Gambar menunjukkan sebahagian umat Islam yang tidak dapat masuk ke dalam masjid Tinal. Mereka berdoa dari luar.
Al-Jazeera melaporkan pada jam 12.19 (waktu Makkah Al-Mukarramah tadi bahawa ribuan umat Islam khususnya dari gerakan Islam menghadiri majlis solat jenazah Dr Fathi Yakan di Masjid Tinal di Tripoli, Utara Lubnan. Sebahagian daripada mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid berkenaan. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas solat asar kelmarin.
Di antara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.
Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:
إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل
"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."
Perarakan menuju ke tanah perkuburan, bagaikan satu demonstrasi yang besar apabila mereka melaungkan slogan-slogan Islam dan kata-kata semangat. Subhanallah!
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin.
Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:
www.ikhwan-jor.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa, pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.
Berita ini diterima selepas zuhur tadi yang juga disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:
Pada pagi sabtu, Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital.
Pihak hospital telah menyatakan bahawa beliau terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.
Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih terkenal dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah pelbagai wadah.
Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.
Profil Dr Fathi Yakan
Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.
Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.
“Poets die young” demikian tanggapan yang pernah dilontarkan terhadap kalangan penyair beberapa tahun yang lalu untuk dicerna. Kajian itu dilakukan oleh Dr James C. Kauffman dari Institut Kajian Pembelajaran, California State University. Dr Kauffman , seorang psikologis, juga Pengarah Learning Research Institute bertempat di San Bernardino, California, USA, membuat kajian tabulasi purata usia kematian berdasarkan gender bagi novelis, penulis drama, penyair dan penulis non-fiksyen (prosa).
Beliau mengumpul data kematian hampir 2,000 penulis ternama di abad ke 19 dan 20 dari Benua Amerika (termasuk Kanada dan Mexico), Turki, China dan Eropah Timur. Cukup menarik kesimpulan yang dibuat atas hasil telitian beliau. Menurut beliau, statistik tidak berbohong. Jelas, penyair mendahului (siapa meninggal dunia dahulu) dalam perbandingan jangka hayat di antara sasterawan (penulis). Maknanya penyair meninggal dunia lebih awal dibandingkan dengan penulis fiksyen (novelis) dan penulis non-fiksyen.
Jika data yang sama dibandingan saintis sosial, penyair cuma dapat hidup purata 59.6 tahun dibanding 73.5 tahun untuk sosial saintis, penulis prosa 70.6 tahun sedangkan penghibur muzikal mendahului penyair dengan purata usia kematian 57.2 tahun.
Angka purata tentunya tidak menggerunkan penyair kerana ramai penyair lain dapat hidup lama. Tetapi jika disoroti beberapa penyair yang mati muda seperti penyair Amerika Sylvia Platia yang meng-gaskan kepalanya ke dalam ketuhar, mati pada usia 30 tahun, tentu kita tersentap seketika. Bunuh diri di kalangan penyair bukan terbatas kepada penyair wanita sahaja, penyair Hart Crane mengakhiri hayatnya dengan terjun ke laut dari dek kapal pada usia 32 tahun. Kadar bunuh diri di kalangan penyair menjangkau lebih 4 % dibandingkan hanya 1 % dalam populasi umum.
Nama-nama penyair lain yang meninggal relatif muda seperti Sarah Teasdale 49 tahun, Anne Sexton 47 tahun dan Dylon Thomas pada usia 49 tahun. Kematian penyair Paul Laurence Dunbar pada usia 30 tahun kerana diserang penyakit Tuberculosis (batuk kering) tentu mengingatkan kita kepada penyair Nusantara teragung, yang amat terkenal dengan puisi AKU“Aku binatang jalang / dari kumpulannya yang terbuang...........”, Chairil Anuar yang juga menjadi korban penyakit Tuberculosis. Tidak seperti bait immortalnya ‘Aku mau hidup seribu tahun lagi’ beliau tewas setelah kalah berjuang melawan penyakit TB pada tahun 1949 dalam usia belia 27 tahun.
Puisi Aku ditulis pada bulan Maret 1943, enam tahun sebelum kematiannya.
Seorang lagi penyair Nusantara yang gugur awal adalah Amir Hamzah yang terkenal dengan puisi Buah Rindu dan Nyanyi Sunyi. Amir Hamzah dipercayai dibunuh pada tahun 1946 dalam usia 35 tahun. Pembunuhnya atau pembunuh-pembunuhnya menyangka dia seorang feudalis, penyokong Belanda; disebabkan dia berdarah bangsawan. Hanya pada tahun 1975, beliau diikhtiraf sebagai Pahlawan Bangsa Indonesia.
AKU Kalau sampai waktuku 'Ku mau tak seorang kan merayu Tidak juga kau Tak perlu sedu sedan itu Aku ini binatang jalang Dari kumpulannya terbuang Biar peluru menembus kulitku Aku tetap meradang menerjang Luka dan bisa kubawa berlari Berlari Hingga hilang pedih peri Dan aku akan lebih tidak perduli Aku mau hidup seribu tahun lagi
Chairil Anwar Maret 1943
Di Afghanistan juga kehilangan seorang penyair wanita pada usia 25 tahun pada tahun 2005. Beliau ialah Nadia Anjuman, meninggal dunia dalam kontraversi antara di bunuh suaminya atau dia membunuh diri. Pihak keluarga suaminya tidak membenarkan autopsi. Nadia menulis dalam antalogi sajak “Kembangan Gulita Merah.”
Petikan stanzanya:
Tika malam, kata-kata ini datang kepadaku Atas panggilan suaraku, kata-kata datang kepadaku
Kutidak tahu dari mana datang kata-kata indah itu Oh bayu segar, larikan kesunyian jauh dariku
Dari gemawan cahaya datang sinar ini Tiada ada hasrat lain yang mengunjungiku
(terjemahan bebas oleh penulis)
Persoalan timbul sekarang, kenapa penyair mati muda? Apakah penyair merupakan insan yang jiwanya luka, hatinya merana.
Secara apriori, saya mengandaikan penyair menggunakan otak mereka secara berlebihan dan untuk menghasilkan pemikiran puisi terpaksa menggunakan tenaga (baca ATP) yang cukup besar. Otak yang berfikir mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Teori terbaharu mengatakan setiap buah fikiran merupakan perangkaian pelbagai jenis protein yang disintesis sekelip mata sehingga menggunakan tenaga yang besar pula. Akibatnya tenaga untuk menjana imuniti juga terjejas. Apa lagi penyair ramai yang sukar tidur dan menghabiskan masa tidur untuk berkarya.
Semoga paparan ringkas ini mengundang perbincangan antara penyair dan pemuisi. Jika anda ada info mengenai penyair Malaysia yang kembali ke rahmatullah pada usia belia di bawah 40 tahun, jangan ragu-ragu, kongsikan bersama dengan menghantar komen dalam artikel ini.
(Petikan daripada esastera.com tulisan Rahmat Haroun Hashim)
Pengkaji, penulis & penyair. Kalau terdapat sebarang pertanyaan mengenai biografi ulama atau gambar ulama atau lainnya, bolehlah menghubungi saya melalui e-mel: uswah89@gmail.com, tel bimbit: 016-8219260 atau YM: uswah_teladan