Pages

Senin, Desember 27, 2010

Syeikh Muhammad Ismail al-Muqaddam, Doktor Yang Menjadi Ulama'

Syeikh Muhammad Ismail al-Muqaddam ialah salah seorang ulama' ahli sunnah di Mesir. Beliau lahir di kota Iskandariah, Mesir pada awal bulan Zulkaedah tahun 1371 H atau 26 Julai 1952. Nama penuhnya Muhammad bin Ahmad bin Ismail bin Mustafa al-Muqaddam.

Beliau ialah seorang pemegang ijazah dalam bidang perubatan dan bedah dari fakulti perubatan Universiti Iskandariah, diploma kesihatan kejiwaan (baca: psikologi) dari Ma’had ‘Ali li al-Shihah al-‘Ammah, Universiti Iskandariah. Di samping itu beliau juga menyandang gelar Lc dalam bidang hukum Islam dari Universiti al-Azhar. Beliau juga salah seorang anggota Jum’iyyah Al-‘Alamiyyah al-Islamiyyah li al-Shihhah al Nafsiyyah (Organisasi Dunia Islam untuk Kesihatan Jiwa).

Beliau bergabung dengan Jamaah Ansar al-Sunnah (sebuah organisasi ahli sunnah yang berpusat di Mesir) di Iskandariyyah sejak tahun 1965. Beliau mulai menjadi penyebar dakwah ahli sunnah salafiyyah sejak tahun 1972. Pada tahun 1977 di Iskandariah beliau mendirikan sekolah al Salafiyyah. Beliau memberikan kajian ilmiah di berbagai propinsi di Mesir di samping beberapa negara Arab, Eropah dan USA.

Guru-gurunya

Di antara guru beliau dari kalangan ulama Jamaah Ansar Sunnah ialah Syeikh Muhammad Sahnun, Syahin Kasyif Abu Ras dan Abdul Aziz bin Rasyid al Najdi. Sedangkan guru-guru beliau ketika belajar di Azhar di antaranya ialah Syeikh Ismail Hamdi, Mahmud Ied, Shubhi al Khasysyab dan lain-lain.

Ijazah umum (hadis): Syeikh al-Muhadis Badi’udin Syah Ar-Rasyidi As-Sindi, Syeikh Muhammad Al-Hasan Ad-Dadu Asy-Syinqiti dan Syeikh Abdullah bin Shalih Al-Ubaid.

Di antara ulama yang beliau mendapatkan kehormatan sehingga dapat bertemu atau duduk di majlis kajiannya ialah Syeikh Abdur Razaq Afifi, Abdullah bin Humaid, Ibnu Baz, Muhammad Nasiruddin al-Albani, Hammad bin Muhammad al Anshari, Abdullah bin Quud, Ibnu Utsaimin, Abdullah bin Muhammad al Ghunaiman, Abdullah bin Jibrin, Abu Bakr al Jazairi, Rabi bin Hadi al Madkhali, Muqbil bin Hadi al Wadii, Sayyid Sabiq, Dr Mushthofa Hilmi, Muhammad Rasyad Salim dan Rasyad Ghanim.

Karya-karyanya

Di antara buku-buku karya beliau ialah Tamamul Minnah bil Radd ‘ala A’dais Sunnah (nikmat yang sempurna sebagai bantahan bagi para musuh sunnah Nabi), Adillah Tahrim Halqi al-Lihyah (dalil-dalil tentang haramnya mencukur habis janggut), Adillah Tahrim Mushafahat al Ajnabiyyah (dalil-dalil tentang haramnya berjabat tangan dengan perempuan yang bukan mahram), ‘Uluww Himmah (Obsesi yang tinggi), Bid’ah Taqsim ad Din ila Qasyrin wa Lubbin (bid’ahnya pembahagian agama menjadi kulit dan isi/substansi agama), Khid’ah Harmajidun (tipuan perang Armagedon) dan seri Audatul Hijah (kembalinya hijab) yang terdiri dari tiga jilid, jilid pertama berjudul Ma’rakah al-Hijab wa al-Sufur (Konflik antara berpurdah atau tidak), jilid kedua berjudul al-Mar’ah baina Takrim al Islam wa Ihanah al-Jahiliyyah (perempuan antara pemuliaan Islam dan penghinaan jahiliyyah) dan jilid ketiga berjudul Adillah al-Hijab (dalil-dalil wajibnya purdah).

Di antara buku karya beliau yang telah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia ialah berjudul The Power of Idea: Meraih Cita-cita dengan Semangat Membara terbitan Robbani Press.

Beliau juga memiliki kurang lebih 1500 kaset rakaman kajian-kajian rutin beliau di beberapa masjid di kota Iskandariah.

Di antara kajian beliau adalah tentang tafsir al-Quran. Di forum ini beliau mengkaji dua kitab tafsir yaitu Mahasin al-Ta’wil karya al-Qasimi dan Adwaul Bayan karya Syinqiti, fiqh dengan mengkaji kitab Manar al-Sabil (sebuah buku fiqh mazhab Hambali), kajian akidah dengan membahas seri al-Aqidah fi Dhou’ al-Quran wa al-Sunnah karya Dr Umar al-Asyqar.

Dialihbahasa dari bahasa Indonesia:
http://ustadzaris.com/mungkinkah-sarjana-umum-menjadi-ulama
http://biografiulamasunnah.blogspot.com/2009/12/syaikh-muhammad-ismail-miqdam.html

Tambahan:
M.A.Uswah,
28 Disember 2010.

Kamis, Desember 16, 2010

Syeikh Hasan Habannakah Rahimahullah

Syeikh Hasan Habannakah dilahirkan pada tahun 1908. Nama sebenar beliau ialah Hasan Bin Marzuk. Keluarganya dikenali dengan nama Habannakah. Beliau berasal dari Maidan, Damsyik, Syria. Beliau merupakan seorang ulama' Islam yang terkenal dan seorang mujahid yang ikhlas kepada Allah. Beliau berkahwin pada usianya 15 tahun dengan seorang perempuan yatim dan dikurniakan 12 orang anak.

Syeikh Hasan seorang yang amat mencintai ilmu dan ibadah. Beliau sentiasa melakukan qiamullail bersama-sama dengan isterinya. Beliau juga amat menghormati guru-guru dengan menziarah meraka pada setiap masa. Beliau terlibat dalam gerakan jihad mengusir penjajah Perancis pada tahun 1925. 

Kemudian menumpukan sepenuh masanya untuk mendidik dan menyampaikan ilmu dengan bersungguh. Beliau mengasaskan banyak pusat-pusat pengajian ilmu. Antara muridnya yang terkenal ialah Dr. Said Ramadhan al-Buti, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr. Mustafa Khin, Dr. Mustafa Bugha dan lain-lain lagi. 

Beliau juga merupakan seorang khatib yang lantang dan tegas. Pernah dipenjarakan oleh pemerintah yang zalim lantaran isi kandungan khutbahnya. 

Beliau wafat pada tahun 1978. Dan jenazahnya diiringi lebih daripada 500 ribu manusia yang cinta dan kasih kepadanya. Semoga Allah Taala merahmati beliau.

Senin, Desember 13, 2010

Muhammad Abu Zahrah, Imam Fuqaha Dari Al-Azhar

Nama penuhnya ialah Muhammad Ahmad Mustafa Abu Zahrah dilahirkan pada 29 Mac 1898M di Mahallah al-Kubra, Mesir. Keluarganya adalah sebuah keluarga yang memelihara adab-adab agama dan nilai-nilai Islam. Dalam suasana tersebut, beliau dibesarkan dan memberi kesan terhadap pembentukan jiwa dan peribadinya. Ketika berusia sembilan tahun, beliau telah menghafal al-Quran dari guru-gurunya seperti Syeikh Muhammad Jamal, Imam Masjid Dahaniah, Syeikh Muhammad Hika, Imam Masjid Hanafi dan Syeikh Mursi al-Misri, Imam Masjid Syeikh Abu Rabah. Muhammad Abu Zahrah mengakui bahawa permulaan kehidupan ilmiahnya bermula dari pengajian dan penghafalan al-Quran.

Dalam aspek pendidikan peringkat rendah, beliau melanjutkan pengajian di Sekolah Rendah al-Raqiyyah dan ilmu-ilmu moden seperti Matematik dan lain-lain di samping ilmu agama dan bahasa Arab. Abu Zahrah meneruskan pengajian di Kolej al-Ahmadi al-Azhari di Masjid Ahmadi, Tanta pada tahun 1913. Pada tahun 1916, beliau memasuki Sekolah Kehakiman Syariah, Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1907 dan hanya mengambil pelajar yang cemerlang. Kolej ini dibina bertujuan melahirkan ahli feqah yang semasa dan pratikal yang bersesuaian dengan realiti masyarakat bagi mengisi jawatan hakim syar’i di Mesir.
Kolej mempunyai sistem pendidikan yang lebih teratur dan pelengkap kepada al-Azhar. Di sinilah Muhammad Abu Zahrah dididik terutama dari sudut pembentukan peribadi daripada guru-gurunya di situ seperi Abd Wahab Khalaf dan juga kehidupan ilmiah dengan membuat penyelidikan dan penulisan. Beliau belajar di kolej sehingga tahun 1925. Namun malangnya, kolej ini ditutup pada tahun 1923 dan pelajar-pelajar di pindahkan ke Dar Ulum, Kaherah. Hanya beberapa pelajar yang dibenarkan tamat sehingga tahun 1925. Apabila tamat di kolej tersebut, beliau memasuki Institut Latihan Kehakiman untuk menjadi peguam selama setahun. Pada tahun 1927, beliau belajar di Dar Ulum selama enam bulan bagi membolehkan ia memasuki peperiksaan bagi mendapat Sijil Dar Ulum.

Antara guru-gurunya ialah Muhammad Atif Barakah (1872-1924), guru di Kolej Ahmadi, Tanta, Muhammad Faraj Shanhuri (1891-1977), Abdul Wahab Azam (1894-1959) Ahmad Ibrahim Bik, Muhammad Khudri al-Afifi, Abdul Wahab Khalaf, Abdul Jalil Isa, Muhammad al-Banna, Ali Khafif, Husain Wali, Ahmad Amin,Abdul Aziz al-Khuli, dan Mustafa Ana’i. Muhmmad Abu Zahrah pernah bekerja sebagai guru di Pusat Penyediaan Dar Ulum secara kontrak selama setahun (10 Oktober 1927-14 November 1928), kemudian beliau mengajar di sekolah menengah di Kaherah dan Suhaj selama dua tahun iaitu bermula dari tahun 1930 sehingga akhir tahun 1932.

Pada awal 1933, beliau bertugas di Kuliah Usuluddin, Universiti al-Azhar. Beliau mengajar subjek khitabah (pengucapan) dan perbandingan agama. Pada masa ini, beliau telah menerbitkan buku Khitabah, Tarikh al-Jidal (Sejarah Perdebatan), Diyanat al-Qadimah (Agama-Agama Kuno), Muhadarat fi Nasraniah (Isu-Isu Dalam Agama Nasraniah).

Beliau mengajar sebagai guru sepenuh masa di al-Azhar selama satu tahun dan lapan tahun sebagai guru pelawat apabila beliau berpindah ke Kuliah Undang-Undang, Universiti Kaherah. Beliau mengajar di Kuliah ini bermula pada 1 November 1934 di samping mengajar di al-Azhar. Sejak tahun 1942, beliau menumpukan sepenuhnya di Kuliah Undang-Undang dengan menjadi Ketua Jabatan Syariah sehinggalah persaraan beliau pada tahun 1958. Beliau terus mengajar dan menjadi pembimbing di peringkat Ijazah Tinggi sehinggalah beliau meningggal dunia. Beliau juga pernah menjadi Timbalan Dekan bagi Kuliah Undang-Undang selama lima tahun sehingga beliau bersara pada tahun 1958.

Beliau digelar sebagai imam yang menunjukkan kealiman dalam ilmu. Namun menurut Abdul Halim Jundi, bahawa gelaran imam bukan sahaja menunjukkan kealiman dalam bdang ilmu atau gelaran yang diberikan oleh kerajaan tetapi pendirian dan keberanian dalam menyatakan kebenaran dalam isu-isu masyarakat. Syeikh Abdul Halim Mahmud mantan syeikh al-Azhar menyebutkan bahawa jika terdapat masalah dalam Lujnah Fatwa, maka kami akan merujuk kepada Muhammad Abu Zahrah. Beliau mempunyai pendirian yang tegas terutama dalam isu pengharaman riba. Menurutnya, pengharaman riba bagi memelihara kebajikan umat Islam.

Muhammad Abu Zahrah seorang yang prihatin dan pakar dalam ilmu al-Quran dan tafsir. Semasa zaman beliau ditegah menulis di akhbar dan majalah dan bertugas di Universiti, beliau mula menulis mengenai al-Quran dengan mengarang buku “Mukjizat al-Kubra al-Quran”. Buku ini merupakan mukadimah dalam beliau mengarang tafsir al-Quran. Namun tafsir ini tidak sempat disempurnakan kerana beliau meninggal dunia terlebih dahulu. Sebahagian tafsir beliau ini telah diterbitkan Dar al-Fikir al-Arabi dalam 10 jilid yang berjudul Zahrah al-Tafasir. 

Muhammad Abu Zahrah meninggal dunia pada petang hari Jumaat pada 12 April 1974 di Rumahnya di Zaitun, Kaherah ketika berumar 76 tahun. Beliau meninggal dunia ketika memegang pen untuk menulis tafsir al-Quran dalam surah al-Naml, ayat 19 yang bermaksud : “ Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (al-Naml, ayat 19)

http://www.mindamadani.my/content/view/230/2

Minggu, Desember 05, 2010

Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi, Ulama' Tafsir Moden Terkini Yang Alim

Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi dilahirkan di bandar Jenin pada 12 Januari 1947 M/18 Muharam 1367 H.

Pendidikannya

Pada tahun 1965, Dr Solah al-Khalidi belajar dengan Syeikh al-Azhar, kemudian masuk fakulti Syariah dan lulus pada 1970, lalu beliau menyambung pelajara
n dengan mengambil sarjana pada tahun 1977 di Universiti Islam Imam Muhammad Saud di Riyadh, tesis yang disampaikan oleh beliau bertajuk: (Syed Qutb dan seni fotografi dalam al-Quran) dalam dua bahagian: bahagian pertama tentang kehidupan Syed Qutb, dan yang kedua untuk seni fotografi dalam al-Quran.

Tahun-tahun perbincangan lama pada tahun 1980, terdiri daripada Prof Dr Hassan Ahmad pengawal Farhat, Profesor Muhammad Kutb dan Syeikh Muh
ammad al-Rawi, Mesir terkenal dalam dunia membahas.

Lalu beliau mendapat gelaran doktor dalam tafsiran al-Quran pada 1984 dari universiti yang sama, tesis itu berjudul: (Dalam Bayangan Quran - Pengajian dan Evaluasi) dan dibincangkan oleh para ilmuwan terdiri dari Syeikh Manna al-Qattan rahim
ahullah dan Dr Adnan Starling - The World al-Quran yang dikenali.

Guru-gurunya

Antara guru-guru Dr Solah al-Khalidi yang paling terkenal ialah:
- Syeikh Musa Sayyid rahimahullah, salah satu ulama Palesti
n
- Syeikh Muhammad al-Ghazali
- Syeikh Abdul Halim Mahmud

Terpengaruh dengan Syed Qutb

Dr Solah al-Khalidi bersama dengan muridnya, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (kanan).

Dr Solah al-Khalidi sangat terpengaruh dengan Syed Qutb, adalah hubungan kasih sesama guru dan murid, tapi bukan hubungan peribadi antara Dr Solah dan Syed Qutb, tapi sebagai seorang pelajar, buku-buku Syed Qutb, semua dibacanya.

Karya-karyanya


Dr Solah al-Khalidi sangat pakar dalam bidang Tafsir, Sirah dan Ulum Quran.

Karya beliau berjudul Mafatih li Taa’mul ma’ al-Quran.

Antara karyanya yang terkenal ialah Ma' Qasas al-Sabiqin fi al-Quran dan Khulafaa' al-Rasyidin Bainal Istikhlaf wal Istisyhad. Selain itu:
- Qabasat Tarikhiyyah
- Mafatih li Taa’mul ma’ al-Quran
- Suwarun min Jihaadissahabah
- al-Qasas al-Qurani
- Dan banyak lagi.

Kini, Dr Solah al-Khalidi masih lagi menetap di Jordan.

Disusun dan diterjemah dari bahasa Arab oleh:
M.A.Uswah,
5 Disember 2010.