Pages

Rabu, Juli 25, 2012

Sikap Imam al-Bukhari Yang Mengikuti Sunnah Rasulullah SAW

Ada satu kisah di mana Imam al-Bukhari berbuka puasa ketika sakit berdasarkan sebuah athar daripada sahabat dalam sikap Imam al-Bukhari mengikuti sunnah Rasulullah SAW.

 Abu Abdullah al-Hakim diberitakan oleh Abu Hasan bin Mahib bin Sulaim, dia berkata bahawa aku telah mendengar Muhammad bin Ismail al-Bukhari berkata: "Ketika di Naisabur aku mengalami sakit yang ringan, tepatnya di bulan Ramadhan. Saat itu, Ishak bin Rahawaih dengan para sahabatnya dan berkata kepadaku: "Apakah engkau telah berbuka puasa wahai Abu Abdullah?" Aku berkata: "Ya." Dia berkata lagi: "Aku khuatir akan dirimu yang tidak mampu menerima kewujudan rukhsah. Aku berkata lagi: "Kami diberitakan oleh Abdan dari Ibnu al-Mubarak dari Ibnu Juraij, dia berkata bahawa aku berkata kepada Atha: "Penyakit seperti apa yang harus membuatku berbuka puasa? Dia berkata: "Dari penyakit apa sahaja." Hal itu sebagaimana yang dikatakan oleh Allah SWT: Ertinya: "Maka sesiapa di antara kamu ada yang sakit." (Al-Baqarah: 184)

 Imam al-Bukhari berkata bahawa riwayat ini tidak dimiliki oleh Ishak. Jadi riwayat ini menunjukkan Imam al-Bukhari telah meriwayatkan sebuah athar dalam satu masalah yang tidak dimiliki oleh gurunya, Ishak bin Rahawaih. Sungguh begitu luas ilmu yang dimiliki oleh Imam al-Bukhari.

(Hayat Imam al-Bukhari, Abdussatar al-Syeikh, hal: 71)

Kamis, Juli 19, 2012

Fakta Sejarah Islam 3

Fakta sejarah 3: Dahulu pernah wujudnya Kesultanan Islam di China yang bernama Kesultanan Pingnan Guo. Pemimpinnya bernama Sultan Sulaiman Du Wenxiu. Tetapi, setelah itu kesultanan ini akhirnya dihapuskan oleh Dinasti Qing pada masa itu disebabkan orang Hui Muslim melakukan pemberontakan ke atas kerajaan yang telah menindas mereka. Akhirnya berlakulah pembunuhan beramai-ramai yang telah dilakukan tentera Qing kepada umat Islam dengan kejam. Di bawah ini adalah cop mohor Sultan Sulaiman.

Fakta Sejarah Islam 2

Fakta sejarah 2: Abdul Rahman al-Ghafiqi, tabiin dan panglima Islam suatu ketika dahulu pernah mencuba untuk menawan kota Tours (Perancis hari ini). Tetapi, ditakdirkan tidak berjaya. Dia syahid dalam perang tersebut. Perang Tours diibaratkan seperti Perang Uhud. Kerana di saat-saat akhir, tentera Muslim terlalai seketika dengan harta yang ada di depan mereka. Lantas, mengakibatkan keadaan kucar-kacir setelah itu dan ramai yang terkorban.

Walaupun Perancis tidak dapat ditawan seperti negara eropah yang pertama ditawan tentera Muslim iaitu Sepanyol, tetapi hasilnya kini umat Islam di Perancis jumlahnya melebihi 3 juta. Berkat dakwah yang pernah diusahakan oleh seorang ilmuwan bernama Dr Muhammad Hamidullah setelah itu di abad 20.

Selasa, Juli 17, 2012

Fakta Sejarah Islam yang Kurang Didedahkan

Fakta Sejarah 1: Dahulu ada seorang sultan bernama Sultan Mahmud al-Ghaznawi yang telah menegakkan tauhid dan sunnah di India. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Berhubung kerajaan Mahmud bin Sabaktekin termasuk kerajaan terbaik yang pernah muncul dari orang-orang sebelumnya, maka Islam dan Sunnah pun menjadi agung dalam kerajaannya. Dia memerangi orang-orang musyrik India dan melaksanakan pelbagai keadilan yang belum pernah dilakukan oleh penguasa sebelumnya. Akibatnya, Sunnah Rasulullah semakin nyata di masanya dan bid'ah-bid'ah pun sirna."(Majmu' Fatwa Ibnu Taimiyyah, 4/22)



Sultan Mahmud memecat khatib-khatib Syiah dan menggantikannya dengan yang Sunni. Dia adalah seorang yang berpendirian tegas dan disegani, hingga tak seorang pun berani menampakkan kemaksiatan seperti minum khamar dan bermain muzik di negaranya. Demikian pula dengan pemikiran-pemikiran muktazilah dan syiah, tak pernah lagi muncul ke permukaan. Dia juga telah menghancurkan berhala terbesar di India ketika itu yang telah menjadi pujaan orang musyrik setiap masa.

Selama tempoh tersebut, luas kawasan yang berjaya dia taklukkan adalah sama dengan yang terjadi pada zaman Umar al-Khatthab ra. Panji-panji Islam yang dia kibarkan telah mencapai pelosok negeri yang sebelumnya tidak pernah terjamah oleh kaum muslimin. Dia berjaya menegakkan syiar-syiar Islam di wilayah yang sebelumnya tak pernah terdengar lantunan ayat al-Quran dan suara azan. Maka semoga Allah merahmatinya.

Bersambung fakta sejarah 2...

Jumat, Juli 06, 2012

Pameran Al-Quran Emas: Khazanah Islam Dari China

Anda semua dijemput hadir untuk menyaksikan keindahan Al-Quran bersadur EMAS dan PERAK berusia lebih 600 tahun dari Dinasti Ming. http://www.muzium.kelantan.gov.my/article_full.php?id=73&new_article=1