Pages

Senin, Februari 04, 2008

Wafatnya Dua Ulama Syria

Dua tahun lalu, ulama Syria, Syeikh Mustafa al-Turkmani telah meninggal dunia pada 4 Oktober 2006/11 Ramadan 1427) di Damsyik, Syria akibat stroke. Syeikh Mustafa al-Turkmani merupakan murid kepada seorang ulama Syria yang terkenal iaitu Syeikh Hasan Habannakah.

Dan Jumaat lalu ini (1 Februari 2008/23 Muharam 1429) seorang lagi ulama Syria telah menghadap ke pangkuan Ilahi. Dr Mustafa Said al-Khin telah meninggal dunia di Masjid Saidina al-Hasan, Damsyik, Syria, ketika khatib sedang berkhutbah dalam usia 89 tahun.

Kali ini, bintang usul fiqh Syria yang digelar Najmussuri wa usuli Syam, juga antara murid terhebat kepada Syeikh Hasan Habannakah, memiliki banyak tulisan yang cukup bermanfaat buat kita semua, kembali ke rahmatullah.

Dr Mustafa al-Khin yang mempunyai bilangan murid yang ramai di seluruh dunia itu merupakan amid pertama Kuliah Syariah di Universiti Damsyik serta mempunyai karangan yang banyak dalam kepelbagaian bidang ilmu agama.

Seorang ulama kontemporari yang luas karya karangannya terutama dalam ilmu usul fiqh dan ilmu fiqh.

Salah satu karya beliau dalam ilmu usul fiqh ialah al-Kafi al-Wafi fi Ushul al-Fiqh al-Islami. Dalam buku tersebut, al-Khin membuat sebuah pendekatan baru mengenai kecenderungan aliran dalam ilmu usul fiqh. Apabila sebelumnya hanya dikenal dua aliran saja, iaitu Mutakallimin dan fuqaha atau Syafi’iyyah dan Hanafiyyah, al-Khin membahaginya menjadi lima bahagian: Mutakallimin, Hanafiyyah, al-Jam’i, Takhrij al-Furu’ ‘alal Ushul dan Syathibiyyah.

Ada satu dialog yang berlaku selepas beliau meninggal di masjid tersebut:

Syeikh Karrim Rajih: Orang alim ini (Dr al-Khin), tidak tercemar dengan pemerintah mahupun dengan orang yang kaya.

Abu Idris: Oleh kerana itulah Allah mengambilnya di rumahNya.

Seorang lagi ulama telah kembali kepada Kekasihnya yang tercinta di kala kita sekarang ini yang telah kekurangan ulama dan orang-orang soleh. Semoga beliau ditempatkan di kalangan para nabi, orang-orang soleh dan kekasih-kekasihNya. Amin.

Lihat juga:

http://aljoofre.blogdrive.com/archive/152.html

http://bayu06senja.blogspot.com/2008/02/dr-mustafa-said-khin-telah-kembali-ke.html

http://www.marifah.net/forums/index.php?showtopic=2591

Minggu, Februari 03, 2008

Syeikh Muhammad al-Ghazali, Ulama dan Pemikir Islam

Syeikh Muhammad al-Ghazali dilahirkan di kampung Nakla al-‘Inat di daerah Ayta al-Barud di negeri Bahira, Mesir pada 22 Sepetember 1917. Beliau dibesarkan dalam keluarga yang kuat agama. Bapa beliau memberi nama Muhammad al-Ghazali sempena mengambil nama Abu Hamid al-Ghazali (m. 505H) kerana bapanya cenderung ke arah kesufian. Beliau merupakan anak sulung daripada 7 adik beradik.

Beliau mendapat pendidikan awal di kampungnya. Sejak kecil lagi beliau sudah menunjukkan ciri-ciri keilmuan yang unggul dengan kemampuan menghafal al-Qur’an ketika berumur 10 tahun. Beliau mendapat pendidikan rendah dan menengah di Kolej Agama Iskandariah, Mesir. Semasa memasuki sekolah peringkat rendah usianya baru menjangkau sebelas tahun iaitu pada tahun 1928. Beliau meneruskan pengajian ke Universiti al-Azhar pada tahun 1937 dan lulus dari Fakulti Usuluddin pada tahun 1941. Di Fakulti Usuluddin, beliau telah berguru dengan ulama-ulama besar al-Azhar, di antaranya ‘Abd ‘Azim al-Zarqani, Mahmud Shaltut, Muhammad Yusuf Musa (m. 1963M) dan Muhammad Ghallab. Pada tahun 1937, beliau telah berkecimpung dengan gerakan Ikhwan Muslimun pimpinan Hasan al-Banna, dengan menjadi ahli gerakan ini. Sejak dari itu, beliau telah bergiat cergas dalam dakwah dan banyak pemikiran, pengalaman dan didikan yang diambil dari Hasan al-Banna. Pada tahun 1943, beliau menerima ijazah Diploma Pendidikan pengkhususan Bahasa Arab dan Kesusasteraan dan ijazah Pengkhususan Dakwah daripada Fakulti Usuluddin, Universiti al-Azhar.
Beliau merupakan anak didikan Hasan al-Banna dan ulama besar al-Azhar. Muhammad al-Ghazali begitu terkesan dengan didikan dari Hasan al-Banna. Muhammad al-Ghazali menyifatkan Hasan al-Banna sebagai pendorong dan pembimbingnya dalam medan dakwah. Menurut Muhammad al-Ghazali, beliau pertama kali berjumpa dengan Hasan al-Banna ketika menjadi penuntut di Kolej Agama Iskandariah semasa berumur lebih kurang 20 tahun.
Antara kesan terhadap jiwanya itulah beliau telah mengarang kitab Dustur al-Wahdah al-Thaqafiyyah li al-Muslimin yang menjelaskan Usul ‘Ishrin (Asas 20 Perkara) yang ditulis oleh Hasan al-Banna. Muhammad al-Ghazali menyifatkan Hasan al-Banna seorang pejuang yang ikhlas, mempunyai peribadi yang mulia dan pentafsir al-Qur’an yang baik. Beliau mempunyai kelebihan kerana dapat memahami uslub yang susah lalu disampaikan kepada orang ramai dengan uslub yang begitu menarik dan mudah difahami.
Menurut Yusuf al-Qaradawi bahawa Muhammad al-Ghazali dalam penjara Tur selalu meniupkan semangat perjuangan dengan mengatakan bahawa kematian Hasan al-Banna tidak bermakna pertentangan dengan musuh-musuh Allah dan umat Islam telah berakhir. Panji-panji Hasan al-Banna akan diteruskan oleh murid-muridnya dan dakwahnya tidak akan lenyap. Muhammad al-Ghazali juga terkesan dengan didikan ulama-ulama besar al-Azhar. Beliau mengakui terpengaruh dengan didikan ‘Abd al-‘Azim al-Zarqani r.h., guru tafsir dalam Fakulti Usuluddin. Di Kolej Agama Iskandariah, beliau terpengaruh dari gurunya yang bernama Ibrahim al-Gharbawi dan ‘Abd al-‘Azim Bilal, guru pendidikan psikologi. Beliau juga terpengaruh dengan Mahmud Shaltut, guru dalam bidang Tafsir, dan kemudian menjadi Shaykh al-Azhar. Begitulah tokoh-tokoh ulama yang mempengaruhi jiwa Muhammad al-Ghazali sehingga beliau tidak mengenal erti penat dan lelah, sanggup dipapah di serata dunia semata-mata untuk menyebarkan dakwah serta meninggikan kalimah Allah yang mulia. Muhammad al-Ghazali merupakan seorang penulis sejak beliau menuntut di Universiti al-Azhar dalam usia yang masih muda. Menurutnya, masa yang paling baik baginya menulis ialah selepas solat subuh. Muhammad al-Ghazali menjadi penulis dalam akhbar al-Muslimun, al-Nazir, Liwa’ al-Islami, Mimbar al-Islam, Majalah al-Azhar, dan lain-lain akhbar di Mesir. Di Arab Saudi, beliau menulis di akhbar al-Da‘wah, al-Tadaman al-Islami, dan Majalah Rabitah. Sementara di Qatar dalam majalah Ummah dan di Kuwayt dalam majalah al-Waei al-Islami. Banyak pemikiran yang diutarakan dalam tulisan-tulisannya sehingga beliau dikenali sebagai Adib al-Da‘wah.
Pada 21 Julai 1981, beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Kementerian Wakaf, Bahagian Dakwah. Beliau juga pernah menjadi imam dan khatib di Masjid al-Azhar, Masjid Atabah al-Khadra’ dan Masjid Amru bin al-‘As. Dalam bidang akademik, Muhammad al-Ghazali pernah bertugas sebagai Profesor di Universiti Qatar dan mengetuai Lembaga Akademik Fakulti Pengajian Islam, Universiti Amir Abd al-Qadir di Algeria. Beliau juga pernah menjadi tenaga pengajar di Universiti Umm al-Qura, Mekah. Beliau juga pernah mengajar di Fakulti Syariah dan Fakulti Usuluddin di Universiti al-Azhar.
Semasa hayatnya, Muhammad al-Ghazali pernah menerima anugerah Ijazah al-Malik Faysal dalam bidang Khidmat Islam pada tahun 1989, Anugerah Penulis pada tahun 1991, Anugerah Penghargaan Negara Mesir pada tahun 1992 dalam bidang Ilmu Kemasyarakatan. Anugerah Presiden bagi kesarjanaan yang cemerlang Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 1995.
Pada tahun-tahun terakhir sebelum meninggal dunia, beliau menjadi kolumnis tetap bagi surat khabar mingguan Sha‘ab di Mesir atas tajuk “Hadha Dinuna” dan akhbar al-Muslimin atas tajuk “al-Haq Murr”.

Karya-Karyanya

1. Al-Islam wa al-Awda‘ al-Iqtisadiyyah(Islam dan Kedudukan Ekonomi), Dar al-Rayan li Turath, al-Qahirah, Cet. Kelapan, 1987.
2. Al-Islam wa al-Manhaj al-Istirakiyyah(Islam dan Metodologi Sosialis), Dar al-Kitab al-Hadithah, al-Qahirah, t.t.
3. Islam wa Istibdad al-Siyasi(Islam dan Politik Diktator), Dar al-Kutub al-Islamiyyah, al-Qahirah, Cet. Ketiga, 1984.
4. Islam Muftara ‘alayh bayn Shuyu‘in wa al-Rasumaliyyin(Salah Faham Terhadap Islam : Antara Tentangan Komunis dan Kapitalis), Dar al-Kitab al-Islamiyyah, al-Qahirah, t.t.
5. Min Huna Na‘lam(Dari Sini Kita Memahami), Nahdah Misr, al-Qahirah, Cet. Kedua, 1997.
6. Ta’amulat fi Din wa ‘l-Hayat(Penghayatan Pada Agama dan Kehidupan), Dar al-Da‘wah, Iskandariah, 1992.
7. Khuluq al-Muslim(Peribadi Orang Islam), Dar al-Rayan, al-Qahirah, 1980.
8. ‘Aqidah al-Muslim(Akidah Muslim),Dar al-Kutub al-Islamiyyah, al-Qahirah, 1980.
9. Al-Ta‘asub wa al-Tasamuh(Ekstremisme dan Toleransi), Dar al-Tawjiz wa al-Nashar al-Islamiyyah, al-Qahirah, Cet. Kedua, 1993.
10. Fi Mawkib al-Da‘wah(Dalam Perjalanan Dakwah), Dar al-Kitab al-‘Arabi, al-Qahirah, Cet. Kedua, 1957.
Muhammad al-Ghazali begitu gigih dan berani dalam mengatakan kebenaran. Sejak dari tahun 1948, beliau telah mengarang buku dalam bidang pemikiran. Bukunya yang pertama iaitu al-Islam wa al-Awda‘ al-Iqtisadiyyah (Islam dan Kedudukan Ekonomi) yang membahaskan mengenai kedudukan ekonomi yang sebenar dari sudut pandangan Islam. Tulisan-tulisannya memberi semangat baru kepada kebangkitan umat Islam. Dalam menentang penyelewengan harta dan kezaliman masyarakat, beliau telah mengarang buku:
1. Islam wa al-Awda‘ al-Iqtisadiyyah. (Islam dan Kedudukan Ekonomi)
2. al-Islam wa al-Manhaj Istirakiyyah (Islam dan Manhaj Sosialis)
3. Al-Islam al-Muftara ‘alayh bayn al-Shuyu‘in wa al-Rasumaliyyin (Salah Faham Terhadap Islam: Antara Tentangan Golongan Komunis dan Kapitalis)
4. Al-Islam fi Wajh al-Zahf al-Ahmar (Islam dalam Memerangi Bendera Merah)
Dalam bidang ketamadunan, beliau mengarang buku bagi menjawab tuduhan-tuduhan golongan Barat terhadap Islam. Buku yang berjudul Min Huna Nabda’ bagi menjawab persoalan yang mengatakan istana untuk istana, Allah untuk Allah dalam buku karangan Khalid Muhammad Khalid yang berjudul Min Huna Na‘lam. Beliau juga menulis buku yang menerangkan sosialisme iaitu Haqiqat al-Qawmiyyah al-‘Arabiyyah (Hakikat Nasionalisme Arab) bagi menjawab pandangan Barat terhadap nasionalisme. Antara buku-bukunya yang membicarakan perkara pertembungan tamadun ini seperti Mustaqbal al-Islam Kharij al-Ardih wa Kayfa Nufakkir fih (Masa Depan Islam di luar Tanahairnya dan Bagaimana Kita Berfikir Untuknya).
Dalam membentuk masyarakat Islam dan pengislahannya, beliau telah mengarang Khuluq al-Muslim (Akhlak Peribadi Muslim). al-Ta‘asub wa al-Tasamuh (Ekstrmisme dan Toleransi), Fiqh al-Sirah (Kefahaman Sejarah Rasul), Hadha Dinuna (Inilah Agama Kita), Kayfa Nafham al-Islam (Bagaimana Memahami Islam), Nazarat fi al-Qur’an (Kajian-kajian Dalam al-Quran), Islam wa al-Taqat al-Mu‘attalah (Islam dan Tenaga Yang Sia-sia), Sir Ta’akhar al-‘Arab wa al-Muslimin (Rahsia Kemunduran Arab dan Muslimin). Jaddid Hayatak (Perbaharui Kehidupanmu), Laysa Mina ‘l-Islam (Bukan Daripada Islam), Ma‘a ‘l-Allah (Bersama Allah), dan lain-lain.
Muhammad al-Ghazali telah meninggalkan khazanah ilmu yang amat bernilai untuk generasi kini menerokainya. Beliau telah menghasilkan lebih dari 60 buah kitab dalam bidang kajian pemikiran Islam dan dakwah Islamiah. Seorang wartawan pernah bertanya kepada beliau mengenai sumbangannya dalam medan dakwah melalui buku-bukunya lalu beliau menjawab dengan penuh rendah diri bahawa tidak berpuashati apa yang telah beliau sumbangkan kepada dunia ilmu Islam. Beliau bercita-cita jikalau umur ini boleh kembali semula, beliau akan berkhidmat untuk Islam lebih dari apa yang ada sekarang.
Pandangan Ulama Mengenainya
Jad al-Haq ‘Ali Jad al-Haq menyifatkan Muhammad al-Ghazali sebagai seorang pendakwah yang ulung, yang keseluruhan hidup dan waktunya berkhidmat untuk Islam, mempunyai ketegasan dan pendirian yang tetap.
Sayyid Ahmad Abd al-Hadi al-Qasibi, ketua Tariqat Sufi menyifatkan Muhammad al-Ghazali sebagai seorang yang mempunyai pemikiran bernas, perkataan yang lembut, kefahaman yang mendalam bagi maqasid agama dan pandangan yang ideal dalam kebangkitan umat. Beliau meninggal dunia dalam keadaan berjuang pada jalan Allah dan menjadi contoh teladan buat generasi selepasnya.
Mahmud Hamdi Zaqzuq, Menteri Wakaf Mesir menyifatkan Muhammad al-Ghazali sebagai contoh bagi setiap para pendakwah untuk mengikuti perjalanan dan metodologi dakwahnya. Kematiannya merupakan kehilangan yang besar dalam medan dakwah di Mesir dan dunia Islam keseluruhannya.
Muhammad ‘Imarah seorang pemikir Islam dari Mesir menyifatkan Muhammad al-Ghazali sebagai tokoh ulama mujaddid dalam pemikiran Islam pada masa kini, terdapat dalam diri dan pemikirannya metodologi pengetahuan Islam yang menggabungkan nas dan akal di samping ilmu-ilmu semasa.
‘Umar Hashim, Rektor Universiti al-Azhar menyifatkan al-Ghazali sebagai seorang mujaddid yang mempunyai keistimewaan tersendiri dalam pemikiran dan ijtihadnya. Beliau meminta generasi muda kini mencontohi manhajnya dalam kehidupan mereka.
Wafatnya
Beliau telah meninggal dunia di Riyadh pada 9 Mac 1996 selepas diserang sakit jantung. Beliau telah dimakamkan di perkuburan al-Baqi‘, Madinah al-Munawarah berdekatan dengan makam anak Nabi Muhammad -Ibrahim dan Malik bin Anas iaitu lebih kurang 15 meter dari masjid al-Nabawi. Jenazahnya telah disembahyangkan oleh Huzayfi di Masjid al-Nabawi. Allah telah memuliakannya sehingga beliau dimakamkan berhampiran makam Nabi Muhammad s.a.w sehingga penggali kubur bertanya siapakah yang akan dikebumikan di tempat yang mulia ini yang begitu dekat dengan Masjid Rasulullah s.a.w lalu mereka memberitahu orangnya ialah Muhammad al-Ghazali.
Sumber:

Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal

Tuan Guru Haji Daud Bukit Abal dilahirkan di Kampung Kerasak, Limbat, Kota Bharu, Kelantan sekitar 1903. Nama sebenarnya ialah Haji Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi. Ibunya, Wan Halimah binti Haji Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Haji Ismail (lebih terkenal dengan panggilan Haji Awang Limbat). Manakala bapanya Haji Omar bin Taib berasal dari Kampung Mantera, Bukit Marak. Antara guru-guru awalnya: Haji Awang Limbat, Haji Sulaiman Kubang Kachang, Tok Kenali, Tok Seridik, Haji Omar Sungai Keladi, Haji Nik Abdullah Khatib, Yaakub Legor dan Tok Khurasan.

Di kota Makkah pula antara lain beliau mendalami pengajiannya dengan Syeikh Omar Hamdan, Syeikh Mohd Ali al-Maliki, Syeikh Hasan al-Masyat, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Muhammad al-Azhari dan Syeikh Mohd Shafie Kedah (Tok Shafie). Setelah kembali dari Makkah pada wal tahun 1941, beliau berkebun sambil mengajar agama di beberapa tempat. Akhir sekali pulang menetap di Bukit Abal, Pasir Puteh lalu berusaha menghidupkan semula sekolah pondok peninggalan bapa mertuanya Haji Awang Limbat.

Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan, mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mula mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu ussuluddin, furu’uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengamalan zikir tarekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan murid-muridnya beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-fawaid (cetakan pertama 1956); dan pada awal 1970an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.

Tuan Guru Haji Daud meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2.00 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976.
Warisan ilmunya kini disebarkan pula oleh tokoh-tokoh seperti Tuan Guru Haji Ghazali Tunjong, Pak Da Awang Kampung Pek, Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi (pengarang buku Mengenal Diri dan Wali Allah yang sangat popular itu), Ustaz Wan Hassan Muhammad Bukit Tanah (ahli Jemaah Ulama MAIK), Drs Abdul Rahman Haji Ahmad (Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan) dan Prof. Dr. Hamdan Hassan (Universiti Brunei Darusssalam).

Sabtu, Februari 02, 2008

Suleyman Hilmi Tunahan, Ulama Turki Yang Berjuang Melalui Pendidikan

Suleyman Hilmi Tunahan adalah daripada keluarga sarjana Islam yang terkemuka. Datuknya adalah Kaymak Hâfiz dan keluarganya adalah dari silsilah keturunan Idris Bey yang nasabnya sampai kepada Rasulullah s.a.w. Di zaman Sultan Muhammad al-Fatih (1444 – 1446 / 1451 – 1481), beliau mencari orang yang mempunyai nasab keturunan Nabi s.a.w. dan apabila İdris Bey ditemui, beliau dikahwinkan dengan saudara perempuan al-Fatih.

Idris Bey kemudiannya dilantik sebagai Amir bagi kawasan Tuna dan diberi gelaran Tuna Hanı atau Tunahan. Beliau bertanggungjawab menguruskan hal cukai dan jawatan serta gelaran Tunahan itu kekal kepada cucu cicitnya hinggalah sampai kepada Osman Bey iaitu ayahanda Süleyman Efendi. Osman Bey merupakan tenaga pengajar di Madrasah Satırlı. Suatu ketika, beliau bermimpi yang sebahagian anggota tubuhnya terkeluar dan terangkat ke langit lalu mengeluarkan cahaya. Mimpi tersebut ditafsirkan bahawa akan lahir daripadanya seorang anak soleh yang akan menyebarkan Islam di serata alam.
Osman Bey kemudiannya berkahwin dan beroleh empat orang anak lelaki iaitu Fehmi, Süleyman Hilmi, İbrahim dan Halil. Süleyman Hilmi dilahirkan di bandar Ferhatlar yang terletak di wilayah Silistre, (Bulgaria hari ini) pada tahun 1888. Pendidikan awalnya bermula di Madrasah Satırlı bersama-sama dengan adik beradiknya yang lain. Semasa di madrasah inilah, Osman Bey dapat melihat kelebihan Süleyman Hilmi berbanding dengan anak-anaknya yang lain. Süleyman Hilmi diberikan perhatian yang intensif, malah dilayan secara istimewa agar kematangannya meningkat cergas. Osman Bey sering menyebut, “Silakan wahai anakku, wahai Süleyman Efendi!”. Ia menimbulkan rasa segan yang amat sangat pada diri Süleyman Hilmi atas penghormatan yang diberikan oleh ayahandanya walau pun dirinya masih lagi seorang anak kecil.

Selepas menamatkan pengajian di Madrasah Satırlı, beliau dihantar ke Istanbul oleh ayahnya untuk menyambung pengajian. Süleyman Hilmi dibekalkan dengan tiga pesanan:1.Agar dirinya berjimat cermat dan tidak membazir2.Agar dirinya berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menguasai ilmu al-Usul.3.Mempelajari ilmu Mantiq (Logik) sebaik mungkin sehingga ilmunya menjadi teguh.

Di Istanbul, beliau menamatkan pengajiannya di Madrasah al-Fatih, dan seterusnya di Dar al-Khilafah al-‘Aliyah pada tahun 1913. Kelulusan di dalam modul kehakiman, telah membawa kepada tawaran perlantikan Süleyman Hilmi sebagai Kadi di Kastamonu. Hal ini diketahui oleh bapanya, lalu beliau menghantar surat kepada Süleyman Hilmi yang berbunyi, “wahai Süleyman, ketahuilah bahawa aku tidak menghantar engkau ke Istanbul agar engkau berada di dalam neraka!” Lalu bapanya mengingatkan Süleyman tentang hadith Nabi s.a.w daripada Buraidah yang menjelaskan tentang tiga Kadi, satu di syurga, dua di neraka. Osman tidak mahu anaknya memegang jawatan Kadi. Süleyman Hilmi menjelaskan bahawa dia tidak meminta jawatan tersebut, tetapi hanya untuk mempelajari aspek-aspek kehakiman agar sempurna penguasaan ilmunya. Osman Bey gembira dengan penjelasan anaknya Süleyman Hilmi.

Süleyman Hilmi membesar di Istanbul di dalam suasana negara yang sedang kacau bilau. Semasa berlakunya rampasan kuasa penggulingan Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1909, Süleyman Hilmi masih lagi di bangku pengajian. Dia menentang sekeras-kerasnya revolusi itu serta sebarang usaha pembaratan yang dilakukan.

Malang sekali, tidak sampai lima tahun Süleyman Hilmi beroleh ijazah pendidikannya, bumi Turki ditimpa musibah. Turkish Grand National Assembly telah dibentuk, Kesultanan dan Institusi Khilafah dimansuhkan, Sultan Mehmed VI Vahîdeddîn (1918 – 1922) digulingkan, Republik Turki diisytiharkan penubuhannya, dan akhir sekali, semua 520 sekolah di Turki telah digabungkan di bawah polisi pendidikan sekular pada tahun 1924.

Polisi ini telah menyebabkan semua pendidik ilmu Syariah di sekolah hilang pekerjaan. Ramailah yang diserapkan ke jawatan-jawatan lain seperti imam dan penceramah di masjid, malah tidak kurang yang mengambil keputusan untuk bersara. Namun Süleyman Hilmi menolak semua itu kerana baginya, perbuatan itu semua akan menyebabkan bangsa Turki buta Islam dan al-Quran.

Oleh itu, Süleyman Hilmi bergerak aktif meneruskan aktiviti mengajarnya di Masjid Sultan Ahmet dan Süleymaniye, Yeni Cami, Şahzade Paşa, Kasim Paşa dan beberapa masjid yang lain.

Beliau juga terus menerus memberi peringatan kepada rakan-rakannya agar tidak takut kepada pemerintah, sebaliknya meneruskan usaha mengajar masyarakat ilmu Islam. Katanya, “Wahai saudara-saudaraku para guru sekalian, sesungguhnya kamu hari ini adalah jaminan keselamatan agama di bumi ini dengan jumlah kita yang melebihi 500 orang. Seandainya setiap seorang dari kalangan kamu mengajar 3 orang di rumah masing-masing, kita sudah boleh melahirkan 1500 orang yang memperolehi tarbiah Islam. Dengan jumlah itu, Allah akan memanjangkan umur Islam sekurang-kurangnya 50 tahun akan datang dan ia adalah usaha untuk satu atau dua generasi.”

Seruan Süleyman Hilmi itu telah menaikkan semangat para guru dan mereka telah menulis surat kepada kerajaan menyatakan kesanggupan mereka untuk mengajar tanpa gaji memandangkan negara yang belum pulih dari menanggung perbelanjaan perang. Surat mereka telah dibalas dengan surat pekeliling kabinet Atatürk yang menyebut, “Telah diputuskan penerimaan polisi penyatuan sekolah. Maka sebarang aktiviti yang bercanggah dengan keputusan ini akan dikenakan tindakan yang sekeras-kerasnya”.

Ini telah mencetuskan bibit-bibit hitam di dalam perjalanan seorang guru yang amat cintakan profesyennya, Süleyman Hilmi Tunahan. Dia telah memulakan aktiviti mengajar anak-anak muridnya secara rahsia kerana merasakan dirinya berdosa di hadapan Allah jika berhenti. Namun tiada siapa yang berani untuk menjadi anak muridnya, bimbang diketahui oleh rejim Atatürk. Süleyman Hilmi tidak berputus asa, sebaliknya beliau memulakan pengajian itu dengan mengajar kedua-dua anak perempuannya di rumah, supaya mereka boleh mengajar suami dan anak masing-masing.

Usaha mendapatkan anak-anak murid bagi Süleyman Hilmi bukanlah suatu usaha yang mudah. Namun dia tetap cekal lantaran kecintaan dan komitmennya yang mendalam terhadap pendidikan. Seandainya ada anak muridnya yang jatuh sakit, Süleyman Hilmi akan membawa sendiri budak itu berjumpa dengan doktor, dan dibayar dengan duit beliau sendiri, agar anak-anak murid terus bersemangat tinggi berkhidmat untuk Islam. Beliau adalah bapa yang penyayang dan guru yang murabbi. Anak-anak muridnya datang dari segenap ceruk kampung Anatolia yang fakir dan miskin tetapi kemudiannya pulang ke kampung masing-masing sebagai seorang insan yang berhemah tinggi.

Strategi Süleyman Hilmi Tunahan di dalam meneruskan profesyen perguruannya adalah seperti berikut:

1. Sentiasa Bertukar Tempat. Di suatu hari, beliau mengajar anak-anak muridnya di bilik Muazzin di Masjid Şahzade Paşa dan pada hari yang berikutnya beliau mengajar di rumah salah seorang anak muridnya di penjuru Istanbul. Kadang-kadang beliau membawa anak muridnya ke celah-celah bangunan usang, atau di bilik-bilik bawah tanah di bangunan yang ditinggalkan. Pernah beliau berkata kepada anak muridnya, “Apa yang penting ialah dakwah kita berjaya, kerana itulah kita tidak kisah dengan nasib diri masing-masing. Kita menerima sahaja seandainya tempat kita adalah di tempat orang meletak kasut di majsid. Aku mengajar kamu dan aku pindahkan kamu dari satu tempat ke satu tempat seperti kucing yang menggendong anaknya”. Itulah Süleyman Hilmi Tunahan.

2. Mengambil Upah Bercucuk TanamAl-Imam Süleyman Hilmi Tunahan mengambil upah bercucuk tanam bersama anak muridnya di ladang. Di waktu siang mereka memakai pakaian peladang dan bercucuk tanam. Manakala selepas tenggelam matahari, mereka akan memulakan sesi pengajian secara yang tersembunyi. Apabila kedudukan mereka dikesan oleh pihak polis, mereka akan membawa kitab masing-masing berpindah ke tempat lain, sama ada di ladang-ladang mahu pun di celah pergunungan.

3. Menghantar Anak Muridnya Ke Merata Tempat Untuk Persediaan DakwahSüleyman Hilmi Tunahan sentiasa menggalakkan anak-anak muridnya supaya merantau dan membuka pusat-pusat pengajian al-Quran di sana. Katanya, “pergilah kamu semua ke kampung halaman masing-masing dan bukalah Dar al-Quran serta asrama pelajar di sana. Ajarkan anak-anak umat Muhammad s.a.w. Kitab Allah dan agama-Nya. Jika kamu laksanakan ini semua, aku lepaskan kamu. Seandainya tidak, akan kugenggam leher kalian!”Pada tahun 1949, kerajaan telah membuka kembali sekolah agama hasil tekanan yang dikenakan oleh umat Islam di Turki. Apabila Parti Demokrat mendapat mandat memerintah pada tahun 1950, aktiviti-aktiviti Islam kembali aktif. Terkabullah pada masa itu impian Süleyman Hilmi dan beliau dapat mengajar semula secara sempurna. Pada masa itu, masjid-masjid sudah tidak berimam, malah jika ada berlaku kematian, jenazah menanti di masjid untuk disembahyangkan. Di zaman derita itulah Süleyman Hilmi terus gigih berbakti.Sekolah menghafal al-Quran dan pendidikan bermanhajkan metodologi al-Imam Süleyman Hilmi Tunahan akhirnya ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1952.

Kehidupan yang penuh derita dan sengsara ketika mengajar dan membesarkan anak-anak muridnya, menjadikan Süleyman Hilmi menderita fizikal badannya. Pada 16 September 1959, al-Imam Süleyman Hilmi Tunahan pulang kepada Allah ketika merah Maghrib melabuh tirai. Pengerusi Parlimen pada masa itu, İbrahim Kırazoğlu meminta supaya jenazah Süleyman Hilmi dikebumikan berhampiran makam moyangnya Sultan Muhammad al-Fatih dan cadangan itu mendapat kelulusan Perdana Menteri.

Keesokan harinya orang ramai mula membanjiri perkarangan Masjid Sultan Muhammad al-Fatih. Akan tetapi pihak polis telah mengeluarkan arahan agar jenazah Süleyman Hilmi tidak dikebumikan di Masjid Sultan Muhammad al-Fatih. Pihak polis menggali sendiri kubur di kawasan Karacaahmet dan akhirnya jenazah al-Imam Süleyman Hilmi Tunahan dikebumikan di situ. Benarlah seperti yang pernah disebutkan oleh beliau pada suatu hari, “mereka akan takutkan kematian kita sama seperti mereka takutkan kehidupan kita”.
Semoga Allah merahmati insan seperti Süleyman Hilmi Tunahan yang memikul amanah mendidik anak bangsa agar sinar Islam terus bercahaya di celah gelombang Riddah Atatürk dan regimnya.
Sumber:
Artikel asal bertajuk Pendidikan: Al-Imam Al-Mujaddid Suleyman daripada Kertas Kerja Seminar Di Ambang Keruntuhan Uthmaniyyah: Pengajaran Buat Ummah oleh Hasrizal Abdul Jamil

Tuan Haji Muhammad Said Yan, Ulama Yang Berdikari dan Seorang Tabib

Tuan Haji Muhammad Said Yan dilahirkan di Kampung Anak Bukit, Alor Setar, Kedah pada 1294 Hijrah/1877 Masihi. Nama sebenarnya ialah Tuan Haji Muhammad Said bin Penghulu Muhammad Taib Yan.

Pendidikan

Muhammad Said mendapat pendidikan awal di Pondok Haji Mat Tamin, Kampung Anak Bukit. Ada juga diriwayatkan bahawa beliau sempat belajar kepada Syeikh Jarum. Diriwayatkan juga bahawa selain mendapat pendidikan pondok, beliau juga pernah memasuki Sekolah Agama al-Hamidiah di Limbong Kapal, Alor Setar, Kedah. Walau bagaimanapun mengenai Muhammad Said pernah memasuki sekolah tersebut terdapat keraguan, kerana sekolah tersebut didirikan pada tahun 1916 Masihi oleh Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Siddiq. Sedangkan selisih umur antara Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Siddiq dengan Muhammad Said hanya lebih kurang tiga tahun. Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Siddiq lahir pada 1291 Hijrah/1874 Masihi, sedangkan Muhammad Said lahir 1294 Hijrah/1877 Masihi.* Sekiranya benar Muhammad Said pernah memasuki Sekolah Agama al-Hamidiah di Limbong Kapal, bererti pada tahun 1916 Masihi itu beliau berusia sekitar 20tahun. Pada usia seperti demikian itu, memasuki sekolah rendah jarang berlaku. Lain halnya dengan sistem pendidikan pondok yang tidak terikat dengan umur seseorang. Kemungkinan Muhammad Said memang benar murid Syeikh Wan Sulaiman bin Wan Siddiq, tetapi adalah menurut sistem pondok bukan sistem persekolahan. Dalam karyanya Anak Kunci, Muhammad Said menyebut bahawa beliau murid Syeikh Sulaiman. Tidak jelas Syeikh Sulaiman mana yang dimaksudkan kerana penulisan nama tidak lengkap. Penulis lebih meyakini bahawa Muhammad Said setelah melalui jalur pendidikan pondok di Kedah, kemungkinan juga di Patani, lalu berangkat ke Mekah. Antara gurunya di Mekah ialah Syeikh Daud bin Mustafa al-Fathani, Syeikh Ali al-Maliki dan ramai lagi.
Mengajar

Beliau berpindah ke Titi Bakong, Yan dan mengajar agama dengan membuka kelas agama di rumahnya sendiri. Beliau mengajar berbagai-bagai pelajaran agama kepada orang-orang dewasa, termasuklah ilmu Tauhid, Fikah, Tasawuf, Hadis dan al-Quran. Pelajar-pelajar beliau datang dari merata-rata tempat di sekitar tempat tinggalnya.

Tuan Haji Muhammad Said dilantik menjadi Kadi di beberapa daerah di Negeri Kedah termasuklah sebagai Kadi Daerah Kuala Nerang, Kuala Muda dan Yan. Tetapi akhirnya beliau meletakkan jawatan sebagai Kadi. Setelah berkahwin buat kali ketiga, Tuan Haji Muhammad Said kembali menetap di Titi Bakong dan menyambung pelajaran kelas agamanya. Ketika itulah beliau mula berminat mempelajarai ilmu perubatan tradisional. Beliau mula mencatat segala ilmu perubatan dan mula mengubat beberapa jenis penyakit. Jadi, di samping mengajar agama, beliau mula menjadi bomoh.

Boleh Mengubati Pelbagai Jenis Penyakit

Selain terkenal sebagai guru agama, beliau juga terkenal sebagai seorang tabib. Beliau boleh mengubati berbagai-bagai jenis penyakit. Beliau pernah membuat makjun, membuat minyak untuk penyakit kebas, lenguh, penat dan sebagainya, serta ubat-ubatan daripada akar-akar kayu. Tuan Hj. Muhammad Said juga telah menulis sebuah buku dengan tulisan tangan. Di dalamnya dicatatkan segala petua dan peraturan bagi mengubati segala jenis penyakit. Beribu-ribu jenis ubat dicatatkan di dalam buku itu. Tuan Haji Muhammad Said juga dikenali sebagai "Tabib Haji Muhammad Said" kerana beliau banyak mengeluarkan berbagai-bagai jenis ubat untuk berbagai-bagai jenis penyakit, dan pada botol-botol ubatnya bercetak : 'Diperbuat oleh Tabib Haji Muhammad Said Yan'.

Kekeluargaan

Diriwayatkan bahawa Muhammad Said sepanjang hayatnya pernah berkahwin enam kali. Perkahwinan pertama dengan Che' Dun, anak saudara Syeikh Wan Sulaiman. Daripada perkahwinan ini beliau memperoleh enam orang anak. Perkahwinan kedua dengan Hajah Aisyah binti Haji Kecik, memperoleh seorang anak lelaki, Haji Ismail. Perkahwinan ketiga kalinya di Kuala Muda dengan Che' Lin, memperoleh seorang anak perempuan. Perkahwinan keempat di Pulau Pinang dengan Che' Aisyah, tidak memperoleh anak. Perkahwinan kelima dengan Hajah Aisyah berasal dari Kampung Tok Keling, Alor Setar, tidak memperoleh anak. Perkahwinan keenam dengan Hajah Latifah, berasal dari Tandop, Alor Setar. Sewaktu Muhammad Said meninggal dunia, yang masih bersamanya hanyalah isteri yang keenam ini. Ada pun isteri-isteri yang lain ada yang meninggal dunia mendahului beliau dan ada juga yang bercerai ketika beliau masih hidup. Muhammad Said adalah seorang yang teguh mengikut ajaran Islam. Oleh itu dalam lingkungan keluarga, bersama isteri, anak-anak dan cucu-cucunyasangat ditekankan melakukan sembahyang berjemaah bersama beliau. Diriwayatkan bahawa Muhammad Said adalah seorang yang warak. Setiap kali selesai mengerjakan sembahyang beliau membaca wirid yang banyak, doa yang panjang dengan penuh khusyuk dan syahdu serta bercucuran air mata membasahi mukanya. Di sini, boleh dibuat kesimpulan bahawa Muhammad Said Yan, Kedah adalah seorang ulama yang berjaya mengatasi cabaran hidup duniawi secara wira swasta, kuat berusaha dan kuat beramal. Gabungan daripada kedua-duanya adalah satu rahsia memperoleh keredhaan dan berkat daripada pada Allah s.w.t. Wirid yang panjang tidak menghalang memperoleh kejayaan dunia tetapi di dalamnya ada satu rahsia tersembunyi yang jarang diketahui oleh kebanyakan orang. Antara rahsia wirid, doa, selawat dan sejenisnya, ialah pekerjaan yang sukar menjadi mudah, yang berat menjadi ringan, yang tersembunyi menjadi nyata dan banyak lagi.

Karangannya

Selain daripada meneruskan pengajaran di kelas agamanya serta menjadi tabib, Haji Muhammad Said juga menulis serta mengeluarkan berbagai-bagai risalah kecil berbentuk dakwah. Risalah-risalah tersebut berbentuk buku kecil dan dicetak dalam tulisan jawi yang mengandungi di antara 18 hingga 32 muka surat. Antara risalah yang dikeluarkan bertajuk 'Risalah Banyak-Banyak Syukur', 'Risalah Bicara Tertib Puasa Ramadan' dan 'Risalah Jika Tiada Hendak Sembahyang, Apakah Hendak Jadi?"

Isi risalah-risalah tersebut berbentuk nasihat dan dakwah agar seluruh kaum muslimin dan muslimat taatkan perintah Allah dengan mengerjakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya. Risalah-risalah tersebut dicetak mulai tahun 1951 hingga tahun 1958. Di bahagian belakang risalah-risalah tersebut terdapat nama-nama risalah lain yang ditulis oleh Tuan Haji Muhammad Said seperti "Perbendaharaan Mastika Bicara Asmaul-Husna", "Syirah Bardah", "Selusuh Memudahkan Perempuan Beranak", "Wirid-wirid Am", "Kucing Bertuah", "Talqin Bahasa Jawi", "Pati Rahsia", "Risalah Bunga Raya" dan "Mengapa Engkau Tidak Sembahyang?". Semua risalah tersebut dijual ke seluruh negeri-negeri di Malaysia Barat, (ketika itu Semenanjung Tanah Melayu).

Pada muka surat pertama atau kedua risalah-risalah tersebut terdapat 'pengesahan' yang dibuat oleh Tuan Haji Abdullah Pak Him - Mufti Pulau Pinang ketika itu yang juga selaku mudir di Sekolah Agama Dairatul Ma'arif Al-Wathoniah, Kepala Batas, Seberang Perai mengesahkan bahawa risalah tersebut tidak salah atau tidak menyeleweng dan perlu dibaca oleh orang ramai. Ini bererti Tuan Haji Muhammad Said telah mengirimkan semua risalah tulisannya kepada Tuan Haji Abdullah Pak Him terlebih dahulu sebelum dicetak untuk mendapatkan pengesahan tentang tulisannya itu.

Di antara karangannya:

1. Anak Kunci
2. Buah Putik Bagi Kanak-Kanak Pada Permulaan Tumbuhnya.
3. Adabul Katib
4. Punca Kesukaan
5. An-Nashihah Asy-Syabaniyah
6. Majalah Nun
7. Ath-Thabib

Wafatnya

Tuan Haji Muhammad Said meninggal dunia di Titi Bakong, Yan, Kedah pada tahun 1382 Hijrah/1962 Masihi dalam usia 85 tahun dan selamat dikebumikan di tanah perkuburan Yan, Kedah.

Rujukan:
http://ulama.blogspot.com/2005/03/muhammad-said-yan.html
http://www.mykedah2.com/10heritage/102_4_09.htm

Jumat, Februari 01, 2008

Ahmad Syakir, Ulama Hadis Kebanggaan Mesir

Ahmad Syakir dilahirkan di Kaherah, Mesir pada tahun 1892 Masihi bersamaan 1309 Hijrah. Selepas ayahnya dilantik oleh kerajaan Mesir sebagai ketua para qadhi di Sudan pada tahun 1900, beliau berhijrah bersama ayahnya ke sana. Di sana beliau belajar di sebuah institusi pengajian sehinggalah ayahnya kembali ke Mesir. Seterusnya ayahnya telah dilantik menjawat jawatan Ketua Ulama Iskandariah pada tahun 1904. Bermula dari saat itu Ahmad Syakir meneruskan pembelajarannya di Maahad Iskandariah.

Di awal usia mudanya Ahmad Syakir amat meminati sastera dan syair. Selepas itu barulah minatnya beralih kepada ilmu hadith. Minat ini disokong sepenuhnya oleh ayahnya. Semasa muda, Ahmad Syakir dan adik beradiknya belajar beberapa buah buku yang diajar oleh bapa mereka sendiri meliputi bidang Tafsir, Hadis, Fiqh dan Usul Fiqh serta lain-lain lagi.

Ahmad Syakir menyambung pembelajarannya di Universiti al Azhar. Di al Azhar, Mesir. Beliau sering berdamping dan belajar daripada para ulama yang ada di universiti tersebut. Beliau juga pernah menuntut ilmu hadith daripada seorang ahli hadith terkemuka Maghribi iaitu Abdullah Ibn Idris al Sanusi. Beliau pernah bertemu dan belajar dengan Syeikh Muhammad Ibn al Amin al Syanqithi, Syeikh Tahir al Jazairi, Syeikh Rasyid Ridha dan ulama lain.

Pada tahun 1917 Ahmad Syakir telah berjaya menamatkan pengajian sehingga mendapat Ijazah Alamiyyah (phd) daripada universiti al Azhar. Beliau kemudiannya diberikan beberapa jawatan dan dilantik menjadi qadhi pada tahun 1951 seterusnya ketua Mahkamah Tinggi Syariah sehingga beliau bersara.

Beliau sentiasa menulis sepanjang hidupnya. Sumbangannya meliputi buku, penyemakan buku-buku klasik, artikel ilmiah dan sebagainya. Beliau amat tegas dalam menentang sebarang kemungkaran yang berlaku di zamannya. Beliau juga sentiasa memberikan pendapat-pendapat yang dianggap sebagai ‘ijtihad’ dan tidak sekadar menurut dan mengulangi perkara yang sudah disebut sekian lama. Ahmad Syakir amat mengagumi Ibn Hazm yang merupakan seorang imam bagi mazhab al Zohiri yang kadangkala membawa pendapat-pendapat tersendiri dalam fiqh selagi mana ada ruang untuk berijtihad. Ini jelas terbukti kerana beliaulah yang melakukan semakan dan seterusnya berusaha mencetak dua buku Ibn Hazm yang terkenal iaitu al Muhalla dan al Ihkam Fi Usul al Ahkam. Beliau sering memuji Ibn Hazm ketika memberikan komen pada tempat-tempat tertentu di dalam kedua buku tersebut. Namun begitu beliau tetap mengkritik pendapat-pendapat Ibn Hazm yang tidak tepat menurut pemahaman beliau.

Beliau sentiasa memberikan tumpuan ke arah menyebarkan buku-buku klasik samada dalam bidang hadith atau bidang-bidang ilmu Islam yang lain seperti fiqh, tafsir, Usul Fiqh, Sastera Arab dan sebagainya. Di antara buku terawal yang beliau cetak berserta semakan yang teliti ialah buku al Risalah karya Imam al Syafie pada tahun 1939. Segala komen yang beliau muatkan sepanjang mengkaji buku itu amat berfaedah.

Buku seterusnya yang dikaji dan dicetak oleh beliau ialah Sunan al Tirmizi atau nama sebenarnya al Jami’ al Kabir. Namun beliau hanya sempat menghabiskan kajiannya terhadap sebahagian buku tersebut dan dicetak dalam dua jilid. Cetakan buku Sunan al Tirmizi ini diteruskan oleh Muhammad Fuad Abd. Baqi dan Ibrahim Athwah. Tetapi bagi sesiapa yang membandingkan antara cetakan mereka berdua dengan cetakan Ahmad Syakir sudah pasti dapat menilai ketinggian ilmu Ahmad Syakir. Buku al Jami’ al Kabir telah dikaji oleh ulama lain seperti al Albani yang membahagikannya kepada dua buku iaitu Sahih Sunan al Tirmizi dan Dhaif Sunan al Tirmizi. Buku ini juga dicetak dan disemak oleh Dr. Basyar Awwad Ma’ruf sebanyak 6 jilid. Seorang lagi pengkaji hadis masa ini, Syuaib al Arnaouth juga telah membuat semakan terkini namun semasa artikel ini ditulis, ia belum lagi siap dicetak oleh Muassasah al Risalah.

Di antara buku-buku lain yang dikaji oleh Ahmad Syakir adalah seperti berikut:
Mukhtashor (Ringkasan) Sunan Abu Daud karya al Mundziri yang dicetak bersama Tahdzib Sunan Abu Daud karya Ibn Qayyim al Jauziyyah dan Ma’alim al Sunan karya al Khattabi. Buku ini dikaji oleh beliau bersama seorang lagi pengkaji hadith bernama Muhammad Hamid al Faqi.
Sahih Ibn Hibban yang tidak sempat beliau lengkapkan kajian terhadapnya. Buku ini pertama kali siap dikaji oleh Syuaib al Arnaouth dan dicetak oleh Muassasah al Risalah sebanyak 18 jilid.
Umdatu al Tafsir yang merupakan ringkasan yang beliau buat terhadap Tafsir al Quran al Azhim karya Ibn Kathir.

Tafsir at Thabari yang dikaji beliau bersama adiknya yang merupakan sasterawan agung bernama Mahmud Syakir.

Al Musnad karya Imam Ahmad Bin Hanbal yang dikaji beliau sejak tahun 1946. Beliau hanya sempat mencetak sebanyak 17 jilid. Sesiapa yang ingin melihat keluasan ilmu Ahmad Syakir dalam bidang hadith, bolehlah melihat komen dan ulasan beliau di dalam buku al Musnad. Al Musnad telah siap dikaji oleh sekumpulan pengkaji dari Muassasah al Risalah dipimpin oleh ketua unit penyelidikannya Syuaib al-Arnaut. Ia siap dicetak pada tahun 2001 sebanyak 50 jilid.

Islah al Manthiq karya Ibn al Sikkit, al Ashmaiyyat dan al Mufaddhaliyyat yang dikaji bersama sasterawan terkenal bernama Abd. Salam Harun.

Kajian yang dilakukan terhadap buku-buku ini meliputi kajian teks dan juga kajian terhadap isi kandungan buku-buku tersebut. Kaedah pengkajian sebegini disebut sebagai ‘tahqiq’. Sekiranya terdapat hadith-hadith atau riwayat-riwayat para sahabat, maka Ahmad Syakir akan berusaha mengkaji kesahihannya. Kajian dibuat berdasarkan kaedah-kaedah pengkajian hadith atau apa yang dikenali sebagai Ilmu Mustolah al Hadith. Ilmu pengkajian hadith merupakan ijtihad dan usaha para ulama. Ahmad Syakir telah menilai kembali kajian para ulama terdahulu dan cuba membuat kajian lanjut. Hasil kajian ini kadangkala menjadikan beliau bersetuju dan adakalanya pula beliau tidak bersetuju dengan hasil kajian ulama terdahulu. Ini merupakan perkara biasa dalam suasana ilmu atau akademik. Kajian-kajian dan hasil yang beliau dapati juga telah dikritik pula oleh ulama-ulama hadith selepas beliau seperti Muhammad Nasiruddin al-Albani, Syuaib al- Arnaut dan sebagainya. Ini merupakan lumrah yang sentiasa berlaku dalam kajian ilmiah.
Ahmad Syakir meninggal pada tahun 1958 dan beliau telah meninggalkan khazanah ilmu yang amat luas untuk disambung dan dinilai oleh generasi seterusnya. Salah seorang pengkaji sastera di Jordan yang bernama Umar al Qayyam telah menyifatkan beliau merupakan satu daripada tiga permata bernilai dalam bidang hadith zaman moden : Ahmad Syakir, Muhammad Nasiruddin al-Albani dan Syuaib al-Arnaut. Adiknya iaitu Mahmud Syakir telah menyifatkan abangnya sebagai Imam al Muhaddithin (imam bagi semua ahli hadith). Menurut Syuaib al Arnaouth : ‘Ahmad Syakir merupakan seorang yang telah sampai ke tahap mengetahui hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam secara riwayat dan dirayah (yang tidak dapat ditandingi oleh sesiapa pada masa ini. Beliau dianggap sebagai perintis kepada penyebaran semula teks-teks hadith di kurun ini serta penyemakannya kembali mengikut kaedah yang dicontohi oleh para pengkaji hadith’.
(Pendahuluan Sahih Ibn Hibban – jilid 1 – muka surat 62 – cetakan Muassasah al Risalah)

Berikut adalah beberapa petikan kata-kata beliau yang dipetik daripada buku-buku yang beliau hasilkan:

‘Kaum muslimin pada tiga kurun awal Islam (sahabat, tabiin dan tabii al tabiin) merupakan golongan manusia yang paling mulia, tinggi akhlaknya, amat takut kepada ALLAH. Oleh sebab itulah mereka dibantu oleh ALLAH dan dibantu dalam menakluki negara-negara lain serta memimpin seluruh manusia dalam masa yang singkat. Ini dilakukan dengan agama dan akhlak yang indah terlebih dahulu sebelum mereka menakluki negara-negara itu dengan pedang dan anak panah’.
(Pendahuluan al Baith al Hathith – Ahmad Syakir – muka surat 8 – cetakan Dar al Turath)

‘Dan pendapatku ialah : memberi penjelasan tentang kedhaifan sesuatu hadith yang dhaif adalah wajib dalam semua keadaan. sebabnya ialah sikap tidak memberi penjelasan ini akan menjadikan orang yang melihat hadith ini menyangka ia adalah sahih’.
(Al Baith al Hathith – muka surat 76)

‘Tidak ada bezanya hadith dhaif dalam bab hukum-hakam atau fadhilat amalan dan perlulah menghindari dari mengambil riwayat yang dhaif. Bahkan tidak ada hujah bagi sesiapa kecuali apa yang sahih dari hadith Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam sama ada daripada hadith sahih atau hadith hasan’.
(Al Baith al Hathith – muka surat 76)

‘Adapun zaman kita ini, maka orang ramai telah meninggalkan ilmu riwayat (hadith). Kemudian mereka meninggalkan pengkajian hadith kecuali segelintir daripada mereka’.
(Alfiyah al Suyuthi Fi Ilmi al Hadith – muka surat 93 – cetakan al Maktabah al Ilmiyyah)

‘Dan siapa tahu, semoga umat Islam akan mengembalikan kegemilangannya dan kembali kepada agamanya dan ilmu-ilmu tentang agamanya. Dan tiada yang mengetahui perkara ghaib kecuali ALLAH’. (Alfiyah al Suyuthi Fi Ilmi al Hadith – muka surat 93)

Marilah kita mencontohi kegigihan Ahmad Syakir dalam menyebarkan ilmu berdasarkan kajian ilmiah. Kita juga perlu menginsafi bagaimana sayangnya Ahmad Syakir kepada karya-karya ilmiah klasik dan kepentingannya. Karya-karya ini perlu dinilai dan disebarkan dalam bentuk yang lebih baik agar khazanah ilmu ini dapat dikongsi oleh generasi akan datang. Semoga mereka yang berkelulusan agama terutamanya daripada Universiti al Azhar dapat mengikut jejak langkah beliau yang telah mengharumkan nama al Azhar dan Mesir suatu masa dahulu.

Sumber:
-Mahmud Muhammad Syakir, ar-Rajulu wa al-Manhaj.
-Pendahuluan buku Sahih Ibnu Hibban yang ditulis oleh Syuaib al-Arnaut.

Sayyid Sabiq, Ulama Sunnah Yang Bersahaja

Sayyid Sabiq dilahirkan pada tahun 1915 di Mesir. Ia merupakan salah seorang ulama al-Azhar yang menyelesaikan kuliahnya di fakultas syari’ah. Kesibukannya dengan dunia fiqih melebihi apa yang pernah diperbuat para ulama al-Azhar yang lainnya. Ia mulai menekuni dunia tulis-menulis melalui beberapa majalah yang eksis waktu itu, seperti majalah mingguan ‘al-Ikhwan al-Muslimun’. Di majalah ini, ia menulis artikel ringkas mengenai ‘Fiqih Thaharah.’ Dalam penyajiannya beliau berpedoman pada buku-buku fiqih hadits yang menitikberatkan pada masalah hukum seperti kitab Subulussalam karya ash-Shan’ani, Syarah Bulughul Maram karya Ibn Hajar, Nailul Awthar karya asy-Syaukani dan lainnya.

Sayyid mengambil metode yang membuang jauh-jauh fanatisme madzhab tetapi tidak menjelek-jelekkannya. Ia berpegang kepada dalil-dalil dari Kitabullah, as-Sunnah dan Ijma’, mempermudah gaya bahasa tulisannya untuk pembaca, menghindari istilah-istilah yang runyam, tidak memperlebar dalam mengemukakan ta’lil (alasan-alasan hukum), lebih cenderung untuk memudahkan dan mempraktiskannya demi kepentingan umat agar mereka cinta agama dan menerimanya. Beliau juga antusias untuk menjelaskan hikmah dari pembebanan syari’at (taklif) dengan meneladani al-Qur’an dalam memberikan alasan hukum.

Contoh Peribadi dan Akhlak

Sayyid Sabiq merupakan seorang yang menjadi contoh dalam peribadi dan akhlak. Beliau bukan sahaja berilmu, bahkan mempunyai budi pekerti yang mulia dan pandai menjaga perhubungan yang baik sesama manusia. Sifatnya yang suka berjenaka, lemah lembut dan menghormati orang lain walaupun dengan kanak-kanak membuatkan beliau disenangi oleh segenap lapisan masyarakat.

Kegiatan Dakwah

Sayyid Sabiq merupakan seorang yang banyak mengembara untuk men-yampaikan dakwah. Banyak negara yang dilawatinya termasuk Indonesia, United Kingdom, negara-negara bekas Kesatuan Soviet Union dan seluruh negara Arab. Beliau meninggalkan kesan yang mendalam pada setiap negara yang diziarahinya.

Sayyid Sabiq turut membuka kelas-kelas pengajian di rumahnya. Pada setiap hari Ahad dikhaskan untuk kaum wanita dan orang yang sudah berumahtangga. Manakala kelas untuk lelaki diadakan pada setiap hari minggu. Malam Khamis merupakan malam yang dinanti-nantikan oleh semua ahli jemaah yang bersolat Isya’ di Masjid ‘lbadur-Rahman, Akhir Mahattoh, Haiyu Sabie’ kerana pada malam itu dikhususkan untuk pengajian yang dikendalikan oleh Sayyid Sabiq. Dalam majlis ilmu itu, beliau banyak memberi fatwa dan menjawab persoalan yang berbangkit tentang Islam. Pelajar luar negara juga tidak ketinggalan mengikuti majlis ilmu yang berkat itu walaupun Sayyid Sabiq sering menggunakan Bahasa Arab Ammi (lahjah arab tempatan).

Antara contoh kegigihannya dalam menyampaikan dakwah, diceritakan bahawa ketika beliau berada dalam penjara, dengan berpijak di atas baldi-baldi yang telah disusun dalam bilik penjara untuk dijadikan mimbar disebabkan oleh tubuh beliau yang kecil dan kurus, beliau dengan lantang dan bersemangat menerangkan hukum fiqh dan agama terhadap tahanan-tahanan politik yang sama-sama ditangkap bersamanya. Pengawal penjara dan askar yang mengawal mereka turut mengikuti kuliah tidak rasmi beliau itu dari luar jaringan besi penjara.

Karyanya

Juz pertama dari kitab beliau yang terkenal “Fiqih Sunnah” diterbitkan pada tahun 40-an di abad 20. Ia merupakan sebuah risalah dalam ukuran kecil dan hanya memuat fiqih thaharah. Pada mukaddimahnya diberi sambutan oleh Imam Hasan al-Banna yang memuji manhaj (metode) Sayyid Sabiq dalam penulisan, cara penyajian yang bagus dan upayanya agar orang mencintai bukunya.

Setelah itu, Sayyid Sabiq terus menulis dan dalam waktu tertentu mengeluarkan juz yang sama ukurannya dengan yang pertama sebagai kelanjutan dari buku sebelumnya hingga akhirnya berhasil diterbitkan 14 juz. Kemudian dijilid menjadi 3 juz besar. Belaiu terus mengarang bukunya itu hingga mencapai selama 20 tahun seperti yang dituturkan salah seorang muridnya, Dr Yusuf al-Qardawi.

Banyak ulama yang memuji buku karangan beliau ini yang dinilai telah memenuhi hajat perpustakaan Islam akan fiqih sunnah yang dikaitkan dengan madzhab fiqih. Karena itu, mayoritas kalangan intelektual yang belum memiliki komitmen pada mazhab tertentu atau fanatik terhadapnya begitu antusias untuk membacanya. Jadilah bukunya tersebut sebagai sumber yang memudahkan mereka untuk merujuknya setiap mengalami kebuntuan dalam beberapa permasalahan fiqih.

Buku itu kini sudah tersebar di seluruh pelosok dunia Islam dan dicetak sebagian orang beberapa kali tanpa seizin pengarangnya. Tetapi, ada kalanya sebagian fanatisan madzhab mengkritik buku Fiqih Sunnah dan menilainya mengajak kepada ‘tidak bermadzhab’ yang pada akhirnya menjadi jembatan menuju ‘ketidak beragamaan.’

Sebagian ulama menilai Sayyid Sabiq bukanlah termasuk penyeru kepada ‘tidak bermazhab’ sekali pun beliau sendiri tidak berkomitmen pada madzhab tertentu. Alasannya, karena beliau tidak pernah mencela madzhab-madzhab fiqih yang ada dan tidak mengingkari keberadaanya.

Sementara sebagian ulama yang lain, mengkritik buku tersebut dan menilai Sayyid Sabiq sebagai orang yang terlalu bebas dan tidak memberikan fiqih perbandingan sebagaimana mestinya di dalam mendiskusikan dalil-dalil naqli dan aqli serta melakukan perbandingan ilmiah di antaranya, lalu memilih mana yang lebih rajih (kuat) berdasarkan ilmu. Apa yang dinilai para penentangnya tersebut tidak pada tempatnya. Sebenarnya buku yang dikarang Sayyid Sabiq itu harus dilihat dari sisi untuk siapa ia menulis buku itu. Beliau tidak menulisnya untuk kalangan para ulama tetapi untuk mayoritas kaum pelajar yang memerlukan buku yang mudah dan praktis, baik dari sisi format atau pun content (isi).

Di antara ulama yang mengkritik buku tersebut adalah seorang ulama hadits yang terkenal, Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani yang kemudian menulis buku ‘Tamaamul Minnah Bitta’liq ‘ala Fiqhissunnah”. Kitab ini ibarat takhrij bagi hadits-hadits yang terdapat di dalam buku fiqih sunnah.

Mengajak Umat Bersatu dan Tidak Berpecah Belah

Sayyid Sabiq merupakan sosok yang selalu mengajak agar umat bersatu dan merapatkan barisan. Beliau mengingatkan agar tidak berpecah belah yang dapat menyebabkan umat menjadi lemah. Beliau juga mengajak agar membentengi para pemudi dan pemuda Islam dari upaya-upaya musuh Allah dengan membiasakan mereka beramal islami, memiliki kepekaan, memahami segala permasalahan kehidupan serta memahami al-Qur’an dan as-Sunnah. Hal ini agar mereka terhindar dari perangkap musuh-musuh Islam.

Beliau juga pernah mengingatkan bahwa Israel adalah musuh bebuyutan umat ini yang selalu memusuhi kita secara berkesinambungan. Beliau pernah bertemu dengan salah seorang pengajar asal Palestina yang bercerita kepada beliau, “Suatu kali saya pernah melihat seorang Yahudi sangat serius duduk menghafal Kitabullah dan hadits-hadits Rasulullah. Lalu saya tanyakan kepadanya, ‘Kenapa kamu melakukan ini.?’ Ia menjawab, ‘Agar kami dapat membantah kalian dengan argumentasi. Kalian adalah orang-orang yang reaktif dan sangat sensitif, karena itu kami ingin mengendalikan lewat sensitifitas kalian itu. Jika kami berdebat dengan kalian, kami akan menggunakan ayat-ayat dan hadits Nabi kalian. Kami juga akan menyebutkan sebagian permisalan dalam bahasa Arab yang mendukung permasalahan kami sehingga kalian bertekuk lutut terhadap seruan kami dan mempercayai kebenarannya.”

Anugerah dan Pengiktirafan

Sepanjang hayatnya, Sayyid Sabiq banyak menerima anugerah dan pengiktirafan atas ketokohan dan keilmuan beliau. Kemuncaknya, beliau telah menerima Pingat Penghargaan Mesir yang dianugerahkan oleh Presiden Republik Arab Mesir, Mohammad Husni Mubarak pada 5 Mac 1 988. Manakala di peringkat antarabangsa pula, Sayyid Sabiq telah dianugerahkan Jaaizah al-Malik Faisal al-Alamiah pada tahun 1994 dari Kerajaan Arab Saudi dalam menghargai usaha-usahanya menyebarkan dakwah Islam.

Wafatnya

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan umat Islam apabila seorang demi seorang ulama besar menyahut seruan Yang Esa. Bermula dengan pemergian Syeikh Mutawalli Syarawi pada tahun 1998, dituruti dengan kematian Syeikh Abdul Aziz Baz pada awal tahun 1999. Selepas itu, Syeikh Al-Albani pada hujung tahun1999. Bahkan ketika kita sedang leka dengan millennium baru, kita dikejutkan dengan berita pemergian Syeikh Abu al-Hasan Ali an-Nadawi.

Tanggal 28 Februari 2000, giliran Sayyid Sabiq pula pergi menyertai kafilah solihin dan ulama ‘amilin menyahut panggilan Ilahi.

Jenazah beliau sempurna disolatkan oleh beribu-ribu orang di Masjid Rabiah al-Adawiyah, Madinah Nasr dengan diimami oleh Syeikh al-Azhar as-Syarief, Dr. Muhammad Sayid Tantawi. Turut mengikuti solat jenazah ialah as-Sayid Hani Wajdi yang mewakili Presiden Republik Arab Mesir, Mufti Kerajaan Mesir, Dr. Nasr Farid Wasil, Menteri Awqaf, Dr. Hamdi Zaqzuq, Presiden Parti Buruh, Ibrahim Syukri, Ketua Jabhah Ulama al-Azhar dan anggota-anggotanya, Ketua Jam’iyah Syarqiyyah, Dr. Fuad Mukhaimar. serta puluhan ulama dan pemimpin masyarakat setempat yang tidak ketinggalan memberikan penghormatan terakhir terhadap ulama besar umat ini.

Jenazah beliau kemudian dibawa ke tanah tempat kelahirannya di Markaz Bajour, Maneofiah untuk disemadikan di sana.

Rujukan:
http://www.alsofwah.or.id/index.php?pilih=lihattokoh&id=96
http://www.dakwah.info/index.php/Biografi/Sayyid-Sabiq-Ulama-yg-Terulung-penulis-Fiqhus-Sunnah.html