Pages

Sabtu, Juli 05, 2008

Menyusuri Taman Ulama 3: Secebis Kisah Ilmuwan Islam

Al-Jahiz ialah ilmuwan Islam yang dikagumi kerana cintanya yang tidak berbelah bagi dalam menimba ilmu pengetahuan.

Diceritakan bahawa ibunya memberikan beliau ‘sedulang’ kertas nota dan memberitahunya bahawa kertas itu boleh menyara hidupnya kelak.

Beliau menguasai bahasa dan sastera Arab dengan baik, selain mengkaji buku berbahasa Yunani.

Begitu pun, kepakarannya lebih menonjol dalam bidang ilmu haiwan berdasarkan buku karangannya.

Al-Jahiz menulis lebih 200 naskhah buku meliputi bidang zoologi, tatabahasa Arab, puisi dan kamus.

Al-Jahiz yang mempunyai komitmen tinggi terhadap ilmu dan pembacaan sehingga mati tertindih oleh bukunya pernah berkata, “Buku itu akan diam bila engkau menyuruhnya diam. Dia tidak akan mengganggumu jika engkau sedang bekerja. Tetapi apabila engkau diulik kesepian, dialah teman yang akan menjadi temanmu paling baik.”

Ibnu Nafis merupakan antara penyumbang terbesar kepada tamadun Islam dalam ilmu perubatan. Beliau menjadi pelopor dalam dunia perubatan dengan kajian yang membawa penemuan penting sehingga ke hari ini iaitu saluran pembuluh darah dalam badan manusia.

Dalam kajian dan analisis yang dibuat, beliau telah menemui sistem peredaran darah ke paru-paru, 300 tahun sebelum penemuan yang dibuat oleh sarjana Barat, Sir William Harvey. Menurut teori Ibnu Nafis, dalam paru-paru, udara bertemu dengan darah. Darah itu kemudiannya meninggalkan paru-paru dan seterusnya mengikuti arteri paru-paru lalu masuk ke dalam ventrikal kiri jantung dan darah disebarkan keseluruh badan.

Ibnu Nafis sempat mengakhiri penulisannya sebelum meninggal dunia iaitu Al-Shamil Fi al-Tibb satu kajian menyeluruh tentang seni perubatan dalam bidang pembedahan. Meskipun bidang utama beliau adalah perubatan, namun Ibnu Nafis turut mendalami ilmu ilmu logik (mantiq), falsafah, bahasa, ilmu bayan, hadis dan usul fiqh.

Pada abad ke-8, seorang Muslim Sepanyol, Ibnu Firnas, telah menemukan, membangun, dan menguji konsep pesawat terbang. Konsep pesawat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudian dipelajari Roger Bacon lepas 500 tahun setelah Ibn Firnas meletakkan teori-teori dasar pesawat terbang.

Sekitar 200 tahun setelah Bacon atau 700 tahun pascaujicoba Ibnu Firnas, barulah konsep dan teori pesawat terbang dikembangkan. Pada tahun 875, Ibnu Firnas membuat sebuah prototipe atau model pesawat terbang dengan meletakkan bulu pada sebuah bingkai kayu. Inilah catatan dokumentasi pertama yang sangat kuno tentang pesawat terbang layang.

Warga Cordova saat itu menyaksikan dari dekat menara tempat Ibnu Firnas akan menunjukkan penemuannya. Namun karena cara meluncur yang kurang baik, Ibnu Firnas terhempas ke tanah bersama pesawat layang buatannya. Dia pun mengalami cedera yang sangat parah.

Cederanya inilah yang memaksa Ibnu Firnas tak berdaya untuk melakukan ujicuba yang berikutnya.

Ada catatan menyebutkan, Ibnu Firnas lalai memperhatikan bagaimana burung menggunakan ekor mereka untuk mendarat. Dia pun lupa untuk menambahkan ekor pada model pesawat layang buatannya. Kelalaiannya inilah yang mengakibatkan dia gagal mendaratkan pesawat ciptaannya dengan sempurna.

1 komentar:

q mengatakan...

asalammualaikum
salam perkenalan