Antara karyanya yang terkenal ialah Ma' Qasas al-Sabiqin fi al-Quran dan Khulafaa' al-Rasyidin Bainal Istikhlaf wal Istisyhad. Selain itu, Qabasat Tarikhiyyah, Mafatih li Taa’mul ma’ al-Quran, Suwarun min Jihaadissahabah, al-Qasas al-Qurani dan banyak lagi.

Beliau bukan sekadar menyunting tetapi turut mentakrijkan hadits-hadis dan menyatakan taraf hadis tersebut. Antara karya besar yang disunting oleh beliau ialah Siyar A'lam al-Nubala lebih kurang 30 jilid, Musnad Ahmad 50 jilid, Sahih Ibnu Hibban Bi Sharh Ibn Libban 14 jilid dan lain-lain.
Antara hasrat beliau ialah untuk menghasilkan ensklopedia hadis-hadis sahih dan hasan dan berharap generasi yang akan datang akan menghuraikan enskopedia tersebut. Semoga Allah mempermudahkan.
Lihat juga: http://tamanulama.blogspot.com/2008/02/kenangan-bersama-syuaib-al-arnaut.html
3. Dr Umar Sulaiman Al-Asyqar. Beliau lulusan PhD Al-Azhar tahun 1980, Universiti Zarqa Ahalliah. Beliau pakar dalam bidang Fiqh, Usul Fiqh, Mu’amalat, Aqidah, Tafsir dan Fatwa Am. Terkenal di Jordan.
Antara karyanya ialah Silsilah Al-Aqidah fi Dhau'i Al-Kitab wa al-Sunnah, Kisah-kisah Sahih Dalam Al-Qur'an & As-Sunnah, Pengertian Dan Hakikat Ikhlas Kerana Allah, Al-Qiyamah Al-Kubra, Alam Jin dan Syaitan dan banyak lagi.
2 komentar:
trimas sbb tolong masukkan info/..
sy yg msg arituh..
hehe.. tp kenapa x msokkan ulamak2 ni skrg berada di mana? masih berkhidmat d Jordan atau x?
ape2 pun, terima kaceh
Bagus nya.. banyak info..
Posting Komentar