Majlis ilmu ini akan disampaikan oleh dua orang murid Syeikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani yang terkenal iaitu Syeikh Ali Hasan al-Halabi dan Syeikh Masyhur Hasan Alu Salman yang datang dari Jordan yang akan diadakan di Masjid USM, Pulau Pinang pada 18 & 19 Oktober 2009 (Ahad & Isnin) selepas solat Maghrib. Berikut sedikit profil mengenai dua orang syeikh ini:
Syeikh Masyhur Hasan Alu Salman dilahirkan pada tahun 1960 M/1380 H di Palestin. Beliau beserta keluarganya berhijrah ke Jordan pada 1967 M/1387 H dan menetap di kota Amman. Beliau bertemu Syeikh Al-Albani pada 1978 di Jordan dan belajar kepadanya mengenai ilmu hadis. Beliau lebih banyak terpengaruh oleh dua Syeikhul Islam yaitu Syeikhul Islam Ibnu Taimiyah dan muridnya Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Dan tak lupa pengaruh besar gurunya sendiri alim rabbani, Syeikh Al-Albani. Syeikh al-Albani banyak memuji beliau, seperti dalam Silsilah As-Sahihah 1/903, Syeikh al-Albani berkata: "Aku mengambil faedah ini semua dari tahqiq (penelitian) yang dilakukan al-Akh al-Fadil Masyhur Hasan pada kitab al-Khilafiyat".
Syeikh Ali Hasan al-Halabi dilahirkan pada tahun 1960 M/1380 H di Zarqa, Jordan. Orang yang dikatakan oleh Syeikh Muhammad Abdul Wahab Marzuq Al-Bana, “Syeikh Al-Albani adalah Ibnu Taimiyah zaman ini dan muridnya Syeikh Ali Hasan, Ibnu Qayyim zaman ini”. Beliau bertemu Syeikh Al-Albani pada akhir 1977 di Jordan, belajar kepadanya kitab "Ishkaalaat Al-Baa'ith al-Hathith" dan kitab-kitab lainnya mengenai ilmu hadis. Beliau memiliki ijazah hadis dari beberapa ulama seperti Syeikh Badi`uddin As-Sindi, Syeikh Muhammad Asy-Syanqiti dan lainnya.
Bagi sesiapa yang ada masa terluang, sama-samalah hadiri majlis ilmu ini yang hanya dua hari saja.
*Profil lengkap mereka akan menyusul selepas ini, insya Allah.
2 komentar:
kalau ada ikhwah yang dapat rakam muhadharah beliau dan uploadkan di internet saya ucapkan berbanyak2 terima kasih...
Insya Allah, akan ada ikhwah yang rakam kuliah syeikh tersebut. Agaknya dari ahli2 al-fikrah.net
Posting Komentar