Minggu, Mei 31, 2009

Ulasan Daripada Pembaca Mengenai Buku Saya

(Berikut petikan di bawah ini ialah ulasan daripada salah seorang pembaca & blogger yang telah memiliki buku saya. Blognya ialah http://www.abu-alawi.blogspot.com Syukran, akhi Ahmad Naqiuddin kerana telah membeli buku saya. Moga dalam lindunganNya selalu.)

Hari ini selepas penulis balik dari satu majlis perkahwinan di ampang, penulis mengambil kesempatan untuk ke kedai buku di sebuah pasaraya berhampiran dengan kediaman penulis. Hajatnya, adalah untuk beli satu buku yang penulis usya semalam yg bertajuk:
Buku yang setebal 323 m/s ini memaparkan ttg sejarah hidup dan manaqib ulamak-ulamak terulung ketika dahulu yang byk berjasa kepada ummah..

Bila ditatap dn dibaca buku ini, ahh! Berasa malu plak.. apabila mmbaca ttg pengorbanan dan kehebatan para ulamak-ulamak dulu. Apalah yg sudah aq sumbang untuk agama ini? Skang ni masih pada tahap menuntut ilmu lg.. moga tuhan tetapkan ak di jalan yang betul.

Antara manaqib ulamak yg dimuatkan dalam buku ini:
-Imam Bukhari
-Imam Muslim
-Imam Syafie
-Maulana Zakariya Al-Kandahlawi
-Syeikh Abdul Fattah Abdul Ghuddah
-Sayyid Abdullah Siddiq al-Ghumari
-Syeikh Mutawalli Sya’rawi

Yg peliknya, bila tgk biodata pengarang ni, la.. lahir tahun 1989!!?? Sama umur ngn kakak aku je.. tetapi dh buleh buat kumpulkan artikel2 tentang ulamak dn mengolahnya,seterusnya menjadikan sebuah buku..

Blog penulis buleh dilihat di sini: http://taman-buku.blogspot.com/ *blog Abdullah nie byk sebenarnya, buleh la tgk di laman blog yang sudah diberi..

Penulis syorkan untuk korang sume untuk membaca buku ini terutamanya pada masa terluang, dapat gak kenal-kenal ulamak kita, terutamanya ulamak nusntara dan Tanah Melayu kita sendiri..

6 komentar:

AHMAD NAQIUDDIN BIN AWALUDIN mengatakan...

wah..
ini saya punyA dong..
ape2 pun aqidah yang sohih itu perkara pokok dn utama..
semoga kita dpt mengenal serta mengikut agama ulama2 trdahulu.

Nur Azila Yahaya mengatakan...

salam..maaf, saya sudah melihat buku anta..tapi masih belum membelinya. bukan sy tak nak beli, tapi wang yang sy bawa ketika tu tak cukup..=)
insyaAllah saya akan miliki buku itu

M.A.Uswah mengatakan...

Waalaikumussalam, ukhti Nur Azila. Tak pe, nanti kalau ukhti cukup wang dah bolehlah beli buku saya.

Ukhti boleh pesan juga dengan saya, tapi saya masih belum ada stok lagi.

Ameen Muslim mengatakan...

assalamualaikum

sblm mmberi ulasan,sy nak mohon maaf sal belum berkesempatan membeli buku saudara walaupun saudara telah memaklumkan d blog saya tentang kelahiran buku saudara di bookfair yg lepas.

sebentar tadi saya telah mempromote buku itu kpd ahli keluarga saya yg kebetulan bercuti d smnanjung. sememangnya saya sudah maklum saudara senegeri dgn saya tetapi apa yg mengejutkan ialah sewaktu membelek buku itu, ternyata saudara hanya setahun tua drpd saya.

org tua saya kagum apabila mengetahui usia saudara yg masih muda tetapi mampu melahirkan sebuah buku yg sgt menarik. saya memaklumkan kpd org tua saya bhw saya hanya mmbeli buku d mph (td kami jalan2 kat kedai buku biasa) agar dpt ganjaran pmbelian.

buat saudara ma uswah, semoga tulisan saudara dpt menerangi hati-hati yg masih kabur dlm mencari keterangan ilmu islam. bertindaklah sebagai kaca mata buat kami yg semakin rabun dek selaput kotoran duniawi ini. hati kami bukan buta islam, tetapi memerlukan kanta drpd insan spt saudara utk menyedarkan kami semula (khususnya saya yg dhaif yg teramat)!

wallahu 'alam!

M.A.Uswah mengatakan...

Waalaikumussalam, akhi ameen muslim. Syukran, atas pujiannya. Tak pe, nanti kalau akhi berkesempatan, insya Allah dapat beli buku tu juga.

Saya ni pun masih seorang penuntut ilmu lagi. Apa yang mampu saya buat untuk ummah & agama ini ialah dengan sedikit sumbangan berbentuk sebuah pena & tinta. Iaitu dengan menyebarkan ilmu yang bermanfaat kepada insan terutamanya remaja melalui tulisan2 & buku.

Insya Allah, doakan moga saya akan istiqamah dalam dakwah & perjuangan ini. Di samping membaiki diri saya sendiri yang masih lemah & banyak kekurangannya lagi. Moga Yang Esa memimpin diri ini ke jalanNya yang benar & diredhai dalam naungan kasih sayangNya. Amin.

Syukran, akhi atas sokongannya. Dan bersama-samalah kita terutama remaja dalam pembinaan dakwah & perjuangan ini. Kerana saya seorang saja tidak mampu untuk menggalas tanggungjawab dalam menyebarkan dakwah ini. Moga Ilahi memimpin kita semua. Amin.

anjung faqir mengatakan...

da baca da buku awak..hu~pnat gak cari buku camni tapi ble tak bagi penerbit buku autobiografi zakarita al-khandalawi yang sedara cakap kat bab 19?