Selasa, Juni 30, 2009

Dia Muhammad - Inteam



Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah, Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya

Lagu: Frizdan
Lirik: Frizdan

Jumat, Juni 26, 2009

Kerana Ilmu Mereka Rela Membujang

"Saya berpendapat, bagi seorang penuntut ilmu pemula hendaknya ia menahan untuk tidak menikah sebisa mungkin. Sesungguhnya Imam Ahmad bin Hanbal tidak menikah hingga berumur 40 tahun. Semua itu dilakukan demi ilmu."
(Ibnu Jauzi)

"Dianjurkan bagi seorang penuntut ilmu untuk membujang sebisa mungkin, agar dalam mencari ilmu ia tidak disibukkan dengan hak-hak keluarga yang harus ia penuhi dan disibukkan dengan mencari penghidupan."
(Khatib al-Baghdadi)

Memilih hidup membujang kerana ingin berkonsentrasi menggeluti ilmu merupakan sebuah pilihan hidup yang luar biasa. Desah-desah syahwat yang pada sebahagian orang justeru men­jadi raja yang menguasai hati, berhasil terpinggirkan kerana dominasi cinta terhadap ilmu yang begitu menggumpal dalam relung-relung hati. Itulah sebuah catatan indah yang pernah tergoreskan dalam sejarah hidup sebahagian para ulama sebagai pewaris para nabi. Imam Nawawi, Ibnu Taimiyah dan Imam At-Tabari termasuk sebahagian ulama yang ‘berijtihad’ terhadap diri mereka sendiri untuk tidak menikah kerana ilmu. Dan sekali lagi, ini merupakan sebuah pilihan hidup yang luar biasa!

Pilihan mereka untuk hidup membujang daripada menikah, dengan keilmuan, kesolehan, kejantanan dan kenormalan mereka, tak lain kerana mereka lebih mendahulukan orang lain daripada diri mereka sendiri. Agar mereka dapat mencurahkan segenap kemampuan mereka guna berkhidmat untuk din dan ilmu. Agar mereka dapat mengerahkan segenap usahanya untuk menjabarkan syariat yang mulia ini, menyusunnya serta menyajikannya kepada banyak orang. Tak diragukan lagi bahawa sikap itsar (mendahulukan orang lain daripada diri sendiri) ini disyariatkan dalam Islam dan terpuji bagi pelakunya. Betapa banyak mereka memiliki anugerah dan keutamaan di pundak para ulama dan manusia.

Yusuf al-Qawwas menuturkan, "Aku mendengar Abu Bakar An-Naisaburi berkata, 'Tahukah kamu orang yang bermukim selama 40 tahun, tak pernah tidur di malam hari, makan sehari hanya dengan 5 biji kurma dan solat subuh dengan wuduk solat Isyak?' Ia melanjutkan, 'Itulah aku. Itu sebelum aku mengenal Ummu Abdurrahman...' "

"Ilmu mula menghilang di paha-paha wanita."

(Bisyr Al-Hafi)

"Barangsiapa yang terbiasa dengan paha-paha wanita, ia tak akan mendapatkan apa-apa."
(Ibrahim bin Adam)

Bila menikah dapat menahan pandangan dan menjaga kemaluan, maka Allah telah memuliakan mereka dengan pakaian ketaqwaan, kesolehan dan kezuhudan. Allah memberikan perhiasan kepada meeka dengan perhiasan ilmu dan amal. Kebaikan mereka tersebut telah mengarahkan kepada semua itu, berkat kurnia dan rahmatNya.

Bila bersanding dengan isteri dapat memberikan kenyamanan pada diri sang suami, maka mereka memandang bahawa berdampingan dengan kitab dan ilmu dapat memberikan kenyamanan seperti itu pula atau bahkan lebih dari itu. Sehingga sebahagian dari mereka ada yang mengungkapkan:

Sebuah kitab yang kutelaah yang dapat memberikan kenyamanan
Itu lebih aku sukai daripada keberadaan seorang isteri

Aku mempelajarinya sehingga memperlihatkan kepadaku
Orang-orang yang hidup berabad-abad dan yang paling agung adalah yang mengajarkannya

Dipetik dari:
Karena Ilmu Mereka Rela Membujang karya Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

Jumat, Juni 19, 2009

Hamka Dalam Kenangan



"Harap tuan simpan citra diri saya selama saya hidup, tetapi jika saya lebih dahulu meninggal daripada tuan, siapa tahu ajal didalam tangan Allah, saya izinkan tuan menyusun hikayat ini baik-baik, mudah-mudahan ada orang yang akan suka menatap memikirkan kemelaratan nasib saya, meskipun mereka tak tahu siapa saya. Moga-moga air matanya akan menjadi hujan yang dingin memberi rahmat kepada saya di tanah perkuburan."

(Di Bawah Lindungan Kaabah karya Hamka)

Selasa, Juni 16, 2009

Ulasan Daripada Pembaca Mengenai Buku Saya 2

Petikan ulasan daripada blog http://catatansufi.blogspot.com/2009/06/catatan-buku-yang-perlu-dibaca.html

Inilah buku terbaru dalam proses pembacaanku. Buku berjudul "Lembaran Hidup Ulama'' karangan seorang penulis muda lagi berbakat (Muhammad Abdulloh Suradi) ini menghimpunkan lebih 35 biografi ulama-ulama Islam yang terkenal dalam dan luar negara di antaranya Imam Abu Hanifah, Imam Al-Ghazali, Tok Kenali dan lain-lain lagi.

Satu kepuasan bagiku apabila menyelak helaian demi helaian buku yang penuh berinformasi dini ini. Walaupun para ulama yang dicatatkan di dalam buku ini sudah lama meningalkan dunia fana ini, namun lintasan sejarah kegigihan, kehebatan, kewarakan serta kesungguhan mereka menjadi satu pengajaran dan pedoman yang perlu diteladani seolah-seolah mereka masih berada di dunia ini. Inilah kehebatan Ulama hakiki, walaupun sudah tiada, namun masih ter"BLUETOOTH" lagi keperibadian mereka terhadap kita.

Antum di luar sana bila lagi nak memiliki kazanah ilmu ini??? Kepada penulis semoga usaha anta akan menjadi tiket untuk ke syurga. BARAKALLAHUFIKA.

- " ALANGKAH INDAHNYA DIRI DAPAT BERDAMPING DENGAN PARA ULAMA SENTIASA. MENEGUK RASA MANIS BERSAMA ALLAH SETIAP SAAT" (IBN MUBARAK)

* Ulasan pertama:
http://tamanulama.blogspot.com/2009/05/ulasan-daripada-pembaca-mengenai-buku_31.html

Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Ulama Fiqh dan Mujtahid Syria

Biografi ini ialah permintaan dari seorang akhi yang ingin mengetahui kisah hidup ulama ini. Tidak banyak rujukan yang saya dapat mengenai ulama ini. Berikut saya paparkan biografi ulama ini yang saya terjemahkan bebas daripada bahasa Inggeris.

Syeikh Mustafa Az-Zarqa dilahirkan di Aleppo, Syria pada 1904 daripada sebuah keluarga dengan sejarah panjang dan kuat agama. Ayahnya, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, seorang sarjana Islam, sementara itu datuknya, Syeikh Muhammad Az-Zarqa, telah diakui sebagai salah satu imam dan ulama dari abad ke-19. Oleh kerana itu, tidak menghairankan bahawa sejak masa mudanya menunjukkan Mustafa ada tanda-tanda yang besar janji yang sama di bidang agama. Dia kemudian ke peringkat sepuluh di antara ulama Islam abad kedua puluh.

Pendidikan awalnya, beliau adalah sebagai murid di kuttab, tradisional pra-sekolah dasar yang diajarkan sedikit lebih dari al-quran, membaca dan menulis. Beliau kemudian belajar di sebuah sekolah bahasa Perancis, sebelum pindah ke Fereres, sebuah sekolah menengah Perancis. Beliau kemudian bergabung dengan Al-Khusrawiyah, sekolah agama. Pendidikan ini dicampur memberinya dasar kuat di kedua moden dan pendidikan Islam. Namun jelas di mana beliau adalah pilihan.

Beliau secara teratur dihadiri belajar dari kalangan sarjana Muslim yang diadakan di masjid. Dalam bidang ini beliau menunjukkan perbezaan awal. Tradisional ini belajar di kalangan merupakan metod Islam melalui pendidikan yang panjang baris dibezakan cendekiawan telah lulus pada abad.

Mustafa Az-Zarqa adalah salah satu, tetapi ia digabungkan dengan jenis pendidikan khusus yang masih moden pendidikannya. Ini melihat beliau lulus dengan dua gelar dari Universiti Damsyik dalam satu hukum dan lainnya dalam sastera. Beliau kemudian memperoleh ijazah dalam bidang fiqh dari Raja Fuad I Universiti Kaherah, Mesir.

Kariernya pertama, beliau mengajar sastera Arab di sekolah lama, Al-Khusrawiyah. Beliau kemudian bekerja sebagai peguam selama sepuluh tahun, masa yang memberi dia dekat dengan masyarakat dan masalah mereka. Yang berdiri di dia nanti manfaat baik dalam kariernya ketika ia ditujukan persoalan mendasar yang mempengaruhi kehidupan manusia.

Apa yang paling signifikan beliau bekerja di bidang agama adalah kenyataan bahawa dia melihat Islam yang sangat penting dari perspektif yang luas, sangat penting kerana Islam ditujukan untuk diterapkan pada semua masyarakat. Dengan demikian, fleksibilitas dan kegunaan dari semua undang-undang manusia dalam situasi harus jelas.

Beliau alim dalam bidang fatwa am, fiqh, usul fiqh, undang-undang Islam dan lain-lain. Beliau juga dianggap sampai tahap Mujtahid.

Beliau bagaimanapun dekat dengan masyarakat. Dia mengajar di masjid, berbicara mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat Muslim di mana-mana, banyak dialamatkan konferensi di seluruh dunia. Dia selalu berusaha untuk mencari solusi untuk masalah iman, ekonomi dan politik dari sudut pandang Islam.

Syeikh Mustafa Az-Zarqa wafat di Riyadh pada 3 Julai 1999. Isteri yang pertama wafat pada 1942 dan isteri kedua pada tahun 1983. Anak-anaknya pula bernama Naufal dan Mazin. Semoga Allah melimpahkan rahmatNya pada beliau dan memberkatinya.

Terjemahan bebas daripada bahasa Inggeris

Senin, Juni 15, 2009

Jenazah Dr Fathi Yakan Diiringi Ribuan Umat Islam

Gambar menunjukkan sebahagian umat Islam yang tidak dapat masuk ke dalam masjid Tinal. Mereka berdoa dari luar.

Al-Jazeera melaporkan pada jam 12.19 (waktu Makkah Al-Mukarramah tadi bahawa ribuan umat Islam khususnya dari gerakan Islam menghadiri majlis solat jenazah Dr Fathi Yakan di Masjid Tinal di Tripoli, Utara Lubnan. Sebahagian daripada mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid berkenaan. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas solat asar kelmarin.

Di antara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.

Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:

إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل

"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."

Perarakan menuju ke tanah perkuburan, bagaikan satu demonstrasi yang besar apabila mereka melaungkan slogan-slogan Islam dan kata-kata semangat. Subhanallah!

Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin.

Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:

مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ

"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamanya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)

Sumber:
- http://ibnu-ismail.blogspot.com/2009/06/terkini-ribuan-umat-islam-mengiringi.html
- http://akhisalman.blogspot.com/2009/06/jenazah-dr-fathi-yakan-selamat.html

Sabtu, Juni 13, 2009

Dr Fathi Yakan Wafat

www.ikhwan-jor.com mengkhabarkan berita yang cukup meruntun jiwa, pulangnya Dr. Fathi Yakan ke pangkuan Allah Taala pada awal hari ini. Beliau meninggal pada usia 76 tahun lantaran sakit.

Berita ini diterima selepas zuhur tadi yang juga disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:

Pada pagi sabtu, Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital.

Pihak hospital telah menyatakan bahawa beliau terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death). Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.

Siapa yang tidak kenal Dr. Fathi Yakan. Kitab karangannya yang terkenal Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih terkenal dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan kumpulan usrah pelbagai wadah.

Kini beliau sudah pergi meninggalkan kita. Permata dakwah ini sudah tiada. Moga-moga akan lahir lebih ramai tokoh dakwah sehebat Dr Fathi Yakan. Ulama agung yang mampu menjulang martabat Islam setinggi-tingginya.

Profil Dr Fathi Yakan

Dr Fathi Yakan ialah ulama dan pendakwah Islam yang terkemuka. Beliau dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam sehinggalah pada tahun 1992.

Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Narul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.

Beliau telah banyak mengarang buku di antaranya Maza Ya'ni Intiami lil Islam, al-Mutasiqituna Fala Toriq Da'wah, Kaifu Nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku.

Sumber:
- http://dhanysarip.blogspot.com/2009/06/dr-fathi-yakan-meninggal-dunia.html

- http://akhisalman.blogspot.com/2009/06/berita-tentang-keadaan-fathi-yakan.html

Apa Sumbangan Kita?

Minggu, Juni 07, 2009

Jalan Ku Pulang - UNIC

Berehat sejenak dengan mendengar dan menghayati lagu baru ini...Video hasil kreativiti saya.


Tundukku malu didepanMu
Kernaku insan berdosa
Kuadukan sesalanku
Apakah akan Kau terima

Kesunyian ini sedarkan diriku yang lena
Tinggalkan semalam yang nanah
Lantas meratap hina kan ku pada sempurnaMu
Terpaut aku tak berpaling

Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau temukan laluan bermula
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepas dahaga

Suburkan cahaya menerangi langkahku
Semaikan segala hiasan indah cintaMu

Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepas dahaga

Ku mohon kau tenangkan gusar hatiku yang rawan
Bimbang Kau singkirkan taubatku
Kurayu Kau hulurkan keampunanMu padaku
Kelakku zalimi diriku

Janjiku padaMu abdikan seluruh jiwa
Sehingga masanya kau seru hujung nyawaku

Bersyukur hanya padaMu Tuhan
Kau tunjukkan laluan ku pulang
Dan cintaMu bagai air di tandus sahara
Buatku melepas dahaga

Tak jemu dimanakah hentinya rayuan taubatku padaMu

Lagu: Putra Aiman

Album terbaru UNIC - Langkah Tercipta

Jumat, Juni 05, 2009

Hidup Memang Payah - Yasin

Berehat sejenak dengan mendengar dan menghayati lagu baru ini...Video hasil kreativiti saya.


Layarkan kehidupan
ke destinasi pilihan
nikmatilah keindahan
yang tak dijanjikan.

Hayatilah keperitan
baru bisa mengertikan
kemanasian, kebesaran
rahsia kebenaran.

Yang tinggal kita mencari
hidupnya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

Hidup ini memang payah
kadang gelap kadang cerah
hati ini jika resah
siksa jiwa takkan sudah

Hidup ini memang payah
kuterima kuberserah
hati ini bila pasrah
yang susah bisa mudah

Bersama yang susah
adanya mudah
bersama yang susah
mudah

Arus deras kehidupan
dikejar dan ditinggalkan
terima yang ditakdirkan
tulus kesyukuran

Dalam jiwa perperangan
duka resah sendirian
kita dalam pengorbanan
pinta keampunaan.

Yang tinggal kita mencari
hidupanya tanda misteri
kita tafsirkan
sukar diertikan

Lagu: Yasin Sulaiman

Album terbaru Yasin - Arus Qudus

Rabu, Juni 03, 2009

Benarkah Penyair Mati Muda?

“Poets die young” demikian tanggapan yang pernah dilontarkan terhadap kalangan penyair beberapa tahun yang lalu untuk dicerna. Kajian itu dilakukan oleh Dr James C. Kauffman dari Institut Kajian Pembelajaran, California State University. Dr Kauffman , seorang psikologis, juga Pengarah Learning Research Institute bertempat di San Bernardino, California, USA, membuat kajian tabulasi purata usia kematian berdasarkan gender bagi novelis, penulis drama, penyair dan penulis non-fiksyen (prosa).

Beliau mengumpul data kematian hampir 2,000 penulis ternama di abad ke 19 dan 20 dari Benua Amerika (termasuk Kanada dan Mexico), Turki, China dan Eropah Timur. Cukup menarik kesimpulan yang dibuat atas hasil telitian beliau. Menurut beliau, statistik tidak berbohong. Jelas, penyair mendahului (siapa meninggal dunia dahulu) dalam perbandingan jangka hayat di antara sasterawan (penulis). Maknanya penyair meninggal dunia lebih awal dibandingkan dengan penulis fiksyen (novelis) dan penulis non-fiksyen.

Jika data yang sama dibandingan saintis sosial, penyair cuma dapat hidup purata 59.6 tahun dibanding 73.5 tahun untuk sosial saintis, penulis prosa 70.6 tahun sedangkan penghibur muzikal mendahului penyair dengan purata usia kematian 57.2 tahun.

Angka purata tentunya tidak menggerunkan penyair kerana ramai penyair lain dapat hidup lama. Tetapi jika disoroti beberapa penyair yang mati muda seperti penyair Amerika Sylvia Platia yang meng-gaskan kepalanya ke dalam ketuhar, mati pada usia 30 tahun, tentu kita tersentap seketika. Bunuh diri di kalangan penyair bukan terbatas kepada penyair wanita sahaja, penyair Hart Crane mengakhiri hayatnya dengan terjun ke laut dari dek kapal pada usia 32 tahun. Kadar bunuh diri di kalangan penyair menjangkau lebih 4 % dibandingkan hanya 1 % dalam populasi umum.

Nama-nama penyair lain yang meninggal relatif muda seperti Sarah Teasdale 49 tahun, Anne Sexton 47 tahun dan Dylon Thomas pada usia 49 tahun. Kematian penyair Paul Laurence Dunbar pada usia 30 tahun kerana diserang penyakit Tuberculosis (batuk kering) tentu mengingatkan kita kepada penyair Nusantara teragung, yang amat terkenal dengan puisi AKU “Aku binatang jalang / dari kumpulannya yang terbuang...........”, Chairil Anuar yang juga menjadi korban penyakit Tuberculosis. Tidak seperti bait immortalnya ‘Aku mau hidup seribu tahun lagi’ beliau tewas setelah kalah berjuang melawan penyakit TB pada tahun 1949 dalam usia belia 27 tahun.

Puisi Aku ditulis pada bulan Maret 1943, enam tahun sebelum kematiannya.

Seorang lagi penyair Nusantara yang gugur awal adalah Amir Hamzah yang terkenal dengan puisi Buah Rindu dan Nyanyi Sunyi. Amir Hamzah dipercayai dibunuh pada tahun 1946 dalam usia 35 tahun. Pembunuhnya atau pembunuh-pembunuhnya menyangka dia seorang feudalis, penyokong Belanda; disebabkan dia berdarah bangsawan. Hanya pada tahun 1975, beliau diikhtiraf sebagai Pahlawan Bangsa Indonesia.

AKU
Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Chairil Anwar
Maret 1943

Di Afghanistan juga kehilangan seorang penyair wanita pada usia 25 tahun pada tahun 2005. Beliau ialah Nadia Anjuman, meninggal dunia dalam kontraversi antara di bunuh suaminya atau dia membunuh diri. Pihak keluarga suaminya tidak membenarkan autopsi. Nadia menulis dalam antalogi sajak “Kembangan Gulita Merah.”

Petikan stanzanya:

Tika malam, kata-kata ini datang kepadaku
Atas panggilan suaraku, kata-kata datang kepadaku

Kutidak tahu dari mana datang kata-kata indah itu
Oh bayu segar, larikan kesunyian jauh dariku

Dari gemawan cahaya datang sinar ini
Tiada ada hasrat lain yang mengunjungiku

(terjemahan bebas oleh penulis)

Persoalan timbul sekarang, kenapa penyair mati muda? Apakah penyair merupakan insan yang jiwanya luka, hatinya merana.

Secara apriori, saya mengandaikan penyair menggunakan otak mereka secara berlebihan dan untuk menghasilkan pemikiran puisi terpaksa menggunakan tenaga (baca ATP) yang cukup besar. Otak yang berfikir mempunyai kadar metabolisme yang tinggi. Teori terbaharu mengatakan setiap buah fikiran merupakan perangkaian pelbagai jenis protein yang disintesis sekelip mata sehingga menggunakan tenaga yang besar pula. Akibatnya tenaga untuk menjana imuniti juga terjejas. Apa lagi penyair ramai yang sukar tidur dan menghabiskan masa tidur untuk berkarya.

Semoga paparan ringkas ini mengundang perbincangan antara penyair dan pemuisi. Jika anda ada info mengenai penyair Malaysia yang kembali ke rahmatullah pada usia belia di bawah 40 tahun, jangan ragu-ragu, kongsikan bersama dengan menghantar komen dalam artikel ini.

(Petikan daripada esastera.com tulisan Rahmat Haroun Hashim)

Selasa, Juni 02, 2009

Bidadari - Munif Ahmad

Berehat sejenak dengan mendengar dan menghayati lagu ini...Video hasil kreativiti saya.



Bidadari, bidadari
Temanilah resahku
Bidadari, bidadari
Tenangkanlah jiwaku

Sumpah setia hidup mati
Selamanya
Kerana kau isteriku
Isteriku tercinta pelengkap rusuk kiriku

Bidadari, bidadari
Jadilah pedampingku
Bidadari, bidadari
Jadilah sang setia

Kerna cinta cinta suci
Buktinya tidak pernah sepi
Sepi daripada cubaan yang tak terduga

Kau umpama bintang utara
Penunjuk jalan yang terang
Kau beri harapan saat ku jatuh
Bangun semula

Dan berikan sakti cintamu
Penawar racun berbisa
Dan ikatan kita cinta abadi hanya di syurga