Pages

Minggu, November 29, 2009

Hanya Takdir - Inteam (Dedikasi untuk Palestin)

Hayatilah lagu ini...



Tiada lagi yang bertanya
Tiada lagi yang peduli
Malam dan siang serupa
Tiada bulan tiada mentari

Gelap gelita di sini
Sama gelitanya hati
Hidup hari ke sehari
Esok yang indah umpama mimpi

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Bebunga yang baru berputik
Berguguran di setiap detik
Di mana tanda setia saudara
Di himpit derita tiada siapa
Sedia membela

Biar terbatas langkah
Tiada yang menyebelahi
Demi satu amanah
Semangat membara berapi

Biar tiap ruang darah mengalir
Perjuangan tak berakhir
Bukan dia bukan kuasa
Penentu segala hanyalah takdir

Lagu: Shamir Supaat & Azman Kasim
Lirik: Habsah Hassan

Jumat, November 27, 2009

Salam Aidiladha 1430H: Koleksi Kisah Ulama Menunaikan Haji

Salam Aidiladha 1430H buat seluruh kaum muslimin dan muslimat dan juga kepada pengunjung setia blog ini. Ikutilah sunnah dalam berkorban, ingatilah para pejuang Islam yang telah banyak berkorban dan ingatilah saudara semuslim kita di Palestin dan Patani yang setiap masa menjadi mangsa korban dan dalam keadaan tidak ketenteraman. Di sini, saya ingin menghimpunkan semula koleksi kisah-kisah ulama yang menunaikan haji dari entri-entri saya terdahulu yang tersimpan di arkib. Moga ada manfaatnya. Sama-sama kita hayati kembali kisah-kisah mereka yang soleh.

Imam Ahmad bin Hanbal dan Syeikh Al-Albani


Imam Ahmad bin Hanbal telah mengerjakan haji sebanyak lima kali, tiga kali dengan berjalan kaki, beliau membelanja pada tiap-tiap kali hanya sebanyak tiga puluh dirham sahaja.

Syeikh Al-Albani pula telah mengerjakan haji lebih dari tiga puluh kali. Beliau selalu melaksanakan umrah dan haji setiap tahun jika mampu. Boleh jadi beliau melaksanakan umrah dalam setahun dua kali. Ibadah hajinya yang terakhir dilakukan pada tahun 1410H.

Syeikh Samir bin Amin az-Zuhairi mengatakan: Berkat kurnia Allah SWT, aku menemani beliau dalam menunaikan hajinya yang terakhir ini.

Di hari Arafah, aku mendatanginya sesudah matahari tergelincir, ketika itu beliau sedang berdoa, lalu aku katakan padanya: "Wahai syeikh kami! Ini adalah puteraku, aku sangat senang jika syeikh mendoakannya." Beliaupun mendoakannya dan aku sangat berharap doa beliau terkabul (semoga Allah SWT merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Abdullah bin Mubarak dan Seorang Lelaki

Abdullah bin Mubarak turut mengerjakan haji pada suatu musim haji. Dia telah tertidur di Masjidil Haram lalu bermimpi. Dalam mimpinya itu, telah turun dua malaikat. Mereka mengisahkan bahawa pada tahun itu seramai enam ratus ribu orang telah mengerjakan haji, tetapi tidak seorang pun diterima haji mereka.

Namun ada seorang lelaki yang tidak mengerjakan haji tetapi disebabkan berkatnya, menyebabkan semua orang yang mengerjakan haji itu diterima hajinya. Lelaki itu bernama Muwaffaq, seorang tukang kasut yang tinggal di Damsyik.

Setelah terjaga dari tidurnya, Abdullah lalu pergi ke Damsyik untuk mencari lelaki itu. Setelah bertemu dan memperkenalkan dirinya, Abdullah lalu bertanya apakah amalan yang telah dilakukannya sehingga dia mendapat darjat yang begitu tinggi.

Muwaffaq pun menceritakan bahawa dia telah mengumpulkan wang hasil dari pekerjaannya. Jadi dia berhasrat untuk menunaikan haji. Suatu hari, isterinya yang sedang hanil telah terhidu bau masakan jirannya. Dia teramat ingin untuk merasai masakan tersebut.

Muwaffaq pun pergi ke rumah jirannya dan memberi tahu keinginan isterinya itu. Jirannya dengan sedih memberitahu rahsia yang sebenarnya. Dia bersama anak-anaknya yang yatim sudah tiga hari tidak makan. Jadi dia pun keluar mencari rezeki. Akhirnya dia telah bertemu dengan bangkai himar. Dia lantas mengambil sebahagian dagingnya lalu membawa pulang ke rumah untuk dimasak.

Jelas wanita itu lagi, makanan itu halal bagi mereka tetapi haram buat Muwaffaq. Muwaffaq berasa kasihan mendengar penjelasan jirannya itu. Dia terus pulang ke rumah dan mengambil wang yang dikumpulnya selama ini. Wang itu lalu diberikan kepada jirannya sebagai perbelanjaan buat anak-anaknya yang yatim.

Sebab itulah dia tidak dapat menunaikan haji pada tahun itu. Disebabkan keikhlasan membantu jirannya, Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala haji kepadanya. Muwaffaq menyatakan lagi bahawa sebenarnya hajinya berada di depan pintu rumahnya.

Ahmad Al-Syarisyi, Izin Untuk Naik Haji

Ahmad Al-Syarisyi seorang ulama sufi dari Sepanyol wafat pada tahun 608 Hijrah. Beliau sempat bertemu dengan Ibnu Arabi dan bahkan wafat ketika sedang bersama-sama cendikiawan besar Islam tersebut di Syu'b.

Sejak dalam usia kanak-kanak lagi, Ahmad Al-Syarisyi sudah rajin mengerjakan ibadah. Hal ini terjadi kerana berkat asuhan dan didikan Syeikh Abu Ahmad bin Saidabun yang menjaganya sejak kecil. Ketika berusia sepuluh tahun, Al-Syarisyi telah mengalami hub (mabuk cinta kepada Allah) yang diliputi oleh keadaan rohani yang sangat tinggi sehingga pengsan dan jatuh ke dalam api. Akan tetapi sedikit pun api tersebut tidak mencederakan badannya. Keadaan seperti itu seringkali terjadi pada dirinya.

"Apakah engkau sedar pada saat-saat terjatuh ke dalam api dan pengsan itu?" tanya Ibnu Arabi pada suatu hari.

"Tidak, aku tidak menyedarinya." jawabnya.

Suatu hari Ahmad Al-Syarisyi minta izin kepada ayahnya untuk mengerjakan haji ke tanah suci Makkah, tapi ayahnya agak keberatan.

"Wahai anakku, aku ini ayahmu dan menginginkan agar engkau selalu berada di sampingku. Tapi sekarang engkau akan pergi meninggalkanku. Pergilah." kata ayahnya seperti kecewa.

Al-Syarisyi faham bahawa ayahnya agak sukar untuk melepaskannya, semata-mata kerana tidak ingin berenggang dengan anak kesayangannya.

"Wahai ayahku. Kalau ayah mahu menjawab pertanyaanku dengan berterus terang, aku akan mematuhi segala arahanmu." kata Al-Syarisyi.

"Pertanyaan apa itu?" tanya ayahnya.

"Pada saat ayah berkumpul dengan ibuku, apakah ayah menghendaki kehadiranku ke dunia ini?"

"Tidak wahai anakku. Ayah melakukannya kerana hanya ingin memuaskan nafsu saja." jawab ayahnya.

"Allahu Akbar. Dialah yang menciptakan diriku, Dia jugalah yang memanggilku agar pergi ke rumah suciNya. Jadi, kerana aku sekarang sudah sanggup melakukannya, tidak ada alasan bagiku untuk menangguhkan perjalananku ke sana. Sebab kehadiranku ke dunia ini bukan anugerah yang ayah berikan, melainkan anugerahNya yang menciptakan diriku untuk mengabdi kepadaNya."

Mendengar jawapan itu, menangislah ayah Al-Syarisyi yang juga orang soleh dan banyak beribadah. Maka dia pun merestui anaknya untuk pergi ke tanah suci Makkah dengan tulus ikhlas.

Senin, November 23, 2009

Haji Rukun Ke 5 (Versi Hijjaz & Nada Murni)

Hayatilah lagu ini... Bagus lagunya, sedap didengar juga liriknya. Saya rasa ini di antara lagu nasyid mengenai haji yang terbaik dan menarik walaupun merupakan sebuah lagu lama yang diberi nafas baru semula tetapi ia tetap segar didengar sehingga kini. (Versi Hijjaz, video hasil kreativiti saya).




Rukun Islam yang kelima
Menunaikan ibadah haji
Yang cukup syaratnya wajiblah pergi
Fardhu ain hukumnya setiap peribadi
Wajib sekali seumur hidup

Siapa sudah cukup syarat-syaratnya
Wajib baginya menunaikan
Kalau boleh jangan tanguh-tanguh lagi
Segeralah menunaikannya

Siapa yang mencuaikannya sama ada mati
Macam nasrani atau yahudi
Begitulah perintah Allah kepada hambanya
Tentang ibadah haji

Pergi haji jaga semua perkara
Belanja yang dibawa kenalah halal
Tambang-menambang juga duit yang halal
Agar pahala haji Allah terima

Rukun dan wajib haji hendaklah dijaga
Biarlah dilaksanakan dengan sempurna
Kalau rosak amalan haji sia-sia belaka
Belajarlah lebih dahulu berhati-hati mengerjakannya

Siapa pergi haji dengan belanja yang halal
Dengan niat yang ikhlas hati yang bersih
Beruntunglah dia bertuahlah dia
Dosanya diampunkan bagai kain putih

Lagu: Nazrey Johani
Lirik: Nazrey Johani

Selasa, November 17, 2009

Redha - Inteam

Hayatilah lagu ini...


Usah di salahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Dengan membiarkan ku sendiri
Ku terumbang ambing mengenal diri

Mujurlah Allah itu mengasihi
Aku diberi arah petunjuk
Berlindung dengan Allah
Menerus kehidupan
Ku mengenal makna
Dosa dan pahala

Dengan kehendakNya
Kau datang semula menghampiriku
Dan aku terpaku
Hingga ku hilang tiap bicara

Bukan ku menjauhi
Tetapi amat sukar sekali
Bila kenang kembali
Aku disisih dan dibuang ke tepi
Malah aku tidak dipeduli

Allah Maha Mengetahui
Yang ada dihati
Biar Dia menentukannya

Usah disalahkan takdir yang melanda
Renung kembali sejarah silam
Ku redha dan sedia terima
Yang tertulis dalam kehendakNya

Lagu: Syah Inteam & Salleh Brothers
Lirik: Lukman S

Senin, November 16, 2009

Wafatnya Dr Muhammad Sulaiman Al-Asyqar

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Dr Muhammad Sulaiman Al-Asyqar, saudara lelaki kepada Dr Umar Sulaiman Al-Asyqar, seorang ulama terkenal, telah wafat pada pada petang Ahad, 15 November 2009 (kelmarin) di Amman, Jordan.

Beliau telah dimasukkan ke hospital pada hari Rabu, 11 November 2009. Jenazah beliau akan disolatkan pada hari ini, Isnin, 16 November 2009 di Masjid Maqbarah Sahab, Amman, Jordan.

Semasa hayatnya, Dr Muhammad pernah belajar dengan Syeikh Muhammad Amin al-Syinqiti, seorang ulama tafsir terkenal dan pengarang
kitab tafsir Adhwaul Bayan.

Beliau telah banyak menghasilkan karya antaranya
ialah Zubdah at-Tafsir min Fath al-Qadir (Ringkasan Tafsir Asy-Syaukani), Sahih Musnad al-Imam Ahmad 'Ala Sharti al-Bukhari dan lain-lain. Antara yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia berjudul Suskses Akhirat: Panduan Amal Meraih Syurga.

Beliau telah memberikan jasa yang banyak dalam dunia ilmu.

Semoga Allah merahmati beliau.

Sumber:
http://islamtoday.net/albasheer/artshow-12-122834.htm
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?p=1171051
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=9053.html

Jumat, November 13, 2009

Syeikh Mahmud al-Rankusi, Ulama Hadis Syria & Tarekat Naqsyabandi

Syeikh Mahmud Ba'yun al-Rankusi dilahirkan pada 1329 H/1910 M, di Rankus, sebuah desa di Damsyik, Syria.

Keluarganya berasal dari suku Ansar (para pendukung yang mendukung Rasulullah saw dan para sahabatnya yang berhijrah dari Makkah ke Madinah).

Ibunya meninggal ketika dia masih berusia 2 tahun. Masa muda itu sangat dilindungi oleh Allah Taala dari apa yang jika tidak akan dianggap kesesatan atau kesalahan.

Ayahnya, Syeikh Qasim Ba'yun adalah orang yang benar. Dia mengambil perhatian khusus dari anaknya dan mendaftarkan dia dalam kelas menghafal al-Quran. Syeikh Mahmud menghafal al-Quran ketika dia berumur 5 tahun.

Suatu hari, ayahnya diberitahu tentang Syeikh Badi'uddin As-Sindi, ulama hadis besar di Darul Hadis, Damsyik. Syeikh Qasim bercadang untuk pergi belajar di bawahnya dan membicarakan hal itu ketika Syeikh Mahmud mengatakan kepadanya, "Mungkin lebih baik jika aku pergi."

Ayahnya bertanya kepadanya, "Kenapa?"

Dia menjawab, "Saya masih muda (sekitar 12 tahun) dan dapat mengingat lebih..."

Ayahnya sangat senang dan membawanya secara peribadi untuk bertemu dengan Syeikh Badi'uddin di Darul Hadis. Sejak itu, dia tetap dan tinggal di sana, di bawah pengawasan peribadi Syeikh Badi'uddin, yang rumahnya dihubungkan dengan sebuah pintu ke sekolah.

Meskipun tingkat pembelajaran Islam itu tinggi pada waktu itu, beberapa topik yang diajarkan oleh Syeikh Badi'uddin adalah kesulitan seperti Syeikh Mahmud yang hanya mampu menyelesaikannya.

Setelah kematian Syeikh Badi'uddin, dia tetap di Darul Hadis dan membantu membangun kembali sekolah itu, untuk memungkinkan lebih banyak pelajar. Dia juga menjadi salah satu pelajar Syeikh Abul Khair al-Maidani yang terdekat, mengambil tarekat Naqsyabandi daripadanya dan menjadi salah satu penggantinya terkemuka.

Syeikh Mahmud pernah berkata bahawa dia pernah melihat Rasulullah saw dalam sebuah mimpi di mana 'baginda memberikan' lidahnya (berbicara Sunnah). Memang, ketika dia gunakan untuk menceritakan pada hadis, seolah-olah pintu itu membuka, sehingga memungkinkan pendengar untuk secara langsung merasakan kesemarakan Nabi kita hikmah dan peribadi. Memang, dia banyak menuntut ilmu daripada ulama terkemuka dari seluruh dunia, mencari hadis dan ilmu lainnya serta tarekat Naqsyabandi.

Syeikh Mahmud al-Rankusi wafat pada 1405 H/1985 M.

Diterjemahkan dari:
http://www.sunnah.org/history/Scholars/sh_rankousi.htm

Kepastian - Inteam

Hayatilah lagu ini...



Ujian Tuhan kepada semua insan
Adalah kehidupan ini
Yang baik menjadi tuntutan
Yang buruk dijauhkan

Syurga yang dijanjikan
Bukanlah suatu khayalan
Tentang nikmat berpanjangan Ilahi

Neraka yang tercipta
Menghimpun azab derita
Tangisan kesengsaraan insan

Syurga adalah kelazatan
Terbentang buat hamba beriman
Yang kasihkan Tuhannya
Yang kasihkan Rasulnya
Yang kasih agamanya

Neraka tempat kemurkaan
Antara kedurjanaan insan
Yang lupakan Tuhannya
Yang lupakan Rasulnya
Yang lupa agamanya

Siapakah yang lebih mulia
Dari mereka yang tidak lupa
Janji Allah adalah kepastian
Dan nikmat syurga adalah indah

Lagu: Suhaimi & Khairul Salleh
Lirik: Suhaimi & Khairul Salleh

Nampaknya kali ini, Inteam cuba sedaya upaya untuk membikin kembali ‘killer song’ yang menghambat ribuan peminat mereka pada zaman mereka di Hijjaz Records dulu. Lagu pop ballad ini sedap, dengan chorus yang padat dan tidak meleret. (Komen oleh Silantra, http://www.inteam.com.my/viewtopic.php?topic=5163&forum=20)