Pages

Senin, Desember 21, 2009

Dua Program Bersama Dr Wahbah Az-Zuhaily

1. Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia

Tarikh:
23 - 24 Disember 2009

Masa:
8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor,
Shah Alam

Anjuran:
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)
kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)


2. Program Bersama Dr Wahbah Az-Zuhaily Di Masjid Shah Alam

Tarikh:
23 Disember 2009

Masa:
Selepas solat maghrib

Tempat:
Masjid Negeri Shah Alam, Selangor

Antara Dua Kasih - UNIC

Hayati lagu ini... (Video kreativi saya)

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Lagu: Abai Os
Lirik: Alif Lam Ra

Sabtu, Desember 19, 2009

Dua Video Menarik Mengenai Dr Yusuf al-Qaradawi

Profil Dr Yusuf al-Qaradawi oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


Dr Yusuf al-Qaradawi Berkisah Tentang Hidupnya

Dr Yusuf al-Qaradawi: Sejarah Hidup dan Pemikiran (Siri 1)

Oleh:
Mohd Rumaizuddin Ghazali

Latar Belakang Kehidupan


Dr Yusuf al-Qaradawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori yang tidak asing lagi di dunia Islam.

Beliau dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H.

Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-qardhah. Dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampungnya ini terletaknya makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi. Di kampung inilah beliau tinggal sehingga wafat pada tahun 86H. Sehingga kini makamnya sangat dimuliakan dan para penduduk kampung amat berbangga dengannya.Perkara ini telah dinyatakan oleh pengkaji sejarah seperti Ibn Hajar ketika menceritakan kisah sahabat ini.

Al-Qaradhawi menyebutkan bahawa beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama dan bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai peniaga. Beliau menjadi yatim ketika berusia 2 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Kemudian beliau dipelihara oleh bapa saudaranya bernama Ahmad. Bapa saudaranyalah yang menjadi bapa dan sepupu-seppunya sebagai saudara-saudara beliau. Beliau telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan mendapat keistimewaan daripada keluarga. Malah kata Yusuf sendiri: “ itulah gantian daripada takdir yang menjadikan saya yatim ketika berusia masih terlalu awal.”

Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran. Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau memasuki sekolah rendah (madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan lain-lin. Yusuf sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah petang.

Yusuf menyebutkan : “ sebelum usia saya mencapai 10 tahun, saya telah dikurniakan oleh Allah dengan dapat menamatkan hafalan al-Quran sepenuhnya bersama pelajaran hukum-hukum tawjid.Saya masih tidak lupa ketika mereka mengadakan perayaan khatam al-Quran untuk saya seperti kebiasaan yang dilakukan oleh al-Kuttab. Mereka memberi minum dan kuih muih. Saya membca akhir surah-surah al-Quran dari surah al-Dhuha sehingga surah al-Nass. Ketika saya menbaca akhir setip surah mereka menyambutnya dengn ucapan takbir dan tahmid. Pelajar bertakbir bersama saya. Begitulah kebiasaan perayaan yang dilakukan pada setiap pelajar di kuttab.”.

Di kampungnya tersebut mempunyai 4 buah Kuttab di mana wujud persaingan yang sihat bagi penghafal al-Quran di kalngan penuntutnya.Sejak kecil lagi, al-Qaradhawi bercita-cita untuk belajar di al-Azhar dan menjadi salah seorang daripada ulamaknya,Pada pandangan beliau, al-Azhar merupakan menara ilmu . Beliau juga terpengaruh dengan ulamak-al-Azhar di kampungnya seperti Syeikh Ahmad Muhammad Saqar, Syeikh Ahmad Abdullah, Syeikh Ahmad Battah dan Syeikh Abdul Mutalib Battah.

Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan ciri-ciri ulamak. Bakatnya terserlah apabila sering dipanggil untuk menjadi imam dan syarahan agama di Masjid kampungnya. Beliau menyebutkan bahawa semenjak hari itu ( hari khatam al-Quran) penduduk kampung terutama Syeikh Yusuf telah meminta kepada saya untuk menjadi imam apabila bersolat terutam solat jahriah kerana kurniaan Tuhan kepada saya yang dapat membaca al-Quran dengan baik.Ini merupakan penghormata yang terlalu awal, menyebabkan saya tidak mempunyai peluang bermain sebagaimana yang dinikmati oleh rakan sebaya.

Kehidupan seorang yang agung bermula sejak kecil lagi. Sausana rumah, keluarga dan masyarakat memberi saham yang besar dalm membentuk jiwa seseorang.Yusuf telah didewasakan dalam suasana keislaman yang kuat dan mantap. Bukan sahaja keluarga bapa saudaranya tetapi penduduk kampungnya yang telah mengambil berat dan memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang menghafal al-Quran.

Agama merupakan faktor utama yng sangat mempengaruhi kehidupan penduduk shafat al-Turab. Agama adalah penunjuk arah bagi pemikiran serta sumber utama dalam membentuk budaya mereka dan memberi pengaruh utama dalam kegiatan harian mereka. Perkara ini dapat diketahui melalui kegiatan penduduk di situ yang sentiasa mengimarahkan masjid-masjid terutama dalam bulan Ramadhan, sambutan hari kebesaram Islam seperti perayaan sambuatan Maulid nabi dan Israk mikraj. Di samping itu, penduduk kampung amat peka terhadap pengajian al-Quran kepada kanak-kanak. Terdapat empat kuttab dalam kampung tersebut iaitu kuttab Syeikh Dasuqi, Kuttab Syeikh Nuruddin, Kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail dan Kuttab Syeikh Yamani Murad. Al-Qaradhawi belajar di kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail. Al-Qaradhawi juga telah menghafal kitab al- Tuhfat yang berisi hukum-hukum tajwid. Sejak itu juga, beliau menjadi imam solat dan penduduk kampung amat menyukai bacaanya ketika bersembahyang. Mereka selalu menyuruh beliau menjadi imam terutama solat Subuh dan sejak itu mereka mengelarkannya sebagai ‘syeikh Yusuf’ . Pada masa itu, umurnya berusia 10 tahun.

Apabila tamat madrasah Ilzamiyyah, beliau melanjutkan pelajaran ke Maahad Rendah Tanta (madrasah ibtida’ittah) selama 4 tahun dan di Maahad Menengah (madrasah thanawiyya) selama lima tahun.Maahad ini terletak dibawah penguasaan al-Azhar.Menurut al-Qaradhawi, pada mulanya bapa saudaranya enggan menghantar beliau ke sekolah maahad al-Azhar kerana ia memakan masa yang lama apatah lagi banyak graduannya menganggur ketika itu. Bapa saudaranya inginkan beliau menamatkan pelajaran dan cepat mendapat pekerjaan atau menjadi peniaga yang berjaya. Tetapi takdir allah yang menentukan apabila ada seorang syeikh yang datang melawat kampung shafat al-Turab dan menyarankan kepada bapa saudara bahawa wajib beliau menghantar saya ke al-Azhar. Saat itulah yang merubah kehidupan al-Qaradhawi dan menjadi salah seorang pelajar di Maahad Agama Tanta dengan memakai pakaian rasmi al-al-Azhar iaitu jubah dan serban merah.

Semasa di Maahad Tanta, al-Qaradhawi mulai banyak membaca buku. Ia tidak hanya membatasi diri untuk membaca buku-buku silibus sahaja, tetapi buku-buku yang lain untuk meluaskan ufuk pemikiran dan menghilangkan kehausan terhadap ilmu pengetahuan. Untuk itu, al-Qaradhawi mendapatkan buku-buku tersebut melalui perpustakaan Dar al-Kutub Tanta atau menyewanya dari perpustakaan Fak al-azmah. Pada masa ini, bacaan al-Qaradhawi lebih tertumpu kepada dunia kesusasteran Arab dengan membaca buku-buku karya al-Manfaluti, Mustafa al-Sadiq al-Rafa’i Taha Husain, Abbas Aqqad dan Ahmad Amin. Di Maahad Agama Tanta, al-Qaradhawi belajar dengan al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Diftar dan Syeikh Mutawalli Sya’rawi.

Semasa beliau belajar di Maahad Agama Tanta peringat rendah, ibunya telah meninggal dunia. Ketika itu beliau berusia 15 tahun. Setelah tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1952/1953, beliau berjaya menyelesaikan kuliah di Fakulti Usuluddin. Beliau tamat dengan menjadi pelajar terbaik dari 180 orang mahasiswa. Yusuf kemudiannya mengambil pengkhususan di fakulti Bahasa Arab selama dua tahun. Beliau memperolehi ijazah sarjana dan diploma pendidikan dengan pangkat pertama daripada 500 orang mahasiswa. Pada tahun 1957, beliau menyambung pelajaran ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi yang dikelolakan oleh Liga Arab sehingga memperolehi diploma Bahasa Arab dan Sastera.

Dalam waktu yang sama, Yusuf mendaftar calon ijazah tinggi di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadith sehingga menamatkan pengajian pada tahun 1960. Kemudian, beliau menyiapkan diri untuk mendapatkan untuk mendapatkan Ph.D dalam fiqh al-Zakat yang diwajibkan untuk diselesaikan dalam masa dua tahun. Oleh kerana keadaan politik Mesir cukup gawat ketika itu, beliau terpaksa menanguhkan pengajiannya selama 13 tahun. Akhirnya pada tahun 1973, beliau berhasil memperolehi ijazah Ph.d. Tesis tersebut mendapat pujian dan menjadi kebanggaan kebanyakan ulamak termasuk Mawdudi dan Muhammad Mubarak.

Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi

Menurut Yusuf al-Qaradhawi bahawa peribadi yang banyak memberi kesan kepada kehidupannya sama ada dalam pemikiran dan spiritual ialah Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimun. Semasa itu, Hassan al-Banna di Kaherah dan al-qaradawi masih lagi menuntut di Tanta. Walaupun begitu, beliau telah mendengar ucapan al-Banna di Tanta beberapa kali dan membaca tulisannya. Yusuf menyifatkan al-Banna sebagai pendakwah yang agung dn mepunyai keperibadian yang sederhana sama ada dalam penulisan atu percakapan. Yusuf menceritakn bahawa beliau mendengar ceramah al-banna semasa menuntut di mahaad Agama peringkat rendah sempena sambutan Hijrah. Maka didapati ucapannya begitu mudah sehingga saya boleh menghafaznya pada hari itu.Beliaua mempunyai ilmu yang luas. Dalam majalah al-Shahab, al-Banna menulis mengenai tafsir, akidah, mustalah hadith, sejarah Islam dan system-sistem kemasyaratan. Tulisan-tulisan itu ditulis dengan baik dan asli.

Antara kesan al-Banna kepada jiwanya itu, beliau menulis buku al-Tarbiah al-Islamiyyah wa madrasah Hassan al-Banna. Al-Qaradhawi juga membawa contoh-contoh mujahid besar ini dalam banyak tulisan-ulisannya terutama dalam bidang dakwah. Dalam buku fiqh al-Awwalawiyyat, Yusuf membawa contoh keutamaan dakwah yang dilakukan oleh al-Banna.

Dalam buku al-Tarbiah al-Islamiyyah, al-Qaradhawi menulis mengenai asas-asas pendidikan yang telah dilakukan oleh al-Banna. Al-Qaradawi menyebutkan al-Banna seorang pembina bukan penghancur. Seorang yang bekerja danbukan seorang yang hanya bercakap, seorang yang melihat realiti dan bukan seorang yang suka berkhayal.Malahan menurut al-Qaradhawi, tarbiah Ikhwan merupakan tarbiah yang terbaik kerana ia berteraskan asas pendidikan Islam yang sempurna.

Selain al-Banna, al-Qardhawi juga cukup mengagumi tokoh seperti Ustaz al-Bahi al-Khuli dan Muhammad al-Ghazali. Kedua-dua tokoh tersebut merupakan tokoh yang mendapat didikan daripada gerakan Ikhwan. Menurut al-Qaradhawi bahawa didikan gerakan Ikhwan lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada pendidikan formal yng dipelajarinya di al-Azhar dan giuru-gurunya dengan tidak menafikan sumbangan mereka dalam membentuk peribadi dn keilmunnya.

Ustaz al-Bahi al-Khuli merupakan orang yang bertanggungjawab mendiduk al-Qaradhawi dalam gerakan ikhwan kerana beliau merupakan ketua markaz Ikhwan bagi kawasan al-Gharbiyah. Beliau sering menyampaikan ceramah-ceramah umum di markaz ikhwan. Hasil ceramah yang beliau sampaikan itu kemudian dihimpunkan menjadi sebuah buku yang berjudul tazkirah al-du’at. (Peringatan buat Juru dakwah). Al-Qaradhawi bergabung bersama dengan al-Bahi al-Khuli dalam halaqah yang diberi nama Kutaibah al-Zabih. Yang dimaksudkan dengan al-Zabih adalah nabi Allah Ismail yang bersama ayahnya nabi Ibrahim membina Kaabah. Antara yang menyertai halaqah ini ialah Ahmad Asal, Muhmmad Damardasy Murad, Abdul Azim al-Dib, Abdul Wahab al-Batattanuni. Halaqah ini diadakan pada setiap hari Isnin selepas solat subuh. Sementara ini, sebelum fajar subuh mereka melakukan amalan –amalan kerohanian sehingga merasai kenikmatan dan sausana ketuhanan yang sangat tinggi. Begitu juga, hubungan al-Qaradhawi dengan Muhammad al-Ghazali amat rapat dan perkenalan mereka bermula sejak al-Qaradhawi masih lagi menuntut di Tanta.

Dalam bidang akademik, beliau terpengaruh dengan Muhamad Abdullah Darraz. Menurut al-Qaradhawi, Muhammad Darraz ini mempunyai keluasan ilmu dan pemikiran Islam yang asli terutama dalam buku-bukunya seperti falsafah al-Akhlaq fi al-Quran.Begitu juga beliau mepunyai hubungan khusus dengan Syeikh Mahmud Syaltut sebelum beliau menjadi Syeikh al-Azhar dan juga dengan syeikh Abdul Halim Mahmud yang mengajar subjek falsafah kepada beliau.Al-Qaradhawi bersama rakan-rakannya sentiasa berjumpa dan menziarahi Mahmud Syaltut dan Abdul Halim Mahmud untuk berbincang mengenai Islam dengan mereka.Pada tahun empat kuliah Usuluddin, Abdul Halim Mahmud mengajar al-Qaradhawi dalam subjek tasauf dengan rujukan khusus kepada buku al-Munqidh min al-Dalal karya Imam al-Ghazali.

Di al-Azhar beliau jug belajar dengan Muhmmad Mukhtar Badir dan Muhammad Amin Abu al-Raus kedua-dua merupakan guru tafsir, Muhammad Ahmadain dan Abu Hamid al-Sazali guru dalam bidang ilmu hadith, Salih Ashraf al-Isawi, Muhammd Yusuf dan al-Syafi’i al-Zawahiri, guru dalam bidang ilmu tauhid, Dr. Muhammad Ghalab guru dalam bidang ilmu falsafah dan Tayyib al-Najjar guru dalam bidang Usul Fiqh.

Mereka merupakan guru-guru-guru al-Qaradhawi yang banyak mempengaruhi kehidupan ilmiahnya. Namun seperti pengakuannya, beliau bukanlah carbon copy atau kehilangn identiti diri meskipun mengagumi ketokohan mereka. Merek hanya sekadar pemberi inspirasi, model dan rujukan dari segi pemikiran dn tingkah laku sahaja. Beliau menyebutkan bahawa anatara kurnian Allah kepada saya ialah saya mengagumi seseorang tetapi tidak menjadikan saya seorang yng membuta tuli mengikutnya atau hilang identiti diri. Saya -bersyukur kepada Allah- bukan ciplakan daripada salah seorang daripada mereka, saya hanya mengmbil pemikiran atau tingkah laku dalam peribadi yang saya kagumi.

Antara peribadi yang memberi kesan kepada jiwanya juga ialah Syeikh Rashid Rida, pengarang al-Manar. Walaupun beliau tidak pernah berjumpa tetapi pemikiran Rashid Rida menyebabkan al-Qaradhawi mengaguminya. Rashid Rida seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam maju. Beliau menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Quran dan al-sunnah dan manhaj salafi. Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyim.

Dalam kebanyakkan penulisannya, al-Qaradawi, beliau sering menukilkan kata-kata ketiga-tiga tokoh tersebut. Beliau menyebutkan bahawa semasa awal kehidupannya, beliau begitu mengagumi Imam Abu Hamid al-Ghazali yang mana kitab al-Ihya merupakan buku pertama yang dibaca semasa kecil, kemudian membaca buku-buku peninggalan Ibn Taimiyyah, maka beliau mengaguminya. Ia memberi kesan kepada pemikiran dan jiwanya. Ia merupakan peribadi yang menberi pemikiran pertama kepadanya.. Beliau juga mengagumi anak muridnya Imam Ibn Qaiyim.. Walaupun beliau mengagumi kedua-dua tokoh tersebut, ia tidak menghalang untuk berbeza dalam setengah-setengah isu sepertimana kedua-dua tokoh tersebut berbeza pendapat dengan orang-orng terdahulu daipada mereka.

Sejak muda lagi, al-Qardhawi didedahkan dengan tokoh-tokoh islah dan mujadid Islam yang besar sama ada melalui hubungan secara individu tersebut atau melalui bacaan tulisan-tulisan tokoh tersebut. Secara kesimpulannya, kita dapati orang yang ingin menjadi tokoh besar kemudian hari, kehidupannya bermula sejak muda lagi. Al-Qaradhawi telah mengenali tokoh-tokoh besar Islam sejak dalam usia yang terlalu muda.

Sumber:
http://www.mindamadani.my/content/view/102/2

Dr Yusuf Al-Qaradawi, Tokoh Maal Hijrah 1431H

PUTRAJAYA: Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, hari ini dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009.

Anugerah kali kelapan itu disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sebagai penerima, Yusuf memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

Dalam ucapannya, tokoh ilmuwan kelahiran Mesir itu berkata, beliau menghargai anugerah yang diberikan kepadanya namun apa yang lebih utama ialah kekagumannya terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.

“Hubungan dan perkenalan saya dengan Malaysia bukanlah baru hari ini atau pun semalam, malah ia adalah satu hubungan yang telah bermula sejak setengah kurun yang lalu.

“Saya mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di sini,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Menurutnya, beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar.

“Saya juga telah sampai ke beberapa buah negeri di sini sehingga pernah satu ketika saya dibawa menaiki pewawat tentera bagi memudahkan saya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat.

“Saya juga ada bertemu dengan pihak pemerintah sama ada daripada Umno mahupun PAS serta saya pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),” ujarnya.

Menyusuri kisah hidupnya, tokoh ilmuwan ini telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam fiqh al-Zakat pada tahun 1973.

Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim.

Dalam kebanyakan penulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan

Beliau mempunyai sifat dan peribadi yang unggul serta telah memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah.

Sehingga 2008, seramai 19 orang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya dikurniakan anugerah tersebut.

Antaranya ialah Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi dan Dr Wahbah Az-Zuhaili.

Sumber:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/18/mstar_berita/20091218160800&sec=mstar_berita

Jumat, Desember 18, 2009

Majlis Muhadharah Perdana 2009 Bersama Dr Yusuf Al-Qaradawi

Tarikh
19 Disember 2009 (Sabtu)

Masa
9.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

9.00 pagi Kehadiran

9.20 pagi Ketibaan Menteri

9.25 pagi Bacaan doa

9.30 pagi Ceramah Dr Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia

10.45 pagi Ucapan Menteri

11.30 pagi Bersurai

Semua dijemput hadir.

Rabu, Desember 16, 2009

Imam Bukhari - Mawaddah

Hayati lagu ini... (Video kreativiti saya)



Wahai tokoh muda harapan agama, bangsa dan negara
Mari bersama kita contohi pemuda bertaqwa
Oh Imam al-Bukhari anak yatim yang rajin dan gigih
Waktu muda sudah menjadi ulama

Sedari kecil diperkenalkan kepada Tuhan yang Maha Esa
Di besarkan dan dididik oleh ibu yang solehah

Oh Imam al-Bukhari banyak jasamu kepada perjuangan Islam menghimpun hadis Nabi
Sebagai panduan
Engkau perkenalkan kami kepada Rasul yang Mulia

Wahai pemuda harapan bangsa, agama dan negara
Mari ikuti langkah Imam al-Bukhari