Salam Aidiladha 1429H buat seluruh kaum muslimin dan muslimat dan juga kepada pengunjung setia blog saya ini. Tiada apa-apa yang hendak saya nukilkan sempena Aidiladha kali ini melainkan dengan menurunkan sebuah kisah seorang ulama di bawah ini. Oleh itu, sama-sama kita menyusuri dan menghayati kisah di bawah ini.
Ahmad Al-Syarisyi, Izin Untuk Naik Haji
Ahmad Al-Syarisyi seorang ulama sufi dari Sepanyol wafat pada tahun 608 Hijrah. Beliau sempat bertemu dengan Ibnu Arabi dan bahkan wafat ketika sedang bersama-sama cendikiawan besar Islam tersebut di Syu'b.
Izin Untuk Naik Haji
Sejak dalam usia kanak-kanak lagi, Ahmad Al-Syarisyi sudah rajin mengerjakan ibadah. Hal ini terjadi kerana berkat asuhan dan didikan Syeikh Abu Ahmad bin Saidabun yang menjaganya sejak kecil. Ketika berusia sepuluh tahun, Al-Syarisyi telah mengalami hub (mabuk cinta kepada Allah) yang diliputi oleh keadaan rohani yang sangat tinggi sehingga pengsan dan jatuh ke dalam api. Akan tetapi sedikit pun api tersebut tidak mencederakan badannya. Keadaan seperti itu seringkali terjadi pada dirinya.
"Apakah engkau sedar pada saat-saat terjatuh ke dalam api dan pengsan itu?" tanya Ibnu Arabi pada suatu hari.
"Tidak, aku tidak menyedarinya." jawabnya.
Suatu hari Ahmad Al-Syarisyi minta izin kepada ayahnya untuk mengerjakan haji ke tanah suci Makkah, tapi ayahnya agak keberatan.
"Wahai anakku, aku ini ayahmu dan menginginkan agar engkau selalu berada di sampingku. Tapi sekarang engkau akan pergi meninggalkanku. Pergilah." kata ayahnya seperti kecewa.
Al-Syarisyi faham bahawa ayahnya agak sukar untuk melepaskannya, semata-mata kerana tidak ingin berenggang dengan anak kesayangannya.
"Wahai ayahku. Kalau ayah mahu menjawab pertanyaanku dengan berterus terang, aku akan mematuhi segala arahanmu." kata Al-Syarisyi.
"Pertanyaan apa itu?" tanya ayahnya.
"Pada saat ayah berkumpul dengan ibuku, apakah ayah menghendaki kehadiranku ke dunia ini?"
"Tidak wahai anakku. Ayah melakukannya kerana hanya ingin memuaskan nafsu saja." jawab ayahnya.
"Allahu Akbar. Dialah yang menciptakan diriku, Dia jugalah yang memanggilku agar pergi ke rumah suciNya. Jadi, kerana aku sekarang sudah sanggup melakukannya, tidak ada alasan bagiku untuk menangguhkan perjalananku ke sana. Sebab kehadiranku ke dunia ini bukan anugerah yang ayah berikan, melainkan anugerahNya yang menciptakan diriku untuk mengabdi kepadaNya."
Mendengar jawapan itu, menangislah ayah Al-Syarisyi yang juga orang soleh dan banyak beribadah. Maka dia pun merestui anaknya untuk pergi ke tanah suci Makkah dengan tulus ikhlas.
Dipetik dari:
Ensiklopedia Para Wali
Minggu, Desember 07, 2008
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
3 komentar:
syukran atas perkongsian. teruskan usaha ini. moga dipermudahkan Allah. salam aidil adha 1429H.
Syukran for every articles being shared. May Allah bless our efforts to become true Muslims. Salam EidulAdha 1429 H.
Sama2 khairaummah & shawa. Moga ada manfaatnya yg dpt dikutip. Amin.
Posting Komentar