Jumat, Februari 29, 2008

Syeikh Muhammad Said Linggi, Ulama dan Sufi Negeri Sembilan Terkenal

Nama penuh ulama ini ialah Haji Muhammad Said bin Haji Jamaluddin bin Haji Idris. Dikenali juga dengan panggilan al-Syaikh Muhammad Said al-Linggi al-Jawi. Datuknya, Haji Idris anak Hajjah Rahimah binti Khatib Musa bin 'Amaluddin bin Awaluddin Dato' Awal bin Faqih @ Daeng Abdul Malik adalah seorang alim yang salih lagi keramat. Hampir separuh dari usianya dihabiskan di kota ilmu Makkah kerana menuntut ilmu. Haji Idris berketurunan campuran Minangkabau-Bugis Linggi. Ini kerana isteri Khatib Musa yang bernama Zalikha itu adalah anak seorang pembesar di Kampung Semabuk, Minangkabau. Manakala Dato' Awaluddin pula disebut-sebut sebagai peneroka daerah Linggi (1783) di Negeri Sembilan.

Satu sumber lain mengatakan nasab sebelah datuk bapanya sampai kepada saidina Abdullah bin Abbas, sepupu Rasulullah s.a.w. Dikatakan demikian kerana suami Hajjah Rahimah, iaitu Haji Abdul Mu'min Linggi bin Syaikh Muhammad Nakhoda Minangkabau bin Ahmad bin Umar bin Saleh bin Abdullah adalah berasal dari Hadramaut.

Bapanya sendiri, Haji Jamaluddin (1835 - 1888) adalah seorang tokoh ulama' Melayu Negeri Sembilan yang pernah diberi kepercayaan mengajar di Masjid al-Haram semasa bermukim di kota Makkah. Dia masyhur zahid, berpendirian memada dan dikurniakan pelbagai kararnah yang pelik-pelik. Diceritakan, pada hari matinya, dia tidak meninggalkan sebarang wang - walau sesen pun!

Ibunya, Hajjah Safiah binti Haji Muhammad Saleh al-Fatani adalah seorang Qurra' yang terkenal elok bacaannya lagi penyantun. Pernah menjadi guru Qira’at al-Quran - baik semasa tinggal di Makkah, mahupun ketika berada di Patani. Murid-muridnya tidak terbilang kerana terlalu ramai.

Manakala datuk sebelah ibunya, Haji Muhammad Saleh al-Fatani yang masyhur keramat itu adalah seorang guru pondok yang terulung pada zamannya. Murid-muridnya tidak kurang 500 orang pada satu-satu masa. Haji Muhammad Saleh berkahwin dengan Hajjah Mariam, juga terkenal dengan kesalihannya. Bapa Hajjah Mariam, Syaikh Abdul Rashid al-Fatani(4) pun seorang tokoh ulama' yang termasyhur pada zamannya, dianugerahi Allah dengan beberapa banyak keistimewaan yang tersendiri. Ringkasnya, Muhammad Said lahir di tengah-tengah rumpun keluarga alim ulama' yang terkemuka dan yang alim turun-temurun.

Kelahirannya

Muhammad Said dilahirkan di perkampungan Syi'b Ali Makkah "pada hari Sabtu yang keempat atau yang ketiga daripada bulan Syaban tahun 1292" (5) yang bersamaan dengan 25 atau 18 September 1875.

Dipelihara ibu dan neneknya (Hajjah Mariam) kerana ketika itu bapanya sedang berkhidmat di Tanah Jawi.

Zaman remajanya

Pada tahun 1882, ketika berusia 7 tahun, Muhammad Said dibawa pulang ke Patani, tanah tumpah darah ibunya. Beliau dibesarkan di sana sehinggalah umurnya meningkat 12 tahun
Muhammad Said sungguh bertuah kerana ibunya seoraag yang fasih dalam bidang qira'at al-quran. Ibu yang salihah inilah yang mendidik dan membentuk peribadinya. Lantaran itu tidak hairanlah jika beliau tergolong seorang kanak-kanak yang sangat elok akhlaknya lagi cerdas pula akalnya.

Guru-guru Awalnya

Pada tahun 1887, barulah beliau dihantar mengaji di luar rumah. Empat orang guru awalnya ialah Syaikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fatani (Tuan Minal), Haji Awang (Tuan Semela atau Dato' Semela), Dato' Nahu dan Syaikh Muhammad Nuh yang berasal dari negeri Kedah. Beliau mempelajari ilmu-ilmu fiqh, usuluddin, tasawwuf, nahu dan macam-macam ilmu lagi. Dikecualikan Tuan Minal, ketiga-tiga orang guru yang akhir itu adalah bekas murid datuknya, Syaikh Abdul Rashid al-Fatani.

Muhammad Said adalah seorang pelajar yang bercita-cita tinggi, tekun belajar, malah pernah tidak tidur malam sampai terbit fajar kerana tidak menyedari matahari telah naik. bahkan, ada "ketika-ketika mengalir kedua matanya akan darah daripada terlampau banyak menilik kepada kitab-kitab".(6)

Setahun kemudian (1888), bapanya meninggal dunia semssa berusia 54 tahun (Hijri). Dikebumikan di tanah perkuburan Linggi, Negeri Sembilan.

Ke Makkah

Pada tahun 1982, ketika berumur 17 tahun, Muhammad Said belayar ke kota ilmu Makkah bertujuan mendalami pengajiannya. Antara puluhan gurunya tersenarailah nama-nama seperti berikut :

1. Syaikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki.
2. Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani.
3. Sayyid Abi Bakr Syata.
4. Syaikh Ahmad al-Manshawi.
5. Syaikh Umar al-Shami.
6. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad Babasil (Mufti Shafi'i)
7. Syaikh Abdul Karim al-Daghastani.
8. Syaikh Muhammad bin Yusuf al-Khayyat.
9. Syaikh Umar bin Abi Bakr Bajunid.

10. Syaikh Muhammad Said bin Muhammad al-Yamani.
11. Syaikh Ahmad Khatib bin Abdul Latif Minangkabau.
12. Syaikh Zainuddin Sumbawa.
13. Syaikh Wan Muhammad Ali Kutan.
14. Syaikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain Patani.


Ke Madinah

Muhammad Said termasuk seorang penuntut yang gigih dan bersemangat waja. Pernah bermusafir secara berjalan kaki ke Madinah kerana ziarah makam Rasulullah (sesudah bermimpi menemui baginda). Semasa berada di Madinah beliau berpeluang berguru dengan Sayyid Ja'far al-Barzanji, Mufti Shafi'i.

Ke Mesir

Kemudian meneruskan perjalanan ke Bait al-Maqdis dan akhirnya ke negara Mesir rmelanjutkan kefahaman tentang selok-belok ilmu fiqh empat mazhab. Di sana beliau mendalami ilmu-ilmu syara', naql dan aqal. Antara lainnya bergaaru dengan Syaikh al-Jami' al-Azhar iaitu Syaikh Shamsuddin al-Anbani dan dengan Syaikh Ahmad al-Rifa"i al-Maliki, iaitu sebesar-besar ulama' Mazhab Maliki di dalam Azhar zaman itu (1896).

Pulang Ke Makkah

Selanjutnya beliau pulang semula ke Makkah. Belajar ilmu tariqat dengan Syaikh Muhammad bin Ahmad al-Dandarawi(7) (meninggal dunia di Madinah pada 19 Februari 1909). Akhir sekali Muhammad Said diberi ijazah tariqat Ahmadiyah, iaitu pada hujung tahun 1318 Hijrah {bersamaan pertengahan April 1901).

Alhasilnya, guru Muhammad Said berjumlah 50 orang lebih. Beliau diketahui alim dalam ilmu-ilmu alat, usuluddin, fiqh empat mazhab; juga ilmu ruhani, hikmat, falsafah, al-Quran dan sebagainya.

Sahabat-sahabatnya

Antara sahabat-sahabat seperguruan termasuk Tuan Mukhtar Bogor, Tuan Husain Kedah, Pak Wan Sulairnan Kedah, Haji Abdullah Pak Him Seberang Perai, Syaikh Uthman bin Abdul Wahhab Sarawak (meninggal 29 Julai 1921), Sidi Muhammad al--Azhari Makkah dan ramai lagi.
Pulang Ke Tanahair

Sekitar tahuu 1320 H/1902 M, beliau pulang ke Negeri Sembilan lalu menetap di Ampangan, Seremban. Mengajar ilmu-ilmu ugama, juga zikir tariqat Ahmadiyah kerana tokoh sufi ini telah dilantik menjadi khalifah atan wakil peribadi Syaikh Muhammad al-Dandarawi di Kepulauan Melayu

Disamping itu, beliau dengan begitu beraninya cuba mengikiskan perbuatan bid'ah, pegangan khurafat dan amalan adat yang bertentangan dengan syariat yang banyak bersarang dalam masyarakat. Pada peringkat awalnya tindakan Haji Mnhammad Said itu ditentang hebat oleh orang-orang Islam sendiri. Namun berkat kesabarannya pemimpin tariqat ini akhirnya dapat mengumpul ramai pengikut setia. Selain bergiat di Negeri Sembilan beliau juga banyak merantau sambil menyebarkan ilmn-ilmu keislaman, khususnya ilmu sufi dan kerohanian. Antaranya ke negeri Kedah, Pahang, Johor, Singapura, Indo China (Saigon), Siam (Ayuthia) dan Kelantan.

Di Kelantan

Ketika Haji Encik 'Id (panggilan lazim anak muridnya di Kelantan) tiba di Kota Bharu pada tahun 1905, beliau dapati Sidi Muhammad al-Azhari, rakan seperguruannya telah pun rnengembang ajaran tariqat di sekitar Kota Bharu, termasuk di Pulau Kerbau, Kampung Laut dan di Langgar.
Walaupun seguru, pemahaman dan pendekatan mereka berdua banyak berbeza. Haji Encik 'Id menurunkan ilmunya kepada semua lapisan murid, tanpa mengira peringkat umur, baik golongan atasan mahapun bawahan, lelaki dan perempuan, orang kebanyakkan atau terpelajar. Seiring dengan itu beliau juga ada mengedarkan karya terjemahannya. Risalat al-Fawa’id sebagai teks panduan. Perselisihan mereka jelas ketara bilamana banyak kalimat dan pengertian ayat di dalam Risalat al-Faw’id telah dipinda / dipadam terus kemudiannya oleh Sidi Muhammad al-Azhari.

Berlainan dengan cara penyampaian Sidi Muhammad al-Azhari, kaedah pengajaran Haji Encik 'Id terlalu cepat menimbulkan rasa majdhub (semacam mabuk) di kalangan pengikut-pengikutnya. Sebab itu ia ditentang keras oleh sebahagian besar ulama' Kelantan pada zaman itu, kecuali Tok Wali Haji Ismail Lundang Paku, anak-anak Tuan Tabal dan segelinter ulama' yang lain. Kemuncaknya dibawa ke pengetahuan Sultan yang kemudiannya mengemukakan masalah ini kepada Syaikh Wan Ahmad al-Fatani sebagaimana yang telah disebut pada awal tulisan ini.

Dan seperti yang diharap-harapkan oleh Raja Kelantan, Syaikh Wan Ahmad memberi jawapan yang panjang lebar(8) - bertarikh 5 safar 1324 (bersamaan 30 Mac 1906).
Selama berada di Kota Bharu, beliau tinggal di rumah Haji Awang Alim,(9) bapa mertuanya. Haji Encik 'Id telah berkahwin dengan Hajjah Wan Safiah binti Haji Awang semasa masih berada di Tanah Suci lagi. Ketika itu Hajjah Safiah sudah pun janda, berikutan kematian suami pertamanya di Makkah, iaitu Haji Yusuf bin Haji Puteh(10)

Anak-anaknya

Sepanjang hayatnya Syaikh Muhammad Said disebut-sebut berkahwin sembilan kali dan dikurniakan 32 orang anak. Salah seoraug isteri utamanya ialah Siti Zubaidah binti Haji Said Rembau.

Berikut disenaraikan anak-anaknya yang agak terkenal :

1. Haji Abdullah (1905 - 1956), Kampung Gedung Latang, Ampangan, Seremban. Anak sulung yang mengambil alih tugas khalifah tariqat Ahmadiyah selepas kematiannya.

2. Haji Ahmad (6 April 1910 - 7 Januari 1964). Khalifah yang kedua selepas Haji Abdullah. Pengasas Pondok Rasah (1935) dan Mufti Negeri Sembilan yang pertama (semenjak 1950); mendalami pengajian di Makkah dan mewarisi sifat kealiman bapanya. Mempunyai empat orang isteri dan 37 orang anak - 8 orang telah lulus universiti dalam negeri dan 8 orang lagi lepasan Universiti al-Azhar. Menghasiikan puluhan karya penulisan, termasuk Kanz al-Mu’id yang mengisahkan manaqib Syaikh Muhammad Said, juga merupakan sumber utama penulisan makalah ini.

3. Haji Abdul Rashid, Teluk Kurau, Singapura. Khalitah yang ketiga selepas Haji Abdullah dan Haji Ahmad. Sangat dihormati dan disegani orang-orang Melayu Singapura.

4 Haji Mansor, Ampangan, Seremban (meninggal 1981).

5. Haji Muhammad Nor (meninggal 1981)

6. Haji Muhammad Hamid.

7. Haji Ibrahim (dengan isterinya, Hajjah Wan Safiah Kota Bharu) - bapa kepada Haji Idris Ibrahim, bekas Abli Parlimen Setapak, Wilayah Persekutuan.

8. Haji Mahadi (1914 - 20 Februari 1983), Taman Maluri, Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Anak kelapan dari 15 orang adik beradik dan yang paling manja sekali dalam keluarganya Lulusan Madrasah al-Fatah, Makkah. Seniman terkenal, berlakon dalam 76 buah filem. Lakonan sulungnya adalah secara kebetulan, iaitu sebagai pelakon tambahan dalam filem Penghidupan (1951). Anak Melayu yang pertama menjadi pengarah filem - Permata di Perlimbahan (1952). Semasa mudanya (1939) pernah bertugas sebagai wartawan Utusan Melayu. Berkebolehan mengubat orang sakit, tetapi tidak mahu dipanggil 'bomoh".

Peribadinya

Syaikh Muhalumad Said adalah seorang tokoh ulama' yang berperibadi sederhana. Tidak inginkan kemegahan dan kesenangan hidup. Bersifat zahid, qana’ah, pemaaf, sabar, taqwa, tawadhu', pemalu, pemurah, wara'; kuat beramat dan berkhalwat Dianggap sebagai seorang wali Allah dan doanya makbul.

Beliau suka menolong orang yang dalam kesusuhan. Memandang makhluk-makhluk lain dengan penuh timbang rasa dan kasih sayang. Semenjak menuntut ilmu di Mekkah dan di Mesir lagi telah terzahir kelebihan-kelebihan wara’, salih serta keramatnya.
Sebagai seorang ulama' yang amat dihormati dan dikenali di Negeri Sembilan beliau sangat dikasihi Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan (mangkat 1 Ogos 1933) dan amat disayangi Dato' Kelana Ma'mur (1889 - 1945).

Karya Tulisnya

Walaupun Syaikh Muhammad Said ada menghasilkan beberapa banyak karangan sendiri juga terjemahan, kebanyakkannya belum dicetak dan sukar diperolehi. Antara yang sudah dapat dikesan adalah seperti berikut :

1. Syarh Kunuz a!-Jawahiral al-Nurniyyat fi Qawa’id al-Tariqat al-Shadhilliyah. Disebut juga Risalat al-Fawa’id atau Rasa’il Jawiyyah Selesai terjemah pada akhir Rabiulawal 1323 (3 Jun 1905). Membicarakan keistimewaan Sidi Ahmad bin Idris dan cerita-cerita yang bersangkutan dengan ajarannya, termasuk cara beramal dan pelbagai faedah lainnya. Tercap di tepi al-Ahzab al-Irfaniyyah.

2 Al-Ahzab al-'Irfaniyyat wa al-Awrad al-Nuraniyyah. Siap tulis di bandar Singapura pada 15 Rabiulawal 1323 (18 Jun 1905). Berukuran 18 ½ x 14 sentimeter dan tebalnya 200 muka. Mengandungi himpunan doa dan hizb.

3 Kashf al-Ghiba an Haqiqat al-Riba

4 Sullam al-Ta'rif ila ’Iim al-Tasrif (ilmu sarf).

5 Risalah Path (juga mengenai ilmu sarf).

6. al-Kashf wa al-Tanfis an Ashab Sidi Ahmad bin Idris.

7. Makalah Kaifiat mengerjakan Tarawih yang 10 rakaat

8 Perjalanan mendirikan Jumaat.

9. Wazifah-wazifah bagi orang yang salik pada permulaan suluknya.

10. Manuskrip syair Arab tanpa tajuk, sepanjang 142 baris yang ditulisnya di Tanah Melayu. Mengupas tentang kesesatan Kaum Wahabi dan kekarutan mereka.

Meninggal Dunia

Ajalnya tiba pada malam, 12 Rabiulawal 1345 bersamaan 18/19 September 1926, ketika berusia 53 tahun (Hijriyah). Lebih 5000 orang mengiringi jenazahnya, termasuk Tuanku Muhammad, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Dikebumikan di tanah perkuburan Islam Ampangan, iaitu sebuah kawasan berbukit di bandar Seremban

Beliau meninggalkan seorang ibu,(11) seorang saudara perempuan kandung, seorang anak saudara dan beribu-ribu orang murid yang bertebaran di seluruh semenanjung.Sebagai mengenangkan jasa baktinya maka Sekolah Ugama Menengah Tinggi Negeri Sembilan (ditubuh 1959) yang mulai 1977 diambil alih pentadbirannya oleh Kementerian Pendidikan dilambangkan sempena namanya : SMKA Sheikh Haji Mohd Said, Seremban.

Sumber:
http://www.magnifix.com.my/ashairah/index_files/Page673.htm

Kamis, Februari 28, 2008

Dr Mustafa As-Siba'ie, Ulama dan Mujahid Syria

Dr Mustafa As-Siba'ie dilahirkan di Hims, Suriah, Syria pada tahun 1915 dari keluarga ulama. Ayah dan kakek beliau adalah khotib masjid raya Hims, jabatan khotib tesebut telah turun temurun semenjak ratusan tahun lamanya. Ayah beliau Husni As Sibai terkenal sebagai seorang mujahid yang gigih menentang penjajahan, beliau berjuang dengan harta dan jiwanya dalam menghadapi penjajahan Perancis.

Sebagaimana halnya beliaupun adalah merupakan penggagas lembaga-lembaga kebajikan Islam an sosial sehingga hal tersebut cukup mempengaruhi pertumbuhan dan pendidikan putra beliau Musthofa As Sibaai'. Kehidupan yang sulit dan keras dalam suasana penjajahan juga mempengaruhi petumbuhan beliau, terutama memupuk sikap patriotik dan perlawanan terhadap penjajah dan antek-anteknya.

Semenjak muda Musthofa As Sibaai' selalu menghadiri majlis ilmu ayahnya, dan hal tersebut memupuk keulaman dan kefaqihan beliau dalam menyelesaikan masalah-masalah fiqhiyyah, khususnya fiqih komparatif. Sehingga dalam waktu yang tidak lama beliau terhitung sebagai ulama serta faqih, dan hal itulah yang mendorong beliau unyuk terjun langsung dalam medan jihad dan "islah" reformasi serta memberantas bid'ah.

Dr Musthofa As Sibaai' menikah di Dimasq, ketika beliau meminang calon istrinya pihak peminang menginformasikan kepada pihak keluarga wanita bahwa; Mushtofa As Sibaai adalah seorang aktivis da'wah, dan kebanyakan waktnya akan tersita untuk kepantingan da'wah. Hal tersebut diungkapkan agar pihak keluarga wanita memakluminya sebelum pinangan diterima, dan akhirnya keluarga wanita menerima hal tersebut.

Kehidupan As-Siba'ie

Masa kanak-kanak dan pertumbuhan beliau dibawah asuhan orang tuanya yang dikenal sebagai ulama Hims, beliau senantiasa menghadiri majlis ilmu ayahnya, bahkan ayahnya selalu mendorong beliau agar mempelajari ilmu Syariah.

Sibaai' muda tak sama dengan pemuda-pemuda lainnya, diusia mudanya dia aktif dengan kegiatan-kegiatan menentang penjajahan. Diusianya yang ke enambelas (Th 1931) beliau telah mengenyam kehidupan kerangkeng untuk pertama kalinya, beliau ditangkap oleh penjajah Perancis karena mengkoordinir kawan-kawannya dalam menyebarkan selebaran yang mengkritik kebijakan penjajahan Perancis.

Musthofa As Sibaai' tidak kapok dengan pengalaman pertamanya dijebloskan ke dalam penjara, beliau ditangkap untuk kedua kalinya oleh pihak Perancis karena khutbah jumat beliau di mesjid raya Hims dianggap menggugah ruh jihad dan perjuangan warga Hims melawan penjajah Perancis.Dalam sejarah perlawanannya menentang penjajahan Perancis,perjuangan beliau tidak hanya dengan "kalam" belaka tapi beliau pun memimpin kawan-kawannya mengadakan perlawanan bersenjata menentang Perancis, seperti terjadi pada tahun 1945.

Tahun 1933 Mushthofa As Sibaai' melanjutkan pendidikannya di Al Azhar. Sampai di Mesirpun jiwa kepahlawanannya tidak menyusut, bahkan bersama shahabat-sahabat Mesirnya beliau ikut serta berunjuk rasa menentang penjajahan Inggris, demikian halnya ketika sahabat-sahabat Iraknya mengadakan unjuk rasa menentang penjajahan Inggris beliau tidak ketinggalan, sehingga beliau ditangkap oleh pemerintah Inggris saat itu. Tiga bulan beliau meringkuk dalam sel penjara Mesir, Syaik Azhar saat itu,Musthofa Al Maraghi ikut turun tangan dalam berusaha mengeluarkan As Sibaai' dari penjara, tapi kemudian beliau dipindahkan ke penjara Palestina selama empat bulan lamanya, setelah itu beliau dibebaskan dengan jaminan.

Musthofa As Sibaai' selanjutnya tidak diperkenankan kembali ke Mesir, padahal beliau sedang mempersiapkan disertasi doktornya. Pemeritah penjajahan Inggris melarang As Sibaai masuk Mesir karena beliau dianggap sebagai pemicu gerakan anti Inggris, bahkan dianggap sebagai biang keladi revolusi bangsa Mesir terhadap Inggris. Hal tersebut terjadi tahun 1940.
Tahun 1949 As Sibaai' baru dapat mengajukan disertasi doktornya yang cukup dikenal dikalangan ulama saat ini "As Sunnah Wamakanatuha Fi At Tasyri'" (Kedudukan Sunnah dalam Syariah* ) As Sibaai' dengan tesisnya tersebut mendapat kelulusan dengan suma cumlaude. Dalam tesisnya tersebut As Sibaai' menyanggah habis argumen kaum Orientalis tentang kedudukan AS Sunnah dalam Syariat Islam. Disamping beliaupun menulis buku khusus tentang orientalis dengan judul "Alistisyraq Wal Mustasyriqun" Orientalisme dan kaum Orientalis.
Dalam masa pendidikannya di Al Azhar itulah beliau berhubungan dengan Imam Hasan Al Banna pengasas gerakan Ikhwanul Muslimun. Bahkan hubungan beliau berlanjut sampai setelah kepulangan beliau ke Suriah. Tahun 1942 berdirilah Ikhwanul Muslimun Suriah dibawah pimpinan beliau. Sehubungan dengan pendirian Ikhwanul Muslimun Suriah, Hasan Al Banna mengirim utusan khususnya Dr Said Rhamadhan (menantu Hassan Al Banna) . Di tahun pertama setelah berdirinya Ikhwanul Muslimun tercatat 100 ribu orang lebih anggota.

Sebelum dibentuknya Ikhwanul Muslimun Suriah, amal da'wah di Suriah digerakkan oleh lembaga-lembaga da'wah yeng kemudian bersatu setelah dibentuknya Ikhwanul Muslimun. Diantara lembaga tersebut adalah; "Jamiyyah Subbanul Muslimin" Damaskus pimpinan Dr Muhammad Mubarak, "Darul Arqom", dan "Jamiyyah Al Ikhwan Muslimun" yang diprakarsai oleh Assyaikh Mahmud Utsman atas usulan Imam Hasan Al Banna.

Jiwa patriotik dan semangat jihad Dr Musthofa As Sibaai' menggerakkan beliau untuk membawa pasukan Ikhwanul Muslimun dalam Jihad Palestina 1948 melawan Zionisme Yahudi bersama pasukan Ikhwan Irak yang dipimpin oleh Muhammad Mahmud Showwaf dan Ikwan Mesir yang dipimpin oleh Abdurahman Al Banna, serta Ikhwan Yordania .

Tapi perjuangan Ikhwan yang dilandasi oleh aqidah dan tanggung jawab atas "Ardul mubarak" di khianati oleh para pemimpin Arab saat itu, bahkan para mujahid Ikhwan Mesir langsung digiring ke penjara sesampainya mereka ke tanah air, yang mereka sisakan diluar tahanan hanya Imam Hasan Al Banna, dan dalam kondisi seperti itulah para musuh Islam menghabisi Asy Syahid Al Imam, dengan harapan besar bahwa dengan dihabisinya Al Imam Syahid punah pulalah gerakan da'wah Ikhwanul Muslimun. "Wamakaru wamakarollah" Mereka berbuat makar dan Allah membalas makar mereka.

Sepulang dari jihad Palestina, As Sibaai' tak menghentikan thabiat jihadnya. Kali ini beliau berjihad dari dalam Suriah sendiri dengan tulisan dan kalamnya, dengan taujih dan tarbiyyahnya kearah islah dan membina generasi mujahid dengan manhaj Islami yang benar, mulai dari pembentukan pribadi yang Islami, keluarga Islami, masyarakat Islami, dan akhirnya berdirinya Daulah Islamiyyah.

Tahun 1950 Beliau termasuk anggota komisi perumus undang-undang. Dengan perjuangannya beliau berhasil memberi warna Islami pada rancangan Undang-undang Suriah dalam pasal-pasal yang sangat esensi, dan berhasil mengikis usaha sekularisasi UU Suriah

Dr Musthofa As Sibaai' bersama sahabat-sahabat seperjuangannya berhasil memperjuangkan masuknya pelajaran pendidikan Islam dalam kurikulum pendidikan, disamping itu beliaupun berhasil pula membuka jurusan Syariah di Universitas Suriah (sekarang Universitas Damaskus).
Dr Musthofa As Sibaai' pun mengusulkan penyusunan ensiklopedia fiqh, sehingga masalah-masalah fiqhiyyah dapat ditampilkan dalam format baru, disamping menjawab dan menyelesaikan masalah-masalah kontemporer, dengan berpedoman kepada Al Quran dan Sunnah serta pendapat-pendapat Salafush-shoolih. Ensiklopedi tersebut sekarang telah digarap oleh para ulama muslim terkenal dari seluruh penjuru dunia, sampai saat ini sudah sampai huruf "qof" dan mencapai 38 jilid dalam format besar.

Dalam dunia Islam Dr Musthofa As Sibaai' dikenal sebagai seorang tokoh gerakan Islam yang alim dan faqih. Tahun 1951 beliau sempat menghadiri mu'tamar Islami yang diadakan di Pakistan, dalam kesempatan tersebut beliau sempat bertemu dengan tokoh-tokoh dunia Islam.
Tahun 1952 Dr Musthofa As Sibaai meminta agar pemerintah suriah, agar beliau dan anggota Ikhwan Suriah diizinkan keluar dari Suriah untuk turut berjihad bahu membahu bersama Ikhwan Mesir dalam menghadapi Inggris di Terusan Suez. Rupanya permohonan tersebut berakibat fatal, yang mengakibatkan Ikhwanul Muslimun Suriah dilarang selanjutnya mereka di selkan dan Dr As Sibaai' dibuang ke Libanon setelah sebelumnya dipecat dari Universitas Damaskus. Seperti itulah resiko perjuangan membela kebenaran. Tapi hikmah Allah dibalik semua itu, di Libanon AS Sibaai' justru senantiasa dikerumuni para pemuda, dan itulah cikal bakal gerakan Islam Libanon "Al Jamaah Al Islamiyyah" yang di dirikan tahun 1964 dan membuahkan dai' muharrik kondang Fathi Yakan.

Tahun 1953 Dr Sibaai' pun sempat menghadiri konfrensi Islam untuk pembelaan Al Quds yang diadakan di kota Al Quds dan dihadiri oleh perwakilan Ikhwanul Muslimun dari seluruh negara Arab dan para tokoh Islam dunia, termasuk saat itu hadir Dr Muhammad Natsir sebagai wakil Indonesia.

Tahun 1954 para pemimpin Ikhwan bertemu di Libanon dalam mu'tamar Islam dan Kristen, hadir dalam mu'tamar tersebut Ustadz Hasan Hudaibi "mursyid" Ikhwanul Muslimun Mesir saat itu, Ustadz Muhammad Mahmud Showwaf pimpinan Ikhwan Iraq, Ustadz Muhammad Abdurahman Khalifaf pimpinan Ikhwan Yordania, Ali Tholibullah mewakilli Sudan, dan Abdul Aziz Mathu' dari Kuwait serta Dr As Sibaai' sendiri sebagai pemimpin Ikhwan Suriah.
Sepulangnya Hasan Hudaibi dari Libanon rezim Jamal Abdul Nasher menjebloskan mursyid Ikhwan kedua Hasan Hudaibi beserta ikhwan lainnya. Ikhwanun Muslimin Arab kemudian membentuk "maktab tanfidhi" yang dipimpin oleh Dr Mushtofa As Sibaai'

Pengaruh Dr Musthofa As Sibaai' bukan hanya dirasakan oleh para pemuda Suriah, tapi para pemuda Turki yang menuntut ilmu di Suriah merasakan pengaruhnya, mereka senantiasa hadir dalam majlis-majlis As Sibaai', bahkan hubungan mereka terus berlanjut setelah kepulangan mereka ke Turki.

Kiprah da'wah Dr As Sibaai' tidak hanya dalam mimbar dan podium, beliaupun berkiprah dalam melahirkan majalah mingguan "As Syihab" bahkan beliau sempat memimpin majalah "AL Muslimun" setelah majalah tersebut ditutup di Mesir, sampai tahun 1958, kemudian penerbitan majalah tersebut berpindah ke Swis seiring dengan hijrahnya Dr Said Ramadhan ke Swis. Bersamaan dengan itu beliaupun menerbitkan majalah bulanan "Al Hadhoroh Al Islamiyyah" sebagai pengganti Al Muslimun.

Sedangkan tulisan beliau yang dibukukan adalah: 1- Syarah Qonun Al Ahwal Ashshakhsiyyah, 3 jilid 2- As Sunnah Wamakanatuha Fi At Tasyri', tesis doktornya (sudah diterjemahkan) 3- Al Marah baina Al Fiqhi Wal Qonun (sudah diterjemahkan) 4- Isytirokiyyah Al Islam (Sudah diterjemahkan) 5-As-Sirah An Nabawiyyah Durusun Wa Ibar, buku yang mengilhami para penulis fiqh sirah (sudah diterjemahkan) Dan banyak lagi karangan beliau yang sarat dengan taujih serta Ilmu.

Aktitas da'wah beliau tak pernah berhenti sampai pada masa sakit beliau yang berkepanjangan, tubuh beliau lumpuh sebelah selama delapan tahun, beliau senantiasa shabar menghadapi ujian tersebut, tak pernah mengeluh, ridho dengan apa yang menimpanya, tahmid, tasbih dan istighfar senantiasa menghiasi bibirnya siang dan malam. Penyakitnya sama sekali bukan suatu penghalang bagi dirinya dalam menyampaikan da'wah.

Dalam salah satu ungkapan As Sibaai kepada shabatnya " berkata: "Aku dalam keadaan sakit, jelas aku merasakan sakitnya. Dan andapun dapat melihatnya dari roman wajahku, dan dari tanganku yang tak dapat bergerak. Tapi lihatlah keagungan Hikmah Allah dibalik semua itu, Sesungguhnya Allah Maha Kuasa mentakdirkan aku menjadi orang yang lumpuh, dan terbukti sebagian tubuhku lumpuh... Tapi, perhatikan bagian mana yang lumpuh? Allah telah melumpuhkan bagian tubuhku sebelah kiri, dan membiarkan bagian tubuh sebelah kanan tetap bergerak. Betapa Agung Ni'mat Allah yang aku rasakan membiarkan bagian tubuh kananku tetap bergerak. Dapatkah aku tetap menulis kalau Allah mentakdirkan tubuh bagian kananku juga mengalami kelumpuhan? "

Subhanallah, bahkan menurut peraksian shahabat-shahabat seperjuangan beliau, Dr As Sibaai' sangat giat dan aktif dalam masa sakitnya. Dr Adib Sholeh shabat dekat beliau berkata: "Sehari sebelum hari wafatnya, beliau masih sempat menulis tiga tulisan; Al Ulama Al Auliya, Al Ulama Al Mujahidun dan Al Ulama Asy Syuhada".

Betapa jauhnya diri kita dari keteladanan beliau dalam meneladani perjuangan Rasul SAW, betapa jauh perbedaan sikap yang dimiliki oleh beliau dengan kiprah kita dalam da'wah, bahkan terkadang kewajiban diri kitapun masih sering terlupakan, bahkan kita masih banyak kurangnya dari pada lebihnya.

Dr Mushtofa As Sibaai' menemui Rabbnya pada hari sabtu, 3/10/1964 di kota kelahirannya Hims setelah melalui perjalanan hidupnya yang penuh dengan perjuangan dan jihad.Jenazahnya dishalatkan di Damaskus di mesjid Al Umawi. Ribuan orang turut menyolati jenazahnya, tak lupa para tokoh gerakan Islam Suriah turut memberi kalimat akhir bagi kepergian Mujahid besar As Sibaai', semisal Dr Muhammad Mubarak, Dr Muhammad Adib Sholeh, Dr Hasan Huwaidi dan tokoh lainnya.
Diantara nashihat beliau dalam buku "Hakadza A'lammatni Al hayaat" adalah Tentang Istiqomah
"Istiqomah suatu jalan yang awalnya penuh dengan Karomah, pertengahannya dipenuhi keselamatan, dan ujungnya adalah surga"

Tentang keberhasilan dalam pertempuran di kancah politik
"Hati yang salim, tangan yang bersih, aqidah yang benar, ahlak yang lurus "istiqomah" ... Tapi tidak cukup hanya sekedar itu dalam menggapai keberhasilan dalam pertempuran di kancah politik, selama tidak memiliki kecemerlangan berfikir, fleksibel dalam amal, semangat yang hangat serta memahami problem masyarakat dan thabiat manusia"

Dalam kesempatan lainnya Dr Mushtofa As Sibaai' mengingatkan kita semua bahwa:
Ada dua macam kecintaan yang tak dapat menyatu
Cinta kepada Allah dan cinta kemaksiatan
Cinta akan (Jihad) dan cinta kehidupan
Cinta terhadap pengorbanan dan cinta akan harta
Cinta akan kebenaran "Al haq" dan cinta akan kepemimpinan
Cinta akan perdamaian dan cinta untuk membalas dendam
Cinta akan perbaikan "ishlah" dan cinta akan keselamatan
Cinta terhadap perjuangan dan cinta untuk hidup santai
Cinta akan keadilan dan cinta akan penghambaan
Cinta terhadap rakyat dan cinta terhadap thogut
Cinta untuk berbuat kebaikan dan cinta untuk berbuat curang

Sumber:

Rabu, Februari 27, 2008

Tok Pulau Manis, Ulama dan Sufi Terengganu Terkenal

Tok Pulau Manis atau nama sebenarnya Syeikh Abdul Maalik dilahirkan Kampung Pauh, Hulu Terengganu pada tahun 1060H/1650M, berketurunan Sharif Mohammad, yang berasal dari Baghdad. Menerima pendidikan agama diperingkat awal dari kaum keluarganya sendiri.

Tok Pulau Manis kemudiannya belajar di Aceh yang digelar “Serambi Mekah. Adalah dipercayai beliau telah menerima pendidikan secara langsung dari ulama besar Acheh, Syeikh Abdul Rauf Singkel (1030-1050/1620-1693) yang juga seorang tokoh yang berusaha membawa kepada pengukuhan terhadap aliran al-Sunnah wal Jamaah di alam Melayu. Beliau telah menyalin kitab Tafsir Baydawi yang dikarang dalam Bahasa Melayu oleh Syeikh Abdul Rauf Singkel. Selanjutnya beliau menyambung pengajian di Mekah sekitar tahun 1680, ketika beliau dipercayai berumur 30 tahun.
Selama hampir satu dekad di Mekah, beliau telah berguru dengan ulama-ulama terkenal seperti Syeikh Ibrahim al-Kurani (1025-1011/1616-1690), yang juga menjadi guru kepada Syeikh Abdul Rauf Singkel, bersahabat dengan pelajar-pelajar yang seangkatan dan seperjuangan dengannya seperti Tuan Haji Mohd Salleh bin Omar al-Semarani dari Jawa, Dato Syed Abdullah dari Terengganu, Fakeh Abdul Kadir Palimbang, Fakeh Abdul Rahman Patani, Fakeh Abdul Samad Kedah dan Haji Mohamad Siantan dan mengajar apabila terdapat peluang berbuat demikian. Semasa berada di Mekah dan juga Madinah, Tok Pulau Manis telah memberi penumpuan kepada keilmuan tiga serangkai, iaitu ilmu-ilmu Fikah, Usuluddin dan Tasawuf disamping Tafsir, Hadis dan ilmu-ilmu bantu seperti nahu, saraf dan sebagainya.
Beliau mendalami Fikah al-Shafie dengan berguru kepada Syeikh Ibrahim al-Kurani yang telah menggantikan Ahmad Qushashi yang menjadi pengajar kepada pengikut Imam Shafie di sana. Bidang Usuluddin yang diikutinya pula adalah berdasarkan pendekatan Imam al-Asya’ari yang menjadi pegangan umum pengikut ahl-al Sunnah wal Jamaah, manakala bidang Tasawuf yang diceburinya pula adalah berdasarkan etika ubudiyah kepada pengajian Tasawuf.
Tok Pulau Manis memilih Tarekat Shazhiliyah yang diasaskan oleh Syeikh Abu al-Hasan al-Syazili (M. 656/1258) yang berasal dari Maghribi. Beliau berkenalan dengan tarekat ini menerusi pengajiannya iaitu melalui karangan pendukung utama dari kalangan generasi ketiga aliran sufi iaitu Ibnu ‘Athaillah (M. 709/1309). Tulisan yang menarik minatnya itu ialah Al-Hikam disamping al-Tanwir fi Isqat al-Tadbir, Lata’if al Minan dan Taj al-Arus.
Pengajaran al-Syazili dan Ibnu ‘Athaillah dianggap lanjutan dari pendekatan Tasawuf al-Imam al-Ghazali dan kitab Ihya ‘Ulumuddin menjadi kitab penting bagi pengajaran bagi Syeikh Abu al-Hassan al-Syazili dan pendokong-pendokongnya. Sebagai seorang yang kesedaran tentang peri pentingnya mendalami ilmu Syariat disamping Usuluddin sebagai asas mendalami ilmu Tasawuf, Syeikh Abdul Malik sendiri, sebelum pemergiannya ke Tanah Suci sudah pun mendalami beberapa bidang ilmu tersebut.
Ilmuan yang menjadi rujukannya berjumlah tidak kurang dari 143 orang, diantara yang terpenting di kalangan mereka itu ialah Ibn ‘Athaillah dan Abu al-Hasan al-Syazili sendiri, Abu al-Abbas al-Mursi, Ibn Arabi, Abu Hafs Umar bin Muhammad bin Abd Allah al-Suhrawardi, Abu Turab al-Khashabi, Abu Yazid al-Bistami, Abu Talib al-Makki, Abu Hamid al-Gahzali, Abu al-Qasim al-Nasr Abadhi, Abu Bakar al-Shibli, Abu Nasr al-Sarrj, Ahmad al-Rifa’i, Ahmad Ibn Hanbal, iBn Abbad, Hassan Basari, Junayd al Baghdadi, Ahmad Zarruq, Shal bin Abdullah, Sirri al-Suqti, al-Sha’rani, Abd al-Salam bin Mashish dan Ma’ruf al-Karkhi. Selain itu, beliau juga banyak merujuk kitab Fusus al-Hikam oleh Ibnu Arabi, Qut al-Qulub oleh Abu Talib al-Makki, karya-karya al-Ghazali seperti Ihya Ulumuddin dan Minhaj al-Abidin, al-Luma oleh Abu Nasar al-Sarraaj al-Tusi, alRi’ayat Li Huquq Allah dan Amal al-Qulub wa al-Jawarib oleh al-Harith al Mushasibi, Sharh terhadap Hikam berjudul Hikam Ibn ‘Athaillah atau Qurrat al-Ayn oleh Ahmad Zarruq dan Halat Ahl al Haqiqat Ma’a Allah oleh Ahmad al-Rifa’i.
Peranan Syeikh Abdul Malik sebagai pengajar di Mekah menyerupai penglibatan sebahagian penting ulama-ulama lain dari seluruh dunia yang menjadikan Tanah Suci sebagai pusat pendidikan. Pelajar-pelajar yang menjadi tumpuan beliau adalah mereka yang datang dari Tanah Jawi. Kedudukan Syeikh Abdul Malik di sini mempunyai persamaan dengan kedudukan ulama-ulama Jawi yang lain seperti Syeikh Daud bin Abdullah Fatani, Syeikh Abdul Samad Palimbang, Syeikh Mohamad Nawawi al-Bentani dan Syeikh Mohamad Khatib bi Abdul Latif Minangkabau. Sebagai guru yang amat meminati Tasawuf beraliran etika Ubudiyah yang diperolehi oleh Imam al-Ghazali, beliau juga memilih mengajar dengan menggunakan karangan-karangan yang menjadikan hasil karya Hujjatul Islam itu. Kitab-kitab yang dimaksudkan itu termasuklah Ihya Ulumuddin. Matan Hikam Ibnu Ata’ul-Lah yang dianggap sebagai lanjutan dari pendekatan etika Ubudiyyah al-Imam al-Ghazali juga ternyata mendapat perhatian istimewa dari Syeikh Abdul Malik. Minat Syeikh Abdul Malik terhadap Matan Hikam diperkukuhkan lagi oleh permintaan sahabat-sahabatnya seperti terjelas dalam Hikam melayunya :
(Dan) sanya telah meminta akan daku setengah saudaraku yang salik bahawa menterjemakan aku akan dia dengan bahasa Jawi supaya memberi manfaat dengan dia segala orang yang mubtadi, maka ku perkenankan atas yang demikina itu dengan sekira-kira yang difahamkan Allah Taala akan daku (dan) adalah au memanjangkan sedikit perkataannya kerana aku memasukkan perkataan sharahnya dengan sekadar kifayah bagi orang mubtadi mengetahui dia......?.
Karangan di atas menunjukkan bahawa sahabat-sahabatnya di Mekah telah memintanya mengarang, sesuatu yang mencerminkan martabat kedudukannya di kalangan kawan-kawannya. Dengan penulisan tersebut Hikam Melayu merupakan sebuah kitab Tasawuf terbesar dan terawal menurut aliran ahli Sunnah wal-Jamaah di dalam Bahasa Melayu.
Adalah dipercayai bahawa Syeikh Abdul Malik pulang ke tanah air sekitar pertengahan tahun 1960an ketika berusia lebih kurang 40 tahun. Kehadirannya di dalam masyarakat tempatan, yang diperkukuhkan oleh Hikam Melayunya serta pertalian dengan pembesar tempatan di Negeri Terengganu. Malah disebabkan oleh pertalian Terengganu dengan Johor, peranan Syeikh Abdul Malik menjadi lebih penting lagi dalam kontek perkembangan sosial semasa. Mengikut sumber-sumber yang boleh dipercayai beliau dikatakan bertanggungjawab membawa dan menabalkan Zainal Abidin I menjadi sultan pemerintah Negeri Terengganu (1725-1734) yang berlangsung di Tanjung Baru. Raja tersebut juga telah berkahwin dengan anak perempuan Syeikh Abdul Malik. Apabila Syeikh Abdul Malik berpindah dari Hulu Terengganu dan menetap di Pulau Manis baginda juga telah turut sama berpindah dan menetap tempat yang baru sebelum memilih tempat persemayam tetapnya di Kuala Terengganu.
Tok Pulau Manis menjadi peneraju program pendidikan agama di Terengganu, sama ada selaku ulama istana atau sebagai guru kepada orang ramai. Di istana, Tok Pulau Manis berdampingan bukan sahaja dengan Sultan Zainal Abidin I tetapi juga dengan pembesar-pembesar yang turut berguru dengannya. Di dalam upacara keagamaan, beliau diberi peranan mengetuai majlis-majlis tersebut. Dalam penglibatannya sebagai Syeikh al-Ulama dan Mufti beliau mengeluar fatwa-fatwa berhubung dengan pegangan keIslaman dan hukum hakam. Dengan berpandukan pengalaman pengajian di Jawa, Aceh dan Mekah, beliau telah menjadikan Pulau Manis sebagai tempat pengajaran dan ibadat yang didatangi oleh pelajar-pelajar dari jauh dan dekat. Adapun kitab beliau yang kedua terbesar selepas Hikam Melayu, iaitu Kitab Kifayah merupakan sebuah karya yang merangkumi Usuluddin dan Fekah.
Tok Pulau Manis meninggal dalam lingkungan usia 86 tahun iaitu pada tahun 1149H bersamaan 1736M sebagaimana yang terakam pada makamnya.

Selasa, Februari 26, 2008

Syeikh Ahmad Badawi, Wali Allah Dari Kota Fas

Kota Fas rupanya beruntung sekali karena pernah melahirkan seorang ulama sufi & wali Allah yang namanya semerbak di dunia sufi pada tahun 596 H. Sang sufi yang mempunyai nama lengkap Ahmad bin Ali Ibrahim bin Muhammad bin Abi Bakr al-Badawi ini ternyata termasuk zurriyyah baginda Nabi, karena nasabnya sampai pada Ali Zainal Abidin bin Husain bin Ali bin Abi Talib, suami sayyidah Fatimah binti sayyidina Nabi Muhammad SAW.

Keluarga Badawi sendiri bukan penduduk asli Fas (sekarang termasuk kota di Maroko). Mereka berasal dari Bani Bara, suatu kabilah Arab di Syam sampai akhirnya tinggal di Negara Arab paling barat ini. Di sinilah Badawi kecil menghafal al-Qur'an mengkaji ilmu-ilmu agama khususnya fikih madzhab syafi'i. Pada tahun 609 H ayahnya membawanya pergi ke tanah Haram bersama saudara-saudaranya untuk melaksanakan ibadah haji. Mereka tinggal di Makkah selama beberapa tahun sampai ajal menjemput sang ayah pada tahun 627 H dan dimakamkan di Ma'la.

Badawi masuk Mesir

Sang sufi yang selalu mengenakan tutup muka ini suatu ketika ber-khalwat selama empat puluh hari tidak makan dan minum. Waktunya dihabiskan untuk meihat langit. Kedua matanya bersinar bagai bara. Sekonyong-konyong ia mendengar suara tanpa rupa. "Berdirilah !" begitu suara itu terus menggema, Carilah tempat terbitnya matahari. Dan ketika kamu sudah menemukannya, carilah tempat terbenamnya matahari. Kemudian…beranjaklah ke Thantha, suatu kota yang ada di propinsi Gharbiyyah, Mesir. Di sanalah tempatmu wahai pemuda".
Suara tanpa rupa itu seakan membimbingnya ke Iraq. Di sana ia bertemu dengan dua orang yang terkenal yaitu Syekh Abdul Kadir al-Jailani dan ar-Rifa'i. "Wahai Ahmad " begitu kedua orang itu berkata kepada Ahmad al-Badawi seperti mengeluarkan titah. " Kunci-kunci rahasia wilayah Iraq, Hindia, Yaman, as-Syarq dan al-Gharb ada di genggaman kita. Pilihlah mana yang kamu suka ". Tanpa disangka-sangka al-Badawi menjawab, "Saya tidak akan mengambil kunci tersebut kecuali dari Dzat Yang Maha Membuka.

Perjalanan selanjutnya adalah Mesir negeri para nabi dan ahli bait. Badawi masuk Mesir pada tahun 34 H. Di sana ia bertemu dengan al-Zahir Bibers dengan tentaranya. Mereka menyanjung dan memuliakan sang wali ini. Namun takdir menyuratkan lain, ia harus melanjutkan perjalanan menuju tempat yang dimaksud oleh bisikan gaib, Thantha, satu kota yang banyak melahirkan tokoh-tokoh dunia. Di sana ia menjumpai para wali, seperti Syaikh Hasan al-Ikhna`I, Syaikh Salim al- Maghribi dan Syaikh Salim al-Badawi. Di sinilah ia menancapkan dakwahnya, menyeru pada agama Allah, takut dan senantiasa berharap hanya kepada-Nya. Badawi yang alim
Dalam perjalanan hidupnya sebagai anak manusia ia pernah dikenal sebagai orang yang pemarah, karena begitu banyaknya orang yang menyakit. Tapi rupanya keberuntungan dan kebijakan berpihak pada anak cucu Nabi ini. Marah bukanlah suatu penyelesaian terhadap masalah bahkan menimbulkan masalah baru yang bukan hanya membawa madarat pada orang lain, tapi diri sendiri. Diam, menyendiri, merenung, itulah sikap yang dipilih selanjutnya. Dengan diam orang lebih bisa banyak mendengar. Dengan menyendiri orang semakin tahu betapa rendah, hina dan perlunya diri ini akan gapaian tangan-tangan Yang Maha Asih. Dengan merenung orang akan banyak memperoleh nilai-nilai kebenaran. Dan melalui sikap yang mulia ini ia tenggelam dalam zikir dan belaian Allah SWT.

Laksana laut, diam tenang tapi dalam dan penuh bongkahan mutiara, itulah al-badawi. Matbuli dalam hal ini memberi kesaksian, "Rasulullah SAW bersabda kepadaku, " Setelah Muhammad bin Idris as-Syafiiy tidak ada wali di Mesir yang fatwanya lebih berpengaruh daripada Ahmad Badawi, Nafisah, Syarafuddin al-Kurdi kemudian al-Manufi.

Suatu ketika Ibnu Daqiq al-'Id mengutus Abdul Aziz al- Darini untuk menguji Ahmad Badawi dalam berbagai permasalahan. Dengan tenang dia menjawab, "Jawaban pertanyaan-pertanyaan itu terdapat dalam kitab “Syajaratul Ma'arif” karya Syaikh Izzuddin bin Abdus Salam.

Karomah Ahmad Badawi

Kendati karomah bukanlah satu-satunya ukuran tingkat kewalian seseorang, tidak ada salahnya disebutkan beberapa karomah Syaikh Badawi sebagai petunjuk betapa agungnya wali yang satu ini.

Al-kisah ada seorang Syaikh yang hendak bepergian. Sebelum bepergian dia meminta pendapat pada Syaikh al-Badawi yang sudah berbaring tenang di alam barzakh.

"Pergilah, dan tawakkallah kepada Allah SWT"tiba-tiba terdengar suara dari dalam makam Syekh Badawi. Syaikh Sya'roni berkomentar, "Saya mendengar perkataan tadi dengan telinga saya sendiri ".

Tersebut Syaikh Badawi suatu hari berkata kepada seorang laki-laki yang memohon petunjuk dalam berdagang. "Simpanlah gandum untuk tahun ini. Karena harga gandum nanti akan melambung tinggi, tapi ingat, kamu harus banyak bersedekah pada fakir miskin”. Demikian nasehat Syekh Badawi yang benar-benar dilaksanakan oleh laki-laki itu. Setahun kemudian dengan izin Allah kejadiannya terbukti benar.

Wafat

Pada tahun 675 H sejarah mencatat kehilangan tokoh besar yang barangkali tidak tergantikan dalam puluhan tahun berikutnya. Syekh Badawi, pecinta ilahi yang belum pernah menikah ini beralih alam menuju tempat yang dekat dan penuh limpahan rahmat-Nya. Setelah dia meninggal, tugas dakwah diganti oleh Syaikh Abdul 'Al sampai dia meninggal pada tahun 773 H.

Beberapa waktu setelah kepergian wali pujaan ini, umat seperti tidak tahan, rindu akan kehadiran, petuah-petuahnya. Maka diadakanlah perayaan hari lahir Syaikh Badawi. Orang-orang datang mengalir bagaikan bah dari berbagai tempat yang jauh. Kerinduan, kecintaan, pengabdian mereka tumpahkan pada hari itu pada sufi agung ini. Hal inilah kiranya yang menyebabkan sebagian ulama dan pejabat waktu itu ada yang berkeinginan untuk meniadakan acara maulid. Tercatat satu tahun berikutnya perayaan maulid syekh Badawi ditiadakan demi menghindari penyalahgunaan dan penyimpangan akidah. Namun itu tidak berlangsung lama, hanya satu tahun. Dan tahun berikutnya perayaan pun digelar kembali sampai sekarang. Wallahu `a'lam.

Senin, Februari 25, 2008

Menyusuri Kisah Para Ulama Mesir al-Azhar

Mengenai permintaan saudari muslimah Malaysia kita supaya saya membicarakan mengenai seorang ulama Mesir iaitu Syeikh Ahmad al-Farusi yang ada kaitan dengan keturunannya, saya tidak mendapatkan begitu banyak bahan dan maklumat mengenai Syeikh Ahmad al-Farusi dan keturunannya. Memandangkan nama ulama ini tidak beberapa begitu terkenal, jadi bahan dan maklumat mengenainya amat sukar ditemui dan dalam simpanan saya pun tidak ada. Saya pun tidak pasti, apakah Syeikh Ahmad al-Farusi ini seorang ulama al-Azhar (syeikh al-azhar).

Tapi, saya ketemui sedikit maklumat mengenai keturunannya. Salah satu keturunan Syeikh Ahmad al-Farusi ialah anaknya, Syeikh Izzeddin bin Ahmad al-Farusi. Anaknya ini merupakan seorang ulama yang alim dalam bidang ilmu hadis. Setakat ini sajalah yang terdaya saya usahakan. Diharapkan dapat memuaskan permintaan saudari. Barangkali, masa akan datang akan saya ketemui banyak lagi bahan mengenai ulama ini. Dan akan saya usahakan supaya ditulis di blog ini. Sebagai gantinya, saya akan tulis sedikit kisah mengenai para ulama Mesir al-Azhar. Semoga dapat memuaskan sekali lagi permintaan saudari.

Kesungguhan
Syeikh Muhammad Ma’mon asy-Syinawi pernah berputus asa dalam memahami isi kandungan kitab lama yang menjadi silibus Universiti al-Azhar, dan beliau bertekad untuk kembali ke kampungnya sebagai pekebun, namun bapanya terus mendorong beliau sehingga mencapai kejayaan dan mengagumkan Syeikh Muhammad Abduh.
Penulisan

Imam Muhammad Ibrahim bin Muhammad al-Barmawi seorang penulis berbakat khususnya di dalam menerangkan kesamaran kitab-kitab lama.

Syeikh Ibrahim bin Musa al-Fayumi telah mengarang kitab yang begitu bernilai Syarhu ‘Ala al-Aziyyah Fi Fanni as-Sorf, sebagai penjelas terhadap kitab al-Qudmah al-Ghaziah Lil Jamaah al-Azhariah Fi Ilmi as-Sorf kitab yang dikarang oleh Syeikh Abi Hasan asy- Syazili al-Maliki.

Syeikh Hasan bin Muhammad bin A’ttar telah dilantik sebagai ketua editor di syarikat surat khabar dengan membawa slogan “Sesungguhnya negara kita mesti diadakan perubahan dan wujudkan maklumat-maklumat baru.

Menuntut Ilmu

Syeikh Muhammad Syinan meninggal ketika menuntut ilmu.

Kemuliaan

Syeikh Muhammad an-Nasyrati ketika kewafatan beliau, jenazahnya diusung sehari selepas kewafatan beliau kerana memberi peluang kepada para ulama’ dan pembesar memberikan penghormatan yang terakhir terhadapnya.

Syeikh Ibrahim bin Muhammad bin Ahmad al-Bajuri mendapat tempat di sisi Abbas 1 dengan penghantaran tentera menghalau beberapa golongan yang tidak menghormati beliau ketika tercetusnya peristiwa Revolusi Mugharabah. Selain itu, beberapa kumpulan dari kalangan pemuda yang lari dari kem tentera semata-mata untuk menuntut ilmu darinya. Pasukan tentera yang menjejaki mereka, tidak berani mengganggu majlis ilmu yang sedang beliau jalankan. Setelah menyedari hal tersebut beliau menghalau pemuda-pemuda tadi dengan menekankan kepentingan tugas menjaga keselamatan Negara.

Pemurah

Syeikh Muhammad bin Salim al-Hufni seorang yang rendah diri terhadap golongan-golongan miskin dan mudah memberikan derma kepada mereka. Syeikh Abdul Rauf bin Muhammad as-Sujaini telah digelar Abu Jud kerana sifat dermawan yang ada pada beliau.

Kelebihan

Imam Ahmad Zain Ali bin Ahmad ad-Damhuji merupakan seorang yang tidak menginginkan kemasyhuran dan terlalu mementingkan ilmu dan beliau telah dikurniakan bentuk tubuh yang sasa.

Penyebaran Ilmu
Lebih daripada 100 ulama’-ulama’ al-Azhar pernah mendapat tunjuk ajar daripada Syeikh Imam Muhammad Al-Khurasyi kerana kehebatannya dalam semua bidang ilmu.

Imam Abdul Baaqi al-Qulaini tidak mempunyai ruang untuk menulis kerana sibuk menyampaikan ilmu kepada anak-anak muridnya.

Syeikh Ibrahim bin Musa al-Fayumi tidak akan menninggalakn majlisnya selagi mana anak-anak muridnya tidak berpuas hati terhadap penyampaiannya.

Imam Muhammad bin Ahmad bin Mursi bin Daud al-A’rusi mula mengajar seharian bermula dari terbit fajar Subuh sehinggalah Isya, dan beliau tidak bangkit daripada tempat duduknya kecuali untuk mengerjakan solat.

Perantauan

Syeikh Hasan bin Muhammad bin A’ttar seorang ulama’ yang gemar mengembara untuk memahirkan diri dalam berbahasa asing dan memungut khazanah-khazanah ilmu yang terdapat di sana. Antara Negara yang pernah dikunjunginya ialah Turki, Perancis , Albania dan Negara-negara Arab yang lain.

Keberanian

Imam Ahmad bin Musa al-A’rusi lantang bersuara ketika menegah Hasan Basyah Qabtan, seorang panglima tentera Kerajaan Uthmaniah yang diutuskan ke Mesir, supaya menarik balik perbuatannya yang ingin menjual anak dan isteri Ibrahim dan Murad Bik sebagai tindakan disiplin terhadap mereka, namun beliau bersama Syeikh Ahmad Dardi dan Syeikh as-Sadat menegaskan bahawa Syariat Islam menegah penjualan orang merdeka, ibu-ibu dan anak-anak. Suara mereka telah dituruti oleh tentera Uthmaniah tersebut.

Syeikh Abdullah as-Syarqawi merupakan pemimpin penggerak untuk menentang Muhammad Bek Alfi, yang telah menghimpunkan ramai syeikh-syeikh dan mengarahkan mereka menutup masjid-masjid dan kedai-kedai. Keadaan ini memaksa Ibrahim Bek menerima segala tuntutan beliau, yang juga merupakan suara rakyat ketika itu. Beliau juga telah mengarahkan agar semua persetujuan yang dibuat hendaklah dibuat dalam bentuk catatan dan ditandatangani oleh pemerintah Mamalik. Beliau juga telah meminta kepada Napoleon agar mengadakan kawat tentera semasa menyambut kehadiran para ulama’ ke pejabatnya sebagai tanda penghormatan dan menaikkan taraf ulama’ standing dengan pemimpin Negara. Perjuangannya dalam mempertahankan institusi ulama’ telah menyebabkan Muhammad Ali terpaksa membuat perjanjian damai dengan beliau.

Imam Muhammad bin Ali Mansur Syanwani merupakan pemimpin penggerak menentang penjajahan Perancis dan arahannya supaya membebaskan para ulama’ dari penjara telah dilaksanakan oleh Perancis, tetapi mereka masih berkeras untuk melepaskan kembali jajahan takluknya.

Imam Muhammad bin Ahmad bin Mursi bin Daud al-A’rusi mempertikaikan hukum yang dikeluarkan oleh Syeikh Ibrahim Maliki yang lebih dikenali sebagai Ibrahim Basya yang menyamakan memakan daging hasil sembelihan ahli kitab ibarat memakan bangkai, dan mengatakannya haram. Ulama’-ulama’ telah membahaskan perkara tersebut lalu beliau telah membuat keputusan untuk menemui guru kepada Ibrahim Basya untuk berbincang dalam masalah ini, namun gurunya tersebut Syeikh al-Maghribi, telah menyembunyikan diri, untuk mengelak daripada pertemuan dengan beliau.

Syeikh Mustafa bin Muhammad bin Ahmad bin Musa bin Daud al-A’rusi telah dilucutkan jawatan sebagai Syeikhul Azhar disebabkan komplot beberapa orang yang tidak berpaushati dengan sistem temuduga tenaga pengajar di bawah kendaliannya, tetapi kelantangannya bersuara dalam mengkritik kezaliman yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu, menjadikan Ismail Basya merasa bimbang dengan kebangkitan beliau.

Syeikh Hasunah bin Abdullah al-Nawawi telah dilucutkan jawatan sebagai Syeikhul Azhar kerana menentang cadangan perubahan yang dilakukan di institusi-institusi mahkamah syariah, walaupun gabenor ketika itu memberi alasan supaya beliau menerimanya, namun usaha tersebut sia-sia.

Syeikh Salim bin Abi Farraj al-Bisyri salah seorang penentang terhadap perubahan al-Azhar dan telah dilucutkan jawatannya sebagai Syeikhul Azhar, namun pengajiannya tetap disampaikan dan tiada siapa yang berani menggangu.

Syeikh Muhammad bin Mustafa bin Muhammad al-Maghari telah menjawab persoalan yang ditanya oleh Gabneor Abbas II yang telah memarahi seorang imam yang buta, dengan mengatakan bahawa Islam itu tidak membezakan orang yang buta dan orang yang melihat. Selain itu, ketika Raja Farouk menceraikan isterinya, Permaisuri Faridah, beliau telah meminta supaya Syeikh al-Maghari mengeluarkan hukum pengharaman Permaisuri Faridah berkahwin lagi, namun beliau tegas mengatakan bahawa beliau tidak menyukai penceraian, dan pengharaman tersebut bukanlah kuasa beliau. Beliau berkata lagi bahawa beliau tidak mampu mengharamkan sesuatu yang telah dihalalkan oleh Allah SWT.
Pengorbanan

Syeikh Muhammad an-Nasyrati dan Syeikh Abdul Rahman Qutb an-Nawawi, sibuk dengan amanah sebagai Syeikhul Azhar ketika zaman mereka menyebabkan tiada ruang baginya untuk menghasilkan karya-karya ilmiah.

Penglibatan

Syeikh Abdul Rahman Qutb an-Nawawi pernah dilantik menjadi pembantu kepada Syeikh al-Baqli di dalam mengeluarkan fatwa di sebuah institusi yang dikenali sebagai Majlis Hukum Hakam. Beliau juga menjadi kehakiman di Giza pada 1290 H, kemudian di Gharbiyyah pada 1296 H. kemudian berpindah ke mahkamah Syariah di Kaherah pada 1306 H dan seterusnya Iskandariah. Beliau juga telah diberi amanah mengendalikan bahagian fatwa di Kementerian Keadilan pada 1313 H sebelum dilantik menjadi Syeikhul Azhar pada 1317 H.

Syeikh Salim bin Abi Farraj al-Bisyri telah dilantik sebagai syeikh di Masjid Saiyyidah Zainab sebelum dilantik menjadi syeikh kepada pimpinan ulama’ mazhab maliki.

Imam Ali bin Muhammad al-Bablawi telah dilantik mengetuai Darul Kutub di bawah kementerian kendalian Mahmud Syami al-Barudi pada 1299 H.
Syeikh Mustafa bin Ahmad bin Muhammad bin Abdul Raziq, pernah menyertai Jam’iyyah Tadhommun al-Ulama yang menyebabkan gabenor ketika itu memarahinya. Pada 1915 beliau dilantik menjadi pegawai di Majlis al-A’la dan menjadi setiausaha setahun selepas itu. Pada 1917 pula, beliau dilantik sebagai pembantu professor di Universiti Rakyat dan diminta mengisi kekosongan di dalam bidang falsafah selepas itu, dan pada 1938 beliau dilantik sebagai menteri wakaf selama tujuh penggal dan pada 1940 dilantik sebagai anggota Pusat Bahasa.

Syeikh Muhammad Ma’mon asy-Syinawi telah dilantik sebagai hakim syariah pada 1917 M, syeikh di kuliah syariah pada 1930 M, ahli anggota Ulama’ Besar pada 1934 M, dan wakil Universiti al-Azhar pada 1944 sebelum menjawat sebagai Syeikhul Azhar pada 1948 M.

Minggu, Februari 24, 2008

Umar Mukhtar, Ulama dan Pejuang Libya

Melangkah sejenak ke tahun 1892, kita menyingkap sejarah tentang kelahiran seorang bayi serba daif di sebuah kampung pada zaman pemerintahan Khilafah Uthmaniyyah. Selepas ayahnya meninggal dunia pada usianya 16 tahun, anak muda ini diletakkan di bawah asuhan dan perhatian seorang syeikh (guru) di antara syeikh-syeikh yang ada di kampung beliau. Berkat didikan Syeikh tersebut, lama kelamaan beliau mula mengamalkan cara hidup Islamiyyah di mana beliau hanya tidur selama 3 jam setiap malam agar mudah bagi beliau untuk bangun bersembahyang pada sepertiga malam.

Tidak cukup sekadar itu, beliau juga gemar membaca ayat-ayat suci Al-Quran hingga fajar menyinsing. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran sepanjang hidupnya, beliau berjaya menghafaz Al-Quran, dan mengulanginya dengan lengkap setiap tujuh hari.
Keberanian dan kebijaksaan beliau memang dikenali di setiap pelusuk daerah. Malah, beliau menjadi ikutan dan contoh kepada orang ramai pada ketika itu. Bukti keistimewaan beliau terserlah pada ketika beliau berkafilah (berdagang) ke Sudan semasa beliau masih muda. Ditakdirkan Tuhan, seekor singa telah menghalang kumpulan kafilah-kafilah ini daripada memasuki satu laluan sehingga mereka terpaksa mengubah hala mereka kerana takut akan si singa tadi. Untuk menyelamatkan diri, ada yang terpaksa mengorbankan unta mereka sebagai percubaan terakhir untuk melepaskan diri, walaupun unta pada ketika itu merupakan salah satu harta yang berharga buat mereka. Beliau yang mengetahui tentang ancaman singa berkenaan, lantas tampil untuk cuba meleraikan kekecohan. Tidak seperti kafilah-kafilah lain yang buntu mencari jalan penyelesaian, beliau tangkas menunggang kudanya bersama senapang beliau dan memburu singa tersebut. Sejurus kemudian, beliau mengejutkan kumpulan-kumpulan kafilah tadi apabila pulang dengan membawa kepala singa berkenaan. Mereka sangat bersyukur akan pengorbanan yang dilakukan beliau dan sejak dari itu lah beliau digelar ”Singa Cyrenaica” .
Dibesarkan dengan ajaran agama dan diserapkan dengan nilai-nilai keberanian seorang pahlawan, telah memberi impak yang hebat buat beliau. Akhlak dan karisma yang dimiliki bukan hanya memberi kesan pada kaum, negara dan bangsanya, malah kepada umat Islam sedunia selepas zaman penjajahan. Apabila umur beliau menjangkau lingkungan 20-an, beliau semakin dikenali berikutan kematangan dan kehandalan beliau dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang ditimbulkan suku bangsa beliau pada ketika itu. Pandangan serta nasihat beliau didengari oleh setiap penduduk kampung tidak kira di mana beliau berada. Kesopanan dan tata tertib yang dipamerkan dalam sikapnya yang disenangi ramai, memang cukup disegani. Kepetahan beliau tatkala berbicara, susunan ayat yang teratur, membuatkan orang ramai tertarik untuk mendengar ucapan mahupun ceramah yang disampaikan beliau. Keunikan inilah yang menjadi aset untuk beliau menyatukan puak-puak pada ketika itu di samping memudahkan usaha beliau untuk mengumpul kumpulan perang bagi melawan penjajah-penjajah yang datang untuk mengambil alih pemerintahan pada ketika itu.
Pada usia beliau 30an, bermulalah zaman penjajahan yang mula berkembang ke seluruh pelusuk dunia. Fenomena ini telah membayangi kehidupan beliau untul tampil bertindak. Pada ketika dunia dirosakkan oleh anasir-anasir Eropah, beliau bangkit mempertahankan kedaulatan Islam dengan semangat kentalnya. Beliau bersama-sama dengan satu kumpulan bernama Banu Sanus, yang selepas itu dikenali dgn nama Sanusi, menentang penjajahan Perancis tanpa rasa takut walau sedikit pun. Mereka juga pernah menentang penjajah-penjajah Inggeris yang diselubungi rasa tamak dan haloba untuk menakluki tanah air mereka. Apabila Itali bersekongkol dengan negara-negara Eropah yang lain dalam membuat kacau-bilau di hemisfera selatan dengan menjajah Afrika Utara, beliau yang ketika itu sudah pun menjangkau usia 50-an, mula mengumpulkan pejuang-pejuang bagi menentang penjajahan di tanah air mereka, Libya. Itali yang mula resah akan tindakan berani beliau dan pengikut-pengikutnya, mula mengatur strategi dengan cuba untuk merasuah beliau agar menyerah diri, dan menerima tawaran mereka untuk mentadbir dengan jawatan tinggi dalam kerajaan, selain menjanjikan harta kekayaan buat beliau. Taktik kotor mereka ditolak mentah-mentah. Kata-kata beliau terhadap mereka ketika itu yang amat terkenal berbunyi..”Saya bukannya orang yang mudah dipengaruhi. Betapa kuat cabaran dan desakan mereka untuk mengubah pendapat dan kepercayaan saya, Allah tidak akan mengizinkannya.” Gagal dengan strategi pertama, Itali mula menggunakan taktir kotor kedua mereka dengan menggesa beliau supaya meninggalkan bandar kediamannya, dan berpindah ke bandar yang lain, berhampiran dengan pusat pemerintahan kerajaan. Tidak cukup dengan itu, mereka juga cuba menawan hati beliau dengan menawarkan gaji bulanan yang tinggi supaya beliau akur dengan kehendak mereka. Walaubagaimanapun, sekali lagi usaha mereka gagal apabila beliau menolak dengan berkata, ”Tidak! Aku sesekali tidak akan meninggalkan tanah airku sehinggalah tiba waktunya aku bertemu Tuhanku. Ajal adalah perkara yang paling hampir denganku berbanding yang lain. Aku menunggunya setiap waktu.”
Keazaman dan kesungguhan beliau untuk menentang penjajahan walaupun pada usia 70-an telah berjaya membakar semangat bangsa dan kaum beliau untuk terus berjuang walaupun menderita. Beliau berikan mereka harapan dan keyakinan bagi menentang bala tentera penjajah yang jauh lebih ramai daripada pejuang-pejuang mereka sendiri. Di kala pihak penjajah dilengkapi alat-alat kelengkapan perang serba moden dan canggih, pejuang-pejuang ini tabah menahan lapar dan dahaga berbekalkan hanya senjata dan kuda-kuda mereka. Selepas kedudukannya kukuh, golongan Ummah mula mengelilinginya. Beliau berjaya menyerang bangsa Itali pada tempat kelemahan mereka. Beliau menyerang balas dengan tegas dan pantas terhadap golongan penjajah yang menyangka menguasai tanah orang Islam dan menindas mereka merupakan suatu kerja yang mudah.
Seorang pejuang yang berusia 90-an dari oasis Jalu, Abu Karayyim, merupakan salah seorang sahabat yang setia berjuang bersama beliau di selatan pedalaman. Walaubagaimanapun, kesukaran mendapatkan bekalan makanan menyebabkan kebanyakan daripada mereka kelaparan dan diserang penyakit. Ekoran itu, semakin berkuranglah bilangan pejuang-pejuang mereka bagi menentang Itali. Mengetahui situasi ini, askar-askar Itali telah mengambil kesempatan dengan membakar dan merompak kampung-kampung. Kaum wanita, warga tua, dan kanak-kanak tidak terkecuali dalam perbuatan jijik mereka. Atas desakan hidup, mereka terpaksa ditempatkan di kem-kem tahanan kerana tiada pilihan lain. Muhammad az-Zaway, seorang pahlawan yang dulunya pernah bersama beliau memerangi tentera Perancis, cuba memujuk beliau untuk berundur ke Mesir dengan pejuang-pejuang yang lain. Tetapi beliau enggan untuk menyerah kalah walaupun mengetahui bahawa peluang beliau semakin tipis untuk mengalahkan musuh yang boleh menghapuskan beliau dalam sekelip mata dek kerana bilangan mereka yang semakin bertambah dari semasa ke semasa. Bila ditanya, mengapa beliau masih setia berjuang, beliau menyatakan yang beliau berjuang kerana agama dan beliau tidak sanggup untuk melihat pihak musuh menduduki tanah airnya. Beliau akan terus menentang dan menentang kezaliman, tidak kira sama ada menang atau kalah. Yang pasti, kejayaan datang hanya dari Allah swt.
Beliau juga menolak untuk mengadakan perundingan damai dengan pihak penjajah dengan menyatakan bahawa ’mereka tidak mempunyai apa-apa melainkan untuk melawan musuh-musuh Allah.’ Selepas mengharungi beberapa peperangan yang tidak terkira banyaknya, akhirnya beliau tewas juga di tangan musuh. Di akhir peperangan tersebut, tinggal hanya beliau serta salah seorang pengikut setianya yang masih teguh berdiri di medan perang. Tangan dan kaki mereka dirantai dan dibawa ke bandar yang bernama Suluq di mana kubu tentera Italy berpusat. Pejuang yang dihormati ini percaya bahawa Jihad adalah disyariatkan pada setiap umat Islam sekiranya tanah air mereka dikuasai penjajah. Dengan semangat yang berkobar di dalam jiwanya, di samping keberanian dan sifat kesungguhan yang tinggi, menyebabkan beliau dihormati dan disegani oleh sesiapa saja termasuklah musuh-musuh beliau sendiri. Pegawai tentera yang menyoal siasat beliau berkata, “Apabila beliau tiba sampai ke pejabat saya, beliau kelihatan seperti seorang daripada beribu murabiteen yang saya lihat di medan perang padang pasir. Tangan beliau dirantai. Tulangnya patah akibat perang tetapi beliau memaksa dirinya berjalan dalam keadaan derita kesakitan. Beliau tidak seperti tawanan lain yang biasa ditangkap sebelum ini. Beliau berdiri di dalam pejabat saya dan menjawab segala soalan yang kami kemukakan dengan suara yang tenang dan jelas. Apabila beliau mahu mula beredar, tampak mukanya yang kelihatan bercahaya membuat saya terpegun dan terkejut. Terketar bicara saya di akhir perbualan kami semasa saya mengarah beliau kembali ke sel penjaranya sebelum upacara pengadilan di mahkamah pada sebelah petangnya.”
Umar Mukhtar ditahan oleh tentera Itali
Beliau adalah seorang lagenda yang tetap teguh pada agamanya walaupun teruk ditentang. Bilamana menteri-menteri dan ketua-ketua negara beliau yang lain menyerah diri begitu saja kepada Itali serta menyelamatkan diri sendiri dengan berpindah ke negara lain, beliau tanpa ragu-ragu tetap berjuang mempertahankan Islam dan tanah air daripada terus dijajah. Salah seorang ulama dari kalangan Sanusi, yang pernah bertarung bersama beliau menentang Perancis dan British, gagal menghantar bantuan kepada beliau tepat pada masanya. Malah, ramai di kalangan ulama-ulama ini sanggup berpaling tadah dengan menggadaikan tanah orang Islam bagi memperoleh belas simpati, gaji bulanan, serta bebas dari cukai pendapatan. Sikap seumpama inilah yang sering kita lihat pada sesetengah umat Islam yang belot pada hari ini. Berlawanan dengan tindakan kebanyakan orang Islam pada waktu itu, beliau mengeluarkan sebuah Al-Qur’an, dan bersumpah dengan nama Allah s.w.t. bahawa beliau akan terus menentang golongan penjajah, biarpun secara berseorangan mahupun sehingga syahid. Dalam 20 tahun terakhir hidupnya, beliau telah memimpin dan berjuang dalam 1000 peperangan.
Umar Mukhtar bersedia untuk syahid
Apabila Ketua Panglima perang Itali menawarkannya peluang terakhir untuk hidup di bawah pemerintahannya, dengan syarat beliau mesti mematuhi segala arahannya, beliau menjawab, “Aku tidak akan berhenti menentang kamu, sehinggalah kamu meninggalkan tanah airku, atau sehinggalah aku mati. Dan aku bersumpah kepada Allah Yang Maha Mengetahui sesuatu di dalam hati manusia, jikalau bukan kerana tanganku diikat sebegini, nescaya aku akan tetap melawanmu dengan tangan kosong, biarpun dalam keadaan yang tua dan cedar sebegini.” Pada waktu itulah, Ketua Panglima perang itu ketawa, sambil mengarahkan supaya beliau digantung, selepas mengadakan sebuah perbicaraan ‘olok-olok’ yang direka untuk menjaga maruah kerajaan Itali. Walaupun perbicaraan untuk beliau masih belum bermula, tali gantung telah pun disediakan untuk beliau di luar mahkamah. Penggantungan beliau telah disaksikan oleh ratusan puak pada tahun 1931. Namun demikian, kerjaan Itali tidak berjaya dalam usaha mereka untuk menakutkan golongan orang Islam. Bahkan, yang sebaliknya pula yang terjadi. Kematian beliau telah menggoncang jiwa umat Islam seluruh dunia, dan dari situlah pelbagai penentangan bermula, terutamanya di Utara Afrika. Semoga Allah meninggikan darjatnya di syurga. Orang-orang Itali yang berjiwa kotor telah mengambil gambar mayat beliau yang diikat, sambil dikelilingi oleh panglima-panglima perang yang tersenyum puas bersama mereka-mereka yang riang gembira dengan kematian beliau. Tanpa disedari mereka, kematian di tangan musuh demi memperjuangkan hak Allah inilah yang sebenarnya menjadi idaman setiap orang Islam sejati.
Syahid di tali gantungan
Pejuang unggul ini, tidak lain dan tidak bukan, adalah Umar Mukhtar, dan cerita tentang keperwiraannya akan kekal sehinggalah ke hari kiamat, insyaAllah. Dengan darahnya, beliau telah membawa cerita kejayaan, beliau telah menjadi lagenda di kalangan lagenda, dan beliau telah menjadi teladan untuk mereka yang ingin hidup dengan maruah Islam yang dihormati, walaupun pada saat-saat ditindas. Golongan yang menyerah kalah dan para ilmuan yang telah berpihak kepada kerajaan Itali tidak dibunuh ataupun dipenjarakan. Mereka mati dalam keadaan biasa’ dan mugkin di dalam keadaan mewah dan selesa, di bawah perlindungan golongan penjajah Itali. Naumn demikian, kematian mereka tidak membawa sebarang erti. Dan, Neraka Jahanam adalah tempat bagi mereka yang bersekongkol dengan golongan penjajah yang kafir. Omar Al Mukhtar hidup dan berjuang demi Islam sepanjang hayatnya. Beliau diikat, dipenjarakan, dan dihukum gantung. Namun, cerita keperwiraannya kekal berterusan, dan insyaAllah, Syurga adalah tempat bagi mereka yang syahid. Omar Al Mukhtar terikat kepada Allah s.w.t, bergantung hidup padaNya, dan sentiasa menerima takdir Ilahi. Beliau telah meminta daripada Allah s.w.t. untuk mati syahid, dan itulah yang telah beliau capai, InsyaAllah.
Kisah hidup dan perjuangannya telah diabadikan di dalam sebuah filem yang berjudul Lion of the Desert pada tahun 1981 lakonan Anthony Quinn sebagai Umar Mukhtar di bawah arahan Mustapha Akkad.



Sabtu, Februari 23, 2008

Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi, Pengasas Tarekat Sanusiyah

Tarekat Sanusiyah bukan semata-mata tarekat biasa, melainkan ia adalah sebuah gerakan. Gerakan tajdid dan islam. Pengasasnya adalah Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi.

Syeikh Muhammad bin Ali as-Sanusi telah dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal 1202H/22 Disember 1787M di sebuah tempat yang bernama al-Wasitah, di Mustaghanim, Algeria.

Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi adalah seorang ulama yang ikhlas dan suka merendahkan dirinya. Oleh itu, beliau telah mencapai kemajuan yang pesat di atas jalan kerohanian.

Tarekatnya bebas dari syirik dan khurafat. Beliau menyeru kepada ijtihad dan memerangi taqlid. Syeikh as-Sanusi yang bermazhab Maliki, akan menyalahi pendapat mazhabnya jika ada mazhab lain yang lebih mendekati kepada kebenaran.

Antara bintang dari tarekat ini adalah Umar Mukhtar sang Singa Padang Pasir yang terkenal itu.

Berikut ini adalah ringkasan dari Tarekat As-Sanusiyah:

- Sanusiyah merupakan gerakan dakwah Islam, islah dan tajdid.
- Secara umumnya mereka berpegang dengan al-Quran dan al-Sunnah dengan pengaruh tasauf.
- Ia muncul di Libya pada kurun ke-13 H.
- Tersebar luas hingga ke Selatan Afrika, Sudan, Somalia dan sebahagian negara Arab.
- Gerakan ini terpengaruh dengan al-Imam Ahmad bin Hanbal, Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah, Abu Hamid al-Ghazali.
- Gerakan ini juga terpengaruh dengan tasauf yang bersih dari syirik dan khurafat seperti bertawassul dengan orang mati dan orang soleh.
- Pengasas gerakan ini adalah Muhammad bin Ali as-Sanusi yang bermazhab Maliki, namun beliau akan menyalahi mazhab berkenaan jika di sana ada kebenaran bersama mazhab lain.
- Dalam berdakwah kepada Allah, gerakan ini menggunakan cara lembut dan berhikmah.
- Mereka menekankan dalam kerja-kerja tangan dan sentiasa berjihad Fi Sabilillah menentang penjajah, Salibi dan sebagainya.


Kalaulah Tarekat As-Sanusiyah ini masih wujud lagi, kita tidak tahu apakah jalan yang ditempuh masih lagi sebening jalan yang telah dirintis oleh pengasasnya Syeikh as-Sanusi dan Umar Mukhtar? Atau hanya sekadar mengambil sempena namanya sahaja, sedangkan yang lain sama sahaja dengan jalan yang ditempuh oleh tarekat-tarekat lain..? Allah Maha Mengetahui

Sebelum beliau meninggal dunia, beliau pernah berkata, "Hamba-hamba Allah ini telah memberikan kami satu tugas yang amat berat sekali sehingga andaikata ia diletakkan di atas gunung, ia tidak akan sanggup untuk memikulnya." Yang dimaksudkan oleh beliau ialah menjaga amanah Allah.

Syeikh Muhammad Ali as-Sanusi telah meninggal dunia pada bulan Safar tahun 1276H/1859M di al-Jaghbub, Libya.

Jumat, Februari 22, 2008

Tuan Guru Haji Mamat Merbau Patah

Nama penuh beliau, Haji Mamat atau Mohamad bin Osman, berasal dari Sungai Derhaka, Kuala Terengganu. Dari keturunan orang-orang alim. Dalam usia 13 tahun beliau sudah boleh membaca khutbah.

Mendapat pendidikan awal di Pondok Losong Haji Mat Syafie, kemudian pergi ke Kelantan berniaga sambil belajar. Beliau selalu mengadakan muzakarah dengan guru-guru di sana. Kecenderungannya kepada ilmu Tasauf sangat kuat.

Kemudian Tuan Guru Haji Mamat beruzlah di Mekah selama enam bulan. Selepas kembali ke tanahair, beliau bermimpi berada di bawah sepohon kayu yang terletak di atas tanah yang tinggi dan di situlah beliau mendapat pelbagai ilmu.

Beliau memulakan kuliahnya di kampung isterinya, Merbau Patah, Kuala Terenganu. Ketika itu, masyarakat di situ sangat berpegang kuat kepada kepercayaan syirik mengenai ‘acak’. Melalui pengajaran kitab Tauhid, akhirnya beliau berjaya menyedarkan masyarakat mengenai bahaya kepercayaan tersebut dan mengembalikan mereka kepada konsep Tauhid yang sebenar di sisi Allah. Keilmuan beliau mula tersebar ke merata tempat. Orang-orang yang mendengar pengajarannya datang dari seluruh pelusuk Malaysia.

Tuan Guru Haji Mamat adalah seorang yang alim dalam ilmu tasauf. Syarahannya dalam menghuraikan kitab Minhajul Abidin dan Al-Hikam Tok Pulau Manis adalah sangat mendalam.
Beliau memperolehi ilmu secara laduni. Setiap kali mengajar kitab Al-Hikam, beliau memberitahu seolah-olah beliau berada di lautan dan nampak laut dikepalanya. Kupasannya sentiasa berbeza walaupun mensyarahkan matan yang sama. Setiap kali beliau mengajar, lautan manusia akan memenuhi madrasahnya.

Tuan Guru jarang keluar dari madrasahnya. Beliau banyak menghabiskan masa di dalam bilik khalwat yang kecil. Sangat kuat ibadah dan mujahadahnya. Pada jam 3 pagi, kami murid-muridnya dapat mendengar Tuan Guru bersolat dan berzikir.

Beliau amat warak dalam mengeluarkan perkataan terhadap seseorang, walaupun terang-terangan orang itu membawa perjalanan yang batil, malah pernah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadapnya.

Beliau juga dikurniakan beberapa kelebihan. Diceritakan pernah datang 2 orang dari Sungai Rengas yang bergaduh disebabkan masalah hutang piutang. Sipemiutang hutang mendakwa sipenghutang tidak membayar hutangnya sebanyak RM200, tetapi dinafikan oleh sipenghutang. Akhirnya Tuan Guru Haji Mamat mengambil duitnya dan memberinya kepada sipemiutang sebagai bayaran hutang sipenghutang. Dua bulan kemudian, sipemiutang datang semula dan mengatakan duit yang diberi Tuan Guru tidak boleh digunakan sesen pun kerana dimakan bubuk. Wallahu ‘alam..

Tuan Guru juga sangat pemurah. Jika ada orang ingin meminjam duit, beliau akan memberinya tanpa mengiranya sebagai hutang. Beliau selalu berpesan kepada anak-anak, kalau tak ada duit beritahu kepadanya, dan jangan berhutang dengan orang lain. Sebaliknya, kalau anak-anaknya memberinya duit, beliau menolaknya atau disuruhnya duit itu diberi kepada si ibu.

Tuan Guru tidak mengamalkan apa-apa tariqat, tetapi hanya mengamalkan aurad biasa lepas sembahyang. Walaupun tidak menolak tariqat tetapi beliau memberitahu penulis bahawa terlalu banyak kesalahan malah kesesatan berlaku dalam pengamalan tariqat sekarang. Katanya, tasauf bukannya pada zikir, bukannya pada salasilah, bukannya pada ibadah yang banyak, bukannya suluk, bukannya mujahadah, tetapi hakikat tasauf ialah hidupnya jarum hati memandang hakikat KeTuhanan dalam setiap masa. Pandanglah segala dari Allah, dengan Allah dan kepada Allah, berpegang teguh dengan syariat dan hakikat serta memelihara diri dari yang haram, syubhat dan makruh.

Ketika saat kematiannya sudah hampir, beliau memberitahu anak-anak dan muridnya bahawa beliau mahu berjalan pada malam itu. Kemudian, beliau memanggil salah seorang anaknya dan berwasiat dengan dua perkara iaitu menjaga iman dan jangan bergaduh sesama ahli keluarga. Selepas solat Maghrib, beliau memejamkan matanya dengan lena. Pada malam itu, semua orang di madrasah tidak pulang ke rumah, mereka ramai-ramai membaca surah Yasin.

Menurut anaknya, kira-kira jam 3 pagi wajah Tuan Guru berubah kekuning-kuningan, wajahnya nampak segar dan tenang. Beliau akhirnya kembali menemui kekasihnya pada jam 4 pagi (tahun 1995). Sembahyang jenazah diimamkan oleh Tuan Guru Haji Hashim, mudir pondok Pasir Tumbuh dan semua murid jauh dan dekat turut datang mengiringi jenazah beliau buat kali terakhir. Kembalilah seorang ulama sufi menghadap kekasih yang dirinduinya, semoga Allah menempatkan ia dalam golongan mereka yang dimuliakan. Amin.

Kamis, Februari 21, 2008

Sheikh Ahmad Jelebu

Anak Padang Sumatera ini bukan sebarangan anak bujang di zamannya. Beliau keluar merantau ke negeri orang setelah memenuhkan dadanya dengan ilmu persilatan dan asas agama yang kukuh. Jiwanya teguh dan liat. Dalam pelayarannya ke beberapa buah negara seperti India dan negara-negara Timur Tengah, Sheikh Ahmad sempat merakamkan adegan-adegan yang begitu mencabar.
Latar Belakang
Sheikh Ahmad Bin Sheikh Ibrahim dilahirkan dalam tahun 1887 di Padang, Indonesia. Bapanya Sheikh Ibrahim adalah guru agama yang mengamalkan aliran tarekat dan bersuluk. Beliau tidak berminat untuk mengikuti tarekat dan memilih untuk mendampingi aliran kaum muda di Bukit Tinggi. Di sana Sheikh Ahmad berguru dengan bapa Almarhum Prof Dr Hamka iaitu Haji Abdul Karim Amrullah di Madrasah Sumatera Tawalib. Ketika itu usianya dianggarkan dalam awal 20an. Beliau pernah bercerita tentang diri Almarhum Pak Hamka yang agak nakal semasa kecilnya, Almarhum itu pernah menyimbah air kepada murid-murid di Madrasah ketika mereka mengambil wuduk di sumur.
Merantau Ke Negeri Orang

Tidak dapat dipastikan destinasi awal yang mula disinggahinya, samada di India atau di Tanah Suci Mekah Al Mukarramah. Tetapi kedua-dua tempat itu pernah menjadi tempat pengajian agama ketika usianya 20an. Isterinya Siti Binti Ahmad menyatakan, Sheikh Ahmad pernah menuntut di Mekah dan di India lebih dari tiga tahun. Walau bagaimanapun, banyak masanya dipenuhi dengan bertabligh dan mengembara dari suatu tempat ke suatu tempat. Kerana suka mengembara di beberapa kawasan di pendalaman, beliau boleh bertutur beberapa loghat suku kaum Arab dan Parsi. Allahyarham juga boleh berbahasa Urdhu dan Inggeris. Antara negara-negara Timur Tengah yang pernah dilawatinya ialah Mesir, Plestine, Iraq, Iran dan beberapa negara sekitarnya.
Suatu ketika Sheikh Ahmad keluar menyertai sekumpulan orang Arab di padang pasir Semenanjung Arab. Mereka telah terserempak dengan seorang Arab berkuda yang membawa senjata api. Tetamu yang besar dan tinggi itu tiba-tiba menyerang atau memukul kepala Sheikh Ahmad dengan senjatanya., Sheikh Ahmad bertindak pantas membalas serangan dengan melibaskan kakinya ke leher lawan. Gerakan pantasnya itu menyebabkan Arab itu rebah ke bumi. Tindakan tersebut menyebabkan orang-orang Arab yang menyertainya terkejut melihat anak Jawi yang bertubuh kecil itu boleh menumbangkan Pak Arab yang tidak sebanding dengannya. Mereka hairan bagaimana kedua kaki dan tangan Sheikh Ahmad boleh bertindak pantas. Ekoran dari peristiwa itu Sheikh Ahmad menjadi rakan yang dihormati dan dikenali oleh orang-orang Arab di pendalaman. Orang Arab yang telah dibunuhnya itu adalah penjenayah yang sangat dikehendaki oleh pemerintah ketika itu.
Menjadi Hakim Mahkamah Syariah
Sheikh Ahmad pernah dilantik menjawat jawatan Hakim di Mahkamah Syariah di Plestine dalam tahun 1940an. Beliau berada di Plestine lebih kurang 2 tahun dan pernah berkahwin dengan perempuan Plestine. Hasil perkahwinannya itu, beliau memperolehi seorang anak lelaki yang diberi nama Abdul Aziz Sheikh Ahmad. Jodohnya dengan wanita Arab ini tidak berpanjangan. Anak lelakinya itu menjadi doktor perubatan dan pernah berutus surat sebelum ini, tetapi selepas terjadi perang Arab – Israel, perhubungan mereka telah terputus.
Cabaran di Benua India
Semasa menuntut di India pula, Sheikh Ahmad pernah mendaki pergunungan Himalaya di utara India. Tujuan beliau mendaki gunung itu ialah untuk bertemu dengan manusia yang bertapa dalam gua di pergunungan. Beliau mendapat tahu gua tersebut dijadikan kawasan pertapaan dan penuh dengan perkara-perkara mistik. Kerana sifat ingin tahu dan menyukai cabaran, beliau bertekad untuk memulakan pendakian. Perjalanan ke destinasi tersebut memakan masa hampir sebulan berjalan kaki atau lebih kurang 3 hari 3 malam menunggang kuda.
Ramai penduduk di kaki gunung menasihati beliau supaya membatalkan rancangannya untuk ke kawasan tersebut. Pergi bermakna akan menemui kematian kerana halangan-halangan dahsyat akan berlaku. Sebaliknya pula, Sheikh Ahmad menganggap peringatan tersebut sebagai motivasi bagi dirinya dan yakin kekuasaan Allah melebihi segalanya. Dalam perjalanan malam di bawah bulan purnama yang menerangi kawasan pergunungan itu, beliau telah didatangi seorang gadis mirip wanita Khasmir yang cantik. Sheikh Ahmad tahu wanita ini jelmaan syaitan yang dipuja oleh manusia yang bertapa di gua tersebut. Dengan pantas Sheikh Ahmad menikam perempuan tersebut dengan kerisnya. Malangnya, beliau telah jatuh pengsan. Keesokkan paginya, beliau telah dijumpai oleh penghantar makanan ke gua tersebut. Tangannya masih menggenggam ulu keris dan sekeping upih melekat di hujung senjatanya.
Setelah melepasi beberapa halangan, akhirnya Sheikh Ahmad sampai ke pintu gua tersebut. Gua yang berbilik-bilik itu dihuni oleh orang yang bertapa mengikut tahap-tahap keilmuan atau senioriti. Mereka berkeadaan tidak terurus dengan rambut dan janggut yang panjang serta berbau busuk. Ada kalangan mereka hidup bagai nyawa-nyawa ikan atau seperti bangkai bernyawa. Anak Jawi berhati cekal ini telah berdailog dan memarahi manusia yang sesat tersebut. Beliau sempat berdakwah agar mereka kembali kepada fitrah manusia dan menganut Islam. Ketua orang yang bertapa itu telah menepuk bahu Sheikh Ahmad kerana kagum dengan kecekalan dan keberanian beliau sampai ke kawasan tersebut. Malah Ketua orang bertapa itu juga tahu Sheikh Ahmad telah membunuh orangnya ( wanita jelmaan) dan membayangkan Sheikh Ahmad akan menjadi tumpuan orang pada suatu hari nanti.
Sheikh Ahmad juga pernah berdepan dengan pengamal-pengamal sihir. Antaranya ketika berkunjung di Madras, keimanan beliau telah dicuba oleh seorang pengamal sihir yang menunjukkan kebolehannya mengarahkan sepohon tamar berpindah dari satu tempat ke satu tempat. Pengamal sihir itu juga memindahkan seorang gadis cantik tidur ke bilik Sheikh Ahmad. Apabila ditanya apakah tujuan dan ilmu yang diamalkan, pengamal sihir itu berkata itulah Ilmu ' sehari tua daripada Tuhan' yang ingin diturunkan kepada Sheikh Ahmad. Beliau telah menempelak perbuatan syirik dan sesat tersebut.
Berhijrah ke Tanah Melayu
Sheikh Ahmad telah memilih Sungai Petani, di Kedah sebagai destinasi barunya. Di Kedah ini beliau bertabligh di beberapa masjid dan surau. Oleh kerana kebagusan perangai dan ilmunya, maka ramai pula yang tertarik hati untuk dijadikan menantu dan tidak kurang pula iri hati. Beliau telah difitnahkan ingin merebut tunang seorang pemuda tempatan. Selepas sholat isya' di masjid, lima atau enam pemuda tempatan telah mengepung beliau di sebuah titi yang sempit. Sheikh Ahmad telah diserang bertubi-tubi dan dengan mudah pula ia menjatuhkan lawannya ke sungai.
Di Kedah, Allahyarham Sheikh Ahmad mempunyai dua isteri. Isteri pertamanya orang Alor Star dan kedua dari Sungai Petani. Hasil perkahwinannya itu beliau dianugerahkan 2 cahaya mata. Beliau mendapat anak perempuan dari isteri kedua dan diberi nama Zaleha. Dua tahun berikutnya isteri pertamanya pula melahirkan anak lelaki bernama Mokhtar. Mereka berusia lebih kurang 66 dan 64 tahun sekarang. Pernah suatu ketika terjadi peristiwa bapa mertua beliau menyepak isterinya ( ibu mertua) yang tengah bersholat. Bapa mertuanya seorang yang panas baran dan suka meminta wang dari isterinya. Sheikh Ahmad telah menegur perbuatan ganas dan biadab bapa mertua itu. Bapa mertuanya telah mengupah seorang berketurunan Jawa yang dikatakan pandai mengayungkan mangsanya untuk membinasakan Sheikh Ahmad menantunya.
Suatu petang, Jawa tersebut bertemu dengan Sheikh Ahmad di jalanan. Beliau menghulurkan tangan untuk berjabat salam. Apakala tangan mereka bersalaman, Jawa tersebut telah menggoncang kuat tangan Sheikh Ahmad, Sheikh Ahmad yang mahir dalam dunia persilatan itu merasakan Jawa itu telah mengayungkannya (memukul secara bathin) sehinggakan jantungnya dirasakan putus. Dia terasa beberapa titisan darah keluar dari jantungnya. Dengan kepakarannya, beliau memulangkan pukulan angin itu dengan membalas goncangan salam tangan lawan. Seminggu selepas kejadian itu Jawa itu dikhabarkan mati. Menurut Sheikh Ahmad, pada zahirnya dia boleh maut dengan pukulan gayung Jawa itu boleh membunuh tetapi beliau mampu membalasnya dengan izin Allah.
Berpindah Ke Jelebu
Di Jelebu, beliau menetap di Kampung Triang kira-kira 5 km dari Pekan Kuala Klawang. Beliau berkahwin pula dengan seorang gadis sunti tempatan bernama Mahaya. Isteri beliau ini meninggal dunia dan tidak meninggalkan zuriat. Di Triang, beliau telah membuka pusat pengajian dan ramailah anak-anak kampung belajar agama dengan Sheikh Ahmad. Antara anak murid beliau ialah Dato' Rais Yatim Ahli Parlimen Jelebu dan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Beliau sangat rapat dengan Ustaz Hashim Abdul Ghani Mudir Pusat Pengajian Ittiba' As Sunnah di Parit, Kuala Pilah kerana sealiran dengannya. Selepas kematian isterinya Mahaya, Ustaz Hashim telah menjodohkan Sheikh Ahmad dengan anak muridnya bernama Siti Binti Ahmad dalam tahun 1966.
Ketika berkahwin dengan Siti Binti Ahmad, usia Sheikh Ahmad telah menjangkau 78 tahun dan isterinya pula seorang janda muda berusia 28 tahun. Menurut Puan Siti Ahmad ( kini berusia 66 tahun) ketika diwawancara pada 20 Mac 2004, Sheikh Ahmad adalah seorang guru dan pengamal perubatan Islam yang kuat beribadah dan pandai berkata-kata. Walaupun telah berusia namun perwatakan dan tubuh badannya masih sehat dan bergaya. Ramai pengikut fahaman kaum muda dari Kuala Pilah datang menziarahinya untuk belajar dan berubat termasuklah bapa saudara penyusun Haji Mahmud Fasih dan Allahyarham bapa penyusun sendiri.
Aliran Kaum Muda
Sebagaimana yang dinyatakan, Sheikh Ahmad mula terpengaruh dengan aliran Kaum Muda sejak belasan tahun lagi ketika mengaji dengan bapa Almarhum Pak Hamka. Ketika Pak Hamka pernah berkunjung ke Kuala Pilah dalam tahun 1960an, beliau sempat berjumpa Sheikh Ahmad. Mereka berbincang tentang perjuangan Islam di Indonesia. Pak Hamka telah dipenjarakan oleh Sukarno sebaik tiba dari Malaysia disebabkan perbezaan ideologi dan pengaruh kominis di Indonesia ketika itu.
Pengikut As Sunnah pimpinan Ustaz Hashim Abdul Ghani di Kuala Pilah sering berpolemik
dengan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan kerana perbezaan pandangan dalam perlaksanaan syariat. Sheikh Ahmad juga pernah dipanggil untuk menjelaskan fahaman beliau dalam masalah membayar zakat fitrah dengan amil lantikan kerajaan.
Oleh kerana sering menghadapi tekanan maka mereka telah mengadakan deklarasi pada 26 Disember 1982 (11 Rabiulawal 1403) di mana wakil pendukung al-Sunnah dari seluruh Malaysia telah berhimpun di Kuala Pilah, bertempat di Ma'ahad Ittibaus-Sunnah. Dalam perhimpunan ini, sebuah deklarasi kewujudan keluarga al-Sunnah Malaysia diisytiharkan.
Dalam Deklarasi itu dinyatakan, takrif Keluarga al-Sunnah iaitu:
Suatu golongan umat muslimin yang terdiri daripada mereka yang menganut pegangan agama Islam yang berdasarkan Kitab al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang sahih, ijmak para sahabat, dan qiyas dalam jurusan keduniaan. Keluarga al-Sunnah itu terdiri daripada golongan muslimin yang sejak dahulu dikenali sebagai: Kaum Muda, Kaum Wahabi, Kaum Salafiyin, Ansarus-Sunnah, Ittibaus-Sunnah, Muhammadiah, al-Islah, Syah Waliyullah al-Dahlawi, al-Maududi, dan sebagainya. Mereka ialah golongan yang tidak bertaklid kepada sesuatu mazhab, tetapi boleh melakukan ittiba', iaitu menerima dan mengikut sesuatu pendapat yang muktabar setelah diketahui keterangannya dengan jelas dari Kitab al-Quran dan al-Hadis. Mereka tidak tersekat untuk melakukan ijtihad jika mempunyai syarat dan kemampuan.
Tattoo Di Lengan
Suatu keanihan pada batang tubuh Sheikh Ahmad ini ialah ada 'tattoo' lukisan kekal di lengan kirinya. Lukisan ini dikatakan dilukis oleh seorang Hindu semasa beliau menuntut di India dan tiada penjelasan kenapa beliau membenarkan ianya dilakukan. Tetapi beliau pernah memberitahu beliau sering berdepan dengan golongan pengamal sihir dan kebatinan. Di akhir hayatnya, Sheikh Ahmad ada menemui seorang doktor perubatan untuk membuang gambar tattoo di lengan kirinya itu tetapi sukar dihilangkan. Sheikh Ahmad mengatakan perkara itu tidak mendatangkan gangguan kepadanya dan ia meletakkan keyakinan kepada Allah mengatasi segalanya.
Di hari-hari tuanya, Sheikh Ahmad lebih banyak menghabiskan masa berzikir panjang dan membaca kita-kitab dalam simpanannya. Apabila datang orang ramai ingin berubat atau meminta bantuan, beliau akan memberi tazkirah agama terlebih dahulu dan menyakinkan pengunjung supaya sering berserah diri kepada Allah SWT. Kali terakhir beliau menunaikan fardhu haji ialah tahun 1981 dihantar oleh Dato' Rais Yatim. Dikatakan apabila di Mekah, Sheikh Ahmad terlalu sibuk menyahut jemputan penduduk Mekah seolah-olah beliau kembali ke kampung halamannya.
Meninggal Dunia
Sheikh Ahmad menghembuskan nafas terakhirnya pada tanggal 30 Disember 1989 dikala usia lanjut 103 tahun. Jenazahnya disemadikan di Kampung Gagu, Triang. Beliau meninggalkan seorang balu Puan Siti Binti Ahmad dan anak angkat perempuan yang mengalami terancat akal berumur 31 tahun. Allahyarham bolehlah dianggap tokoh agama yang juga mempunyai kemahiran seni pertahanan diri yang tinggi. Cubaan berdepan golongan ahli sihir, kebatinan dan penjenayah yang boleh menjejaskan aqidah dan nyawa tidak pernah meluntur semangatnya untuk menyampaikan dakwah. Beliau benar-benar mewarisi bakat pahlawan bangsa yang tega dan cekal.
Sumber: