Senin, September 21, 2009

Syair Hari Raya

Syawal bulan yang gembira,
Kita menyambut hari raya,
Bersyukur kita pada yang Esa,
Dikurniakan nikmat tak terhingga.

Bulan kemenangan setelah berpuasa,
Kita menunaikan solat hari raya,
Bertakbir dan bertahmidlah kita,
Memuji Tuhan yang Maha Esa.

Hari Raya untuk bergembira,
Ziarah-menziarahi sesama kita,
Tak lupa juga kunjungilah pusara,
Moga berbahagia di alam baqa'.

Hari ini bermaaflah kita,
Masih adakah dendam tersisa,
Bukan saja pada hari raya,
Moga ukhuwah terjalin selamanya.

M.A.Uswah,
Sandakan,
November 2004.

2 komentar:

زهرة حلوة mengatakan...

Bismillah..
Salamu'alaykum..
salam eidulfitri akh..
taqabalallahu minna wa minkum..
Salam maaf dr ana..
andai ad khilaf yg ta dsedari..
smg Ramadhan yg brakhir akn mbentuk kita mnjadi produk insan yg brtaqwa acuan Ramadhan Kareem..

M.A.Uswah mengatakan...

Waalaikumussalam,

Salam Aidilfitri juga dari saya buat ukhti. Salam kemaafan juga dihulurkan. Moga berbahagia dgn keluarga di bulan yg gembira ini.

Semoga nur Ramadhan akan terus bersinar & menjadikan kita insan soleh/solehah yang sejati keranaNya.