Pages

Senin, Desember 31, 2007

Junaid Al-Baghdadi, Ulama Sufi Yang Bertasauf Mengikuti Sunnah

Junaid Al-Baghdadi (maqamnya gambar di sebelah)adalah seorang ulama sufi dan wali Allah yang paling menonjol namanya di kalangan ahli-ahli sufi. Tahun kelahiran Imam Junaid tidak dapat dipastikan. Tidak banyak dapat ditemui tahun kelahiran beliau pada biografi lainnya. Beliau adalah orang yang terawal menyusun dan memperbahaskan tentang ilmu tasauf dengan ijtihadnya. Banyak kitab-kitab yang menerangkan tentang ilmu tasauf berdasarkan kepada ijtihad Imam Junaid Al-Baghdadi.

Imam Junaid adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau memiliki sebuah gedung perniagaan di kota Baghdad yang ramai pelanggannya. Sebagai seorang guru sufi, beliau tidaklah disibukkan dengan menguruskan perniagaannya sebagaimana sesetengah peniaga lain yang kaya raya di Baghdad.

Waktu perniagaannya sering disingkatkan seketika kerana lebih mengutamakan pengajian anak-anak muridnya yang dahagakan ilmu pengetahuan. Apa yang mengkagumkan ialah Imam Junaid akan menutup kedainya setelah selesai mengajar murid-muridnya. Kemudian beliau balik ke rumah untuk beribadat seperti solat, membaca al-Quran dan berzikir.

Setiap malam beliau berada di masjid besar Baghdad untuk menyampaikan kuliahnya. Ramai penduduk Baghdad datang masjid untuk mendengar kuliahnya sehingga penuh sesak.

Imam Junaid hidup dalam keadaan zuhud. Beliau redha dan bersyukur kepada Allah SWT dengan segala nikmat yang dikurniakan kepadanya. Beliau tidak pernah berangan-angan untuk mencari kekayaan duniawi dari sumber pekerjaannya sebagai peniaga.

Beliau akan membahagi-bahagikan sebahagian dari keuntungan perniagaannya kepada golongan fakir miskin, peminta dan orang-orang tua yang lemah.

Bertasauf Ikut Sunnah Rasulullah saw

Imam Junaid seorang yang berpegang kuat kepada al-Quran dan as-Sunnah. Beliau sentiasa merujuk kepada al-Quran dan sunnah Rasulullah saw dalam setiap pengajiannya.

Beliau pernah berkata:

"Setiap jalan tertutup, kecuali bagi mereka yang sentiasa mengikuti perjalanan Rasulullah saw. Sesiapa yang tidak menghafal al-Quran, tidak menulis hadis-hadis, tidak boleh dijadikan ikutan dalam bidang tasauf ini."

Memiliki Beberapa Kelebihan dan Karamah

Imam Junaid mempunyai beberapa kelebihan dan karamah. Antaranya ialah berpengaruh kuat setiap kali menyampaikan kuliahnya. Kehadiran murid-muridnya di masjid, bukan saja terdiri daripada orang-orang biasa malah semua golongan meminatinya.

Masjid-masjid sering dipenuhi oleh ahli-ahli falsafah, ahli kalam, ahli fekah, ahli politik dan sebagainya. Namun begitu, beliau tidak pernah angkuh dan bangga diri dengan kelebihan tersebut.

Diuji Dengan Seorang Wanita Cantik

Setiap insan yang ingin mencapai keredhaan Allah selalunya menerima ujian dan cabaran. Imam Junaid menerima ujian daripada beberapa orang musuhnya setelah pengaruhnya meluas. Mereka telah membuat fitnah untuk menjatuhkan imej Imam Junaid.

Musuh-musuhnya telah bekerja keras menghasut khalifah di masa itu agar membenci Imam Junaid. Namun usaha mereka untuk menjatuhkan kemasyhuran Imam Junaid tidak berhasil.

Musuh-musuhnya berusaha berbuat sesuatu yang boleh memalukan Imam Junaid. Pada suatu hari, mereka menyuruh seorang wanita cantik untuk memikat Imam Junaid. Wanita itu pun mendekati Imam Junaid yang sedang tekun beribadat. Ia mengajak Imam Junaid agar melakukan perbuatan terkutuk.

Namun wanita cantik itu hanya dikecewakan oleh Imam Junaid yang sedikitpun tidak mengangkat kepalanya. Imam Junaid meminta pertolongan dari Allah agar terhindar daripada godaan wanita itu. Beliau tidak suka ibadahnya diganggu oleh sesiapa. Beliau melepaskan satu hembusan nafasnya ke wajah wanita itu sambil membaca kalimah Lailahailallah. Dengan takdir Tuhan, wanita cantik itu rebah ke bumi dan mati.

Khalifah yang mendapat tahu kematian wanita itu telah memarahi Imam Junaid kerana menganggapnya sebagai suatu perbuatan jenayah.

Lalu khalifah memanggil Imam Junaid untuk memberikan penjelasan di atas perbuatannya. "Mengapa engkau telah membunuh wanita ini?" tanya khalifah.

"Saya bukan pembunuhnya. Bagaimana pula dengan keadaan tuan yang diamanahkan sebagai pemimpin untuk melindungi kami, tetapi tuan berusaha untuk meruntuhkan amalan yang telah kami lakukan selama 40 tahun," jawab Imam Junaid.

Wafatnya

Akhirnya kekasih Allah itu telah menyahut panggilan Ilahi pada 297 Hijrah. Imam Junaid telah wafat di sisi As-Syibli, seorang daripada muridnya.

Ketika sahabat-sahabatnya hendak mengajar kalimat tauhid, tiba-tiba Imam Junaid membuka matanya dan berkata, "Demi Allah, aku tidak pernah melupakan kalimat itu sejak lidahku pandai berkata-kata."

Senin, Desember 24, 2007

Al-Ghazali: The Alchemist of Happiness

Imam al-Ghazali (waktu tua) yang muncul di dalam filem ini. Filem ini menampilkan beliau di dalam tiga lingkungan umur yang berbeza; kanak-kanak, dewasa, dan tua.

Al-Ghazali: The Alchemist of Happiness merupakan sebuah filem dokumentari yang diarahkan oleh Ovidio Salazar yang berasal dari California. Beliau yang sudah pun berkecimpung selama lebih 20 tahun dalam pembikinan filem dan rancangan dokumentari, seperti Faces of Islam yang ditayangkan di BBC, kali ini bakatnya diuji lagi dan dipersembahkan di dalam The Alchemist of Happiness yang telah pun diterbitkan pada tahun 2004, dan ia mendapat banyak pengiktirafan di beberapa festival filem antarabangsa.

Ovidio Salazar (berbaju hijau) yang turut membintangi filem dokumentari ini.

Inti utama filem ini adalah berdasarkan riwayat hidup sebenar Imam al-Ghazali, ataupun nama sebenarnya Abu Hamid Muhammad al-Ghazali (1058-1111 M), iaitu seorang tokoh pemikir Islam yang sangat terkenal sehingga namanya bergema-gema di ruang lingkup dunia Barat, terutamanya yang melibatkan bidang falsafah dan epistemologi. Dalam dunia Islam pula, rata-rata golongan awam mengenali beliau melalui kitab-kitab tasawufnya seperti Ihya Ulumuddin (Kitab Bimbingan Mukmin adalah versi ringkasan Ihya Ulumuddin yang dilakukan oleh Sheikh Muhammad Jamaluddin al-Qasimi dari Damsyik) dan Ayyuhal Walad al-Muahib (Wahai Anakku Sayang) .

Namun, bagi mereka yang betul-betul mengkaji sejarah dan latar hidup beliau, maka mereka akan mendapati bahawa Imam Al-Ghazali ini bukan sahaja pakar dalam ilmu tasawwuf, malah fiqh, aqidah, falsafah, mantik, dan sebagainya. Tidak hairanlah beliau juga diberi nama timangan Imam Shafi'i Kedua, di samping gelaran yang selalu kita dengar: Hujjatul Islam. Di samping itu beliau merupakan salah seorang tokoh mujaddid (pembaharuan) kurun ke-5 Islam tanpa ada khilaf di kalangan para ulama tentang taraf mujaddid beliau ini.

Beliau dilahirkan di Tus yang terletak di wilayah Khurasan negara Parsi (hari ini ia terletak di bahagian utara negara Iran) pada tahun 450H/1058M. Sewaktu di Tus dan Nishapur, pengajian beliau lebih tertumpu kepada fiqh dan syariah, dan kemudian beliau mula mengembara dan berguru ke serata pelusuk dunia Islam; ke Baghdad, Damsyik, Jerusalem, Kaherah, Iskandariah, Mekah dan Madinah. Guru kepada Imam al-Ghazali yang paling terkenal ialah Imam al-Haramain al-Juwaini yang dianggap sebagai ulama terkemuka dunia Islam waktu itu. Dan ironinya, Imam al-Ghazali juga merupakan legasi dan anak murid beliau yang paling hebat dan cerdas, malah dikatakan juga bahawa kehebatan Imam al-Ghazali telah pun mengatasi gurunya yang sangat masyhur itu.

Kawasan ini terletak di Tus, iaitu tempat kelahiran Imam al-Ghazali, dan juga tempat kembalinya beliau sesudah bermusafir bertahun-tahun. Di sini terdapat memorial Imam al-Ghazali. Malangnya, kubur sebenar Imam al-Ghazali tidak dapat dipastikan di mana lokasinya pada hari ini.

Al-Ghazali: The Alchemist of Happiness memaparkan riwayat hidup Imam al-Ghazali melalui 3 kaedah utama yang saling diselang-selikan sepanjang filem ini berlangsung selama lebih kurang 80 minit.
Pertama adalah melalui teknik lakonan yang dibintangi oleh para pelakon berbangsa Iran. Dalam kes ini, Ghorban Nadjafi berlakon sebagai Imam al-Ghazali. Kesemua dialog di antara watak-watak utama yang lain seperti Nizam al-Mulk dan Ahmad al-Ghazali (iaitu adik Imam al-Ghazali), di samping watak-watak kodi, adalah di dalam bahasa Parsi secara total. Filem ini juga turut dibintangi oleh seorang aktres Iran, Mitra Hajjar, yang memegang watak sebagai isteri Imam al-Ghazali. Namun demikian, tidak wujud sama sekali sebarang dialog di antara Imam al-Ghazali dan isterinya di dalam filem ini. Mereka sekadar berkomunikasi melalui bahasa badan, terutama sekali melalui lenggok mata. Saya kira, ini mungkin untuk mengelakkan sebarang kontroversi yang mungkin timbul. Namun demikian, adalah lebih molek jika Mitra Hajjar menutup auratnya dengan lebih sempurna di dalam filem ini, terutama sekali pada bahagian rambut, memandangkan beliau memegang watak sebagai isteri kepada seorang ulama besar dunia.
Teknik kedua pula adalah melalui kaedah naratif atau pun penceritaan. Robert Powell, yang merupakan aktor TV dan filem UK yang terkenal, telah dipilih untuk menjadi ‘suara’ kepada Imam al-Ghazali. Teks kepada ‘suara’ ini diambil daripada autobiografi yang ditulis oleh Imam al-Ghazali sendiri iaitu, al-Munqidh min al-Dalal (Penyelamat dari Kesesatan), yang menceritakan perjalanan hidupnya, yang akhirnya membawa beliau memfokuskan kepada ilmu tasawwuf.
Teknik ketiga pula adalah dengan cara menemubual tiga tokoh penting Islam di Barat, iaitu Hamza Yusuf, T.J. Winter (iaitu Abdul Hakim Murad), dan juga Seyyed Hossein Nasr, di samping beberapa lagi individu lain. Ruang lingkup teknik ini lebih menuju ke arah analisis kritikal kehidupan Imam al-Ghazali. Di sinilah penonton akan dapat melihat bagaimana tokoh-tokoh yang ditemubual itu cuba untuk membawa kerelevanan idea-idea Imam al-Ghazali untuk dihidupkan semula di abad ke-20 ini, iaitu abad yang menyaksikan dunia yang lebih mengelirukan dan membejatkan berbanding dahulu. Oleh itu, salah satu tema utama filem ini ialah ‘Al-Ghazali adalah ubat kepada dunia yang sedang tenat pada hari ini’.
Sumber:
Untuk melihat filem dokumentari tersebut, anda bolehlah melihatnya di multiply saya, di sini: http://potretulama.multiply.com/video/item/8/Al-Ghazali_-_The_Alchemist_Of_Happiness
Selamat menonton.

Minggu, Desember 23, 2007

Pak Cu Him, Mengajar Ilmu Agama Disulam Dengan Syair

Pak Cu Him dilahirkan pada tahun 1894 di Bendang Daya, Patani. Nama sebenar beliau ialah Haji Wan Ibrahim bin Wan Abdul Kadir. Beliau adalah adik kepada Pak Da Ail Patani, guru di Mekah yang termasyhur. Oleh kerana abangnya digelar Pak Da, maka beliau diberi gelaran Pak Cu Him. Sejak kecil, beliau dididik oleh ayahnya mengikut cara Islam yang dipelajarinya. Kemudian, beliau dihantar belajar agama di Bermin, Patani.

Pada tahun 1912, beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Makkah. Di Makkah, beliau belajar dengan Pak Chik Wan Daud, bapa saudaranya. Beliau begitu fasih berbahasa Arab disebabkan sejak kecil lagi tinggal di Makkah. Kebolehannya yang istimewa ialah mengarang syair Arab di mana beliau berjaya mengarang sebuah buku Qawaid al-Fiqhiah dalam bentuk syair dengan tulisan tangan. Kebolehan Pak Cu Him telah mendapat pengiktirafan dan diberi tauliah untuk mengajar agama di Masjidil Haram selama beberapa tahun. Pak Cu Him tinggal di Makkah selama 12 tahun dan menemui guru-guru termasyhur di sana yang di antaranya ialah Syeikh Yahaya Patani, Tok Ramli, Syeikh Muhammad 'Ali Maliki dan Syeikh Muhammad Mukhtar al-Jawi.

Setelah pulang ke tanahair, Pak Cu Him telah mengambil alih pondok mertuanya, Haji Ismail Che' Dol di Gajah Mati setelah berkahwin dengan anak gadisnya yang bernama Hajah Zainab pada tahun 1926.

Pada 14 November 1931, Syeikhul Islam Negeri Kedah iaitu Haji Wan Sulaiman bin Wan Sidek mengeluarkan tauliah kepada Pak Cu Him untuk mengajar agama dalam negeri Kedah Darul Aman. Pondok Gajah Mati di bawah pimpinan beliau mendapat sambutan ramai dan didatangi penuntut-penuntut dari Jambi, Mendiling, Patani, Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Perak dan penuntut dari Kedah sendiri. Pada zaman puncaknya, pondoknya pernah mencapai angka 500 orang penuntut. Di dalam pengajarannya, Pak Cu Him meneruskan cara-cara yang ditetapkan oleh Tok Ayah Che' Dol di Pondok Gajah Mati iaitu mengajar bahasa Arab dengan mengutamakan nahu, saraf, loghat, syair dan mantiq. Ilmu-ilmu agama seperti fiqah, tauhid dan sebagainya turut diajar di samping mata pelajaran Quran dan Hadis. Beliau gemar mengajar syair Arab seperti Syair Ibnu 'Uqail dan beliau sendiri sentiasa menukil syair-syair Arab apabila bersembang dan mengajar. Beliau yang amat tertarik dengan ilmu Tauhid dan Usuluddin turut menjadikan pengajarannya amat menarik bila disulam dengan syair-syair yang berkaitan. Kitab-kitab nahu yang beliau gunakan dengan baik sekali ialah karangan Sheikh Jamaluddin Ibni Hisham seperti Syarah Al-Qutur dan Syarah Al-Syuzur. Manakala kitab-kitab Fiqah yang Pak Cu Him gunakan ialah Al-Tahrir dan Fathul-Wahhab karya Syeikh Zakaria Al-Ansari.

Dalam soal kemasyarakatan, Pak Cu Him mementingkan perpaduan. Beliau telah melihat bagaimana masyarakat Arab di Timur Tengah dilanda kucar-kacir kerana mereka tidak bersatu-padu dan enggan hidup bermuafakat. Beliau juga risau melihat keadaan bangsa Melayu di Negara Patani yang telah dikucar-kacirkan oleh pemerintah Thailand. Menyedari hal inilah, Penghulu Mukim Padang Pusing dengan imam dan ketua-ketua kampung seluruh mukim tempat Pondok Gajah Mati terletak telah berkumpul mengadakan mesyuarat bersama Tuan Guru Haji Ismail Che' Dol, Haji Awang (ayah Tuan Guru Haji Ahmad Rabat) dan Tuan Guru Haji Ahmad Rabat serta Pak Cu Him sekali kerana menggubal peraturan-peraturan untuk bersatu-padu dalam sebuah mukim. Perjanjian "Jam'iaitul Ittihadiyah" yang diterjemahkan sebagai "Perhimpunan Yang Bersuatu" telah ditandatangani pada 17 Ogos 1926. Anak-anak buah masing-masing dan penuntut-penuntut dalam pondok akan diberi penjelasan bahawa sesiapa yang engkar bekerjasama dengan penghulu, imam, Tuan Guru dan Ketua-ketua kampung akan dikenakan hukuman. Antara hukumannya ialah :

- Tiada menziarahinya apabila ia sakit.
- Memulaukan kendurinya.
- Tidak mengunjungi kematiannya melainkan dua orang yang akan mengebumikan mayatnya.
- Tidak akan mendapat layanan dari mudim dan bidan.
- Asingkan kuburnya.

Selain itu, orang ramai akan berpakat menangkap orang yang melanggar hukum-hukum adat dan syarak dan menyerahkan mereka kepada pemerintah supaya dihukum sewajarnya mengikut Undang-undang Negeri. Sebagai menguatkan amalan-amalan agama, pihak yang menurunkan tandatangan telah melarang anak buah di dalam Mukim Padang Pusing dari membuat kenduri pada hari Jumaat kecuali kenduri Maulid Nabi. Begitu juga jika diizinkan dan dianggap sebagai kesalahan jika membuat kenduri pada mana-mana hari tiga hari selepas Hari Raya Aidiladha dan pada hari-hari Puasa Enam 2 hingga 7 Syawal.

Pak Cu Him juga sempat mengarang kitab "Fathul Jalil Wa Syifa Ghalil" yang siap pada 30 Jun 1966. Dalam karya ini beliau menggubah 51 bait syair Arab dan membuat ulasan atau syarah kepada tiap-tiap bait itu dalam Bahasa Melayu. Kitab ini membicarakan antara lain tentang sifat mustahil Allah Taala iaitu qadim atau baharu. Selain karya yang diterbitkan ini, banyak catatan Pak Cu Him di dalam bahasa Melayu dan Arab mengenai fatwa-fatwa agama dan juga khutbah-khutbah yang ditinggalkan tanpa dicetak. Terdapat syair-syair Arab dan penjelasan-penjelasan mengenai Nahu Arab disusun dengan tertib dalam simpanannya.

Pak Cu Him menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 11 Syawal 1388 H bersamaan 11 Januari 1968 ketika berumur 75 tahun. Jenazahnya disemadikan di perkuburan masjid lama Kampung Gajah Mati berhampiran kubur Tok Ayah Haji Ismail Che' Dol.

Kamis, Desember 20, 2007

Salam Aidiladha: Kisah Ulama Melaksanakan Haji

Imam Ahmad bin Hanbal telah mengerjakan haji sebanyak lima kali, tiga kali dengan berjalan kaki, beliau membelanja pada tiap-tiap kali hanya sebanyak tiga puluh dirham sahaja.

Syeikh Al-Albani pula telah mengerjakan haji lebih dari tiga puluh kali. Beliau selalu melaksanakan umrah dan haji setiap tahun jika mampu. Boleh jadi beliau melaksanakan umrah dalam setahun dua kali. Ibadah hajinya yang terakhir dilakukan pada tahun 1410H.

Syeikh Samir bin Amin az-Zuhairi mengatakan: Berkat kurnia Allah SWT, aku menemani beliau dalam melaksanakan hajinya yang terakhir ini.

Di hari Arafah, aku mendatanginya sesudah matahari tergelincir, ketika itu beliau sedang berdoa, lalu aku katakan padanya: "Wahai syeikh kami! Ini adalah puteraku, aku sangat senang jika syeikh mendoakannya." Beliaupun mendoakannya dan aku sangat berharap doa beliau terkabul (semoga Allah SWT merahmatinya dengan rahmat yang luas).

Senin, Desember 17, 2007

Salam Aidiladha: Hajinya Di Depan Pintu


Salam Aidiladha buat seluruh kaum muslimin dan muslimat. Semoga hari raya aidiladha kali ini kita sambutnya dengan penuh pengertian dan penghayatan. Pengertian dan penghayatannya yang sebenar ialah mengenai erti pengorbanan seluruhnya. Salah satu pengorbanan yang patut kita ingati dan kenangi selalu ialah pengorbanan dan kasih sayang Rasulullah saw pada kita. Itu adalah sebesar-besar pengorbanan yang patut kita hargai dan tidak patut kita melupakannya.

Selain itu, kita patut berkorban apa saja dalam menolong seseorang insan dengan hati yang ikhlas dan rela. Misalnya, kita sepatutnya sanggup membantu sahabat kita dan berkorban apa saja deminya. Supaya ikatan ukhwah dan jalinan sahabat sejati di antaranya kekal selama-lamanya keranaNya.

Sempena hari raya qurban ini juga, sambil kita menyambut dan meraihkannya juga, janganlah kita lupa kepada saudara semuslim kita di Palestin sekarang, yang telah menjadi korban kekejaman askar Israel. Sama-samalah kita berdoa semoga mereka di sana sentiasa kuat dan tabah dalam menghadapi ujian Ilahi ini.

Kepada mereka yang menunaikan haji kali ini, selamat mengerjakan haji dan semoga dapat mengikuti sunnah Rasulullah saw dalam menunaikan haji dan umrah yang sebenarnya. Dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Baiklah, saya akan membawa anda ke sebuah taman ulama dan orang soleh zaman salafus soleh melalui perjalanan kisah sempena hari raya aidiladha ini. Sama-samalah kita menyusuri dan menghayatinya.

Hajinya Di Depan Pintu



Abdullah bin Mubarak turut mengerjakan haji pada suatu musim haji. Dia telah tertidur di Masjidil Haram lalu bermimpi. Dalam mimpinya itu, telah turun dua malaikat. Mereka mengisahkan bahawa pada tahun itu seramai enam ratus ribu orang telah mengerjakan haji, tetapi tidak seorang pun diterima haji mereka.

Namun ada seorang lelaki yang tidak mengerjakan haji tetapi disebabkan berkatnya, menyebabkan semua orang yang mengerjakan haji itu diterima hajinya. Lelaki itu bernama Muwaffaq, seorang tukang kasut yang tinggal di Damsyik.

Setelah terjaga dari tidurnya, Abdullah lalu pergi ke Damsyik untuk mencari lelaki itu. Setelah bertemu dan memperkenalkan dirinya, Abdullah lalu bertanya apakah amalan yang telah dilakukannya sehingga dia mendapat darjat yang begitu tinggi.

Muwaffaq pun menceritakan bahawa dia telah mengumpulkan wang hasil dari pekerjaannya. Jadi dia berhasrat untuk menunaikan haji. Suatu hari, isterinya yang sedang hanil telah terhidu bau masakan jirannya. Dia teramat ingin untuk merasai masakan tersebut.

Muwaffaq pun pergi ke rumah jirannya dan memberi tahu keinginan isterinya itu. Jirannya dengan sedih memberitahu rahsia yang sebenarnya. Dia bersama anak-anaknya yang yatim sudah tiga hari tidak makan. Jadi dia pun keluar mencari rezeki. Akhirnya dia telah bertemu dengan bangkai himar. Dia lantas mengambil sebahagian dagingnya lalu membawa pulang ke rumah untuk dimasak.

Jelas wanita itu lagi, makanan itu halal bagi mereka tetapi haram buat Muwaffaq. Muwaffaq berasa kasihan mendengar penjelasan jirannya itu. Dia terus pulang ke rumah dan mengambil wang yang dikumpulnya selama ini. Wang itu lalu diberikan kepada jirannya sebagai perbelanjaan buat anak-anaknya yang yatim.

Sebab itulah dia tidak dapat menunaikan haji pada tahun itu. Disebabkan keikhlasan membantu jirannya, Allah SWT mengurniakan ganjaran pahala haji kepadanya. Muwaffaq menyatakan lagi bahawa sebenarnya hajinya berada di depan pintu rumahnya.

Sabtu, Desember 15, 2007

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, Memiliki Hati Yang Sangat Lembut

Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah Rahimahullah dilahirkan di Aleppo, Syria pada 17 Rejab 1336H/1917. Bapanya, Muhammad, merupakan seorang yang soleh dan taat pada agama. Beliau menjalankan perniagaan menjual kain merupakan warisan dari bapanya, Bashir, salah seorang peniaga kain yang besar di Aleppo. Nasab syeikh sampai kepada sahabat Rasulullah saw yang terkenal iaitu Khalid bin al-Walid ra.


Guru-gurunya

Di Syria:

Di antara guru-gurunya ialah Syeikh Raghib Al-Tabakh, Syeikh Ahmad Al-Zarqa, Syeikh Eisa Bayanuni, Syeikh Muhammad Al-Hakeem, Syeikh Asad Abji Syeikh Ahmad Kurdi, Syeikh Najib Sirajuddin dan Syeikh Mustafa Al-Zarqa.
Di Mesir:
Syeikh Muhammad Al-Khidr Husayn, Syeikh Abdul Majid Daraz, Syeikh Abdul Halim Mahmud, Syeikh Mahmud Shaltut, Syeikh Muhammad Zahid Al-Kawthari dan Hasan Al-Banna yang amat memberi manfaat dan pelajaran kepada syeikh.

Peribadi dan Sifatnya

Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah memiliki terlalu banyak sifat yang mulia. Antaranya ialah kecintaannya kepada kesempurnaan dalam semua urusannya. Beliau amat menghormati tetamu, seorang yang amat berlemah lembut lagi pemaaf. Selain itu beliau sangat beradab dan berakhlak mulia, sangat lembut lisannya serta tidak pernah menyakiti seseorang dengan kata-katanya.
Syeikh Rahimahullah juga sangat cerdas dan pandai memilih kata-kata. Beliau tidak akan melakukan sesuatu melainkan setelah dipertimbangkan secukupnya dan amat cermat lagi teliti dalam setiap urusannya. Beliau juga sangat penyabar dalam ketaatan dan ujian, sangat menjaga solatnya, sentiasa menunaikannya di awal waktu walau ketika penat atau sakit.
Beliau amat rajin membaca Al-Qur’an serta mempunyai wirid yang dibaca setiap pagi di samping amat banyak berzikir dan berwirid. Tidak akan didapati syeikh duduk tanpa urusan ilmiah, samaada menulis, mengajar, bermuzakarah atau memberi fatwa, melainkan beliau akan bertasbih, bertahmid, bertahlil dan bertakbir.
Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah memiliki hati yang sangat lembut, mudah menitiskan air mata, sangat terkesan dengan setiap sesuatu. Air matanya mengalir laju ketika membaca Al-Qur’an dan berzikir, serta membaca kisah-kisah Salafus Solihin, dan ketika mendengar kelemahan dan kesusahan umat Islam, malah ketika beliau dipuji. Beliau sangat pedih atas kelemahan umat ini dan keadaannya, hingga beliau telah kehilangan sebelah pendengarannya apabila diceritakan oleh seseorang berkenaan apa yang menimpa umat Islam di sebuah negara. Beliau amat sedih apabila diceritakan demikian dan tidur pada malamnya dalam keadaan demikian. Apabila bangun dari tidur Syeikh Rahimahullah mendapati darah mengalir daripada telinga kanannya, kemudian sebelah pendengarannya pun hilang.
Beliau telah diuji pula selepas itu dengan penglihatan yang semakin lemah, namun tidak pernah dilihat beliau mengadu atau mengeluh sebaliknya terus bersabar, malah ianya tidak menjadi penghalang baginya meneruskan kerja-kerja ilmiah. Beliau terus mengarang dan mentahqiq kitab, kerana bimbang ajal akan tiba, tetapi beliau tidak dapat mencurahkan ilmu di dadanya. Ketika sakitnya bertambah teruk, beliau tidak pernah mengeluh tetapi ketika terlalu sakit beliau hanya menyebut Ya Allah atau Lailahaillallah.

Syeikh Abdul Fattah Rahimahullah sangat mengutamakan ilmu, sentiasa membaca, mentelaah atau menulis. Pena dan kertas sentiasa mendampinginya walau dalam bermusafir mahupun di waktu sakit. Beliau telah mengarang dan menamatkan sebahagian kitabnya dalam perjalanannya yang banyak, malah ada di antaranya ketika beliau sakit, 20 hari sebelum beliau kembali ke Rahmatullah.
Beliau juga amat sedikit tidur. Kedua-dua sifat ini menunjukkan beliau amat menjaga waktunya. Beliau juga tidak akan menyuruh kepada sesuatu melainkan beliau sendiri membuatnya, dan tidak akan melarang sesuatu perkara melainkan beliau sendiri meninggalkannya.
Syeikh Rahimahullah dikurniakan akal fikiran yang amat cerdas dan hafalan yang kuat. Beliau merupakan seorang yang beramal dengan ilmunya, kuat beribadah, bertaqwa, soleh, wara’ lagi tawadhu’.
Semoga Allah memudahkan kita mencontohi akhlak dan peribadi para ulama dan solihin, kerana mencontohi orang yang mulia adalah suatu kemuliaan. Amin.

Pengembaraan dan lawatannya


Syeikh Abdul Fattah telah mengembara dan melawat ke seluruh negara Arab. Selain itu, beliau ke Turki, India, Pakistan, Indonesia, Malaysia dan Brunei. Biasanya beliau ada urusan dan membincangkan ilmu daripada ulama negara tersebut, dan juga mengambil manfaat daripada para ulama tersebut.

Semasa syeikh melawat India, syeikh pernah bertemu dengan beberapa ulama terkenal. Antaranya ialah Syeikh Muhammad Shafi' Mufti Pakistan, Mufti Atiqur Rahman Delhi, Syeikh Muhammad Zakariya Kandahlawi, Syeikh Muhammad Ilyas Kandahlawi, Syeikh Muhammad Yusuf Banwori, Syeikh Muhammad Latif, Syeikh Abul Wafa Al-Afghani, Syeikh Abul A'la Maududi dan Syeikh Abul Hasan Ali Nadwi.

Perkahwinan dan Keluarganya

Pada 1951, Syeikh Abdul Fattah berkahwin dengan Fatimah al-Hashimi yang baru berumur 16 tahun, perkahwinannya dilihat sempurna dengan ikatan cinta, rasa hormat dan kebaktian kepada Allah. Beliau memiliki 3 orang anak lelaki dan 8 orang anak perempuan.
Karya-karyanya

1. Sofahat Min Sabril Ulama' (Lembaran Kesabaran Ulama'), karya syeikh yang terkenal.
2. Mas'alat Khalq al-Qur'an wa Atharuha fi Sufuf al-Riwat wa al-Muhaddithin wa Kutub al-Jarh
wa al-Ta`dil.

3. al-Ulama' al-`Uzzab al-Ladhina Atharu al-`Ilm `ala al-Zawaj.

Sakit dan Wafatnya
Pada 1973, Syeikh Abdul Fattah menderita serangan jantung dan dimasukkan hospital beberapa minggu, walaubagaimanapun, selama beliau berehat dalam hidup, sakitnya semakin berkurangan. Pada 1989, beliau mengadu mengenai kemerosotan penglihatannya dan doktor di Hospital King Khalid Eyes melakukan diagnosis iaitu Macular Degeneration dan mencadangkan rawatan laser pada retina. Rawatan itu tidak beberapa berjaya tetapi penyakit ia berhenti dari merebak selanjutnya.

Pada akhir Syaaban 1417/akhir 1996 penglihatan beliau merosot semula dan beliau pergi sekali lagi ke Riyadh untuk membuat rawatan di Hospital King Khalid Eyes. Pada Ramadan beliau pergi semula ke Hospital King Faisal Specialist mengadu sakit berkaitan dengan perut dan dalaman darah. Kondisi beliau menjadi teruk dan beliau meninggal dunia di Riyadh pada waktu awal pagi pada hari Ahad, 9 Syawal 1417/16 Februari 1997.

Beliau dikebumikan di perkuburan Baqi' di Madinah selepas solat Isyak pada 10 Syawal 1417. Seluruh kaum muslimin di dunia terutama di Makkah, Madinah, Aleppo, Istanbul, Luknow, Beirut dan Rabat terasa kehilangan beliau terutama di kalangan ulama dan murid. Semoga Allah merahmati beliau dengan keluasan jannahNya dan semoga beliau ditempatkan bersama-sama Rasulullah saw, sahabat ra dan orang-orang soleh yang dikasihi Allah. Amin.

Filem Ulama dan Tokoh Islam


Kebanyakkan filem kita sekarang ini berunsurkan cinta (ini lama dah), macam-macam aksi dan terbaru sekarang ialah seram. Kenapa ramai pengarah sekarang ini lebih terkejar-kejar menghasilkan filem sebegini? Dah tu pula ramai pula orang pergi berlumba-lumba menonton filem sebegini.

Bukankah lebih baik kita menghasilkan filem2 mengenai ulama dan tokoh Islam kita? Supaya lebih ramai mengenal sejarah melalui filem. Ada jugalah sedikit2 filem yang berunsurkan sejarah yang pernah pengarah kita hasilkan. Antaranya, Hang Tuah (filem P. Ramlee), Leftenan Adnan, Bukit Kepong dan Puteri Gunung Ledang. Tetapi itu semuanya berkisar kepada sejarah orang melayu.

Kita mahu lebih dari itu. Cubalah buat filem seperti mengenai Tok Kenali, Hamka, Syeikh Muhammad Arsyad Al-Banjari, Syeikh Idris Al-Marbawi, Haji Abdul Rahman Limbong dan banyak lagi yang lainnya. Itu kesemuanya ulama dalam bumi nusantara kita. Tidakkah kita berbangga dengan ulama2 kita yang telah berjasa dan meninggalkan sumbangan yang amat bernilai?
Cuba lihat, filem2 barat banyak menghasikan filem2 mengenai tokoh Islam kita. Antaranya, The Message (tentang Rasulullah s.a.w.), Lion of the Desert (tentang Umar Mukhtar), Al-Imam Malik (tentang Imam Malik, dah lama filem ini tak tahu tahun berapa) dan Kingdom of Heaven (tentang Salahuddin Al-Ayubi). Selain itu, Sunan Kalijaga (tentang salah seorang wali sembilan - filem Indonesia). Ada juga drama tentang ulama dan tokoh Islam seperti Wali Sembilan (drama Indonesia. Ada juga filem yang saya tak pasti judul filemnya mengenai Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dan Rabiatul Adawiyah.
Filem animasi pula seperti Muhammad Utusan Terakhir (MUT), vcd Muhammad Al-Fateh (Saba Islamic Media), vcd Bediuzzaman Said Nursi (Turki), vcd Sulaiman Hilmi Tunahan (Turki) dan yang terbaru animasi bersiri, Saladin (tentang Salahudin Al-Ayubi juga).

Sepatutnya kita juga patut dapat mengambil langkah memfilemkan kisah hidup ulama dan tokoh Islam kita. Alangkah seronoknya dapat menonton filem2 sebegini. Dapat membangkitkan lagi semangat berjuang kita. Kerana sudah banyak kisah hidup ulama dan tokoh Islam yang tersebar melalui buku, majalah, surat khabar sampailah di alam jaringan tanpa sempadan ini.

Cuma yang dikesalkan, itulah dalam bentuk filem belum lagi dihasilkan. Biarlah tak untungpun sama sekali, tetapi yang penting, kita dapat menyumbangkan sesuatu yang dapatlah dikatakan sebagai amal dan bakti kepada agama ini. Kalau boleh saya sendiri hendak mencadangkan kepada pengarah2 filem kita supaya menghasilkan filem2 sebegini. Ataupun kalau ikut kehendak hati saya, nak saya berlakon sendiri dan mengarahkan sendiri filem2 ini.

Supaya pemuda2 hari ini tahu siapa sebenarnya hero mereka, siapa sebenarnya yang layak menjadi contoh teladan buat mereka. Supaya Islam akan kembali gemilang semula, supaya tertegak lagi kuasa khalifah di bumi ini, supaya Islam tidak ditindas dan dihina lagi. Supaya Islam akan agung dari dulu, sekarang dan selama-lamanya dan supaya Islam akan terus tersenyum dan bergembira buat selama-lamanya.

Senin, Desember 10, 2007

Syeikh Abdul Qadir Al-Arna'ut, Temui Rabbnya Dengan Tanda 'Husnul Khatimah'



Syeikh Abdul Qadir Al-Arna'ut rahimahullah dilahirkan di Frila, di kawasan Balkan (saat ini Kosovo, yang dihuni etnik Albania dan tengah berupaya memisahkan diri dari republik Serbia), pada tahun 1347H(1928M), kemudian hijrah bersama ayahandanya ke Damaskus saat beliau masih berusia 3 tahun. Hijrah tersebut bagi kaum Muslimin di sana merupakan upaya menyelamatkan diri dari penindasan kaum atheis komunis. Di Damaskus, ia mendapatkan suasana yang kondusif dan tinggal di sana melewati hari-hari yang diberkahi. Namun demikian, beliau pun terus menjaga hubungan dakwahnya dengan negeri asalnya.

Beliau dikenal dengan nama Abdul Qadir al-Arna`uth. Hanya saja, nama aslinya dalam identitas diri adalah Qadri Shauqel Abdoe. Al-Arna`uth merupakan penisbatan yang diberikan para khalifah Utsmaniah kepada para penduduk di pinggiran negara Albania.

Perkembangan Ilmiah Dan Guru-Gurunya

Syeikh al-Arna`uth tumbuh di Damaskus sedangkan ayahandanya adalah seorang rakyat biasa yang mencintai ilmu. Ia menyerahkan al-Arna`uth kecil kepada beberapa pengajian Syaikh. Di awal pertumbuhannya, ia belajar Mabadi` al-Funun kepada Syaikh Shubhi al-‘Aththar dan Sulaiman Ghawidji al-Albani (ayahanda syaikh Wahbi) di perkampungan Arna`uth di Damaskus. Kemudian ia bekerja sebagai tukang jam di kelontong milik Syaikh Sa’id al-Ahmar di kampung Emara. Syaikh al-Ahmar ini merupakan seorang ulama jebolan universitas al-Azhar. Al-Ahmar kagum dengan kecerdasan al-Arna`uth, lalu berkata kepada ayahandanya, “Anakmu ini harus menjadi seorang penuntut ilmu.” Karena pesan itu, al-Arna`uth bergabung dengan pengajian Syaikh Shalih al-Farfur di Jami’ Umawi. Para rekannya ketika itu adalah Syaikh Abdur Razzaq al-Halabi, Ramzi al-Bazm, Adib al-Kallas dan Syu’aib al-Arna`uth (Peneliti hadits terkenal juga).
Melihat Syaikh kita ini amat menonjol dalam membaca al-Qur`an sesuai dengan ilmu tajwidnya, maka ia pun membacakan kepada para temannya tersebut dan mengajarkan mereka ilmu tajwid. Kemudian ia terus meningkatkan keilmuannya hingga membaca di hadapan Syaikh al-Qurra`, Mahmud Faiz ad-Dir’athani dan mengkhatamkan bacaan al-Qur`an ala Qira`at Hafsh. Gurunya ini amat suka dengan bacaan dan makhraj Syaikh kita yang demikian bagus. Suatu hari ia berkata kepadanya, “Bacaanmu lancar.” Gurunya itu berupaya agar ia terus bersamanya untuk menggabungkan Qira`at, namun Syaikh kita lebih memilih untuk meninggalkan tempat mengaji itu dan menimba ilmu hadits.

Perlu disinggung di sini, sebagian orang yang memuat biografi Syaikh kita ini sering menyebutkan bahwa ia belajar dengan Syaikh Abdur Razzaq al-Halabi. Ini tidak benar, sebab mereka berdua adalah berteman sejak awal menuntut ilmu.

Syeikh kita tidak meraih satu pun tanda tamat, yang dikenal di zaman kontemporer ini dengan ijazah, selain ijazah kelas 5 Ibtidaiyah dari Madrasah al-Is’af al-Khairi di mana beliau belajar di madrasah al-Adab al-Islami selama dua tahun.

Syeikh kita terus menuntut ilmu, muthala’ah dan berdakwah. Allah SWT menganugerahkannya hafalan yang kuat sehingga dapat digunakannya untuk menerima ilmu dan menghafal. Beliau menggunakan waktu selama di Dar al-Maktab al-Islami milik Syaikh Zuhair asy-Syawis untuk mengambil manfaat dengan mendampingi al-‘Allamah Muhammad Nashiruddin al-Albani rah, Syu’aib al-Arna`uth dan ulama selain keduanya. Beliau juga mengambil manfaat dari hubungannya dengan Syaikh as-Salifiyyin di Syam, Muhammad Bahjat al-Baithar, yang dikenal di semananjung Syam, Hijaz dan Nejd.

Di akhir hayatnya, beliau mendapatkan sebagian ijazah, di antaranya dari Abdul Ghani ad-Daqir dan Syaikh Abdullah bin Abdul Aziz bin ‘Uqail Tadija.

Manhaj Salafi

Di akhir masa belajarnya dengan Syaikh Shalih Farfur terjadi sedikit masalah di antara keduanya. Intinya, beliau disidang karena dinilai melakukan pelanggaran, yaitu memiliki buku al-Wabil ash-Shayyib karya Ibn al-Qayyim.


Bertanya Syaikh Farfur:Untuk apa kitab itu (maksudnya wabilushShayyib)


Al arna'uth: Aku membaca pada mukadimahnnya terdapat seratus faidahbeserta rinciannya


Farfur berkata: Kamu tahu Ibnul Qayyim itu muridnya siapa?


Al arna'uth: murid Ibnu taymiyah


Farfur:Bagaimana mungkin kita membaca buku2 ibnu Taymiyah?! Pergi danbawa kawanmu-yakni Syaikh Syu'aib Al Arna'uth.


Karenanya, Syaikh kita ini diusir dari pengajian karena dituduh menganut paham ‘Wahabi.’ Para temannya pun ikut mengisolirnya. Label ‘Wahabi’ di Damaskus kala itu merupakan tuduhan paling keji yang dilekatkan kepada seseorang bahkan setara dengan kata ‘Zindiq.’!! (Na’udzu billah Min Dzalik).


Ketika itu, Syaikh kita ini belum mengetahui sesuatu pun tentang ‘Wahabiah.’ Akan tetapi setelah kejadian itu dan pergelutan dininya dengan ilmu hadits, terutama setelah mempelajari dan menghafal shahih Muslim serta mendapatkan arahan yang baik dari Syaikh yang diberi usia panjang, Abdurrahman Albani –hafizhahullah-, maka hal itu merupakan sebab langsung perubahannya menjadi seorang Salafi, bahkan ia kemudian menjadi bagian dari kepemimpinannya dan namanya menggaung di seantero Dunia Islam, apalagi di bidang ilmu hadits. Kiranya, sepeninggal Syaikh al-Albani, belum ada ulama yang lebih besar pengabdiannya terhadap ilmu hadits dari syaikh kita ini. Hingga akhirnya, nama beliau diusulkan untuk meraih penghargaan Raja Faishal kategori pengabdian terhadap Islam.

Pekerjaan Dan Rutinnya

Syaikh kita ini dilimpahi tugas mengimami dan berkhutbah di Jami’ al-Arna`uth di awal usia 20-an. Di sana beliau berkenalan dengan tetangganya, Syaikh al-Albani rah namun belum sempat terjadi kontak ilmiah ketika itu.

Kemudian bersama sejumlah para dermawan, beliau mendirikan Jami’ Umar bin al-Khaththab di kawasan al-Qadam, selatan Damaskus. Di sana, beliau mengimami dan berkhutbah selama sepuluh tahun. Kemudian juga menjadi khatib di Jami’ al-Ishlah di kawasan ad-Dahadil selama sepuluh tahun, kemudian Jami’ al-Muhammadi di al-Muzzah selama delapan tahun. Di sana, pada tahun 1415 beliau berhenti berkhutbah.

Sedangkan dalam bidang pengajaran, maka beliau telah memulainya dengan di pengajian syaikhnya, Shalih al-Farfur dalam ilmu tajwid sebagaimana telah dipaparkan di atas. Kemudian mengajarkan ilmu-ilmu al-Qur`an dan hadits di madrasah al-Is’af al-Khairi -dimana beliau tamat- antara tahun 1373-1380.
Pada tahun 1381, beliau pindah ke al-Ma’had al-‘Arabi al-Islami sebagai pengajar al-Qur`an dan fiqih dan tetap mengajar di sejumlah Ma’had ilmiah di Damaskus hingga sekitar dua tahun, tepatnya di Ma’had al-Aminiah.

Dengan begitu, total masa belajar dengan menimba ilmu di bidang pengajaran, menjadi imam dan khatib beliau jalani selama 50 tahun. Semua itu beliau lakukan dengan mengharap pahala dari Allah SWT semata.

Perlu diketahui, ‘Allamah Syam, Syaikh Muhammad Bahjat al-Baithar sebelumnya telah menyerahkan tugas mengimami Jami’ asy-Syuriji di al-Maedan kepada Syaikh kita, demikian juga dengan mengajar. Ini merupakan rekomendasi ilmiah tertinggi kepada syaikh kita, al-Arna`uth.

Beliau juga diangkat sebagai delegasi oleh Samahah asy-Syaikh Abdul Aziz bin Baz rah ke kawasan Balkan untuk berdakwah sejak empat puluh lima tahun lalu. Hal itu terjadi manakala keduanya berjumpa di Masjid Nabawi. Syaikh Bin Baz tertarik dengan ceramah yang disampaikannya dan merasa yakin bahwa ia menguasai bahasa Albania dengan baik.
Syaikh kita, al-Arna`uth aktif memberikan fatwa kepada masyarakat dan ikut memberikan solusi bagi permasalahan mereka. Tidak ada orang yang bisa menandingi beliau ketika itu selain Samahah asy-Syaikh Bin Baz. Semua orang dari berbagai penjuru Suriah mengambil fatwa darinya, terutama dalam masalah Talak di mana beliau berfatwa sesuai dengan pendapat Syaikhul Islam, Ibn Taimiah. Beliau terus berfatwa untuk seluruh lapisan masyarakat hingga beberapa bulan menjelang wafatnya.
Dapat dikatakan di sini, bahwa pintunya selalu terbuka buat para penuntut ilmu, sampai-sampai beliau tidak bisa mengatur waktunya dengan orang-orang yang berkepentingan dengannya.
Beliau juga sering bepergian untuk berdakwah, menyampaikan ceramah dan mengikuti berbagai seminar ke berbagai negara. Beliau memiliki hubungan yang kontinyu dengan para ulama kerajaan Arab Saudi dan lainnya. Aktifitas Ilmiahnya Beliau tidak terlalu konsern dengan dunia karya tulis. Di antara risalahnya yang paling masyhur adalah al-Wajiz Fi Manhaj as-Salaf ash-Shalih Wa Washaya Nabawiah. Namun Syaikh kita ini dikenal dan tersohor dengan berbagai Tahqiq-nya terhadap sejumlah buku. Bahkan beliau terrmasuk orang yang banyak melakukan hal itu di mana beliau telah menahqiq lebih dari 60 buku dalam berbagai disiplin ilmu keislaman. Barangkali di antara buku paling masyhur yang dikeluarkannya sejak 40 tahun lalu adalah Jami’ al-Ushul karya Ibn al-Atsir dalam 15 jilid. Buku itu hingga saat ini masih menjadi rujukan dan ensiklopedia cetak paling penting yang dicetak dan melayani ilmu hadits. Banyak para peneliti menukil putusan hadits yang beliau keluarkan di sana. Kitab inilah yang menjadikan Syaikh kita lebih dominan di bidang hadits.

Amal-Amal Beliau
Syaikh menjabat Imam dan khatib di masjid jami Al arna'uth pada usiasekitar 20 tahun. Saat itu beliau dikenal oleh tetangga beliau SyaikhAl-albani tetapi belum ada hubungan ilmiah saat itu.Perlu diketahui bahwa alamatusy syams Syaikh Muhammad Bahjat Baitharrahimahullah pernah menemuinya ketika menjabat sebagai Imam danpengajar di masjid Jami' As syurbuji di Maidan, hal ini adalahtazkiah ilmiah yang tinggi pada beliau.Sebagaimana samahatusy Syaikh Abdul Aziz bin Baz rahimahullahmengutusnya untuk berdakwah di balkan sejak empat puluh lima tahunlalu. Hal itu ketika beliau bertemu di masjid nabawi.
Maka Syaikh takjub dengan perkataannya dan kemampuannya berbicara dalam bahasa albania.Syaikh Al Arna'uth sebagai mufti bagi manusia dan membuka pintukesulitan2 mereka, yang paling utama diantara mereka adalah syaikhbin Baz. Sampai bertanya padanya orang2 dari negeri suriah, terutamadalam hal thalaq, karena beliau menjawab menurut madzhab syaikhulIslam ibnu taymiyah.beliau turut pula safar dalam rangka da'wah, menghadiri ceramah umum,dan muktamar ke berbagai negara, serta mnejalin hubungan dengan paraulama saudi arabia.

Karya-Karya Ilmiah

Diantara karya syeikh yang terkenal adalah Al Wajiz Fi Manhaj Salafus Shalih Walwa Washaya Nabawiyah. Beliau terkenal dengan tahqiq dan tashhih(penshahihan hadits)nya terhadap berbagai kitab. Beliau lebih dari 60 kitab dari berbagai ilmu islam, yang paling terkenaladalah yang telah terbit sejak 40 tahun lalu kitab Jami'ul ushulkarya ibnu Atsir sebanya 15 jilid. Kitab ini adalah peninggalanterpenting dan rujukan utama dalam ilmu hadits, banyak 'ulama danpenelaah menukil dari kesimpulan beliau disana. Kitab inilah yangmenjadikan beliau sangt terkenal dalam bidang hadits.Kitab lain yang terkenal seperti tahqiq terhadap Zaadul Ma'ad bersama Syaikh Syu'aib Arnauth.Selain itu tahqiq kitab seperti Al Adzkar AnNawawiyah, Zaadulmusayyar fil ilmi tafsir, Ghayatul muntaha, Al mubdi' Syarhul Muqni',Raudhatuth Thalibin, Jalaa'ul Afham, Misykatul mashaabih, Al kaafiilil muwaffiq, Raf'ul Malaam an aimmatil a'lam karya ibnu taymiyah,Mukhtashar Minhajul Qashidin, Fathul majid, Syarh Tsalatsatul musnad,Mukhtashar syu'abul iman, Al Furqan karya ibnu Taymiyah, dan banyaklagi.

Beliau juga banyak memberikan pengantar pada sejumlah buku, di antaranya Jamharah al-Ajza` al-Haditsiah.

Sifat Peribadi dan Akhlaknya

Syaikh kita berkulit putih kemerahan, bermata biru, perang, agak tinggi dan tegap. Hal ini karena beliau mantan atlet di masa mudanya. Allah menjaga kesehatannya secara umum hingga malam wafatnya. Hanya saja, patah kaki yang dideritanya yang mempengaruhi kedua lututnya mengharuskannya menjalani operasi penggantian kedua sendi lutut setelah sekian tahun menderita. Lalu di akhir umurnya, beliau mengalami semacam ‘stroke’ ringan yang berpengaruh bagi wajahnya.
Syaikh al-Arna`uth juga sosok yang selalu ceria, pandai beranekdot dan berkelakar. Di antara sifat utamanya, ia tidak mengenal kata takabur dan tidak memandang dirinya beruntung. Secara fitrah, ia amat tawadhu’ dan ilmu yang dimilikinya menambah ia semakin tawadhu’. Dalam tanda tangan yang dibubuhkannya dan di sisi namanya, ia selalu menulis, “Hamba yang faqir kepada Allah Yang Maha Tinggi Lagi Maha Kuasa, Abdul Qadir al-Arna`uth, Khadim (Pengabdi) ilmu hadits di Damaskus.”

Sekalipun demikian, beliau seorang yang kuat dan pemberani dalam menyatakan kebenaran dan membelanya. Banyak sekali sikap yang menunjukkan kegigihannya dalam membela as-Sunnah, menentang bid’ah dan kemungkaran para pelakunya.

Beliau juga seorang yang dermawan, pandai bergaul dengan masyarakat, selalu menghadiri undangan dan momen-momen yang diadakan mereka. Hanya saja, di antara perbedaannya dengan banyak tuan guru, bahwa beliau hampir tidak pernah walau sedetik pun membuang waktunya tanpa meminta petunjuk dan nasehat. Begitu duduk, ia dengan suaranya yang lantang dan fasih berkata, “Fulan dan Fulan meriwayatkan dari Abu Hurairah ra, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda….” Lalu beliau mengetengahkan sejumlah hadits yang sesuai dengan kondisi. Semua itu dibacanya dari hafalannya yang jitu, meriwayatkannya secara harfiah, bukan makna, dengan begitu fasih, bukan dengan mengulang-ulang atau terbata-bata.
Perkataan Para Ulama

Syaikh Abdurrahman Syaghur memuji beliau seperti Al Albani .Hanya beliau tidak sepakat terhadap permasalahan ijtihadiyah seputaremas melingkar yang difatwakan Al albani dan beberapa masalah ijtihadiyah lainnya. tetapi ini dalam perkara ilmu, dalam masalah hati, beliau sangat mencintai dan memuliakan syaikh Al albani, begitupula syaikh Nashir Al albani mencintai dan memuliakannya.

Terlihat Syaiklh al Albani membantahnya dengan keras, maka hal ini- yaa akhi-thariqah beliau yang terkenal dalam membela al haq. jika berziarah ke Urdun, beliau berziarah ke Syaikh Nashir AlAlbani, dan Syaikh Al Albani begitu juga, bahkan salah seorang tsiqat mengatakan bahwa syaikh Al albani ditanya kepada siapa akan hadits setelah beliau, beliau menjawab: Syaikh Abdul Qadir al-Arna'uth.


Wafatnya Dengan Tanda 'Husnul Khatimah'



Beliau wafat di Damaskus, pada pagi Jumaat, 13 Syawal 1415 H sesuai kalender Suriah dan Ummul Qura, di Arab Saudi, atau 14 Syawwal berdasarkan ru’yah hilal di Arab Saudi.


Muhammad, anak Syaikh Abdul Qadir al-Arna`uth berkata, “Syaikh kita kemarin, Kamis, masih segar bugar, kemudian ia tidur. Tatkala ibunda saya hendak membangunkannya untuk shalat fajar, ia tidak menyahut. Kemudian ia menggerak-gerakkannya namun mendapatinya telah menghembuskan nafasnya yang terakhir sementara keningnya tampak berpeluh. Tidak ada keluarganya yang merasakan firasat apapun terhadapnya. Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji’un.”


Selepas solat Jumaat di Jami’ Zainal ‘Abidin, di jalan al-Maedan, beliau disolati dengan imam Syaikhul Qurra` di Syam, Syaikh Karim Rajih –hafizhahullah.- Sebelum solat, Jami’ tersebut telah disesaki jemaah. Demikian pula, jalan-jalan penuh sesak padahal suhu udara amat dingin. Sudah lama sekali, Damaskus belum pernah lagi menyaksikan suasana jenazah yang dihadiri ribuan orang seperti itu.


Kita memohon kepada Allah, semoga Syaikh kita mendapatkan Husnul Khatimah. Semoga di antara yang menjadi indikasinya, beliau wafat setelah bulan Ramadhan, dengan peluh yang tampak di kening, di hari Jum’at dan wafat dengan penuh ketegaran, kemuliaan dan kemantapan sekalipun beberapa waktu sebelum ajalnya, ia menghadapi banyak tekanan dan gangguan. Kita memohon kepada Allah agar menaungi beliau dengan rahmat-Nya, menggantikan bagi umat ini orang-orang semisalnya, serta meringankan penderitaan yang dialami keluarga, para murid dan handai taulannya. Sesungguhnya Dia Maha Pemberi Lagi Maha Mulia.


Semoga Allah merahmati syaikh kita dan menempatkannya di surganya nan maha luas.

Sabtu, Desember 08, 2007

Menyusuri Taman Ulama


Gambar ulama di sebelah ini merupakan seorang ulama hadis di zaman ini iaitu Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani. Beliau merupakan seorang ulama hadis yang terkenal, penulis kitab-kitab Musannafat yang termasyhur dan menulis makalah-makalah yang bermanfaat. Seluruh umurnya beliau habiskan untuk mempelajari dan berkhidmat kepada sunnah Rasulullah s.a.w. iaitu dengan membenarkan (Tashih), melemahkan (Tad'if), menjelaskan sifat-sifat yang tercela (Jarh) dan sifat-sifat yang terpuji (Ta'dil) terhadap sunnah Rasulullah s.a.w..

Gambar ulama di sebelah ini pula ialah Tok Kenali, seorang ulama nusantara dan ulama kita yang terkenal. Tok Kenali bukanlah orang biasa yang dikenali oleh masyarakat Islam di rantau ini, malah beliau adalah orang yang mempunyai ciri-ciri anugerah Tuhan. Setahun demi setahun namanya disebut. Ada yang mengatakan beliau seorang ulama besar, tiada tandingan. Dan ada pula yang mengatakan beliau seorang wali Allah. Ramai pihak buat kajian tentang kehidupan dan perjuangan beliau yang sehingga hari ini masih dibicarakan di dalam majlis keilmuan.

Syeikh Abu Hasan Ali Al-Nadwi (gambar di sebelah) merupakan seorang ulama India dan pemikir Islam yang ulung. Syeikh Al-Nadwi telah menghasilkan lebih 60 buah buku dalam pelbagai ilmu Islam terutama dalam bidang pemikiran. Pemikirannya sebaris dengan tokoh reformis abad ini seperti Abduh, Al-Afghani, Rashid Rida dan Shakib Arsalan. Sejak muda lagi, beliau mula bergiat dalam bidang dakwah. Pemergiannya merupakan satu kehilangan yang sukar diganti malahan dirasakan oleh semua lapisan masyarakat. Salah satu aspek yang sering disuarakannya ialah proses pembaratan di dunia Islam (westernisasi) dan materialisme yang merupakan 'agama' di Barat.

Hamka (gambar di sebelah) adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Hamka juga merupakan seorang sasterawan yang terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nostalgia lampau. Ramai orang menitiskan airmata apabila tokoh ‘idola’ ini tersedu dalam ceramah dakwahnya di kaca TV kira-kira awal tahun 1970an dahulu. Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengarnya. Teruskan perjalanan anda mengikuti kisah hidup ulama selepas ini, melalui taman ke taman dalam ruangan Taman Ulama Salafi, Taman Ulama Sunnah, Taman Ulama Nusantara, Taman Ulama Sufi & Wali Allah dan banyak lagi lainnya.