Rabu, Februari 09, 2011

Perginya Seorang Ulama' Tafsir Jordan yang Buta


Perginya seorang alim dan mufassir Jordan yang buta, Syeikh Dr Fadl Hasan Abbas sekitar waktu zohor (waktu Jordan) tadi pada usia 81 tahun. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun. Jenazahnya akan dikebumikan pada hari esok di perkuburan di Sahab Islam, insya Allah.

Syeikh Dr Fadl Hasan ialah salah satu ulama' yang paling menonjol di Jordan dan seorang yang dikira alim dalam ilmu tafsir dan ilmu bahasa. Dr Fadl Hasan muncul sebagai salah satu ulama' yang paling penting dari tafsiran dan tilawahnya yang direkodkan pada tahun 70-an ketika radio Jordan bersiaran 400 episod dalam membaca al-Quran dan tafsirannya.

Sumber:
http://www.assabeel.net/local-news/%D8%A8%D9%84%D8%A7%D8%AF%D9%86%D8%A7/33092-%D8%A7%D9%84%D8%AF%D9%83%D8%AA%D9%88%D8%B1-%D9%81%D8%B6%D9%84-%D8%AD%D8%B3%D9%86-%D8%B9%D8%A8%D8%A7%D8%B3-%D9%81%D9%8A-%D8%B0%D9%85%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D9%84%D9%87.html

2 komentar:

Muhammad mengatakan...

nnalillahi wa inna ilaihi raji'un...

Masih segar di ingatan, kelas talaqi terakhir dengan beliau. Ketika itu hujan, ramai yang tak hadir. Jadi sheikh buka kepada soalan, kuliyah ditangguh ke minggu hadapan. Masa tu ada orang tanya, pelajar Malaysia tak ada soalan? Kata sheikh, ahlan wasahlan, tapi kita kata tak ada. Terfikir, mungkin lain kali nak sediakan soalan untuk ditanya.

Namun Allah lebih menyayangi beliau. Allahyarhamhu.

اللهم اجعله مع النبيين والصديقين والشهداء والصالحين وحسن أولئك رفيقا

Pelajar 'Amman.

Ummu Abbas mengatakan...

Inna lillahi wa inna ilayhi raa'jiuun.

Jazakumullah atas makluman ini.

Mengalir air mata sebaik melihat tajuk berita ini... sudah dapat diagak siapakah ulama' tersebut.

Ana pernah ambil satu subjek dengan beliau dulu.

Semoga Allah memelihara beliau dengan sebaik2 pemeliharaan.

Ummu Abbas