Pages

Jumat, Mei 15, 2009

Salam Hari Guru: Menghormati Guru Sehingga Akhir Hayat

Salam Hari Guru saya ucapkan buat seluruh guru di Malaysia. Ucapan ini khas saya tujukan kepada bekas guru-guru saya semasa saya berada di sekolah menengah (SMK Taman Fajar, Sandakan, Sabah) dari saya tingkatan 1 sehingga tingkatan 5 (2002-2006).

Semoga bekas guru-guru saya itu sentiasa berada dalam keredhaanNya, ditabahkan hati dalam menjalani waktu demi waktu sebagai seorang guru dan semoga bekas guru-guru saya itu nanti akhirnya dapat melahirkan insan-insan yang berguna dan hebat yakni pelajar-pelajar sebagai hasil didikan guru-guru yang hebat.

Sesungguhnya diriku ini amat sukar untuk melupakan jasa-jasa dan bakti guru-guruku. Diriku selalu terkenangkan segala kenangan yang pernah dialami semasa bersekolah dulu. Rasa rindu, sedih dan sebagainya masih lagi terasa dalam diri ini. Sesungguhnya diriku tidak dapat melupakan kenangan yang pernah dialami semasa bersekolah dulu. Dan sesungguhnya diriku ini tidak dapat melupakan seorang insan bernama guru.

Peranan dan tanggungjawab guru sangat besar nilainya. Profesion guru sebagai pendidik tidak boleh disamakan dengan profesion lain. Peranan guru dalam pendidikan adalah semata-mata mahu melihat anak bangsa mereka berjaya pada masa hadapan.

Di tangan guru, terletaknya harapan untuk membentuk masyarakat beragama, berakhlak serta beriman dan berilmu, berteknologi dan berbudaya. Mereka mendidik kita menjadi sebaik-baik dan sempurna manusia yang akan memainkan peranan penting dalam pembangunan bangsa dan negara.

Oleh kerana itulah, guru harus dihormati. Tanpa guru, siapalah kita. Tanpa guru, kita tidakakan berada pada peringkat sekarang dengan jawatan yang tinggi, dipandang mulia, hidup bekerjaya dan sebagainya.

Orang yang menghina guru adalah orang yang tidak berfikiran waras dan matang. Ibu bapa tidak patut menyalahi mereka jika anak-anak melakukan kesalahan disiplin. Ibu bapa harus memeriksa kelakuan anak-anak sebelum menuduh guru.

Jika terserempak dengan mereka walaupun mereka sudah uzur, tegurlah dan beramah mesralah. Ini akan membuatkan mereka rasa dihargai, dihormati dan diingati. Tidak rugi berbuat demikian, lebih-lebih lagi yang menegur itu mempunyai kedudukan tinggi di mata masyarakat kerana tiba masanya mereka merasakan tidak sia-sia mencurahkan ilmu.

Hayatilah puisi ini...

Insan Bernama Guru

Dalam dirimu bertakhta ilmu
yang tak terhitung
walaupun dibilang dengan
jari-jari tangan.

Berilah ilmu dari hati yang ikhlas
didik dan bentuklah insan
janganlah disia-siakan profesion guru
teruslah mendidik insan.

Terima kasih ku ucapkan untukmu guru
kerana kau telah mendidikku
menjadi insan berguna
akan ku cuba amalkan segala ilmumu.

Maafkanlah guru
jikaku melukai hatimu
sesungguhnya dirimu akan ku ingati
buat selama-lamanya
kaulah insan bernama guru.

M.A.Uswah,
Sandakan,
28 Januari 2006.

Hayatilah lagu ini...

Guruku - Inteam

Wahai guruku yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati

Ya Allah peliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga

Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna

Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hati

Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku

Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Semoga dirimu diberkati

Datang dengan harapan,
Pulang bawa kejayaan,
Anugerah yang diimpikan

Lagu: Inteam, Cikgu Hasnol & Nada Syahdu
Lirik: Inteam & Halim Libya

Hadiah Buat Guru (Dedikasi)
Antara yang tercatat di dalam buku pertama saya ini:

Ku dedikasikan buku ini buat guru-guruku yang tercinta yang telah mendidikku dengan pengorbanan yang tidak kenal lelah & bakti yang meluas. Merekalah yang telah menjadikan ku insan berguna & bermanfaat untuk orang lain. Sesungguhnya kejayaan ku hari ini ialah hasil daripada didikan & jasa guru-guruku yang telah berkorban jiwa & raga untuk anak-anak muridnya...

0 komentar: