas’alah, kemudian setelah selesai diganti dengan kitab Sahih Musnad min Dalail Nubuwwah. Bersama kedua kitab ini dia ajarkan juga kitab Mustadrak dan kitabnya Sahih Musnad fil Qadar. Demikianlah urut-urutan taklimnya hingga dia wafat.

Jika dia berbicara tentang rijal maka dia ialah pakarnya, jika dia sedang bincang dengan murid-muridnya dalam masalah nahwu maka seakan-akan tidak ada selain dia yang mengetahui disiplin ilmu ini, jika dia berbicara tentang ilal maka membuat terhenyak orang yang ada dihadapannya. Demikian juga dia memiliki kecepatan luar biasa di dalam menghadirkan dalil-dalil dari Kitab dan Sunnah.

Wafatnya

Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi'i rahimahullah wafat pada malam Ahad, 1 Jamadilawal 1422 H/22 Julai 2001 M, setelah Isyak di Jeddah dalam usia sekitar 70 tahun. Dia disolatkan setelah subuh, kemudian dikebumikan di perkuburan Al-‘Adl di Makkah di samping makam Syeikh Abdul Aziz bin Baz dan Syeikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimahumullah.

Semoga Allah merahmati Syeikh Muqbil dan menempatkannya di jannahNya yang tertinggi. Serta menjadikan segala jerih payah dan amal usahanya termasuk timbangan amal solehnya di sisiNya. Amin.

Disusun oleh:
M.A.Uswah,
5 Ogos 2010.

Rujukan:

- Barisan Ulama Pembela Sunnah Nabawiyah oleh Abu Aisyah Arif Fathul Ulum, Media Tarbiyah, Bogor, Januari 2006
- http://ittibausalafpress.blogspot.com/2009/10/lebih-dekat-lagi-dengan-syaikh-muqbil.html
- http://warisansalaf.wordpress.com/2010/06/12/warisan-daftar-kitab-kitab-syaikh-muqbil-bin-hadi-al-wadii-rahimahullah

Rabu, Agustus 04, 2010

Syeikh Mustafa al-'Adawi, Lulusan Teknik Mesin Yang Menjadi Ulama'

Di antara dai ahli sunnah dan ulama' yang cukup terkenal dari Mesir ialah Syeikh Mustafa al-'Adawi. Dia lahir pada tahun 1945 di sebuah kampung bernama Maniah Samnud di wilayah al-Daqhaliah. Dia pernah menempuhi pendidikan di falkuti teknik tepatnya jurusan teknik mesin tahun 1977.

Dia ialah di antara orang yang san
gat perhatian dengan al-Quran oleh kerananya tiga puluh juz dari al-Quran sudah ada di luar kepala beliau.

Dari Pakar Teknik Mesin Menjadi Alim Ulama'


Sebagaimana kebiasaan para ulama' terdahulu, dia pernah melakukan rihlah ilmiah (perjalanan dalam rangka menuntut ilmu). Dia tinggalkan kampung halaman tercinta menuju Yaman tepatnya untuk belajar dengan Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’i. Selama kurang lebih rentang waktu empat tahun terhitung dari 1400 H sampai 1404 H dia hadiri berbagai pelajaran ilmiah yang disampaikan oleh Syeikh Muqbil. Selama jangka waktu yang sebenarnya tidak begitu lama ini dia merasa mendapat ilmu yang demikian banyak.

Sekembali dari Yaman dia membina sebuah masjid kecil sebagai tempat beliau mengajarkan ilmu yang telah beliau peroleh selama ini kerana ilmu yang manfaat adalah ilmu yang diajarkan kepada orang lain, bukan hanya sekadar disimpan untuk diri sendiri. Di masjid ini dia mulai mengajarkan Sahih Bukhari, Muslim, tafsir al-Quran dan Fiqh.

Ketika mulai banyak penuntut ilmu yang ingin belajar ilmu-ilmu agama kepadanya baik dari Mesir ataupun di luar Mesir, dia mulai membina sebuah masjid besar dan perpustakaan yang besar pula.

Di samping mengajar di masjid sendiri, dia juga memiliki berbagai kajian rutin setiap pekannya di berbagai wilayah di Mesir.

Karya-karyanya


Di samping aktiviti mengajar, dia juga mengeluti bidang tulis-menulis. Dia cukup aktif menulis di bidang fiqh, hadis, mustahalah hadis dan tafsir. Dia punya obsesi besar untuk menulis tafsir al-Quran dalam bentuk tanya jawab. Program ini dia namai at Tashil li Ta’wil at Tanzil (cara mudah belajar tafsir al-Quran). Di antara buku yang sudah beredar di pasaran adalah tafsir untuk surah al-Baqarah, Ali Imran, an-Nisa’, an-Nur, al-Hujurat, al-Qashash, Yusuf, juz amma dan juz 29.

Dalam bidang fiqh, dia menulis kitab al Jami’ li Ahkam al Nisa’ (Buku Lengkap Tentang Hukum-Hukum Seputar Wanita). Buku ini terdiri dari lima jilid dengan perincian empat jilid berisi huraian sedangkan jilid kelima berisi tanya jawab praktis tentang kandungan empat jilid sebelumnya.


Di samping itu, dia juga menulis buku fiqh yang bersifat umum. Judul buku tersebut adalah al Jami’ al ‘Amm fi al Fiqh wa al Ahkam (buku lengkap tentang fiqh dan hukum).


Karya-karyanya yang lain di antaranya adalah:


- Tarbiyah Al-Abna’ wa Thaifah min Nasha-ihi al-Athibba-i (Bagaimana Nabi Mendidik Anak - Terjemahan buku Indonesia)
- Ahkam An-Nikah wa Az-Zifaf (Tanya Jawab Masalah Nikah Dari A Sampai Z - Terjemahan buku Indonesia)
- al-Sahih al Musnad min Ahadis al-fitan wa al Malahin wa Ayrath al-Sa’ah (Kumpulan hadis-hadis sahih mengenai huru hara akhir zaman)
- al-Sahih al-Musnad min Adzkar al-yaum wa al Lailah (Kumpulan hadis sahih mengenai zikir-zikir harian)
- al-Sahih al-Musnad min fadhail al-Sahabah
(Kumpulan hadis sahih mengenai keistimewaan para shahabat Nabi)
- al-Sahih al-Musnad min al-Ahadis al-Qudsiah
(Kumpulan hadis-hadis qudsi yang sahih)

Senantiasa dia bersungguh-sungguh dalam berdakwah, menyebarkan ilmu dan produktif menulis buku. Semoga Allah melimpahkan keberkahan untuk ilmu dan amal beliau.

Diterjemahkan & tambahan dari bahasa Indonesia:
http://ustadzaris.com/orang-teknik-mesin-yang-jadi-ulama