Rabu, Desember 30, 2009

Syair Ibnu Ad-Dahhan

Wahai orang yang terpesona dengan dunia, hati-hatilah

Sesungguhnya ia (dunia) akan sirna dan berubah


Bersungguh-sungguhlah untuk meraih kerajaan yang abadi


Kebaikan apapun dalam syurga Naim akan hilang


Jika kita berfikir, kita tak akan tertawa walau sejenak


Hanya saja kita telah kehilangan akal sihat kita.


Petikan:
Ringkasan Siyar A'lam An-Nubala' karya Imam Az-Zahabi (Buku 4)

Minggu, Desember 27, 2009

Mufti Haji Said Ibrahim, Mufti Sabah Yang Tegas

Mufti Haji Said bin Ibrahim, bekas mufti Sabah, dilahirkan di Kampung Kedai Lalat, Kelantan pada tahun 1923.

Pendidikan

Dalam menimba pengetahuan ilmu agama, beliau telah mengaji sehingga ke Jambi, Sumatera dan Makkah al-Mukarramah. Selain fasih berbahasa Arab, beliau juga terkenal mahir dalam perundangan Islam, aqidah, perbandingan aqidah dan fiqh.

Menjadi Guru

Setelah tamat pengajian, Haji Said telah memulakan karyanya untuk menabur bakti dalam bidang pendidikan dengan menjadi guru seawal tahun 1947 di sekolah-sekolah Arab di Kelantan. Pada tahun 1954, beliau bertukar mengajar ke Madrasah al-Hidayah di Singapura. Semasa di Singapura, beliau telah dipilih menjadi Yang DiPertua PERGAS (Persatuan Ulama dan Guru-Guru Agama Islam Singapura) dari tahun 1963 sehingga tahun 1968. Pada 1968, beliau meninggalkan Singapura untuk berkhidmat di Brunei. Di Brunei, selain mengajar di sekolah menengah Arab, beliau dilantik menjadi penyusun sukatan pelajaran Maktab Perguruan Agama Brunei.

Menjadi Mufti Sabah

Dalam tahun 1971, beliau ke Sabah dan bertugas menjadi Pegawai Agama dan dalam tahun 1972, beliau kembali ke Semenanjung kerana dilantik menjadi Imam Masjid Negara yang disandangnya sehingga tahun 1975. Sebagai seorang yang berpengetahuan luas dalam ilmu-ilmu agama lagi berpengalaman, beliau telah dilantik menjadi Mufti Kerajaan Sabah untuk dua penggal iaitu 1975 - 1978 dan 1985 - 1989. Antara tahun 1978 sehingga 1985, beliau diberi penghormatan sebagai pakar rujuk di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Berterus-Terang

Sebagai seorang mufti dan pakar rujuk kerajaan, ada ketika pendirian dan pandangannya yang berterus-terang itu menimbulkan polemik dalam kalangan pentadbir dan pemimpin politik dan ada juga yang tidak disenangi. Kadang-kadang kenyataannya yang bersifat politik itu digunakan pula sebagai hujah oleh pihak pembangkang. Said sedar bahawa di pihak kerajaan juga terdapat kesedaran bagi melaksanakan hukum Allah dan kerana itulah beliau berkata benar. Said juga insaf akan kedudukannya sebagai penjawat awam yang terikat dengan pelbagai peraturan.

Pendapat yang dikemukakan oleh Said dalam tulisan-tulisannya terutamanya tentang hukum hudud bukanlah semata-mata bermaksud menyebelahi pembangkang tetapi demi menegakkan kebenaran. Oleh yang demikian pendirian Haji Said ini tidak sepatutnya dilihat sebagai bersikap anti establishment. Pendiriannya yang tidak popular ini lebih didorong oleh sikapnya yang sentiasa berpegang pada kebenaran. Bagi Haji Said, apabila beliau mengkritik kerajaan bukanlah bermakna beliau menentang kerajaan. Tidak ada gunanya jika kita menjadi sokong yang membawa rebah. Memang dalam banyak keadaan kita mesti memilih untuk berubah, jika tidak, kita pasti akan rebah.

Tidak pernah sama sekali kita lihat arwah mengambil jalan tengah semata-mata mahu menyedapkan hati orang tertentu. Beliau menyatakan apa saja kebenaran meskipun pahit untuk ditelan. Demikianlah tegasnya Allahyarham Haji Said Ibrahim dalam menegakkan kebenaran.

Ketegasan Haji Said juga dapat kita lihat dalam beliau menjalani perancangan hidupnya. Setiap kali apabila beliau sudah membuat keputusan, beliau akan menurut apa saja kata hatinya asalkan keputusannya itu diyakininya berada pada landasan syarak. Ketegasannya inilah yang telah menghantarnya jauh hingga ke Makkah meskipun beliau bukanlah datang dari keluarga yang berada.

Demikianlah juga apabila menetapkan hendak ke Singapura dan singgah di Kuala Lipis, beliau mengharunginya dengan yakin dan tabah. Semasa menjadi imam Masjid Negara, beliau pernah memohon cuti untuk mengerjakan haji di Mekah tetapi permohonannya tidak diluluskan atas alasan pentadbiran. Oleh sebab telah memutuskan hendak menunaikan haji sebaik mengetahui permohonannya ditolak dan ini dapat menahan niatnya ke tanah suci, maka, Haji Said terus mengutus surat meletakkan jawatan sebagai imam Masjid Negara. Tidak ada apa yang dapat menghalang niat dan hajatnya kecuali kuasa Allah. Demikianlah ketegasan Said Ibrahim dalam meniti kehidupannya.

Beliau tidak pernah bimbang akan kehilangan pekerjaan kerana Said penuh yakin pintu rezekinya berada pada ketentuan Allah. Tuhan tidak akan melupakan hamba-Nya yang murah hati dengan ilmu. Dengan sedikit sebanyak wang sagu hati yang berikan kepadanya apabila menyampaikan ceramah, wang hasil jualan buku dan honorariumnya menulis di akhbar dan majalah lebih dari cukup untuk beliau menyara hidup lapan orang anaknya dengan serba sederhana.

Sikap kedua yang kental pada Allahyarham Haji Said memang amat langka pada kebanyakan ulama ialah kebolehannya berbahasa Arab dengan fasih, iaitu salah satu bahasa utama di dunia. Beliau juga memiliki pelbagai minat dan kebolehan selain menjadi mufti beliau juga terus menjadi pendakwah bukan sekadar menjalankan kerja pentadbiran di pejabat. Masanya yang cukup padat diisinya juga dengan menulis dan kemudian menjadi editor, melakukan penterjemahan dan juga menjadi penerbit. Jiwanya mendesak Said agar tekun dan rajin menulis tanpa mempedulikan jadual kerjanya yang memang sudah ketat dengan kuliah, ceramah selain urusan pentadbiran di pejabat. Jika terlalu sibuk, Said menulis berdikit-dikit. Sehari sesuku, lama-lama menjadi buku.

Beliau menguasai ilmu mantik dan ilmu logik, ilmu fikah dan tauhid selain bukunya menunjukkan beliau juga memiliki kepakaran dalam ilmu perbankan. Sepanjang hayatnya beliau telah menulis dan menerbitkan lebih dua puluh judul buku dan kitab. Pada hari ini memang boleh dibilang dengan jari seorang ulama yang memiliki kesemua kebolehan ini. Dengan setiap kebolehan inilah yang menjadi ramuan lengkap menghasilkan resipi terbaik yang melengkapkan peribadi Allahyarham Haji Said Ibrahim muncul sebagai seorang ulama terbilang.

Dalam zaman yang serba moden ini, dengan segala kemudahan berkomunikasi dan jalinan pengangkutan yang serba pantas belum tentu setiap orang bersedia meninggalkan kampung halamannya bertahun-tahun untuk menuntut ilmu di tempat yang jauh. Dengan kemudahan penulisan yang serba mudah berbantukan komputer, belum tentu dapat menjadikan semua orang penulis yang prolifik seperti Said Ibrahim.

Karya-karyanya

Selain dari mengajar, Haji Said juga telah menghasilkan lebih daripada 20 buah buku agama yang membicaraan pelbagai aspek seperti fiqh, 'aqidah dan sebagainya. Antara karya beliau:-
  1. Sinaran Fiqh
  2. Mengenal al-Quran
  3. Manasik Haji & Umrah
  4. Qanun Jenayah Syariah
  5. Sistem Kehakiman Dalam Perundangan Islam
  6. Soal - Jawab Nikah Kahwin
  7. Fiqh Mazhab Syafi`i & Pendapat Imam-Imam Mazhab
  8. Perbandingan 'Aqidah & Fahaman Umat Islam
  9. Minhaj Ilmu Fiqh.
Selain tulisan berbentuk buku, beliau telah juga menghasilkan 32 kertaskerja yang dibentangkan dalam pelbagai seminar di peringkat antarabangsa. Beliau juga telah menyumbang tidak sedikit artikel dalam majalah-majalah agama seperti al-Islam, Dakwah, Roh Islam, Sinaran al-Quran dan Tamaddun.

Haji Said terkenal sebagai seorang yang tegas menangani gejala ajaran sesat yang menyalahi pegangan Ahlus Sunnah wal Jamaah yang sebenar. Karya beliau "Perbandingan Aqidah & Fahaman Umat Islam" dihasilkannya untuk menjelaskan perbezaan firqah-firqah yang sesat seperti Syiah, Khawarij dan sebagainya.

Terbilang

Kerana sifatnya yang terbilang itulah Said Ibrahim dihargai dan diberikan pengiktirafan. Said yang hanya lulus daripada pondok pengajian di Jambi dan kemudian ke Mekah dianugerahkan sarjana kehormat Universiti Kebangsaan Malaysia, sesuatu yang tidak pernah diimpikannya. Pada hujung perjalanan hidupnya beliau berdiri dengan rendah diri di hadapan para sarjana dan cendekiawan pengajian Islam dan pakar pelbagai bidang ilmu yang lain. Pada 1991 Said Ibrahim dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Wilayah Persekutuan.

Selain rumahnya yang sebuah di Gombak, Said Ibrahim tidak meninggalkan harta benda dan kekayaan dunia. Beliau meninggalkan anak-anaknya yang soleh. Sedekah jariahnya yang kita ketahui adalah dalam bentuk bukunya yang dirompak lanun penerbitan. Karyanya disalin dan diulang cetak. Haji Said menghalalkan semua itu demi ilmu dan amalnya. Ilmunya juga banyak sudah ditaburkan selama beliau hidup dan kebanyakannya ditulis dan diterbitkan. Itulah harta peninggalannya yang paling berharga. Said Ibrahim berharap ilmu yang ditinggalkannya itu akan dimanfaatkan oleh umat Islam dan generasi akan datang selepas putus hubungannya dengan dunia yang serba fana ini.

Kembali ke Rahmatullah

Mufti Haji Said meninggalkan dunia yang fana ini pada tahun 2001 dalam usia 78 tahun dengan meninggalkan 8 orang anak serta ribuan anak murid. Sepanjang hayatnya, beliau tidak jemu-jemu menyumbangkan tenaga dan idea dalam memartabatkan Islam. Mudah-mudahan segala amalnya dinilai sebagai ibadah yang tulus dan rahmat Allah yang berkekalan dicucuri atas beliau.

Buku Said Ibrahim Mufti Tegas dan Terbilang

Buku karya Roosfa Hashim, pensyarah di pusat pengajian umum, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Terbitan Pustaka Yamien, cetakan pertama tahun 2009. Memuatkan sedikit sebanyak biografi Mufti Haji Said Ibrahim, ulama yang gigih berdakwah dan menyebarkan ilmu. Sesekali elok juga kita membaca mengenai tokoh - tokoh ulama kita, agar nama dan jasa mereka kita ketahui. Jasa dan pengorbanan para ulama kita, hendaknya jangan dilupakan. Jangan hanya kagum dengan pemimpin duniawi dan meninggalkan penyuluh ke jalan Ilahi. Antara petikan yang dimuatkan dalam buku tersebut adalah kata-kata Ustaz Datuk Haji Ismail Kamus seperti berikut:
"Banyak jasa beliau kepada negara ini. Haji Said juga seorang ulama yang berani, tegas dan berpendirian. Beliau sangat disenangi oleh kawan dan rakan. Seorang yang sangat mengambil berat kepada semua anak didiknya. Beliau tidak pernah jemu menulis dan berdakwah sehingga ke akhir hayat beliau."

Siddiq Hasan Khan, Ulama Hadis India

Beliau ialah al-Imam al-’Allamah al-Usuli al-Muhaddis al-Mufassir as-Sayyid Siddiq bin Hasan bin Ali bin Lutfullah al-Husaini al-Bukhari al-Qinnauji. Nasab beliau berakhir pada Imam Husein, cucu terkecil dari Ali bin Abi Talib radiyallahu ‘anhu.

Beliau dilahirkan pada bulan Jamadilawal tahun 1248 H/1832M di negeri Berlhi tanah air datuknya yang terdekat dari pihak ibu. Kemudian keluarga beliau pindah ke kota Qinnauj, tanah air datuk-datuknya. Ketika tahun keenam ayahnya wafat, tinggallah dia di bawah asuhan ibunya dalam keadaan yatim. Sejak kecil, Siddiq tumbuh sebagai seorang yang afif (memelihara diri), bersih dan cinta kepada ilmu dan para ulama.

Ilmu dan Belajarnya

Beliau safar ke Delhi untuk menyempurnakan pelajarannya di sana. Beliau bersungguh-sungguh mendalami al-Quran dan as-Sunnah dan membukukan ilmu keduanya. Beliau memiliki keinginan yang kuat untuk mengumpulkan buku-buku, mendapatkan pemahaman tambahan dalam membacanya serta meraih faedah-faedahnya, khususnya kitab-kitab tafsir, hadits dan ushul. Kemudian beliau safar ke Bahubal untuk mencari biaya penyambung hidup beliau. Di sana beliau mendapatkan faedah besar, yaitu menikah dengan Ratu Bahubal dan beliau digelari dengan Nawwab Jaah Amirul Malik bi Hadar.

Guru-gurunya

Guru beliau cukup banyak, di antaranya Syeikh Muhamad Ya’qub, saudara Syeikh Muhammad Ishaq cucu Syeikh al-Muhaddis Abdul Aziz Ad-Dahlawi. Di antara guru beliau juga Syeikh al-Qadi Husein bin al-Muhsin As-Sa’bi al-Ansari al-Yamani al-Hadidi, murid dari Asy-Syarif Imam Muhammad bin Nashir Al-Hazimi murid dari Imam Asy-Syaukani. Guru beliau juga adalah Syeikh Abdul Haq bin Fadl al-Hindi, murid dari Imam Asy-Syaukani juga dan masih banyak lagi.

Karya-karyanya

Dalam mengarang, beliau memiliki kemampuan yang menakjubkan, iaitu dapat menulis beberapa kitab dalam satu hari dan mengarang beberapa kitab tebal dalam beberapa hari. Karya beliau dalam beberapa bahasa hingga 222 buah. Demikian yang dihimpun oleh Syeikh Abdul Hakim Syafaruddin, pentashih dan penta’liq kitab At-Taajul Mukallal. Beliau berkata, “Di antaranya 54 berbahasa Arab, 42 berbahasa Parsi dan 107 dengan bahasa Urdu”. Dan beliau belumlah menghitung jumlah yang sebenarnya.

Kitab-kitab beliau memenuhi dan mencapai segala penjuru dunia islam. Banyak para ulama tafsir dan hadits yang menulis risalah tentang beliau yang berisi pujian kepada kitab-kitabnya dan mendoakan kebaikan kepada beliau. Beliau juga dianggap sebagai tokoh kebangkitan Islam dan mujaddid. Di antara karya beliau yang tercetak dengan bahasa Arab:
• Fathu Bayaan fi Maqashisil Qur’an
• Nailul Maran min Tafsiiri Aayatil Ahkam
• Ad-Dinul Khalish
• Husnul Uswah bimaa Tsabata ‘anilhiwa Rasuulihi fin Niswah
• ‘Aunul Bari bi Halli Adillatil Bukhari
• As-Sirajul Wahhaj min Kasyfi Mathaalihi Shahihi Muslim bin Al-Hajjaj
• Al-Hittah fi Dzikrish Shihabis Sittah
• Quthfus tsamar fii Aqidatil Atsar
• Al-Ilmu Khaffaq fil Ilmil Itsiqaq
• Abjadul Ulum
Dan masih banyak lagi.

Wafatnya

Beliau wafat pada tahun 1307 H, bertepatan dengan 1889 M. Maka masa kehidupan beliau adalah 59 tahun qamariyah atau 57 tahun syamsiah. Semoga Allah merahmati beliau dengan rahmat yang luas.

Rujukan:
Indahnya Surga Dahsyatnya Neraka, karya Syeikh Ali Hasan, terbitan Pustaka Al-Haura’, Jogjakarta, halaman 81-84

Catatan:
Di atas beliau digelari dengan al-’Allamah al-Usuli al-Muhaddis al-Mufassir as-Sayyid. Ertinya adalah sebagai berikut:
• al-’Allamah : Orang yang banyak sekali ilmunya
• al-Usuli: Ahli ilmu usul (ilmu-ilmu dasar dalam agama)
• al-Muhaddis: Ahli dalam ilmu hadis
• al-Mufassir: Ahli tafsir
• Adapun as-Sayyid, belum didapatkan maksudnya apa. Mungkin beliau digelari dengan as-Sayyid kerana beliau masih keturunan Ali bin Abi Talib radiyallahu ‘anhu, wallahua’lam.

Video Dr Yusuf al-Qaradawi di Malaysia

Dr Yusuf al-Qaradawi - Fiqh Al-Jihad



Dr Yusuf al-Qaradawi di Shah Alam

Jumat, Desember 25, 2009

Riwayat Cinta Rasulullah SAW, Sahabat Nabi dan Ulama'

Pada Aisyah, Ia Dapati Rehat Penuh Cinta

Orang yang lebih tampan dari dirimu, belum pernah mata ini melihatnya
Orang yang lebih sempurna darimu, belum pernah dilahirkan wanita
Engkau diciptakan bersih dari semua cacat dan noda
Seolah kau dicipta, sepert
i yang kau suka
(Aisyah radiyallahu 'anha)

Inilah syair yang digubah Aisyah untuk suami tercinta, Muhammad sallallahu 'alaihi wa sallam. Aisyah, selalu menghadirkan keceriaan di tengah tugas-tugas berat Rasulullah memikul amanah risalah akhir zaman.

"Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam biasa meletakkan kepala di pangkuanku walaupun aku sedang haidh, kemudian beliau membaca al-Quran." (Riwayat Abdurrazaq)

"Dari Aisyah, sesungguhnya suatu kali Rasulullah memegang erat tangannya sambil berkata, "Seandainya kaummu mahu mengerti...Dahulu Kaabah roboh oleh banjir. Kalau saja bukan kerana mereka baru saja lepas dari kemusyrikan, nescaya aku bangun Kaabah di atas dasar-dasar yabg dibangun Ibrahim dan Ismail. Kupasangkan batu itu (hijr Ismail) padanya kerana memang bahagian darinya. Aku telah meletakkan di tempat tersebut dua pintu yang aku letakkan dekat tanah. Tetapi kaumu mengangkat pintunya agar tak ada yang bisa masuk kecuali yang mereka kehendaki... (Riwayat Ibnu Asakir)

Pada Nailah, Kita Belajar Ketulusan

Tamadhar, isteri mulia, Abdurrahman ibn 'Auf berkata kepada Usman ibn Affan Radiyallahu 'anhu, "Bersediakah engkau menikah dengan puteri pamanku, seorang gadis yang cantik, tubuhnya padat, pipinya lembut dan fikirannya cerdik?"

"Insya Allah", jawab Usman, "Siapakah dia?"

"Nailah binti al-Farafishah al-Kalbiyah"

Sesudah menikah, Usman bertanya pada Nailah, "Pastinya kau tidak suka melihat ketuaanku ini?"

Nailah tersenyum dan menunduk sambil berkata, "Saya termasuk wanita yang lebih suka memiliki suami lebih tua."

"Tapi aku telah jauh melampaui ketuaanku?"

Kembali Nailah tersenyum dan berkata, "Tapi masa mudamu sudah kau habiskan bersama Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam. Dan itu jauh lebih aku sukai dari segala-galanya."

Waktu berlalu, hari berganti dan bulan terus berjalan, Nailah yang telah melahirkan Maryam dan Anbasah binti Usman dari pernikahan ini tetap setia mendampingi suami tercinta. Hingga ketika hari itu tiba, saat pasukan pembangkang mengepung rumah Usman, lalu mereka menerobos masuk dan mendapati beliau sedang tilawah. Tanpa menggubrisnya mereka mengayunkan pedang-pedang terlaknat ke tubuh tua beliau. Nailah, sang bidadari, segera menjatuhkan tubuh ke pangkuan Usman untuk melindunginya. Dan, ya.., jari-jari tangan perempuan tulus itu putus.

Ketika akhirnya Usman wafat dalam kemuliaan, Muawiyah ibn Abu Sufyan mengirim utusan untuk meminang Nailah. Tapi apa jawaban Nailah? "Tidak mungkin ada seorang manusia pun yang bisa menggantikan kedudukan Usman di dalam hatiku."

Apakah faktor usia memang tidak akan menjadi masalah dalam pernikahan? Tergantung, jawabnya ada pada masing-masing kita. Di kisah ini, Usman berusia 81 sedang Nailah 18. Ternyata Nailah membuktikan ketulusan cintanya.

Jangan difikir hanya lelakinya yang selalu lebih tua. Zaid ibn Haritsah, semula adalah putera angkat Rasulullah, menikah dengan Ummu Aiman yang merupakan pengasuh Rasulullah saat beliau bayai. Nah? Apa motivasinya hingga Zaid begitu bangga menikahi Ummu Aiman? Tentu kalimat Rasulullah yang berbunyi, "Barangsiapa ingin menikahi wanita ahli syurga, maka nikahilah Ummu Aiman!"

Jus Mangga Tilmisani: Kenangan, Kesetiaan

Pada suatu Ramadhan, Ustaz Umar At-Tilmisani diundang untuk menghadiri pertemuan di Iskandariah. Para pengundang menyiapkan hidangan berbuka puasa untuk beliau, Di antara hidangan tersebut terdapat jus mangga. Salah seorang ikhwan menyuguhkan segelas jus mangga kepada beliau. Beliau meminta maaf sambil mengatakan bahawa beliau tidak dapat menerima dan meminumnya.

Sebahagian hadirin memperhatikan adanya perubahan pada air muka beliau. Mereka pun bertanya, "Apakah ustaz alergi pada jus mangga. Ataukaj jus mangga bisa menganggu kesihatan ustaz?"

"Tidak..". jawab beliau.

Setelah berbuka, hadirin begitu penasaran mengapa beliau tidak mahu memnum jus mangganya. Mereka terus mendesak beliau untuk menjelaskannya.

"Apabila saya terlambat pulang kerja", kata beliau, "Al-Marhumah isteri saya selalu menunggu dengan sabar sembari menyiapkan dua gelas jus mangga. Kemudian kami berdua meminumnya bersama-sama. Sekarang, isteri saya sudah wafat. Saya tetap merasa berat untuk meminum jus mangga sendirian. Sya tak bisa meminumnya tanpa dia."

"Saya", lanjut beliau, "Selalu memohon kepada Allah agar Ia mempertemukan kami berdua di syurga. Lalu, kami dapat bersama-sama menikmati minuman syurga. Lalu, kami dapat bersama-sama menikmati minuman syurga.."

Subhanallah!

Petikan:
Agar Bidadari Cemburu Padamu karya Salim A. Fillah

Rabu, Desember 23, 2009

Syair Ibnu Jauzi

Wahai penghuni dunia, bersiaplah dan tunggulah hari perpisahan

Siapkanlah bekal untuk perjalanan, maka kamu akan mendapatkan teman

Tangisilah dosa-dosa dengan air mata yang mengalir dari mendung-mendung yang tebal

Wahai orang yang menyia-nyiakan waktunya, apakah kamu rela dengan apa yang telah hilang

Petikan:
Ringkasan Siyar A'lam An-Nubala' (Buku 4)

Syair Ibnu Asakir

Wahai jiwa celakalah kamu jika uban telah tumbuh

Maka untuk apakah bujuk rayu dan untuk apa pernyataan cinta


Masa mudaku hilang dan masa tuaku bertahan


Seakan-akan jiwaku penuh dengan kealpaan

Sedangkan utusan kematian telah datang

Andai saja syairku sampai kepada orang yang kutuju

Dan Allah telah menetapkan takdir azaliku.


Petikan:
Ringkasan Siyar A'lam An-Nubala' (Buku 4)

Senin, Desember 21, 2009

Dua Program Bersama Dr Wahbah Az-Zuhaily

1. Simposium Fiqh Masyarakat Bukan Islam Di Malaysia

Tarikh:
23 - 24 Disember 2009

Masa:
8.30 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Dewan Annex, Dewan Undangan Negeri Selangor,
Shah Alam

Anjuran:
Persatuan Ulama Malaysia Cawangan Selangor (PUMSEL)
kerjasama
Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS)


2. Program Bersama Dr Wahbah Az-Zuhaily Di Masjid Shah Alam

Tarikh:
23 Disember 2009

Masa:
Selepas solat maghrib

Tempat:
Masjid Negeri Shah Alam, Selangor

Antara Dua Kasih - UNIC

Hayati lagu ini... (Video kreativi saya)

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Tika kasih melestarikan sayang
Semuanya indah dipandang mata
Pabila rasa benci terbit di hati
Rasa kasih dan sayang pun menyisih

Tanda kasih yang abadi
Dalam senang jua dalam kesempitan
Kasih Ilahi tiada bersempadan
Tak memilih siapa tidak berakhir
Kekal selamanya

Di antara dua kasih
Di maqamnya yang berbeza
Mudah dijumpa namun sukar untuk diperlihara
Lahir dari ketulusan jiwa bersuluhkan iman
Namun nafsu menodainya

Terkadang kasih kita sesama insan
Bisa mengundang keredhan Tuhan
jika insan menghargainya
Dan memuliakannya

Kasih sayang Allah kekal selamanya
Kasih manusia hanya sementara

Deru ombak pecah berderai
Mengulang pantai datang dan pergi
Begitu kasih insan diibaratkan
Bagai ombak merubah pantai

Lagu: Abai Os
Lirik: Alif Lam Ra

Sabtu, Desember 19, 2009

Dua Video Menarik Mengenai Dr Yusuf al-Qaradawi

Profil Dr Yusuf al-Qaradawi oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman


Dr Yusuf al-Qaradawi Berkisah Tentang Hidupnya

Dr Yusuf al-Qaradawi: Sejarah Hidup dan Pemikiran (Siri 1)

Oleh:
Mohd Rumaizuddin Ghazali

Latar Belakang Kehidupan


Dr Yusuf al-Qaradawi seorang tokoh ulama yang terkenal dalam abad ini. Beliau merupakan seorang pemikir, sarjana dan intelek komtemporori yang tidak asing lagi di dunia Islam.

Beliau dilahirkan di desa Shafat al-Turab, Mahallah al-Kubra Negeri Gharbiah, Mesir pada 9 September 1926 bersamaan 1344H.

Nama penuhnya ialah Yusuf bin Abdullah bin Ali bin Yusuf. Al-Qaradhawi merupakan nama kelurganya. Nama ini diambil dari sebuah daerah yang bernama al-qardhah. Dan dinisbahkan kepada keturunannya. Di kampungnya ini terletaknya makam sahabat nabi yang meninggal di Mesir iaitu Abdullah bin Harith bin Juz al-Zubaidi. Di kampung inilah beliau tinggal sehingga wafat pada tahun 86H. Sehingga kini makamnya sangat dimuliakan dan para penduduk kampung amat berbangga dengannya.Perkara ini telah dinyatakan oleh pengkaji sejarah seperti Ibn Hajar ketika menceritakan kisah sahabat ini.

Al-Qaradhawi menyebutkan bahawa beliau berasal dari keluarga yang kuat beragama dan bapanya bekerja sebagai petani dan keluarga sebelah ibunya bekerja sebagai peniaga. Beliau menjadi yatim ketika berusia 2 tahun setelah ayahnya meninggal dunia. Kemudian beliau dipelihara oleh bapa saudaranya bernama Ahmad. Bapa saudaranyalah yang menjadi bapa dan sepupu-seppunya sebagai saudara-saudara beliau. Beliau telah dibesarkan dengan penuh kasih sayang dan mendapat keistimewaan daripada keluarga. Malah kata Yusuf sendiri: “ itulah gantian daripada takdir yang menjadikan saya yatim ketika berusia masih terlalu awal.”

Ketika berusia 5 tahun, Yusuf telah dihantar ke kuttab di kampungnya untuk menghafaz al-Quran. Apabila usianya menjangkau 7 tahun, beliau memasuki sekolah rendah (madrasah Ilzamiyyah) yang diuruskan oleh Kementerian Pendidikan. Di sekolah ini, beliau belajar matematik, sejarah, kesihatan dan lain-lin. Yusuf sejak kecil lagi mendapat pendidikan secara formal melalui sekolah kerajaan di sebelah pagi dan pendidikan agama (al-Kuttab) di sebelah petang.

Yusuf menyebutkan : “ sebelum usia saya mencapai 10 tahun, saya telah dikurniakan oleh Allah dengan dapat menamatkan hafalan al-Quran sepenuhnya bersama pelajaran hukum-hukum tawjid.Saya masih tidak lupa ketika mereka mengadakan perayaan khatam al-Quran untuk saya seperti kebiasaan yang dilakukan oleh al-Kuttab. Mereka memberi minum dan kuih muih. Saya membca akhir surah-surah al-Quran dari surah al-Dhuha sehingga surah al-Nass. Ketika saya menbaca akhir setip surah mereka menyambutnya dengn ucapan takbir dan tahmid. Pelajar bertakbir bersama saya. Begitulah kebiasaan perayaan yang dilakukan pada setiap pelajar di kuttab.”.

Di kampungnya tersebut mempunyai 4 buah Kuttab di mana wujud persaingan yang sihat bagi penghafal al-Quran di kalngan penuntutnya.Sejak kecil lagi, al-Qaradhawi bercita-cita untuk belajar di al-Azhar dan menjadi salah seorang daripada ulamaknya,Pada pandangan beliau, al-Azhar merupakan menara ilmu . Beliau juga terpengaruh dengan ulamak-al-Azhar di kampungnya seperti Syeikh Ahmad Muhammad Saqar, Syeikh Ahmad Abdullah, Syeikh Ahmad Battah dan Syeikh Abdul Mutalib Battah.

Sejak kecil lagi beliau telah menunjukkan ciri-ciri ulamak. Bakatnya terserlah apabila sering dipanggil untuk menjadi imam dan syarahan agama di Masjid kampungnya. Beliau menyebutkan bahawa semenjak hari itu ( hari khatam al-Quran) penduduk kampung terutama Syeikh Yusuf telah meminta kepada saya untuk menjadi imam apabila bersolat terutam solat jahriah kerana kurniaan Tuhan kepada saya yang dapat membaca al-Quran dengan baik.Ini merupakan penghormata yang terlalu awal, menyebabkan saya tidak mempunyai peluang bermain sebagaimana yang dinikmati oleh rakan sebaya.

Kehidupan seorang yang agung bermula sejak kecil lagi. Sausana rumah, keluarga dan masyarakat memberi saham yang besar dalm membentuk jiwa seseorang.Yusuf telah didewasakan dalam suasana keislaman yang kuat dan mantap. Bukan sahaja keluarga bapa saudaranya tetapi penduduk kampungnya yang telah mengambil berat dan memberi penghargaan kepada kanak-kanak yang menghafal al-Quran.

Agama merupakan faktor utama yng sangat mempengaruhi kehidupan penduduk shafat al-Turab. Agama adalah penunjuk arah bagi pemikiran serta sumber utama dalam membentuk budaya mereka dan memberi pengaruh utama dalam kegiatan harian mereka. Perkara ini dapat diketahui melalui kegiatan penduduk di situ yang sentiasa mengimarahkan masjid-masjid terutama dalam bulan Ramadhan, sambutan hari kebesaram Islam seperti perayaan sambuatan Maulid nabi dan Israk mikraj. Di samping itu, penduduk kampung amat peka terhadap pengajian al-Quran kepada kanak-kanak. Terdapat empat kuttab dalam kampung tersebut iaitu kuttab Syeikh Dasuqi, Kuttab Syeikh Nuruddin, Kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail dan Kuttab Syeikh Yamani Murad. Al-Qaradhawi belajar di kuttab Syeikh Hamid Abu Zuwail. Al-Qaradhawi juga telah menghafal kitab al- Tuhfat yang berisi hukum-hukum tajwid. Sejak itu juga, beliau menjadi imam solat dan penduduk kampung amat menyukai bacaanya ketika bersembahyang. Mereka selalu menyuruh beliau menjadi imam terutama solat Subuh dan sejak itu mereka mengelarkannya sebagai ‘syeikh Yusuf’ . Pada masa itu, umurnya berusia 10 tahun.

Apabila tamat madrasah Ilzamiyyah, beliau melanjutkan pelajaran ke Maahad Rendah Tanta (madrasah ibtida’ittah) selama 4 tahun dan di Maahad Menengah (madrasah thanawiyya) selama lima tahun.Maahad ini terletak dibawah penguasaan al-Azhar.Menurut al-Qaradhawi, pada mulanya bapa saudaranya enggan menghantar beliau ke sekolah maahad al-Azhar kerana ia memakan masa yang lama apatah lagi banyak graduannya menganggur ketika itu. Bapa saudaranya inginkan beliau menamatkan pelajaran dan cepat mendapat pekerjaan atau menjadi peniaga yang berjaya. Tetapi takdir allah yang menentukan apabila ada seorang syeikh yang datang melawat kampung shafat al-Turab dan menyarankan kepada bapa saudara bahawa wajib beliau menghantar saya ke al-Azhar. Saat itulah yang merubah kehidupan al-Qaradhawi dan menjadi salah seorang pelajar di Maahad Agama Tanta dengan memakai pakaian rasmi al-al-Azhar iaitu jubah dan serban merah.

Semasa di Maahad Tanta, al-Qaradhawi mulai banyak membaca buku. Ia tidak hanya membatasi diri untuk membaca buku-buku silibus sahaja, tetapi buku-buku yang lain untuk meluaskan ufuk pemikiran dan menghilangkan kehausan terhadap ilmu pengetahuan. Untuk itu, al-Qaradhawi mendapatkan buku-buku tersebut melalui perpustakaan Dar al-Kutub Tanta atau menyewanya dari perpustakaan Fak al-azmah. Pada masa ini, bacaan al-Qaradhawi lebih tertumpu kepada dunia kesusasteran Arab dengan membaca buku-buku karya al-Manfaluti, Mustafa al-Sadiq al-Rafa’i Taha Husain, Abbas Aqqad dan Ahmad Amin. Di Maahad Agama Tanta, al-Qaradhawi belajar dengan al-Bahi al-Khuli, Syeikh Mahmud al-Diftar dan Syeikh Mutawalli Sya’rawi.

Semasa beliau belajar di Maahad Agama Tanta peringat rendah, ibunya telah meninggal dunia. Ketika itu beliau berusia 15 tahun. Setelah tamat Maahad Tanta, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar.

Pada tahun 1952/1953, beliau berjaya menyelesaikan kuliah di Fakulti Usuluddin. Beliau tamat dengan menjadi pelajar terbaik dari 180 orang mahasiswa. Yusuf kemudiannya mengambil pengkhususan di fakulti Bahasa Arab selama dua tahun. Beliau memperolehi ijazah sarjana dan diploma pendidikan dengan pangkat pertama daripada 500 orang mahasiswa. Pada tahun 1957, beliau menyambung pelajaran ke Akademi Kajian Bahasa Arab Tinggi yang dikelolakan oleh Liga Arab sehingga memperolehi diploma Bahasa Arab dan Sastera.

Dalam waktu yang sama, Yusuf mendaftar calon ijazah tinggi di Fakulti Usuluddin dalam bidang tafsir dan hadith sehingga menamatkan pengajian pada tahun 1960. Kemudian, beliau menyiapkan diri untuk mendapatkan untuk mendapatkan Ph.D dalam fiqh al-Zakat yang diwajibkan untuk diselesaikan dalam masa dua tahun. Oleh kerana keadaan politik Mesir cukup gawat ketika itu, beliau terpaksa menanguhkan pengajiannya selama 13 tahun. Akhirnya pada tahun 1973, beliau berhasil memperolehi ijazah Ph.d. Tesis tersebut mendapat pujian dan menjadi kebanggaan kebanyakan ulamak termasuk Mawdudi dan Muhammad Mubarak.

Peribadi yang mempengaruhi al-Qaradawi

Menurut Yusuf al-Qaradhawi bahawa peribadi yang banyak memberi kesan kepada kehidupannya sama ada dalam pemikiran dan spiritual ialah Hassan al-Banna, pengasas gerakan Ikhwan Muslimun. Semasa itu, Hassan al-Banna di Kaherah dan al-qaradawi masih lagi menuntut di Tanta. Walaupun begitu, beliau telah mendengar ucapan al-Banna di Tanta beberapa kali dan membaca tulisannya. Yusuf menyifatkan al-Banna sebagai pendakwah yang agung dn mepunyai keperibadian yang sederhana sama ada dalam penulisan atu percakapan. Yusuf menceritakn bahawa beliau mendengar ceramah al-banna semasa menuntut di mahaad Agama peringkat rendah sempena sambutan Hijrah. Maka didapati ucapannya begitu mudah sehingga saya boleh menghafaznya pada hari itu.Beliaua mempunyai ilmu yang luas. Dalam majalah al-Shahab, al-Banna menulis mengenai tafsir, akidah, mustalah hadith, sejarah Islam dan system-sistem kemasyaratan. Tulisan-tulisan itu ditulis dengan baik dan asli.

Antara kesan al-Banna kepada jiwanya itu, beliau menulis buku al-Tarbiah al-Islamiyyah wa madrasah Hassan al-Banna. Al-Qaradhawi juga membawa contoh-contoh mujahid besar ini dalam banyak tulisan-ulisannya terutama dalam bidang dakwah. Dalam buku fiqh al-Awwalawiyyat, Yusuf membawa contoh keutamaan dakwah yang dilakukan oleh al-Banna.

Dalam buku al-Tarbiah al-Islamiyyah, al-Qaradhawi menulis mengenai asas-asas pendidikan yang telah dilakukan oleh al-Banna. Al-Qaradawi menyebutkan al-Banna seorang pembina bukan penghancur. Seorang yang bekerja danbukan seorang yang hanya bercakap, seorang yang melihat realiti dan bukan seorang yang suka berkhayal.Malahan menurut al-Qaradhawi, tarbiah Ikhwan merupakan tarbiah yang terbaik kerana ia berteraskan asas pendidikan Islam yang sempurna.

Selain al-Banna, al-Qardhawi juga cukup mengagumi tokoh seperti Ustaz al-Bahi al-Khuli dan Muhammad al-Ghazali. Kedua-dua tokoh tersebut merupakan tokoh yang mendapat didikan daripada gerakan Ikhwan. Menurut al-Qaradhawi bahawa didikan gerakan Ikhwan lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada pendidikan formal yng dipelajarinya di al-Azhar dan giuru-gurunya dengan tidak menafikan sumbangan mereka dalam membentuk peribadi dn keilmunnya.

Ustaz al-Bahi al-Khuli merupakan orang yang bertanggungjawab mendiduk al-Qaradhawi dalam gerakan ikhwan kerana beliau merupakan ketua markaz Ikhwan bagi kawasan al-Gharbiyah. Beliau sering menyampaikan ceramah-ceramah umum di markaz ikhwan. Hasil ceramah yang beliau sampaikan itu kemudian dihimpunkan menjadi sebuah buku yang berjudul tazkirah al-du’at. (Peringatan buat Juru dakwah). Al-Qaradhawi bergabung bersama dengan al-Bahi al-Khuli dalam halaqah yang diberi nama Kutaibah al-Zabih. Yang dimaksudkan dengan al-Zabih adalah nabi Allah Ismail yang bersama ayahnya nabi Ibrahim membina Kaabah. Antara yang menyertai halaqah ini ialah Ahmad Asal, Muhmmad Damardasy Murad, Abdul Azim al-Dib, Abdul Wahab al-Batattanuni. Halaqah ini diadakan pada setiap hari Isnin selepas solat subuh. Sementara ini, sebelum fajar subuh mereka melakukan amalan –amalan kerohanian sehingga merasai kenikmatan dan sausana ketuhanan yang sangat tinggi. Begitu juga, hubungan al-Qaradhawi dengan Muhammad al-Ghazali amat rapat dan perkenalan mereka bermula sejak al-Qaradhawi masih lagi menuntut di Tanta.

Dalam bidang akademik, beliau terpengaruh dengan Muhamad Abdullah Darraz. Menurut al-Qaradhawi, Muhammad Darraz ini mempunyai keluasan ilmu dan pemikiran Islam yang asli terutama dalam buku-bukunya seperti falsafah al-Akhlaq fi al-Quran.Begitu juga beliau mepunyai hubungan khusus dengan Syeikh Mahmud Syaltut sebelum beliau menjadi Syeikh al-Azhar dan juga dengan syeikh Abdul Halim Mahmud yang mengajar subjek falsafah kepada beliau.Al-Qaradhawi bersama rakan-rakannya sentiasa berjumpa dan menziarahi Mahmud Syaltut dan Abdul Halim Mahmud untuk berbincang mengenai Islam dengan mereka.Pada tahun empat kuliah Usuluddin, Abdul Halim Mahmud mengajar al-Qaradhawi dalam subjek tasauf dengan rujukan khusus kepada buku al-Munqidh min al-Dalal karya Imam al-Ghazali.

Di al-Azhar beliau jug belajar dengan Muhmmad Mukhtar Badir dan Muhammad Amin Abu al-Raus kedua-dua merupakan guru tafsir, Muhammad Ahmadain dan Abu Hamid al-Sazali guru dalam bidang ilmu hadith, Salih Ashraf al-Isawi, Muhammd Yusuf dan al-Syafi’i al-Zawahiri, guru dalam bidang ilmu tauhid, Dr. Muhammad Ghalab guru dalam bidang ilmu falsafah dan Tayyib al-Najjar guru dalam bidang Usul Fiqh.

Mereka merupakan guru-guru-guru al-Qaradhawi yang banyak mempengaruhi kehidupan ilmiahnya. Namun seperti pengakuannya, beliau bukanlah carbon copy atau kehilangn identiti diri meskipun mengagumi ketokohan mereka. Merek hanya sekadar pemberi inspirasi, model dan rujukan dari segi pemikiran dn tingkah laku sahaja. Beliau menyebutkan bahawa anatara kurnian Allah kepada saya ialah saya mengagumi seseorang tetapi tidak menjadikan saya seorang yng membuta tuli mengikutnya atau hilang identiti diri. Saya -bersyukur kepada Allah- bukan ciplakan daripada salah seorang daripada mereka, saya hanya mengmbil pemikiran atau tingkah laku dalam peribadi yang saya kagumi.

Antara peribadi yang memberi kesan kepada jiwanya juga ialah Syeikh Rashid Rida, pengarang al-Manar. Walaupun beliau tidak pernah berjumpa tetapi pemikiran Rashid Rida menyebabkan al-Qaradhawi mengaguminya. Rashid Rida seorang juru islah abad ini yang mengemukakan idea-idea baru untuk umat Islam maju. Beliau menyarankan islah, tajdid, ijtihad dan kembali kepada al-Quran dan al-sunnah dan manhaj salafi. Beliau juga terpengaruh dengan Imam al-Ghazali, Ibn Taimiyyah dan Ibn Qaiyim.

Dalam kebanyakkan penulisannya, al-Qaradawi, beliau sering menukilkan kata-kata ketiga-tiga tokoh tersebut. Beliau menyebutkan bahawa semasa awal kehidupannya, beliau begitu mengagumi Imam Abu Hamid al-Ghazali yang mana kitab al-Ihya merupakan buku pertama yang dibaca semasa kecil, kemudian membaca buku-buku peninggalan Ibn Taimiyyah, maka beliau mengaguminya. Ia memberi kesan kepada pemikiran dan jiwanya. Ia merupakan peribadi yang menberi pemikiran pertama kepadanya.. Beliau juga mengagumi anak muridnya Imam Ibn Qaiyim.. Walaupun beliau mengagumi kedua-dua tokoh tersebut, ia tidak menghalang untuk berbeza dalam setengah-setengah isu sepertimana kedua-dua tokoh tersebut berbeza pendapat dengan orang-orng terdahulu daipada mereka.

Sejak muda lagi, al-Qardhawi didedahkan dengan tokoh-tokoh islah dan mujadid Islam yang besar sama ada melalui hubungan secara individu tersebut atau melalui bacaan tulisan-tulisan tokoh tersebut. Secara kesimpulannya, kita dapati orang yang ingin menjadi tokoh besar kemudian hari, kehidupannya bermula sejak muda lagi. Al-Qaradhawi telah mengenali tokoh-tokoh besar Islam sejak dalam usia yang terlalu muda.

Sumber:
http://www.mindamadani.my/content/view/102/2

Dr Yusuf Al-Qaradawi, Tokoh Maal Hijrah 1431H

PUTRAJAYA: Pengerusi Kesatuan Ulama Sedunia, Prof Dr Yusuf al-Qaradawi, hari ini dipilih sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Antarabangsa sempena sambutan Maal Hijrah 1431/2009.

Anugerah kali kelapan itu disampaikan oleh Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1431 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Sebagai penerima, Yusuf memperoleh wang tunai sebanyak RM100,000, sebuah plak, pingat dan sijil penghargaan.

Yusuf adalah ulama, pemikir, sarjana dan merupakan golongan intelek kontemporari pada abad ini.

Dalam ucapannya, tokoh ilmuwan kelahiran Mesir itu berkata, beliau menghargai anugerah yang diberikan kepadanya namun apa yang lebih utama ialah kekagumannya terhadap kebangkitan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang menjadi kebanggaan umat di seluruh dunia.

“Hubungan dan perkenalan saya dengan Malaysia bukanlah baru hari ini atau pun semalam, malah ia adalah satu hubungan yang telah bermula sejak setengah kurun yang lalu.

“Saya mempunyai hubungan yang akrab dengan individu, ulama dan institusi di sini,” katanya selepas menerima anugerah berkenaan.

Menurutnya, beliau telah beberapa kali datang ke negara ini atas jemputan universiti dan masjid-masjid serta berjumpa dengan sebilangan guru-guru selain pelajar-pelajar.

“Saya juga telah sampai ke beberapa buah negeri di sini sehingga pernah satu ketika saya dibawa menaiki pewawat tentera bagi memudahkan saya sampai ke negeri yang dilawati dengan lebih cepat.

“Saya juga ada bertemu dengan pihak pemerintah sama ada daripada Umno mahupun PAS serta saya pernah menerima anugerah daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM),” ujarnya.

Menyusuri kisah hidupnya, tokoh ilmuwan ini telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar sehingga ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) dalam fiqh al-Zakat pada tahun 1973.

Yusuf sangat terpengaruh dengan pemikiran Imam al-Ghazali, Ibnu Taimiyah dan Ibnu Qayyim.

Dalam kebanyakan penulisannya, beliau sering mengambil pendapat tiga tokoh berkenaan

Beliau mempunyai sifat dan peribadi yang unggul serta telah memberi sumbangan yang besar dalam perkembangan syiar Islam dan juga pembangunan ummah.

Sehingga 2008, seramai 19 orang dari pelbagai latar belakang dan kerjaya dikurniakan anugerah tersebut.

Antaranya ialah Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi dan Dr Wahbah Az-Zuhaili.

Sumber:
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/12/18/mstar_berita/20091218160800&sec=mstar_berita

Jumat, Desember 18, 2009

Majlis Muhadharah Perdana 2009 Bersama Dr Yusuf Al-Qaradawi

Tarikh
19 Disember 2009 (Sabtu)

Masa
9.00 pagi - 11.30 pagi

Tempat
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

9.00 pagi Kehadiran

9.20 pagi Ketibaan Menteri

9.25 pagi Bacaan doa

9.30 pagi Ceramah Dr Yusuf al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Sedunia

10.45 pagi Ucapan Menteri

11.30 pagi Bersurai

Semua dijemput hadir.

Rabu, Desember 16, 2009

Imam Bukhari - Mawaddah

Hayati lagu ini... (Video kreativiti saya)



Wahai tokoh muda harapan agama, bangsa dan negara
Mari bersama kita contohi pemuda bertaqwa
Oh Imam al-Bukhari anak yatim yang rajin dan gigih
Waktu muda sudah menjadi ulama

Sedari kecil diperkenalkan kepada Tuhan yang Maha Esa
Di besarkan dan dididik oleh ibu yang solehah

Oh Imam al-Bukhari banyak jasamu kepada perjuangan Islam menghimpun hadis Nabi
Sebagai panduan
Engkau perkenalkan kami kepada Rasul yang Mulia

Wahai pemuda harapan bangsa, agama dan negara
Mari ikuti langkah Imam al-Bukhari

Senin, Desember 14, 2009

Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi, Ulama & Pengarang Tafsir al-Aisar

Syeikh Abu Bakar Jabir al-Jazairi ialah seorang ulama hadis yang zuhud. Beliau dilahirkan di Algeria pada tahun 1342 H/1921 M. Ketika umurnya lebih kurang satu tahun, ayahnya telah meninggal dunia. Ibunya seorang yang soleh yang unggul dalam mendidik anak berdasarkan panduan Islam. Beliau belajar al-Quran ketika beliau masih kanak-kanak saat umurnya dua belas tahun. Beliau selesai awal pendidikan di rumah, kemudian dipindahkan ke ibu kota Algeria dan bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah.

Selama masa itu, beliau menghadiri pelajaran oleh At-Tayyab Abu Qir dan telah mendapat penerangan-penerangan dengan cahaya kepercayaan dalam tauhid dan sunnah Nabi saw.

Beliau juga menghafal matan kitab, ilmu lughah dan fiqh Maliki kemudian beliau melanjutkan pelajarannya ke kota lainnya sampai kemudian belajar di Madinah di Masjid Nabawi dan Makkah sehingga mendapat pengakuan (ijazah) dari para masyaikh di sana.

Diantara gurunya dinegerinya iaitu Syeikh Nu’aim An-Nu’aimi, Syeikh Isa Mu’tauqi dan Syaikh Thayib Al-Uqbi, sedangkan di Madinah ialah Syeikh Umar Bari, Syeikh Muhammad Al-Hafiz, Syeikh Muhammad Khoyal dan selainnya.

Ketika penjajahan Perancis dimulai pada tahun 1952, beliau pindah ke Madinah. Raja Saud bin Abdul Aziz adalah penguasa saat itu dan Universiti Islam Madinah yang telah dibina. Beliau pertama kali bekerja sebagai seorang guru di Madinah, kemudian ia bergabung dengan Universiti Madinah dan mengajar di sana iaitu di Darul Hadis Madinah hingga bersara. Beliau juga bekerja sebagai penasihat dan penolong di beberapa lembaga berkaitan dengan dunia muslim selama waktu itu.

Beliau menyerang ahli sufi dan tasauf yang sesat sebagai alasan mengapa umat Islam hilang dalam perjuangan melawan kolonialisme Eropah.

Karya-karyanya

Antara karya-karyanya yang terkenal:

1. Tafsir al-Aisar
2. Minhajul Muslimin
3. 90 Seruan Ilahi dalam Al-Quran

Tafsir al-Aisar ialah suatu kitab tafsir yang mudah difahami sebagaimana nama tafsir ini iaitu 'al-Aisar (termudah)', yang menggabungkan antara erti yang dimaksud dalam firman Allah Taala dengan huraian-huraian bahasa yang mudah, sehingga kalangan awam pun dapat dengan mudah memahaminya.

Kata-katanya

Mereka mengatakan: “Orang-orang tabligh membuat bid’ah berupa keluar di jalan Allah swt secara berjama’ah dan membatasi keluar tiga hari, 40 hari, dan empat bulan.

Syeikh Abu Bakar al-Jazairi katakan: Sesungguhnya keluar untuk memperbaiki diri adalah seperti keluar untuk menuntut ilmu dan hidayah. Juga seperti keluar untuk menda’wah manusia kepada Allah swt dan mengajar mereka hal-hal yang bermanfaat di dunia dan di akherat. Semuanya itu adalah keluar di jalan Allah swt, apabila dilandasi niat yang benar semata-mata untuk meraih ridha Allah swt, bukan untuk memperoleh harta dan pernghormatan atau hiburan, permainan dan kebatilan.

Adalah termasuk kelakuan bodoh atau pura-pura bodoh apabila ada orang yang mengingkari keluarnya Jama’ah Tabligh untuk kepentingan hidayah bagi manusia, mengajar mereka, memperbaiki diri mereka, dan mendidik ruhani mereka. Padahal Rasulullah SAW bersabda: “Satu pagi atau satu petang keluar di jalan Allah, lebih baik daripada mendapatkan dunia beserta seluruh isinya” Juga Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa mendatangi masjid ini semata-mata untuk kebaikan yang ia ajarkan atau ia pelajari, laksana mujahid (orang yang berjuang) fi sabilillah” [1] Dan masih banyak hadits lainnya yang shahih dan yang hasan yang mengajarkan dan memberikan semangat (dorongan) untuk keluar di jalan Allah SWT.

Alangkah mengherankannya perkataan mereka, bahwa keluarnya Jama’ah Tabligh adalah bid’ah. Dan lebih mengherankan lagi, mereka berhujjah bahwa “keluar fi sabilillah secara berjama’ah adalah bid’ah” dengan sangkaan bahwa Rasulullah SAW mengutus Mu’adz bin Jabal ke Yaman seorang diri saja, tidak berjama’ah. Mereka lupa atau tidak tahu bahwa Rasulullah SAW tidak mengutus Mu’adz sendirian, tetapi beliau mengutus juga Abu Musa Al-Asy’ari bersamanya. “Hendaklah kamu berdua menggembirakan mereka dan janganlah membuat mereka lari, hendaklah kamu berdua memudahkan mereka dan janganlah mempersulit mereka, dan bertolong-tolonglah kamu berdua dan jangan berselisih”

Dan beliau telah mengirim Ali Bin Abi Thalib RA dan Khalid bin Sa’id bin Al’Ash RA. Bersama mereka beliau mengirimkan rombongan besar untuk da’wah , ta’lim dan memutuskan perkara di antara manusia.

Tentang pembatasan masa keluar yang mereka (para penyerang) katakan sebagai bid’ah, adalah pengaturan da’wah sebagaimana peraturan sekolah dan universitas yang mengenal batasan masa belajar dan libur untuk menyiapkan bekal dan perbelanjaan selama masa keluar. Apakah dengan demikian orang-orang tabligh dianggap membuat bid’ah karena mereka mengatur hari-hari, untuk kepentingan da’wah dan khuruj fi sabilillah (keluar di jalan Allah SWT?

Subhanallah, mereka yang mengatakan demikian seperti dikatakan dalam syair: “Pandangan ridha atau senang selalu tumpul (buta) terhadap setiap aib, sedangkan benci selalu membongkar keburukan”

Apakah yang menyebabkan kemarahan kalian wahai hamba-hamba Allah? Seorang hamba Allah, menda’wah manusia kepada Allah, kemudian ia mendapat keridhaan untuk dirinya dan kepada saudaranya yang ia da’wahi. Jiwa mereka menjadi suci, hati mereka menjadi bersih dan akhlaq mereka menjadi mulia disebabkan mereka selalu mengucapkan kata-kata yang baik dan melakukan amal-amal yang sholeh.

Apakah yang menjadikan kalian marah, wahai hamba-hamba Allah? Semoga Allah SWT senantiasa menjaga kita. Kami tidak mengatakan bahwa dalam jama’ah tabligh ada suatu yang dapat dianggap sebagai penghalang manusia dari jalan Allah SWT. Alhamdulillah.
Dan orang-orang yang maksum hanyalah orang yang dijaga oleh Allah SWT. Dan supaya para pembaca yang ingin mencari kebenaran dan menghindari tujuan-tujuan rusak dan gambaran-gambaran yang salah mengetahui bahwa saya belum pernah keluar satu haripun bersama jama’ah tabligh, dan saya tidak bergabung dengan mereka.

Hal ini bukan karena adanya kesalahan-kesalahan mereka. Kesalahan jama’ah tabligh tidak dapat dihilangkan tanpa bekerja sama dengan mereka dan mengajar mereka hal-hal yang terkadang tidak mereka ketahui. Yang demikian itu karena kesalahan-kesalahan itu sangat sedikit dan pengaruhnya tidak berarti. Siapakah manusia yang tidak pernah berbuat salah selain para Nabi dan Rasul Alaihimush Shalatu Wassalam?

Yang menjadi penghalang kebenaran adalah karena kita mampu untuk berkorban, bersifat memberi, bertahan dengan ketabahan sebagaimana yang mereka lakukan.
Maka dari itu cukuplah bagi kita untuk memberi nasehat kepada mereka, memperbaiki kesalahan-kesalahan mereka dalam da’wah yang terlihat oleh kita dan menahan lisan kita dari mengkritik mereka dan menjelek-jelekkan mereka, sehingga kita tidak menjadi bagian dari orang-orang yang menghalangi manusia dari jalan Allah SWT.

Tetapi saudara-saudara kita, ketika merasa tidak mampu berbuat seperti apa yang telah diperbuat oleh orang-orang tabligh, lalu cenderung untuk mengkritik mereka, menjelek-jelekkan mereka, menyebutkan kejelekan mereka dan mengganggu mereka. Perbuat ini sangat tidak pantas. Semoga Allah SWT menolong kita.

Wafatnya

Beliau wafat pada tahun 1999.

(Terjemahan bebas daripada bahasa Inggeris dan dari pelbagai sumber)

Senin, Desember 07, 2009

Orang Alim dan Lautan

Seorang alim yang biasa merenungkan makna segala sesuatu, pergi ke lautan dan menanyakan mengapa lautan memakai pakaian biru, kerana warna ini ialah warna duka dan mengapa ia mendidih tanpa api?

Lautan menjawab pada manusia perenung itu, “Aku risau kerana terpisah dari sahabatku. Kerana kekuranganku, aku tak layak baginya, maka kukenakan pakaian biru ini sebagai tanda sesal yang kurasa. Dalam kesedihanku, pantai-pantai bibirku kering dan disebabkan api cintaku, aku berada dalam gebalau ini. Kalau dapat kuperoleh setitik saja air syurgawi dari al-Kausar, maka akan dapat kukuasai gerbang kehidupan kekal. Tanpa setitik ini aku akan mati kerana ghairah damba bersama ribuan yang lain, yang binasa dalam perjalanan.”

Petikan:
Mantiqu't Thair (Musyawarah Burung) karya Fariduddin Attar

Nasihat Tuan Guru Syafie Losong

Sedarilah wahai soleh, tidak seorang pun yang boleh terlepas daripada kejahatan syaitan kecuali sembilan perkara:
Pertama: Ilmu
Kedua: Makrifat
Ketiga: Menyucikan diri
Keempat: Solat pada malam hari
Kelima: Berlapar pada waktu siang hari
Keenam: Takut kepada Allah Taala
Ketujuh: Sentiasa berair wuduk
Kelapan: Sentiasa berzikir
Kesembilan: Solat

Hakikat Bahagia - UNIC

Hayatilah lagu ini...



Bahagia itu dari dalam diri
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata di dasar hati

Bahagia itu ada pada hati
Bertakhta di kerajaan diri
Terbenam bagai mutiara di lautan nurani

Bahagia itu ada di jiwa
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu adalah suatu ketenangan

Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Lagu: Putra Aiman
Lirik: Pahrol Mohd Juoi

Selasa, Desember 01, 2009

Masa Depan Islam oleh Syeikh Al-Albani

Oleh
Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani

Allah SWT berfirman:

“Dialah yang telah mengutus RasulNya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai.” [At-Taubah: 33]

Kita patut merasa gembira dengan janji yang telah diberikan oleh Allah SWT melalui firmanNya itu, bahawa Islam dengan kearifan dan kebijaksanaannya mampu mengalahkan agama-agama lain. Namun tidak sedikit yang mengira bahawa janji tersebut telah terwujud pada masa Nabi saw, masa Khulafaur-Rasyidin, dan pada masa-masa khalifah sesudahnya yang bijaksana. Padahal kenyataannya tidak sedemikian. Yang sudah terealisasi saat itu hanyalah sebahagian kecil dari janji di atas, sebagaimana diisyaratkan oleh Rasul saw melalui sabdanya:

“Malam dan siang tidak akan sirna sehingga Al-Lata dan Al-’Uzza telah disembah. Lalu Aisyah bertanya: “Wahai Rasul, sungguh aku mengira bahawa tak kala Allah menurunkan firman-Nya: “Dia-lah yang telah mengutus Rasul-Nya (dengan membawa) petunjuk (Al-Qur’an) dan agama yang benar untuk dimenangkan-Nya atas segala agama, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukai,” hal itu telah sempurna (realisasinya).” Beliau menjawab: “Hal itu akan terealisasi pada saat yang ditentukan oleh Allah”.” [1]

Banyak hadis-hadis lain yang menjelaskan masa kemenangan Islam dan tersebarnya ke berbagai penjuru. Dari hadits-hadits itu tidak diragukan lagi bahawa kemenangan Islam di masa depan semata-mata atas izin pertolongan Allah swt dengan catatan harus tetap kita perjuangkan, itu yang penting. Berikut ini akan saya tampilkan beberapa hadits yang saya harapkan dapat membakar semangat para pejuang Islam dan dapat dijadikan argumentasi untuk menyedarkan mereka yang fatalis tanpa mahu berjuang sama sekali.

Pertama: “Allah swt telah menghimpunkan (mengumpulkan dan menyatukan) bumi ini untukku. Oleh kerana itu, aku dapat menyaksikan belahan bumi Barat dan Timur. Sungguh kekuasaan umatku akan sampai ke daerah yang dikumpulkan (diperlihatkan) kepadaku itu.” [2]

Ada hadits-hadits lain yang lebih jelas dan luas yaitu:

Kedua: “Sungguh agama Islam ini akan sampai ke bumi yang dilalui oleh malam dan siang. Allah tidak akan melewatkan seluruh kota dan pelosok desa, kecuali memasukkan agama ke daerah itu, dengan memuliakan yang mulia dan merendahkan yang hina. Yakni memuliakannya dengan Islam dan merendahkannya dengan kekufuran.” [3]

Tidak diragukan lagi bahawa tersebarnya agama Islam kembali kepada umat Islam sendiri. Oleh kerana itu mereka harus memiliki kekuatan moral, materi dan persenjataan hingga mampu melawan dan mengalahkan kekuatan orang-orang kafir dan orang-orang durhaka. Inilah yang dijanjikan oleh Nabi saw:

Ketiga: “Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Qubail. Ia menuturkan: “(Pada suatu ketika) kami bersama Abdullah Ibnu Amer Ibnu Al-Ash. Dia ditanya tentang mana yang akan terkalahkan lebih dahulu, antara dua negeri, Konstantinopel atau Romawi. Kemudian ia meminta petinya yang sudah agak lusuh. Lalu ia mengeluarkan sebuah kitab.” Abu Qubail melanjutkan kisahnya: Lalu Abdullah menceritakan*: “Suatu ketika, kami sedang menulis di sisi Rasulullah saw. Tiba-Tiba beliau ditanya: “Mana yang terkalahkan lebih dahulu, Konstantinopel atau Romawi?” Beliau menjawab: “Kota Heraclius-lah yang akan terkalahkan lebih dulu.”. Maksudnya adalah Konstantinopel.” [4]

Kata Rumiyyah dalam hadis di atas maksudnya adalah Roma, ibu kota Itali sekarang ini, sebagaimana bisa kita lihat di dalam Mu’jamul Buldan (Ensiklopedia Negara).

Sebagaimana kita ketahui, bahawa kemenangan pertama ada di tangan Muhammad al-Fateh Al-Usmani. Hal ini terjadi lebih dari lapan ratus tahun setelah Nabi saw menyabdakan hadits di atas. Kemenangan kedua pun akan segera terwujud atas seizin Allah swt, sebagaimana firmanNya:

“Dan sesungguhnya kamu akan mengetahui (kebenaran) berita Al-Qur’an setelah beberapa waktu lagi.” [Shaad: 88]

Tidak diragukan lagi bahawa kemenangan kedua mendorong adanya kebutuhan terhadap Khilafah yang tangguh. Hal inilah yang telah diberitakan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya:

Keempat: “Kenabian telah terwujud di antara kamu sesuai dengan kehendak Allah. Kemudian Dia akan menghilangkannya sesuai dengan kehendak-Nya, setelah itu ada khalifah yang sesuai dengan kenabian tersebut, sesuai dengan kehendak-Nya pula. Kemudian Dia akan menghapusnya juga sesuai dengan kehendak-Nya. Lalu ada raja yang gigih (berpegang teguh dalam memperjuangkan Islam), sesuai dengan kehendak-Nya. Setelah itu ada seorang raja diktator bertangan besi, dan semua berjalan sesuai dengan kehendak-Nya pula. Lalu Dia akan menghapuskannya jika menghendaki untuk menghapusnya. Kemudian ada khalifah yang sesuai dengan tuntunan Nabi. Lalu Dia diam.” [5]

Selanjutnya hadits yang berisi berita gembira dari Nabi saw mengenai kembalinya kekuasaan kepada kaum Muslimin dan tersebarnya pemeluk Islam di seluruh penjuru dunia hingga dapat membantu tercapainya tujuan Islam dan menciptakan masa depan yang prospektif dan membanggakan hingga meliputi bidang ekonomi dan pertanian. Hadits yang dimaksud adalah sabda Nabi saw:

“Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum tanah Arab menjadi tanah lapang yang banyak menghasilkan komoditas penting dan memiliki pengairan yang memadai.” [6]

Berita-berita gembira itu mulai terealisasi di beberapa kawasan Arab yang telah diberi karunia oleh Allah berupa alat-alat untuk menggali sumber air dari dalam gurun pasir. Di sana bisa kita lihat adanya inisiatif untuk mengalirkan air dari sungai Eufrat ke Jazirah Arab. Saya membaca berita ini dari beberapa surat kabar lokal. Hal ini mungkin akan menjadi kenyataan. Dan selang beberapa waktu kelak, akan benar-benar terwujud dan bisa kita buktikan.

Selanjutnya yang perlu diketahui dalam hubungannya dengan masalah ini adalah sabda Nabi saw:

“Tidak akan datang kepadamu suatu masa, kecuali masa sesudahnya akan lebih buruk, sampai kalian bertemu dengan Tuhanmu (yakni datangnya hari kiamat).” [7]

Hadits ini selayaknya dipahami dengan membandingkan hadits-hadits lain yang terdahulu dan hadits lain (yang ada hubungannya). Seperti halnya hadits-hadits tentang Mahdy dan turunnya Nabi Isa as. Hadits-hadits itu menunjukkan bahawa hadits ini tidak mempunyai arti secara umum, tetapi mempunyai arti khusus (sempit). Oleh kerana itu, kita tidak boleh memahaminya secara umum (apa adanya), sehingga menimbulkan keputusan yang merupakan sifat yang harus dibuang jauh dari orang mukmin. Sebagaiman firman Allah swt:

“Hai anak-anakku, pergilah kamu, maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya, dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” [Yusuf: 87]

Saya senantiasa memohon ke haribaan Allah swt, semoga Dia berkenan menjadikan kita sebagai orang-orang yang benar-benar mukmin.

Nota Kaki:

[1] Hadits tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Imam-Imam yang lain. Saya (Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani) telah mentakhrijnya di dalam kitab saya Tahdzirus Sajid Min Ittikhadzil Qubur Masajida. (Peringatan Bagi yang Sujud Untuk Tidak Menjadikan Makam Sebagai Masjid) (hal: 122)

[2] Hadits tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim (8/171), Imam Abu Dawud (4252), Imam Turmudzi (2/27) yang menilainya sebagai hadits shahih, Imam Ibnu Majah (2952) dan Imam Ahmad dengan dua sanad. Pertama berasal dari Tsauban (5/278) dan kedua dari Syaddad bin Aus (4/132), jika memang haditsnya mahfuzh (terjaga).

[3] Hadits ini diriwayatkan oleh sekelompok imam yang telah saya sebutkan di dalam kitab At Tahdzir (hal. 121). Sementara Imam Ibnu Hibban meriwayatkannya di dalam kitab Shahih-nya (1631, 1632). Sedang Imam Abu ‘Arubah meriwayatkannya di dalam kitab Al-Muntaqa minat-Thabaqat (2/10/1).

[4] Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad (2/176), Ad-Darimi (1/126), Ibnu Abi Syaibah dalam Al-Mushon (2/47,153), Abu Amer Ad-Dani di dalam As-Sunanul Waridah fil-Fitan (Hadits-hadits tentang fitnah), Al-Hakim (3/422 dan 4/508) dan Abdul Ghani Al-Maqdisi dalam Kitabul Ilmi (2/30). Abdul Ghani bahawa hadits itu hasan sanadnya. Sedangkan Imam Hakim menilainya sebagai hadits shahih. Penilaian Al-Hakim itu juga disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi.

[5] Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad (4/273). kami mendapatkan riwayat dari Sulaiman bin Dawud Ath-Thayalisi, juga dari Dawud bin Ibrahim Al-Wasithi, Hubaib bin Salim, dan Nu’man bin Basyir yang mengisahkan, “Kami sedang duduk-duduk di masjid. Basyir adalah seorang yang sering menyembunyikan haditsnya. Lalu datanglah Abu Tsa’labah Al-Khasyafi dan bertanya: “Wahai Basyir bin Sa’id, apakah Engkau menghafal hadits Rasul tentang Umara’?” Tetapi Khudzaifahlah yang justru menjawab: “Saya menghafal khutbahnya.”"
Mendengar itu kemudian Abu Tsa’labah duduk, sementara Khudzaifahlah selanjutnya meriwayatkan hadits itu secara marfu’.

Hubaib mengomentari dengan bercerita: “Tak kala Umar bin Abdul Aziz mulai tampil dan saya mengetahui bahawa Yazid bin Nu’man bin Basyir menjadi pengikutnya, maka saya menulis surat kepadanya, berisikan tentang hadis ini. Saya memperingatkan dengan mengatakan kepadanya: Saya berharap agar beliau (Umar bin Abdul Aziz) benar-benar bisa menjadi Amirul Mu’minin setelah adanya raja yang gigih memperjuangkan agama sebelum dia naik takhta. Lalu surat saya itu disampaikan kepada Umar bin Abdul Aziz. Dia merasa gembira dan mengaguminya.”
Melalui sanad Ahmad, hadits ini juga diriwayatkan oleh Al-Hafidz Al-Iraqi di dalam Mahajjatul Ghurab ila Mahabbatul-Arab (2/17). Selanjutnya Al-Hafidz mengatakan:

“Status hadits ini shahih. Ibrahim bin Dawud Al-Wasithi dinilai tsiqah (baik akhlaknya dan kuat ingatannya) oleh Abu Dawud, Ath-Thayalisi dan Ibnu Hibban. Sedangkan perawi-perawi yang lain bisa dibuat hujjah di dalam menetapkan hadits shahih.”

Yang dimaksudkan Al-Hafizh ini adalah yang terdapat di dalam kitab Shahih Muslim, tetapi mengenai Hubaib oleh Al-Bukhari dinilainya dengan “fihi nadharun” (ungkapan yang menunjukkan masih diragukannya keabsahan seorang perawi). Sedangkan Ibnu Addi mengatakan: Dalam matan hadits yang diriwayatkannya (Hubaib) tidak terdapat hadits mungkar (hadits yang ditolak), tetapi ia telah memutarbalik sanadnya (mudhtharib). Akan tetapi Abu Hatim, Abu Dawud dan Ibnu Hibban menilainya tsiqah. Oleh kerana itu, setidak-tidaknya nilai haditsnya adalah hasan. Bahkan Al-Hafizh menilainya “La’ba sabihi” (lafazh ta’dil tingkat ke-empat). Perawi yang dinilai dengan lafazh pada tingkat ini haditsnya bisa dipakai, tetapi harus dilihat kesesuaiannya dengan perawi-perawi lain yang “dhabit” (kuat ingatannya), sebab lafazh itu tidak menunjukkan ke-dhabit-an seorang perawi (Penerj.).

Hadits yang senada (Asy-Syahid) disebutkan di dalam musnad karya Ath-Thayalisi (nombor: 438): “Saya diberi riwayat oleh Dawud Al-Wasithi -ia adalah orang yang tsiqah-, ia menceritakan: “Saya mendengar hadits itu dari Hubaib bin Salim. Tetapi dalam matan hadits tersebut ada yang tercecer matannya. Tapi kemudian ditutup (dilengkapi) dengan hadits dari Musnad Ahmad.”"

Al-Haitsami di dalam kitabnya Al-Majma’ (5/189) menjelaskan: “Hadits tersebut diriwayatkan oleh Imam Ahmad, sedangkan Al-Bazzar juga meriwayatkan, namun lebih sempurna lagi. Imam Ath-Thabarani juga meriwayatkan sebagian dalam kitabnya Al-Ausath dan perawi-perawinya adalah tsiqah.”

Dengan demikian menurut saya, kecil sekali kemungkinannya hadits tersebut diriwayatkan oleh Umar bin Abdul Aziz, sebab masa pemerintahannya adalah setelah masa Khulafaur-Rasyidin, yang jaraknya setelah dua masa pemerintahan dua orang raja.**

[6] Hadits tersebut diriwayatkan oleh Imam Muslim (3/84), Imam Ahmad (2/703, 417), dan Imam Hakim (4/477), dari hadits Abu Hurairah.

[7] Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam Al-Fitan, dari hadits Anas, secara marfu’.

*Perkataan Abdullah ini juga diriwayatkan oleh Abu Zur’ah di dalam bukunya Tarikhu Damsyiq (Sejarah Damaskus 1/96). Di situ juga ditunjukkan bahawa hadits tersebut juga ditulis pada masa Rasulullah saw.

**Sedangkan hadits yang diriwayatkan oleh Ath-Thabrani di dalam kitabnya Al-Ausath yang bersumber dari Mu’adz bin Jabal secara marfu’ adalah dhaif. Bunyinya adalah: “Tiga puluh kenabian dan satu orang raja, dan tiga puluh raja dan satu Jaburut (Raja bertangan besi) sedangkan setelah itu tidak ada kebaikan sama sekali”.

Sumber:
Silsilah Hadis Sahih, Buku 1 oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani, halaman 17-24

Patani, Kezaliman yang Tidak Berperikemanusiaan yang Dilakukan Ke Atas Umat Islam Thailand

Lebih dari 36,000 umat Islam telah dibunuh setakat ini dalam pembunuhan di Patani. Jumlah mereka yang cedera dan cacat adalah jauh lebih tinggi. Umat Islam Patani masih berjuang bagi mempertahankan identiti keIslaman mereka.

Kawasan pergunungan dan perhutanan Patani adalah yang terkaya di Thailand, dan ia menjadi sumber 35 peratus daripada keseluruhan eksport negara. Namun demikian, umat Islam Patani, yang mem­bentuk kira-kira 10 peratus daripada keseluruhan populasi seramai 55 juta orang, sedang ditekan dan ditindas sejak 200 tahun, dan kini sedang berhadapan dengan polisi genocide.

Penderitaan umat Islam Patani yang pertama bermula pada tahun 1782 apabila Dinasti Rama mula berkuasa di Patani. Dinasti ini memindahkan ibu negaranya ke Bangkok dan seterusnya mewujudkan sebuah sistem pentadbiran moden. Pada waktu itu, pergaduhan berlaku di antara umat Islam Patani dan masyarakat tempatan yang dikenali sebagai orang-orang Siam, dan ia berlarutan selama beberaa hari. Banyak bandar-bandar Pattani yang habis dibakar, ibu pejabat militarinya dimusnahkan, dan kira-kira 4,000 orang umat Islam Patani dipenjarakan oleh Siam sepanjang tempoh berlakunya pergaduhan itu.

Siam dengan kejam mendera mereka yang dipenjarakan, membawa mereka ke Bangkok dengan mengikat di antara satu sama lain dengan tali yang yang dikenakan pada telinga dan kaki mereka dengan menggunakan jarum, dan memaksa mereka bekerja mengorek terowong tanpa diberikan sebarang peralatan dan perkakasan. Sultan Patani turut dibunuh dengan kejam oleh Siam. Thailand telah terbahagi kepada 7 kawasan selepas peperangan, dan Patani dipaksa membayar cukai, dan berada selama 70 tahun yang berikutnya di bawah kawalan Siam. Umat Islam Patani mendakwa bahawa mereka bukannya berbangsa Siam, dan mereka juga bukannya berbangsa Thailand, tetapi lebih kepada Indonesia dan Malaysia. Sebenarnya, mereka menggunakan Bahasa Melayu, iaitu bahasa umat Islam Malaysia. Walaupun bahasa tersebut telah ditulis dalam huruf Arab selama beratus-ratus tahun, mereka telah dipaksa untuk meng­gunakan huruf Roman oleh kerajaan Thailand.

Pada tahun 1909, Siam menganugerahkan kepada Pattani sesuatu yang konon­nya dipanggil kemerdekaan, walaupun polisi menindas kerajaan Thailand tidak ber­ubah sama sekali. Umat Islam Pattani bangkit bagi menuntut kemerdekaan se­benar selama berkali-kali, tetapi pasti dikalahkan de­ngan kejam sekali, lalu me­nyebabkan mereka ber­hijrah beramai-ramai ke Malaysia.

Para pemerintah Thai terus menjalankan polisi mene­kan dan asimilasi yang bertujuan untuk me­ma­dam­kan identiti Islam Pattani. Tindakan yang pertama ber­laku pada tahun 1932, apabila pertubuhan-pertubuhan pendidikan Islam telah di­haramkan dari menjalankan sebarang kegiatan. Polisi penghapusan yang lebih besar telah dimulakan pada tahun 1944, dan mengakibatkan umat Islam Pattani dan ahli keluarga mereka dibunuh dengan kejam oleh para penganut Budda. Pengamalan rukun-rukun Islam dilarang sama sekali, dan ajaran Budda mula disebarkan kepada masyarakat. Ajaran Buddhisme menjadi wajib di sekolah-sekolah, dan para pelajar Islam dipaksa mengamalkan ajaran-ajaran Budda.

Selama bertahun-tahun, para pemerintah Thailand telah melakukan pembunuhan beramai-ramai ke atas umat Islam Pattani. Pada tahun 1944, 125 buah keluarga Islam yang tinggal di Belukar Samak telah dibakar hidup-hidup. Polisi-polisi asimilasi yang dilaksanakan oleh Thailand dapat dilihat dan dirasai dalam setiap aspek kehidupan. Banyak menara-menara yang diruntuhkan di Pattani.

Sebagai sebahagian daripada polisi asimilasi ini, keseimbangan demografi di kawasan Pattani turut diubah apabila orang-orang Budda digalakkan supaya berpindah ke sana. Patung Budda terbesar di Thailand telah ditegakkan di Pattani, dan umat Islam dipaksa supaya menyembahnya. Sesiapa yang enggan telah dibunuh atau dicampakkan ke Kota River.

Pada masa yang sama, tempat perlindungan pejuang kebebasan Pattani telah diruntuhkan oleh kerajaan Thailand dan beratus-ratus rakyat Pattani yang tidak bersalah telah didera. Para ulama Islam yang terkenal telah mati di bawah keadaan yang sangat mencurigakan di pusat-pusat kesihatan milik kerajaan Thailand. Pembunuhan dan kehilangan yang tidak berkesudahan sudah menjadi darah daging kehidupan.

Perjuangan bagi mendapatkan kemerdekaan oleh umat Islam Pattani, yang sedang mengalami penderitaan, bermula selepas Perang Dunia II dan berterusan sehingga ke hari ini.

Minggu, November 29, 2009

Imbasan Sejarah Penderitaan Palestin

Polisi ganas kerajaan Israel

Kekacauan dan penindasan di tanah rakyat Palestin masih berlaku sehingga kini, yang mana dahulunya sewaktu pemerintahan Empayar Uthmaniyyah, rakyat yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa dan bangsa dapat hidup dengan aman dan selamat selama lebih kurang 400 tahun. Penyembelihan dan pembunuhan yang di­lakukan dengan penuh kejam yang berterusan sehingga ke hari ini, bermula apabila kawasan tersebut jatuh ke dalam dominasi British dan ditambah pula dengan keinginan untuk me­wujudkan negara Yahudi yang merdeka.

Pokok utama yang menerangkan apa yang sedang berlaku di sana adalah kerana tanah Palestin dianggap suci oleh tiga agama langit. Walau bagaimanapun, mereka yang mempertahankan pandangan Zionis telah melakukan polisi yang bertujuan untuk meng­hapuskan yang lain, berbanding untuk men­jadikan kawasan suci itu berada dalam ke­adaan aman dan bersatu-padu. Zionis ber­pendapat bahawa orang-orang Yahudi me­rupakan "bangsa terbaik", yang telah dipilih oleh Tuhan dan semua manusia lain di dunia ini harus tunduk kepada mereka. Bagi Zionis­me, kepercayaan kepada "tanah yang di­janjikan" adalah sama penting dengan ke­dudukan mereka sebagai "insan terpilih." Berdasarkan kepada kepercayaan tersebut, orang-orang Yahudi mesti tinggal di kawasan tanah suci yang telah dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka. Kawasan ini yang bermula dari Sungai Nil ke Euph­rates, terdiri dari tanah-tanah milik rakyat Pa­lestin, dan Jerusalem pula terletak di tengah-tengah­nya. Zionisme percaya ba­hawa adalah menjadi hak asasi semula jadi rakyat Yahudi untuk tinggal di atas tanah yang di­janji­kan, dan segala macam bentuk kekejaman dan pe­nindasan boleh dilakukan untuk menghapuskan mana-mana pihak yang cuba menentang mereka. Kepercayaan dan pan­da­ngan terhadap perkauman menjadi sebab utama ke­pada ketidakadilan yang sedang berlaku di Palestin, dan juga kepada pem­bentukan polisi-polisi kejam dan penindasan yang dilakukan oleh Israel terhadap penduduk Pales­tin.

Bagi orang-orang Yahu­di, penubuhan negara Yahudi merdeka di atas tanah milik rakyat Palestin merupakan satu misi suci. Matlamat penting yang lain adalah untuk terus mengekalkan kewujudan negara tersebut, yang mana telah dibuat ada Mei 1948. Berdasarkan kepada pemerintah kerajaan Israel, ia hanya boleh dijamin dengan me­nam­bahkan populasi mereka di dalam wilayah Palestin dan seterusnya meluaskan lagi kawasan pendudukan mereka. Untuk merealisasikan hasrat tersebut, keseluruhan populasi Israel mesti diusir keluar dari tanah tersebut, ataupun dihapuskan sahaja. Sehingga kini sudah lebih separuh abad, negara Israel melakukan proses penghapusan jangka panjang rakyat Palestin, selaras dengan kepercayaan mereka.

Harus dijelaskan bahawa keinginan Yahudi untuk memiliki tanah air mereka sendiri adalah berjustifikasi sepenuhnya. Malah, wilayah Palestin merupakan bekas tanah air Yahudi suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, Zionisme merupakan ideologi terpesong yang menggunakan pelan-pelan agresif untuk mengambil-alih keseluruhan Palestin dan mengusir atau menghapuskan umat Islam Arab yang tinggal di dalamnya, dan melihat tiada apa yang salah dengan melakukan perkara-perkara tersebut. Inilah sebabnya mengapa pendekatan yang dilakukan bukan sahaja dikecam oleh umat Islam, tetapi juga oleh ramai orang-orang Israel, Yahudi dan Kristian.

Pengusiran Rakyat Palestin

Apabila Zionis bercadang untuk menubuhkan negara Yahudi merdeka di dalam wilayah Palestin, masalah pertama yang terpaksa mereka hadapi ialah kekecilan saiz populasi Yahudi yang tinggal di situ. Pada awal 1900-an, populasi Yahudi adalah kurang dari 10 peratus berbanding keseluruh populasi Palestin. Berdasarkan kepada perangkaan rasmi, dengan usaha Zionis, bilangan pendatang Yahudi, telah meningkat dari 100,000 orang pada 1920-an, kepada 232,000 orang pada 1930-an Pada tahun 1939, ada kira-kira 445,000 orang-orang Yahudi daripada populasi jumlah 1.5 juta. Bermula dengan 10 peratus daripada keseluruhan populasi dua dekad yang lalu, kini menjadi 30 peratus pada tahun 1939. Kawasan pendudukan Yahudi turut berkembang selaras dengan pertambahan populasinya. Pada tahun 1939, kawasan yang dimiliki oleh Yahudi telah berganda jika dibandingkan pada tahun 1920-an. Pada 1947, ada kira-kira 630,000 orang-orang Yahudi di Palestin dan 1.3 juta rakyat Palestin. Dalam proses pembahagian Palestin oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu pada 29 November 1947 dan penubuhan kerajaan Israel pada 15 Mei 1948, rakyat Israel berjaya mendapat bahagian tanah Palestin yang cukup banyak. Kesan dari tekanan dan pembunuhan di kampung-kampung Palestin, bilangan rakyat Palestin yang tinggal di dalam kira-kira 500 buah bandar, pekan dan perkampungan jatuh dari 950,000 orang kepada 138,000 orang. Kebanyakan dari mereka telah dibunuh, dan yang lain telah diusir keluar. Kumpulan pengganas Zionis yang kemudiannya menjadi pasukan askar Israel telah menyerang perkampungan umat Islam pada waktu malam. Umat Islam ditembak, dan ke mana sahaja kumpulan ini pergi mereka pasti melakukan pembakaran dan kemusnahan. Dengan cara ini, kira-kira 400 buah perkampungan Palestin dilenyapkan dari peta pada tahun 1948 dan 1949. Harta milik rakyat Palestin yang ditinggalkan telah diambil-alih dengan menggunakan Undang-undang Harta Tidak Bertuan. Sehingga 1947, pemilikan tanah di Palestin oleh rakyat Yahudi adalah dalam 6%. Apabila negara Israel telah ditubuhkan, mereka merampas 90% daripada jumlah tanah. Penduduk Arab Palestin hanya ditinggalkan dengan dua kawasan yang berasingan, iaitu Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.



Bagi rakyat Palestin, perjalanan 15 minit ke tempat kerja atau melawat saudara terdekat di kem pelarian yang berhampiran adalah sesuatu yang dahsyat. Mereka akan diherdik dan didera secara fizikal oleh askar-askar Israel yang mengawal di pos-pos pemeriksaan di sepanjang jalan.


Seperti yang telah kita lihat, setiap kedatangan orang-orang Yahudi yang baru membawa maksud kekejaman, penindasan dan keganasan terhadap populasi umat Islam. Dalam usaha menempatkan pendatang yang baru, organisasi Zionis memaksa rakyat Palestin supaya meninggalkan tanah yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun. Joseph Weitz, yang manjadi ahli komiti perpindahan kerajaan Israel pada tahun 1948, menulis di dalam diarinya pada 20 Disember 1940: "Ia mesti jelas bahawa tiada tempat bagi kedua-dua pihak di dalam negara ini. Tiada pembangunan yang akan membawa kita lebih rapat kepada matlamat, untuk menjadi rakyat merdeka di dalam sebuah negara yang kecil ini. Selepas orang-orang Arab dipindahkan, negara ini akan terbuka luas untuk kita; jika orang-orang Arab terus tinggal, negara ini akan menjadi lebih sempit dan terbatas. Satu-satunya cara ialah dengan memindahkan orang-orang Arab dari sini ke negara-negara jiran, kesemua mereka. Tiada sebuah perkampungan ataupun sebuah suku kaum mesti dibiarkan wujud." Heilburn, pengerusi komiti untuk pilihan raya semula untuk jawatan Jeneral Shlomo Lahat, Datuk Bandar Tel Aviv, telah mengekspresikan pandangan Zionis terhadap rakyat Palestin seperti berikut: "Kita mesti membunuh seluruh rakyat Palestin, melainkan mereka bersetuju untuk hidup di sini sebagai hamba."

Kawasan
Dalam Kem
Luar Kem
Jumlah
Jordan
238.188
1.050.009
1.288.197
Tebing Barat
131.705
358.707
517.412
Pinggir Gaza
362.626
320.934
683.560
Lubnan
175.747
170.417
346.164
Syria
83.311
253.997
337.308
Jumlah
991.577
2.181.064
3.172.641

Kem-kem Pelarian

Sehingga kini sebahagian besar umat Islam yang dipaksa keluar dari tempat yang telah mereka duduki selama beratus-ratus tahun masih berada di kem-kem pelarian. Bilangan rakyat Palestin yang hidup di kem-kem pelarian, termasuklah juga di negara-negara jiran seperti Lebanon dan Jordan, berjumlah 3.5 juta orang.




Kebanyakan rakyat Palestin yang dipaksa keluar dari tanah air yang telah mereka diami selama beribu-ribu tahun, sedang berjuang untuk terus hidup di kem-kem pelarian. Angka terkini mereka yang berada di kem-kem pelarian adalah dalam 3.5 juta orang. Mereka yang berada di sana sering didera, ditindas dan dibom oleh Israel.


Keadaan yang dihadapi oleh rakyat Palestin di kem-kem tahanan dan di dalam wilayah yang diduduki Israel amat menyedihkan. Mereka menghadapi kesukaran untuk mencari rezeki walaupun keperluan-keperluan asasi manusia. Mereka hanya dapat menikmati kemudahan elektrik dan air setakat apa yang dibenarkan oleh Israel, dan terpaksa berjalan berbatu-batu ke tempat kerja yang tidak lumayan untuk meneruskan kehidupan. Sehinggakan perjalanan yang hanya memakan masa selama 10-15 minit, untuk ke tempat kerja atau pun melawat saudara-mara di kem tahanan yang berdekatan, merupakan sesuatu yang sukar bagi rakyat Palestin. Mereka terpaksa melalui proses pemeriksaan identiti di tempat-tempat tertentu di jalan yang dilalui, dan turut didera secara lisan dan fizikal. Kadang-kala, tentera Israel menutup jalan-jalan atas sebab "keselamatan", dan rakyat Palestin tidak dapat pergi ke tempat kerja, atau ke mana sahaja, walaupun ke hospital jika mereka sakit.

Di samping serangan-serangan Israel, rakyat Palestin juga bergelut dengan kepayahan ekonomi, kelaparan dan kemarau.

Di samping semua ini, mereka terus hidup dalam keadaan sentiasa dibayangi ketakutan untuk dibunuh, dicedera atau ditahan. Ini kerana mereka yang tinggal di kem-kem sering mengalami serangan bersenjata oleh kumpulan Yahudi fanatik yang tinggal di kawasan petempatan yang berhampiran, terutama sekali pada waktu malam.

Di dalam buku The Israe­li Connection yang ditulis oleh Benjamin Beit Hallahmi, se­orang profesor psikologi di Universiti Haifa Israel, telah menggambarkan keadaan umat Islam yang tinggal di Semenanjung Gaza dan pan­da­ngan orang-orang Israel terhadap mereka:

Pada 1986, populasi Gaza adalah seramai 525,000 dan kepadatannya pula ialah 2,150 per kilometer persegi (di Israel ia 186). Ke­banya­kan penduduk Gaza yang sudah cukup kuat, bermula kadang-kala pada usia lapan tahun, bekerja di Israel, pada gaji di bawah 40 peratus di bawah gaji orang-orang Israel. Mereka membayar cukai pendapatan - tanpa mendapat sebarang faedah, kerana mereka di anggap sebagai bukan pemastautin.

Dalam kesedaran orang-orang Israel, Gaza telah menjadi simbol ketidakupayaan dan kehinaan, tetapi tiada simpati untuk para penghuni Gaza, kerana mereka adalah musuh.

Agak penting setakat ini untuk mempertimbangkan secara ringkas impresi rakyat Palestin-Amerika yang telah melawat kem-kem pelarian untuk mendapatkan idea yang lebih jelas tentang keadaan di situ. Yasmine Subhi Ali, seorang pelajar perubatan, telah mengatakan seperti berikut di dalam lawatannya ke kem Shatila pada tahun 1999:

...melepasi banyak tinggalan-tinggalan yang musnah akibat perang saudara dan pencerobohan Israel di sepanjang perjalanan kami. Saya menjangka yang kami akan berhenti di beberapa pintu masuk yang menandakan jalan masuk ke kem apabila kami sampai di situ, tetapi saya tidak melihat seperti itu. Saya tidak perlu untuk berbuat demikian: perbezaan di antara kem dan kawasan persekitaran (yang bukannya tempat paling indah di bandar) amat ketara sehingga tidak boleh silap. Terdapat timbunan-timbunan sampah, bahan buangan, dan batu-batan yang memenuhi kedua-dua belah bahu jalan... Kedai-kedai yang sesak sekarang menghiasi jalanan, tetapi di antara kedai-kedai itu ada tanda-tanda ingatan yang masih kekal: bangunan-bangunan yang terdapat lubang-lubang yang ditembusi peluru, dan kesan-kesan bedilan...dan kawasan perkuburan yang mana (kami diberitahu) penghuni kem tidak dibenarkan untuk membina sebarang memorial atau batu nisan sekalipun.

Genocide Terhadap Populasi Awam

Israel telah melaksanakan keganasan yang sungguh sistematik untuk menentang penduduk Palestin sejak ia mula-mula ditubuhkan lagi. Kebiasaannya, sasaran utama mereka adalah umat Islam yang tinggal di kawasan tersebut. Sekarang sudah lebih separuh abad, umat Islam Palestin dihalau dari rumah-rumah mereka tanpa sebarang justifikasi diajukan, dan telah ditembak dan diserang, melihat kediaman mereka dirobohkan dan tanah serta kebun dirampas, dan sentiasa dizalimi dan dikejami. Apa yang sedang berlaku kepada tanah rakyat Palestin mendedahkan genocide dahsyat yang dilakukan oleh kerajaan Israel.





Israel menyerang penduduk yang tidak bersenjata dengan menggunakan rifel automatik dan senjata-senjata berat..

Hanya sedikit sahaja serangan-serangan dan pengeboman-pengeboman ke atas wanita, orang muda dan kanak-kanak Palestin yang dilaporkan oleh media antarabangsa.

Di Palestin, 70 peratus populasi yang terdiri dari orang muda dan kanak-kanak telah mengalami pengalaman diusir, ditahan, dipenjara dan disembelih sejak pendudukan Israel pada 1948. Mereka telah dilayan sebagai rakyat kelas kedua di tanah air sendiri, dan telah belajar untuk menentang walaupun dalam keadaan yang amat sengsara. Separuh dari mereka yang terkorban di dalam Intifada yang bermula apabila Ariel Sharon melakukan lawatan provokatif ke Dome of the Rock pada Oktober 2000 adalah berumur bawah 16 tahun. 60 peratus dari mereka yang cedera pula kurang dari 18 tahun. Sekurang-kurangnya 5 orang kanak-kanak mati setiap hari di kawasan-kawasan yang terus berkonflik, dan lebih dari 10 orang cedera.

GAMBAR DARI ARKIB
Israel melakukan pembunuhan di hadapan mata dunia.

Seorang penulis jurnal Ruth Anderson menggambarkan imej-imej ketidakperikemanusiaan dari Intifada Aksa di dalam The Palestine Chronicle, yang diterbitkan di Palestin:

Tiada siapa pun yang menyebut tentang lelaki muda yang baru berkahwin yang keluar berdemonstrasi hanya untuk mati syahid meninggalkan isterinya sebagai balu. Tiada siapa pun yang menyebut tentang orang muda Palestin yang dihentak kepalanya oleh Israel dan lengannya dipatahkan sebelum disembelih dengan kejam. Tiada siapa pun yang menyebut tentang budak lelaki kecil berusia 8 tahun yang ditembak mati oleh askar Israel. Tiada siapa pun yang mengatakan bagaimana penduduk Yahudi yang dilengkapi dengan pelbagai jenis senjata dan diberi semangat oleh kerajaan Barak, menyerang perkampungan Palestin dan mencabut pokok-pokok zaitun serta membunuh penduduk awam Palestin. Tiada siapa pun yang menyebut tentang bayi-bayi Palestin yang mati apabila rumah mereka dibom dalam serangan-serangan udara atau yang ditangkap di dalam serangan bertubi-tubi peluru Israel ketika mereka sedang enak dibuai mimpi. Semua orang tahu bahawa bayi-bayi itu tidak boleh melontar batu. Semua orang tahu kecuali Israel dan Amerika.

Maklum balas dari Ehud Barak, perdana menteri ketika itu, terhadap senario kebinatangan yang berlaku di Palestin amat menarik sekali sebagai refleksi pandangan kerajaan Israel. Beliau dengan mudah berkata bahawa beliau tidak kisah bagaimana konflik di Gaza, Tebing Barat dan zon-zon lain akan berakhir dan segala macam cara yang digunakan untuk menentang rakyat Palestin adalah berasas. Beliau turut mengatakan bahawa beliau tidak berminat tentang berapa ramai rakyat Palestin yang mati, sebaliknya beliau hanya bimbangkan keselamatan rakyatnya sahaja.

ISRAEL MENUMPAHKAN DARAH KANAK-KANAK



Dan apabila dia berpaling (dari kamu), dia berjalan di bumi untuk melakukan kerosakkan padanya, dan merosakkan tanam-tanaman dan haiwan ternakan. Allah tidak sukakan kebinasaan.
(Al-Baqarah, 2:205)

Respons dari E. Eytan, seorang jeneral dalam pasukan askar Israel, adalah lebih provokasi. Beliau menjelaskan bahawa mereka tidak pernah menyesal terhadap apa yang telah dilakukan dan mereka bersedia menggunakan apa jua cara untuk menjaga keselamatan orang-orang mereka dan juga askar-askarnya. Beliau juga berkata bahawa arahan telah dikeluarkan kepada pasukan askar supaya menggunakan senjata untuk menentang penunjuk perasaan Palestin dan mereka mesti ditembak di kepala dan dada untuk menanam rasa takut kepada populasi Palestin.

Kenyataan-kenyataan di atas yang datang dari orang-orang kuat Israel adalah penerangan munasabah paling jelas tentang mentaliti yang kejam ini. Perangkaan menunjukkan bahawa kebanyakan askar Israel telah menjalankan arahan yang diterima dengan berkesan sekali. Berdasarkan kepada laporan Pertubuhan Kesihatan Palestin, 34 peratus daripada lebih 400 orang yang dibunuh dalam Intifada Aqsa berumur bawah 18 tahun. Walau bagaimanapun, perkara yang paling penting ialah 47 peratus daripada mereka yang mati tidak terlibat langsung di dalam demonstrasi atau pertempuran. 38 peratus daripada mereka yang tercedera di Tebing Barat telah ditembak dengan peluru hidup, dan 75 peratus telah ditembak di bahagian badan yang atas. Di Semenanjung Gaza, 40 peratus dicederakan oleh peluru hidup, dan 61 peratus daripada mereka ditembak di bahagian atas badan, atau dengan kata lain di bahagian dada. Jumlah keseluruhan mereka yang cedera melebihi 10,000 orang. Dalam 1,500 orang menderita kecacatan yang kekal. Hospital tempat mereka dirawat juga sering diserang. Secara total, 1,450 telah ditahan, dan 750 dari mereka masih berada di dalam penjara-penjara Israel.

Dalam 2,760 buah bangunan mengalami kerosakan teruk. Daripada bilangan tersebut, 773 merupakan rumah kediaman rakyat Palestin, 180 telah musnah sama sekali. Daripada bangunan yang musnah, 29 adalah masjid, 12 gereja dan 44 tempat mengambil air. 41 buah sekolah tidak boleh digunakan sama sekali, dan 4 daripadanya digunakan sebagai gudang askar Israel. Tiga puluh buah bangunan sekolah telah dibakar oleh askar Israel. Keadaan ini membawa kepada kerosakan yang dianggarkan bernilai $400,000.

Selama bertahun-tahun, pasukan askar Israel telah melakukan pembunuhan kejam ke atas mereka yang tidak bersenjata, termasuklah kanak-kanak, tanpa ada sebarang perasaan kasihan

Akhir sekali, 45 pelajar telah dibunuh ketika berjalan pulang ke rumah sewaktu dua bulan pertama tercetusnya Intifada al-Aqsa.

Semua fakta statistik ini merujuk kepada satu hakikat nyata: Kerajaan Israel terlibat dalam polisi penghapusan rakyat Palestin yang sungguh sistematik dan jelas.
Perangkaan-perangkaan di atas menunjukkan bahawa askar Israel tidak menggunakan senjata mereka untuk menghapuskan ancaman kepada keselamatan penduduk awam, tetapi digunakan untuk membunuh dan mencederakan. Kebanyakan daripada kanak-kanak yang dibunuh dan dicacatkan telah ditembak di bahagian kepala atau dada, atau yang lain dari belakang. Adalah jelas bahawa tiada askar yang tujuannya hanya mahu menurut arahan akan menembak manusia di bahagian kepala atau dada, atau dari belakang apabila mereka melarikan diri.

Tidak ragu-ragu lagi bahawa tindakan keganasan menyerang penduduk awam oleh beberapa kumpulan radikal Palestin sebagai tentangan kepada penindasan Israel adalah tidak berjustifikasi, dan kami seharusnya mengutuknya. Serangan-serangan tersebut biasanya menjadi kritikan dunia secara besar-besaran dan lebih membawa keburukan dari kebaikan kepada pihak Palestin. Namun, harus diingat bahawa detik permulaan yang membawa kepada tercetusnya tindakan keganasan ini ialah pendudukan rakyat Israel. Sebelum 1967, dengan kata lain sebelum Israel menduduki wilayah Palestin, Israel tidak berhadapan dengan sebarang ancaman keganasan. Pendudukan Israel dan strategi "pembersihan etnik" telah melahirkan dan membenarkan kewujudan terorisme rakyat Palestin.

Namun demikian, umat Islam mesti bersikap seperti yang diarahkan oleh Allah dan dipandu oleh sunnah Nabi Muhammad s.a.w., di setiap waktu kehidupan mereka.

Taburan umur mereka yang dibunuh
Bilangan
%
Bahagian Tercedera
Bilangan
%
Bawah 15
60
14.9
Kepala dan tengkuk (termasuk 9 orang yang ditembak dari belakang)
154
41.8
16-18
75
18.7

Dada (termasuk 12 orang yang ditembak dari belakang)

Perut

117
31.8
19-29
176
43.8
Keseluruhan badan secara umum
32
8.7
30-39
50
12.4

Lengan

61
16.6
40-49
18
4.5

4
1.1
Atas 50
23
5.7



Jadual menunjukkan jumlah mereka yang terkorban sepanjang Intifada al-Aqsa, dan tempat mereka dicederakan. Ia jelas menunjukkan bahawa askar-askar Israel menjadikan kanak-kanak dan golongan muda sebagai sasaran, serta menembak lebih banyak di bahagian kepala dan dada bagi memastikan mereka terbunu

Ayat-ayat al-Quran menyeru manusia kepada etika keislaman. Melaluinya dunia akan menjadi tempat yang aman dan toleransi. Allah memerintahkan kita untuk memerintah dengan adil tanpa ada sebarang diskriminasi sesama manusia, untuk melindungi hak-hak manusia, tidak bertolak-ansur kepada kekejaman, menyokong pihak yang ditindas dengan kejam, dan menghulurkan tangan bagi membantu mereka yang memerlukan. Keadilan ini memerlukan seseorang untuk membuat keputusan dengan melindungi hak kedua-dua pihak, menganalisa peristiwa secara objektif, dan berfikiran tidak berat sebelah. Ia memerlukan keadilan, kejujuran, belas kasihan dan sayang-menyayangi.

Adalah jelas bahawa serangan-serangan tersebut seperti menentang penduduk awam tidak boleh dimaafkan. Seperti yang diterangkan di atas, cara tersebut tidak konsisten dengan ajaran Islam sama sekali. Apabila kita memeriksa ayat-ayat Al-Quran dan tingkah-laku Nabi Muhammad s.a.w., adalah jelas bahawa serangan terhadap penduduk awam bukan dari ajaran Islam. Sama ada semasa pembukaan Kota Makkah atau pun perang-perang yang lain, Baginda sangat berhati-hati melindungi hak-hak mereka yang tidak bersalah dan tidak bersenjata, dan menghalang mereka dari dicederakan. Baginda mengingatkan orang-orang Mukmin tentang perkara ini dalam pelbagai peristiwa, dan mengarahkan mereka supaya "Mulakan perang dengan nama Allah dan untuk Allah. Jangan letakkan tangan ke atas orang tua yang hampir mati, ke atas wanita, kanak-kanak dan bayi. Berbuatlah baik, yang mana Allah mencintai meraka yang berbuat baik dan beramal soleh" (Hadith riwayat Muslim). Umat Islam menentang kezaliman dan barbarisme, penggunaan senjata yang tidak perlu, dan segala macam praktis yang tidak adil.



Sewaktu peristiwa yang tercetus disebabkan oleh tindakan Israel membuka terowong yang telah ditutup selama berkurun-kurun, Menteri Kewangan Palestin telah diserang oleh askar-askar Israel yang menggunakan kayu (atas kiri). Israel menggunakan bom, peluru dan belantan bagi menentang perjuangan suci rakyat Palestin yang telah berlangsung selama lebih separuh abad.

Di dalam segala perbincangan tentang serangan ke atas penduduk awam Israel, topik lain yang mesti dilihat ialah tentang pembunuhan diri dalam Islam. Sesetengah golongan terlampau salah faham tentang Islam, percaya bahawa agama yang damai ini membenarkan serangan berani mati; ia jauh dari kebenaran. Hakikat bahawa Islam melarang seseorang dari membunuh diri, adalah seperti mana ia melarang seseorang dari membunuh orang lain. Allah mengutuk dengan jelas tentang perihal membunuh diri di dalam ayat "jangan membunuh diri." (An-Nisaa', 29). Tidak kira apa jua sebabnya, Islam mengharamkan seseorang dari membunuh diri. Nabi Muhammad s.a.w. turut mencela seseorang yang membunuh diri di dalam satu hadith, memberitahu bahawa mereka yang mengambil tindakan ini akan menerima azab keras untuk selama-lamanya:

Sesiapa sahaja yang dengan sengaja terjun dari gunung dan membunuh diri sendiri, dia akan masuk Neraka dan jatuh di dalamnya dan kekal berada di dalamnya buat selama-lamanya; dan sesiapa yang meminum racun dan membunuh diri sendiri, dia akan membawa racun di tangannya dan meminumnya di dalam Neraka yang ia akan tinggal di dalamnya buat selama-lamanya; dan sesiapa yang membunuh diri dengan senjata besi, dia akan membawa senjata tersebut di tangan dan menikam-nikam perut dengannya di dalam Neraka tempat dia tinggal selama-lamanya. (Hadith riwayat Muslim)


Dunia sudah melihat apa yang sedang berlaku kepada Palestin selama lebih dari separuh abad. Penindasan yang kejam ini telah mendapat liputan akhbar-akhbar dari seluruh dunia setiap hari, dan dibaca pula oleh berbilion-bilion manusia.

Oleh itu, setiap umat Islam harus mengutuk insiden ini, yang menyulitkan lagi tindakan damai rakyat Palestin.

Haruslah diingat bahawa sebarang bentuk perjuangan yang diluar nilai-nilai Al-Quran - sebagai contoh, taktik "gerila" yang dicipta oleh ideologi komunis - adalah salah, dan tidak akan berjaya. Atas sebab ini, situasi semasa di Palestin mesti dipertimbangkan dengan berakal dan realistik, dan strategi baru yang konsisten dengan Al-Quran mesti diputuskan. Jika Palestin mahu melibatkan diri dalam perjuangan diplomasi dan budaya untuk menetang Israel, yang dari segi ketenteraan lebih berkuasa dari Palestin, berbanding jalan peperangan, ia bukan sahaja akan menjamin kejayaan yang lebih baik, malah akan mengakhiri penderitaan rakyat yang tidak bersalah.

Kesimpulan

Seseorang boleh berkata dengan lebih baik lagi, dan mengambil lebih banyak contoh tentang keadaan yang sedang berlaku di Palestin. Namun, apa yang tidak boleh kita lupa tanggungjawab setiap individu yang berkesedaran untuk berhadapan dengannya. Peristiwa di Palestin bukan hanya perang Arab-Israel. Ia mempunyai maksud yang lebih mendalam. Pertama sekali, umat Islam yang tanahnya telah dirampas sedang bergelut untuk mendapatkan keadilan. Tanah yang di­per­soalkan dianggap suci oleh keseluruhan dunia Islam. Rakyat Palestin menentang untuk meninggalkan Jerusalem, sebuah bandar kepunyaan dunia Islam. Inilah sebabnya mengapa setiap Mukmin mempunyai tugas untuk melancarkan peperangan idea terhadap ideologi-ideologi yang menyokong kepada penindasan berterusan di Palestin, dan juga turut berusaha mencari jalan penyelesaian.

Setiap mereka yang berkesedaran mesti memikirkan hakikat tersebut dan mencari jalan keluar. Seperti yang telah kami nyatakan di dalam bahagian lain di dalam buku ini, jalan keluarnya terletak pada usaha menyebarkan ajaran moral al-Quran kepada semua umat manusia di seluruh dunia. Ia satu-satunya cara untuk membawa kedamaian dan persaudaraan, sama ada di Palestin atau di negara-negara lain yang sedang mengalami peperangan dan konflik. Jika keadilan, kerjasama, kasih-sayang, cinta, sanggup berkorban dan saling bermaafan yang merupakan moral yang dituntut di dalam Al-Quran dapat menguasai dunia, kesannya dunia akan menjadi satu tempat yang adil, damai dan selamat.

Melalui ayat "Dan hendaklah ada di antara kamu se­golo­ngan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang mungkar; dan merekalah orang-orang yang beruntung" (Ali-Imran, 104), Allah menarik perhatian orang-orang yang beriman terhadap tugas yang mulia ini. Maka apa yang umat Islam perlu lakukan adalah hidup berdasarkan moral yang dapat menarik keredaan Allah, menerangkan kepada manusia lain, dan menyebarkan moral al-Quran ke serata pelusuk dunia.