Kamis, Desember 16, 2010

Syeikh Hasan Habannakah Rahimahullah

Syeikh Hasan Habannakah dilahirkan pada tahun 1908. Nama sebenar beliau ialah Hasan Bin Marzuk. Keluarganya dikenali dengan nama Habannakah. Beliau berasal dari Maidan, Damsyik, Syria. Beliau merupakan seorang ulama' Islam yang terkenal dan seorang mujahid yang ikhlas kepada Allah. Beliau berkahwin pada usianya 15 tahun dengan seorang perempuan yatim dan dikurniakan 12 orang anak.

Syeikh Hasan seorang yang amat mencintai ilmu dan ibadah. Beliau sentiasa melakukan qiamullail bersama-sama dengan isterinya. Beliau juga amat menghormati guru-guru dengan menziarah meraka pada setiap masa. Beliau terlibat dalam gerakan jihad mengusir penjajah Perancis pada tahun 1925. 

Kemudian menumpukan sepenuh masanya untuk mendidik dan menyampaikan ilmu dengan bersungguh. Beliau mengasaskan banyak pusat-pusat pengajian ilmu. Antara muridnya yang terkenal ialah Dr. Said Ramadhan al-Buti, Dr. Wahbah al-Zuhaili, Dr. Mustafa Khin, Dr. Mustafa Bugha dan lain-lain lagi. 

Beliau juga merupakan seorang khatib yang lantang dan tegas. Pernah dipenjarakan oleh pemerintah yang zalim lantaran isi kandungan khutbahnya. 

Beliau wafat pada tahun 1978. Dan jenazahnya diiringi lebih daripada 500 ribu manusia yang cinta dan kasih kepadanya. Semoga Allah Taala merahmati beliau.

1 komentar:

Admin P@P mengatakan...

Assalamualaikum.
Tahniah. Info Islamik yang amat bernilai.

Qiamullail bersama isteri. Amat indah jika dapat diamalkan...

TQ