Gambar menunjukkan sebahagian umat Islam yang tidak dapat masuk ke dalam masjid Tinal. Mereka berdoa dari luar.
Al-Jazeera melaporkan pada jam 12.19 (waktu Makkah Al-Mukarramah tadi bahawa ribuan umat Islam khususnya dari gerakan Islam menghadiri majlis solat jenazah Dr Fathi Yakan di Masjid Tinal di Tripoli, Utara Lubnan. Sebahagian daripada mereka tidak dapat masuk ke dalam masjid berkenaan. Jenazah beliau telah selamat dikebumikan selepas solat asar kelmarin.
Di antara yang yang mengiringi jenazah beliau adalah wakil Presiden syria, ketua dewan rakyat Nabih Barri, pimpinan HAMAS Sami Khatir yang mewakili ketua Biro Politik HAMAS Khalid Masy'al, pimpinan pergerakan Jihad Islami Abu Imad ar-Rifaie, timbalan setiausaha agung Jemaah Islam Ibrahim Misti dan wakil dari Hizbullah.
Syeikh Malik as-Syiar yang mengimamkan jenazah beliau telah berkata:
إن طرابلس مدينة العلم والعلماء، ومعها العالم الإسلامي بأسره تودع رجلاً من كبارها وعلمًا من أعلامها رائد الحركة الإسلامية ومؤسسها، من أفنى عمره وحياته في سبيل الدعوة إلى الله عز وجل
"Sesungguhnya Tarablas adalah bandar ilmu dan ulama. Seluruh dunia Islam telah mengucapkan selamat tinggal kepada seorang tokoh dan panji Umat Islam. Beliau juga adalah pelopor dan pengasas bagi Gerakan Islam yang telah menghabiskan kehidupannya untuk berdakwah kepada Allah."
Perarakan menuju ke tanah perkuburan, bagaikan satu demonstrasi yang besar apabila mereka melaungkan slogan-slogan Islam dan kata-kata semangat. Subhanallah!
Semoga Allah melimpahkan rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang soleh. Amin.
Kehilangan ulama adalah satu musibah bagi Umat Islam dan tanda diangkatnya ilmu diakhir zaman. Hasan Basri berkata:
مَوْتُ العَالِمِ ثَلْمَةٌ فِي الإِسلامِ لاَ يَسُدُّهاَ مَا اخْتَلَفَ اللَّيْلُ وَالنَّهَارُ
"Matinya seorang alim adalah suatu lubang dalam Islam. Tidak akan dapat di tutup selama-lamanya." (Hr Darimi 329 dan Baihaqi dlm Syu'abul Iman 1719)
Sumber:
- http://ibnu-ismail.blogspot.com/2009/06/terkini-ribuan-umat-islam-mengiringi.html
- http://akhisalman.blogspot.com/2009/06/jenazah-dr-fathi-yakan-selamat.html
0 komentar:
Posting Komentar