Kamis, April 11, 2013

Puisi Dambakan Pemimpin Itu

Ku dambakan pemimpin
seumpama al-Faruq
yang peka ragam rakyat
yang rela jadi insan biasa
kala malam hadir menyapa.

Ku dambakan pemimpin
seumpama cucu al-Faruq
yang tak akan guna benda rakyat
kala dinyalakan pelita kecil
dan dalam ruangan gelita
tika bermusyawarah bersama anaknya.

Ku dambakan pemimpin
seumpama Sultan Mahmud al-Ghaznawi
yang teguh terpasak di atas syariat
yang memerangi syirik, syiah dan sesat
yang amalkan sunnah
yang hapuskan berhala di bumi Hindus
agar tanah itu bersih dengan
mengalirnya syariat.

Ku dambakan pemimpin
seumpama Aurangzeb
yang tegas terhadap berdirinya syariat
yang hapuskan beraneka muzik dan maksiat
yang soleh dan istiqamah ibadahnya
yang alim hingga cipta satu kitab fatwa
yang tiada siapa berani perangi terhadapnya.

Ku dambakan pemimpin
seumpama Sultan Alauddin
yang meneladani sifat al-Faruq
yang memerhati ragam rakyat
kala hadirnya malam
yang hapuskan maslahat kecurian
agar panorama desa damai dan tenteram.

Ku dambakan pemimpin
seumpama Raja Faisal
yang menyerukan seruan jihad
membebaskan bumi al-Quds
yang dirinya rela ingin berjuang
yang tak gentar menyelat minyak Amerika
yang soleh, berpendirian dan pemberani sejati
hingga hujung hayatnya dia mendapatkan syahid
di tangan anak saudaranya dengan tragis.

Ku dambakan pemimpin
yang ramuannya wahyu dan sunnah
ku dambakan pemimpin
yang berpekerti nan mulia
ku dambakan pemimpin
yang tumpunya tertuju
di negeri nan abadi.

Akankah ku temui pemimpin
seumpama ini di zaman ini?
Atau hanya terpotret dalam
bingkasan sejarah
yang tak akan wujud kini?

28 November 2012,
Sandakan.