Jumat, Februari 24, 2012

Buku Terbaru Saya


Alhamdulillah, buku terbaru saya sudah terbit.


Biografi Ulama' Pendidikan
Muhammad Abdulloh Suradi
Perniagaan Jahabersa
74 halaman
RM7.80

Buku ini menghimpunkan 5 biografi ulama’ pendidikan Islam. Ibnu Sahnun, tidak sedar disuapi makanan ketika menulis; al-Qabasi, ulama’ pertama perkenalkan konsep pemisahan kelas antara pelajar lelaki dan perempuan; az-Zarnuji, pandangannya ingat ilmu dengan memahaminya.

Sumbangan mereka dalam memberikan konsep pendidikan Islam haruslah diketahui oleh setiap pendidik dan pelajar dan dihargai. Sistem pendidikan yang ada pada hari ini kebanyakannya adalah dari barat.

Menurut Maulana Abul Hasan Ali an-Nadwi, ulama’ dan pemikir India terkenal, umat Islam perlu membebaskan dari sistem pendidikan sekular atau mengambil sistem pendidikan barat secara total. Menurutnya sistem pengajian barat merupakan suatu usaha mendalam untuk melenyap dan membasmi unsur-unsur keIslaman.

Tidak ada komentar: