Pages

Rabu, Juli 21, 2010

Dr Yusuf al-Qaradawi: Sejarah Hidup dan Pemikiran (Siri 3)

Peristiwa Penting pada zamannya

Selain pemahaman yang mendalam dalam pelbagai bidang ilmu, al-qaradawi sempat berhadapan dengan dua peristiwa penting besar. Peristiwa tersebut memberi kesan kepada jiwannya sama ada dari segi material, pemikiran dan akhlak. Peristiowa itu ialah perang dunia kedua serta kekejaman Israel ke atas palestin dan negra-negara Aranb sehingga terdirinya negara Israel, perang Arab dengan Israel pada tahun 1948, kejatuhan golongan kapitalis yang berkiblatkan negara-negara komunis pada tahun 1968 dan perampasan al-Quddus dan Masjid al-Aqsa. Menurut al-Qaradhawi, bahawa beliau tidak mengasingkan diri daripada peristiwa-peristiwa tersebut
Beliau sentiasa menyertai sejak di peringkat sekolah rendah sama ada melalui hati, anggota badan, akal dan lisan. Beliau mencurahkan isi hatinya mengenai peristiwa-peristiwa tersebut dengan mengubah syair-syair dan puisi. Di samping itu juga, beliau sentiasa berkhutbah dan berpidato di hadapan pelajar-pelajar dan menyertai dan mengetuai demonstrasi.

Begitu juga penjajahan yang berlaku dalam negara-negara Arab seperti penjajahan Bristish di Mesir. Peristiwa-peristiwa tersebut dan latar belakang keilmuan yang mendlam menyebabkan al-Qaradhawi mendekati isu-isu politik dan sosial negara-negara Arab dan Islam secara serius dan objektif. Ini terbukti dalam kebanyakan buku-buku dan tulisan-tulisannya dalam majalah dan akhbar harian di negara-negara Arab sehingga kini.

Memasuki Ikhwan

Al-Ikhwan al-Muslimun adalah sebuah gerakan Islam terbesar di zaman moden ini. Seruannya ialah kembali kepada Islam sebagaimana yang termaktub di dalam al-quran dan al-sunnah serta mengajak kepada penerapan syariat Islam dalam kehidupan nyata. Dengan adanya gerakan ini telah mampu membendung arus pembaratan d dunia Arab dan Islam. Ia diasaskan oleh Hassan al-Banna pada tahun 1928. Gerakan Ikhwan adalah gerakan dakwah salafiah, tariqah, hakikah, sufiyyah, lembaga politik, kelab sukan, lembaga ilmiah dan kebudayaan, syarikat ekonomi dan pemikiran sosial. Ia bersifat universal, tidak mengenal pemisahan antara satu aspek dengan aspek yang lain. Antara ciri gerakan ini ialah jauh dari sumber pertentangan, jauh dari pengaruh riya' dan kesombongan, jauh dari parti politik dan lembaga-lembaga politik, memberi perhatian kepada generasi muda dan mengutamakan aspek amaliah produktif.

Yusuf al-Qaradawi melibatkan diri dengan Ikhwan sejak di peringkat sekolah Menengah, al-Qaradhawi mengakui bahawa kefahaman tentang Islam semakin mendalam. Beliau bertambah peka terhadap isu-isu semasa semasa mengenai tanah air dan dunia Islam. Ikhwan juga telah merubahnya dari alam syair dan kesusasteran yang beliau minati kepada medan dakwah. Ikhwan mengajar beliau lebih mengambil berat dan mengutamakan hal ekwal umat Islam, memahami konspirasi musuh-musuh Islam serta mengawasi cara mereka menyerang dan menghancurkn Islam.

Al-Qaradawi mengkui sendiri sejak menyertai Ikhwan, matlamat hidupnya semakin jelas. Beliau menyeru ke arah akidah, syariat, agama , negara, tamadun dan ummah. Namun begitu, beliau bukanlah seorang yang fanatik secara membuta tuli kepada gerakan Ikhwan. Perkara ini disentuh dalam bukunya Hullu al-Islami Faridah wa Darurat.

Namun pengharaman Ikhwan pada tahun 1954, membawanya kepada kegiatan ilmiah dan peulisan sepenuhnya masa. Perkara ini disebabkan beliau dilarang untuk mengajar dan berdakwah. Beliau mengakui dengan berkecimpung dalam Ikhwan menyebabkan beliau bertukar dari pendakwah kampong kepada dakwah antarabangsa. Beliau lebih memahami Islam apabila berada dalam gerakan Islam ikhwab.Pada masa kini, beliau tidak lagi menjadi anggota rasmi ikhwan namun buku-bukunya menjadi rujukan kepada ahli-ahli Ikhwan sehingga sekarang. Walaupun tidak menjadi anggato rasmi tetapi manhaj dan dakwah yang sederhana tetap menjadi agenda perjuangannya.

al-Qaradawi menyebutkan faedah dan manfaat yang diperolehi dari menganggotai Ikhwan iaitu :

1. Ikhwan telah meperluaskan cakrawala fikirannya dalam memahami Islam secara utuh dan mantap.
2. Memahami kewajipan amal jama'iy untuk memenangkan Islam.
3. Berpindah dari hanya seorang penceramah agama di kampong menjadi seorang da'i Islam yang bekerja untuk umat.
4. mengubah dari cita-cita lokal dan terbatas pada cita-cita yang besar yang universal.Keinginannya tidak lagi tergantung kepada keinginan peribadi tapi menjadi cita-cita yang berkait rapat dengan umat.
5. Keluar dari keterasingan yang mengungkung mahasiswa al-Azhar akibat dari manhaj pelajaran yang tidak komprehensif kepada khalayak umum dan bergaul dengan semua lapisan masyarakat.

Masuk Penjara

Penglibatan Yusuf dengan Ikhwan telah membawa beliau beberapa kali ke penjara. Kali pertama beliau ditangkap pada tahun 1949 selama 10 bulan pada zaman pemerintahan Raja Faruk. Pada masa itu, beliau masih lgi menuntut di tahun 5 menengah dan berusi 23 tahun.Beliau tidak dapat mengambil peperiksaan pada tahap pertama sijil menengah tetapi berjaya memasuki peperiksaan pada tahap kedua mendapat perlepasan dari Menteri Ibrahim Abdul Hadi. Dalam peperiksaan tersebut, beliau berjaya menduduki tempat kedua di antara pelajar-pelajar menengah seluruh Mesir.

Pada 2 Januari 1954, beliau sekali lagi ditangkap Selama dua setengah bulan. Pada November 1954, beliau ditahan selama dua puluh bulan. Pada Jun 1962, beliau sekali lagi ditangkap dan di penjara selama 15 hari. Kali ini beliau ditangkap bersama Saddiq al-Amri dan Ahmad Asal.

Al-Qaradawi sebagai Penulis

Al-Qaradawi menjadi penulis sejak remaja. Beliau mula menulis dram yang berbentuk syair (teater) dengn tajuk Yusuf al-Siqddiq. Drama ini adalah ilham yang diambil daripada Shawqi dalam laila majnun dan celopatra. Pada waktu itu, beliau masih menuntut pada tahun pertama peringkat menengah di Maahad al-Azhar dan amat menyukai syair dn kesusasteraan Arab. Kemudian beliau bergiat cergas dalam ceraah-ceramah agama di seluruh Mesir. Keika itu, pemidatoan menjadi senjata utama dalam dakwahnya. Pada awal 50an, al-qaradawi enulis risalah yang berjudul Qataf min al-Kitab wa al-Sunnah. Buku ini telah dicetak beberapa kali. Risalah kedua berjuduil “Risalatuka Ayyuhal Muslim. Walaupun begitu, buku ini tidak diluluskan oleh panel pencetakpada akhir tahun 1953. Naskhah asal risalah tersebuttidak dikembalikn oleh pihak pencetak dan al-qaradawi tidak ada naskhah yang lain. Oleh itu, risalah tersebut hilang tambahan pula kerajaan telah mengharamkan Ikhwan. Pada tahun 1954, beliau juga menulis risalah yang berjudul “Risalatikum Ya Shabab al-Azhar” . Buku ini juga tidak diterbitkan.

Pada tahun 1950an, beliau juga menulis drama Alim wa Thagiyyat Said bin Jubair wa Hajaj bin Yusuf. Menurut al-Qaradhawi bahawa beliau mula benar-benar menulis selepas beliau keluar dari penjara pada tahun 1956 ketika mana pihak kerajaan mengharamkan aktivitinya untuk berceramah, berkhutabah dan mengajar kepada orang ramai. Oleh demikian, tidak ada cara lain untuk berdakwah kecuali dengan pena. Al-Qaradawi menulis artikel-artikel dalam Mimbar al-Islam, majalah al-Azhar dan buku yang pertama diterbitkan ialah al-Halal wa al-Haram fi al-Islam pada tahun 1960.

Walaupun begitu, kesibukannya dengan gerakan Ikhwan menyebabkan waktu untuk menulis terhad. Apabila beliau ditegah daripada mengajar dan berdakwah, masa untuk menulis terbuka luas. Menurutnya, tegahan itu merupakan satu anugerah kerana beliau dapat menulis buku..

Al-Qaradhawi juga menjadi penulis dalam pelbagai majalah di dunia Arab. Anatranya ialah Majalah al-Wa’ei al-Islami, al-Da’wah, al-Manar al-Islami, al-Faisal, al-Haras al-Watani dan al-Mujtama’. Beliau juga menjadi kalumnis dalam akhbar harian Arab seperti al-Muslimun terbitan Arab Saudi, al-Awsat dan al-Hayat terbitan di London.Beliau juga menulis dalam al-Muslim al-Mua’sir terbitan IIIT cawangan Mesir, Islamiyyat al-Ma’rifat terbitan IIIT cawangan Kuala Lumpur, Jurnal Syariah dan Pengajian Islam , Universiti Qatar, Majalah al-Fiqh al-Islami terbitan Rabitah al-Alam al-Islami, Mekkah.

http://www.mindamadani.my/content/view/108/2

0 komentar: