Fakta Sejarah 1: Dahulu ada seorang sultan bernama Sultan Mahmud al-Ghaznawi yang telah menegakkan tauhid dan sunnah di India. Syeikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata: "Berhubung kerajaan Mahmud bin Sabaktekin termasuk kerajaan terbaik yang pernah muncul dari orang-orang sebelumnya, maka Islam dan Sunnah pun menjadi agung dalam kerajaannya. Dia memerangi orang-orang musyrik India dan melaksanakan pelbagai keadilan yang belum pernah dilakukan oleh penguasa sebelumnya. Akibatnya, Sunnah Rasulullah semakin nyata di masanya dan bid'ah-bid'ah pun sirna."(Majmu' Fatwa Ibnu Taimiyyah, 4/22)
Sultan Mahmud memecat khatib-khatib Syiah dan menggantikannya dengan yang Sunni. Dia adalah seorang yang berpendirian tegas dan disegani, hingga tak seorang pun berani menampakkan kemaksiatan seperti minum khamar dan bermain muzik di negaranya. Demikian pula dengan pemikiran-pemikiran muktazilah dan syiah, tak pernah lagi muncul ke permukaan. Dia juga telah menghancurkan berhala terbesar di India ketika itu yang telah menjadi pujaan orang musyrik setiap masa.
Selama tempoh tersebut, luas kawasan yang berjaya dia taklukkan adalah sama dengan yang terjadi pada zaman Umar al-Khatthab ra. Panji-panji Islam yang dia kibarkan telah mencapai pelosok negeri yang sebelumnya tidak pernah terjamah oleh kaum muslimin. Dia berjaya menegakkan syiar-syiar Islam di wilayah yang sebelumnya tak pernah terdengar lantunan ayat al-Quran dan suara azan. Maka semoga Allah merahmatinya.
Bersambung fakta sejarah 2...
0 komentar:
Posting Komentar