Selasa, Januari 19, 2010

Berehat dan Undur Diri

Assalamualaikum,

Di sini saya ingin mengkhabarkan pada semua pengunjung setia blog ini bahawa saya akan berehat dan undur diri buat sementara waktu dari penulisan di blog ini. Kerana saya hendak menumpukan lebih pada penulisan-penulisan melalui buku. Insya Allah, saya akan kembali semula nanti. Tapi tidak pasti bila agaknya.

Buat masa ini, saya ingin tumpukan pada mengkaji kitab-kitab dan menulis seberapa banyak buah buku dalam pelbagai bidang ilmu. Kerana bagi saya, seseorang penulis itu belum lagi dikira sebagai penulis selagi belum menghasilkan sebuah buku atau beberapa buah buku. Juga saya ingin terus mencari dan menuntut ilmu lagi. Insya Allah, hasrat saya tahun ini ingin menghasilkan tiga buah buku dalam pelbagai kategori. Nantikan buku kedua saya tidak lama lagi.

Impian saya juga suatu hari nanti, saya ingin menghasilkan sebuah rancangan dokumentari televisyen mengenai jejak ulama'. Saya hendak mengembara seluruh dunia. Dengan memaparkan kisah hidup mereka melalui jejak-jejak tempat kelahiran, kesan-kesan tempat yang ada kaitan semasa hayat mereka dan menziarahi makam-makam mereka. Perancangannya dalam tahun ini juga kalau tiada apa-apa halangan. Insya Allah, doakan agar impian dan usaha saya ini terlaksana dengan izinNya.

Dengan ini, saya ingin meminta maaf sekiranya sepanjang saya berada dalam dunia penulisan blog ini ada entri-entri yang mungkin tidak memuaskan hati kalian. Saya akan infokan juga dalam blog ini, kalau ada buku-buku baru saya yang terbit nanti. Moga kalian terus setia dengan blog Taman Ulama'.

M.A.Uswah,
Sandakan,
19 Januari 2010.
"Tatkala orang-orang yang tidur sedang tidur lena, aku mengalirkan air mata dan mengalunkan sebuah madah, antara syair yang terindah buatku.

Adakah bukan suatu kerugian, apabila malam-malam berlalu tanpa sebarang manfaat, sedangkan ia dikira dari umurku."


(Petikan Al-Maliki: Ulama' Rabbani Abad Ke-21 karya Syeikh Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki)

3 komentar:

Masyitah mengatakan...

salam
alhamdulillah teruskan usaha saudara.nak menghasilkan buku,kena banyak tabah dan cekal...

Wardatul Shaukah mengatakan...

Assalamualaikum.

ya akhi, ana terkedu membaca entri ini.

"Kerana bagi saya, seseorang penulis itu belum lagi dikira sebagai penulis selagi belum menghasilkan sebuah buku atau beberapa buah buku."

(bila agaknya ana bergelar sebagai seorang penulis ya? :)

subhanallah. teruskan perjuanganmu, wahai anak muda. teruskan menjejaki para ulama, dan hidangkan kepada kami. semoga Allah permudahkan urusan enta. moga semakin kuat ibadahnya. moga Allah berkati perjuangan, titik peluh dan usaha enta.

barakallahu fikum.

Ina NaiLofar mengatakan...

Salam ukhwah fillah kerana Allah,

Saya bersependapat dengan komen Wardatul Shaukah & Masyitah.

Teruskan menulis...Saudara berpotensi besar untuk berjaya!