Senin, November 29, 2010

Buku Baru: Ulama Warisan Rasulullah

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti akhirnya buku kedua saya berjudul 'Ulama Warisan Rasulullah: Biografi Ulama Habaib' terbitan Inteam Publishing telah berada di pasaran. 

Ulama Habaib ialah ulama-ulama berketurunan Rasulullah SAW. Biografi mereka dihimpunkan dalam buku ini sebagai mengingati jasa-jasa mereka yang kekal mengharum meskipun mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Ulama habaib yang diceritakan dalam buku ini terdiri daripada ulama habaib seluruh dunia termasuk dari Yaman, Malaysia, Indonesia, Arab Saudi dan Singapura. Sebahagian daripada ulama-ulama habaib ini dianggap sebagai wali Allah dan mempunyai karamah tersendiri.

Antara ulama habaib yang terkenal termasuk Habib Muhammad Husein al-Aidrus, Habib Alwi Muhammad al-Haddad, Habib Ahmad Alwi al-Haddad, Habib Muhammad Idrus al-Habsyi, dan Sayyid Muhammad Alawi al-Maliki. Seorang daripada mereka iaitu Sayyid Alwi bin Tahir al-Haddad pernah menjadi mufti Johor dan dianggap ulama dan sejarawan yang hebat pada zamannya.

Habib Muhammad Husein Al-Aidrus, ulama yang pendiam? Habib Alwi Muhammad Al-Haddad, sangat menjaga jarak dengan pemerintah? Habib Ahmad Alwi Al-Haddad, berkelakuan ganjil? Habib Muhammad Idrus Al-Habsyi yang mengasihi fakir miskin dan anak yatim, Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki yang pemurah, Habib Anis Alwi Al-Habsyi yang bersenyuman manis menawan.

Turut disajikan gambar-gambar para ulama habaib yang menarik dan kata-kata ulama di setiap akhir biografi mereka meski tidak kesemuanya.

Dalam buku ini juga, ada sebuah biografi ulama habaib bernama Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki di mana salah seorang murid beliau merupakan guru saya, Ustaz Bahtiar bin Hud. Saya ada selitkan gambar guru saya dan sahabat-sahabatnya bersama Sayyid Muhammad dalam biografi beliau tersebut.

Harga senaskhah: RM25.00 (Sem. Malaysia) RM28.00 (Sabah/Sarawak)

Anda boleh memesan buku ini melalui penerbit Inteam Publishing di http://bacadengaramal.blogspot.com

Tidak ada komentar: