Senin, September 21, 2009

Pelita Syawal

Hari Raya ini
bagaikan pelita yang menyala
bersinar terang padanya kebahagiaan
takkan padam sinar kemeriahannya
sehingga datang suatu waktu
akan pudar sinar ukhuwahnya.

Hari raya ini
kita gembira menyambutnya
bersolat hari raya
menziarahi saudara dan teman
mengunjungi mereka yang telah pergi
bermaaf-maafan melupakan kesalahan
yang lalu.

Namun selepas
berlalunya Syawal
akhlak kita masih lagi tercemar
masih usang
masih gersang
ke manakah perginya nur Ramadan?
ke manakah perginya pelita Syawal
yang baru saja berlalu?

M.A.Uswah,
Sandakan,
November 2004.

Syair Hari Raya

Syawal bulan yang gembira,
Kita menyambut hari raya,
Bersyukur kita pada yang Esa,
Dikurniakan nikmat tak terhingga.

Bulan kemenangan setelah berpuasa,
Kita menunaikan solat hari raya,
Bertakbir dan bertahmidlah kita,
Memuji Tuhan yang Maha Esa.

Hari Raya untuk bergembira,
Ziarah-menziarahi sesama kita,
Tak lupa juga kunjungilah pusara,
Moga berbahagia di alam baqa'.

Hari ini bermaaflah kita,
Masih adakah dendam tersisa,
Bukan saja pada hari raya,
Moga ukhuwah terjalin selamanya.

M.A.Uswah,
Sandakan,
November 2004.

Selendang Lebaran - Hijjaz

Sebuah lagu raya yang bermakna, ceria dan syahdu. Hayatilah lagu ini...



Sebuah bingkisan yang tiada bertanda
Titipan di pagi lebaran mulia
Biar hanya sehelai selendang
Tapi cukup mengandungi maknanya

Bermusim hidup di rantauan
Mencari rezeki di kotaraya
Pabila tiba hari mulia
Semuanya pulang kembali ke desa

Selendang tenunan asli
Dipakai di pagi hari
Lerailah rindu di hati
Kepulanganmu yang dinanti
Selendang jalinan sutera
Pengikat kasih saudara
Hilanglah luka di jiwa
Bertemu di hari yang mulia

Disulami benang benang indah
Menghidupkan suasana meriah
Menitislah air mata gembira
Pulangmu membawa bahagia

Bertatahkan bunga bunga emas
Melambangkan pengertian yang jelas
Tidak pinta budi jasa dibalas
Cukup ingatanmu yang ikhlas

Berbekalkan sehelai selendang
Disambut dengan keriangan
Riang hati bukanlah kepalang
Menyambut dikau insan tersayang

Kemeriahan di hari raya setiap tahun pasti kan terasa
Usah dicemari perasaan duka hari raya untuk kita semua

Dengar lagu penuh di sini:
http://www.imeem.com/people/KhkQRg/music/c1cpkWva/hijjaz-selendang-lebaran

Kemaafan Di Aidilfitri - Inteam

Sebuah lagu raya yang bermakna, syahdu dan banyak pengajaran. Hayatilah lagu ini...



Ada masanya ketika ribut cabaran
Melanda menerjah diri
Pada sekeping hati, teralpa jua kita
Pada kelembutan budi pekerti

Ada ketikanya sering kita lupa lagi
Pada halusnya nurani
Terusik persaudaraan
Tergurislah perasaan
Walau itu bukan maksud dan tujuan

Sampai masanya aidilfitri bertamu
Di ruang waktu bagai biduk lalu
Di samudera kalbu lalu kiambang
Persaudaraan bertaut semula

Terciptalah kemaafan, terukir keampunan
Pada yang berkasih sayang kerana Tuhan
Tak kan lama ianya terpisah
Bertaut di hari raya

Pada nur ramadhan yang terus membara
Sinar kemeriahan syawal pun menyala
Kita raikannya dengan indah bersaudara
Dan jadi sebagai tangan kiri dan kanan

Yang sentuhan keduanya
Saling membersihkan
Kembali kepada fitrah
Kepada ukhuwah
Kembali seluruhnya kepada Allah
Berkah di hari raya

Maafkan saja segala sengketa lama
Yang membeku di jiwa
Di bulan yang mulia hari yang bahagia
Moga ukhuwah terjalin selamanya

Lagu: Abai Os
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Sabtu, September 19, 2009

Salam Aidilfitri 1430H: Secebis Kisah Ulama Di Hari Raya

Salam Aidilfitri 1430H dan taqabbalullah minna waminka dari saya buat seluruh kaum muslimin & muslimat terutama buat pengunjung blog ini. Salam kemaafan juga dihulurkan. Sempena hari raya ini, saya hendak membawakan secebis kisah ulama di hari raya ini. Sama-sama kita susurinya.

Haji Abdul Rahman Limbong ialah ulama yang kuat beramal. Sebahagian besar daripada waktu malam digunakannya untuk beribadat kepada Allah, terutamanya pada bulan puasa.

Pada setiap hari raya pula, beliau lazimnya mengurungkan diri di dalam rumahnya selepas sembahyang hari raya dan beribadat tanpa menghirau mereka yang datang membawa makanan untuknya. Sikap ini dapat diertikan bahawa beliau tidak ingin menggalakkan orang ramai bersusah payah menyediakan makanan untuknya, sebagaimana yang menjadi amalan masyarakat Melayu tradisi yang sangat mengambil berat terhadap orang-orang alim. Tambahan pula Haji Abdul Rahman amat menghalusi asal-usul makanan, bagi mengetahui halal-haramnya.

Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki biasa memberikan pelajaran baik di Masjidil Haram atau di rumah tidak tertumpu kepada ilmu tertentu seperti di universiti. Akan tetapi semua pelajaran yang diberikannya bisa di terima semua masyarakat baik masyarakat awam atau terpelajar, semua bisa menerima dan semua bisa mencicipi apa yang diberikan Sayyid Muhammad. Maka dari itu beliau selalu menitik-beratkan untuk membuat rumah yang lebih besar dan bisa menampung lebih dari 500 murid per hari yang biasa dilakukan selepas solat Maghrib sampai Isyak di rumahnya di Hay al-Rashifah.

Begitu pula setiap bulan Ramadhan dan hari raya beliau selalu menerima semua tamu dan muridnya dengan tangan terbuka tanpa memilih golongan atau darjat. Semua di sisinya sama tamu-tamu dan murid murid, semua mendapat penghargaan yang sama dan semua mencicipi ilmu bersama-sama.

Senin, September 14, 2009

Di Jalan Bahagia

Di jalan bahagia ini
terasa keinsafan
terasa kehambaan
terasa kelemahan
terasa takut kepadaNya.

Di jalan bahagia ini
terasa ingin sederhana
terasa cukup segalanya
terasa zuhud kepadaNya
terasa syukur kepadaNya.

Di jalan bahagia ini
bersama hidayahNya
terasa bermujahadah
terasa berhijrah
terasa bermujahadah diri.

Di jalan bahagia ini
bersama keimanan
bersama amalan
bersama kasih sayang
bersama ketaqwaanNya.

Di jalan bahagia ini
terasa cinta Ilahi
mengingatiNya menjadi tenang
terasa kebesaranNya
beribadah kepadaNya penuh khusyuk.

Di jalan bahagia ini
terasa cinta RasulNya
berselawat kepadanya
dengan dihayati
kagum dengan sunnahnya
terpesona dengan akhlaknya.

Di jalan bahagia ini
berpandukan al-Quran
berpandukan as-Sunnah
menghayati kitabNya
mengamalkan sunnah RasulNya.

Di jalan bahagia ini
indahnya hidup bersama Ilahi
indahnya hidup bersama Nabi
bersama keredhaanNya
bersama perlindunganNya.

M.A.Uswah,
Sandakan,
6 Ogos 2004.