Jumat, Oktober 02, 2009

Syeikh Zahid al-Kauthari, Guru Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah

Sememangnya kita disuruh untuk membesarkan syiar islam. Syiar islam bolehlah kita lihat dengan pelbagai aspek termasuklah juga para ulama yang terdahulu. Mereka sentiasa menjaga agama daripada diselewengkan oleh musuh–musuh Islam. Sesuailah dengan sabda Nabi: (Ulama adalah warisan para nabi). Kali ini cuba dipaparkan biografi seorang ulama yang terkenal sebagai tokoh warisan umat Islam pada hari ini. Iaitu Syeikh Muhammad Zahid al-Kauthari, seorang ulama Mesir terkenal seuatu ketika dahulu.

Beliau dilahirkan di desa Douzjah sekitar tiga mil dari arah timur daerah Astanah, Turki, pada tanggal 27 Syawal 1296 Hijriah/1878 Masihi. Gelar al-Kauthari dinisbatkan kepada sebuah desa bernama Kauthari di daerah Dhuffah yang merupakan wilayah Al-Qauqaz,. Tetapi dalam riwayat lain, gelar tersebut merupakan nisbat kepada salah satu leluhurnya.

Pendidikan

Beliau mendapat pendidikan pertamanya ketika talaqqi bersama para ulama Dozjah kemudian berpindah ke Astana pada tahun 1311H di Dar al Hadis . Bermula di sinilah, beliau mengenali ulamak ulamak yang alim lagi takwa antaranya ialah Qadi Hasan Afendi dan Musa al Kazim. Tidak ketinggalan juga beliau talaqqi di masjid al Fateh bersama Syeikh Ibrahim Haqqi al-Uyain dan Syeikh Ali Zainal Abidin al-Alsuni.

Pada tahun 1325H, beliau mendapat ijazah alamiah kerajaan Uthmaniyah. Dengan berbekal ijazah yang dperolehi, beliau mula berkerja sebagai salah seorang tenaga pengajar di Jami` al Fateh sampai berlakunya perang kerajaan pada waktu itu. Pada yang sama beliau bercita – cita ingin membuka cawangan ma’ahad di Qastumunie. Maka beliau mengajar di Qastumunie selama 3 tahun. Namun beliau berada di Qastumuaie tidak lama , beliau kembali ke Astanah dan mengajar di Dar al Syafaqah al Islamiah .

Pada waktu yang sama beliau telah mengambil peperiksaan khas untuk jawatan `Wakil al Dars`. Untuk pengetahuan, pada waktu pemerintah kerajaan Othmaniyyah terdapat tiga jawatan penting didalam institusi agama itu ( fatwa amini) – amin fatwa , iaitu mufti kerajaan Othmaniyyah. Kedua ialah ‘wakil al Dars’ yang boleh disamakan dengan jawatan Syiekh al Azhar .Ketiga ialah ketua Al Tahqiqat al Syari’yyah iaitu Ketua Qodi. Bermula sebagai tenaga pengajar di Dars al Syafaqah al Islamiah kemudian beliau menjawat jawatan naib tenaga pengajar di Ma’ahad Takhasus. Selepas itu beliau menjawat jawatan ‘Wakil al Dars ‘. Begitu lah kejayaan yang ditempuhi oleh tokoh kita ini .

Selepas nama beliau bersinar di kerajaan Othmaniyyah, beliau telah meletakkan jawatan tersebut dengan tujuan untuk pergi ke Mesir. Maka beliau pun berangkat ke Mesir dengan menaiki kapal laut. Beliau sampai di Alexendria pada tahun 1341 kemudian terus ke Kaherah. Di sinilah beliau sering berulang alik ke Damsyik untuk mewakaf diri beliau kepada ilmu.

Begitulah sikap para ulama yang cintakan ilmu, bersedia menjual dunia yang murah nilainya untuk mendapat nilai tinggi di sisi Allah. Allah telah menjanjikan tempat dan martabat yang tinggi untuk mereka yang bersedia untuk menempuh jalan seperti tokoh kita ini. Bukannya seperti kita hari ini, dengan `title` mahasiswa sudah mendabik dada untuk bergelar alim dan ulama.

Malah yang lebih teruk lagi perasaan belajar di jamiah sudah cukup untuk menjamin menjadi seorang yang alim. Itulah tanda orang yang gugur diperjlanan mencari ilmu kerana terpedaya dengan tipu daya syaitan.

Alam Rumahtangga

Syeikh Zahid al-Kauthari mengakhiri dunia bujangnya ketika berkerja sebagai tenaga pengajar sebelum perang dunia pertama. Beliau telah dikurniakan empat cahaya mata. Seorang lelaki dan tiga perempuan. Tetapi umur keempat-empat anak mereka tidak panjang. Anak lelaki dan seorang perempuan beliau menemui ajal ketika di Astanah lagi. Dua lagi anak perempuan beliau mati di Mesir. Begitu juga isteri beliau telah pergi mendahului beliau. Begitulah alam rumahtangga tokoh kita ini yang penuh degan cubaan, tetapi disebalik kesedihan beliau terpancarlah kesabaran yang terdidik oleh ilmu dan iman yang mantap.

Jihad Syeikh Untuk Ilmu

Syeikh Al-Kauthari menghabiskan seluruh hidupnya hanya untuk mengabdi kepada ilmu. Ratusan kitab-kitab langka yang masih berupa tulisan tangan dicetaknya tanpa pamrih, menorehkan buku-buku yang sangat berharga, yang tidak sedikit jumlahnya. Membuka pemahaman yang seolah-oleh berhenti karena pengaruh yang kuat dari kebenaran yang dimanipulasi oleh fanatik mazhab tertentu. Dengan kegigihannya, beliau mengembalikan kebenaran yang terampas tersebut hingga beliau mendapat julukan Baqiyyat Salaf Shaleh, Syeikh Abu Zahrah menyebutnya radiyallahanhu dalam pengantarnya sebanyak 23 kali. Menandakan maqamnya yang tinggi, keagungan akhlak dan ilmunya yang dalam.

Selama beliau mengabdikan hidupnya untuk ilmu dengan mengajar dan menulis, beliau tidak pernah mengambil upah dari jerih payahnya. Beliau berkata " apakah upah ini sebanding dengan pahala dari Allah SWT kelak di akierat ". Dan selama itu juga, harta yang beliau miliki menjadi habis, hingga ketika beliau sakit-sakitan sewaktu di mesir, beliau menolak pemberian bantuan dari murid-muridnya yang kaya, dan memilih untuk menjual beberapa bukunya untuk berobat, serta bekerja di sebuah percetakan untuk menterjemahkan buku-buku dari bahasa Turki ke dalam bahasa Arab untuk mendapatkan uang. Dan selama itu juga, Allah SWT memberikan cobaanNya yang lebih berat, seluruh anak keturunanya meninggal semasa hidupnya, dan istrinya sakit-sakitan hingga pada akhirnya meninggal dunia.

Menurut sebuah riwayat, Syeikh Abu Zahrah pernah pergi bersama rekanya Syeikh Ali (dekan Fakulti Syariah Universiti Kaherah) berkunjung kerumah Syeikh Zahid dengan tujuan untuk memintanya bersedia untuk mengajar di Fakulti Syariah Universiti Kaherah sebagai Guru Besar ilmu fiqih dan Ushul fikih, akan tetapi beliau menolaknya berkali-kali, dengan alasan bahawasanya kesehatanya sudah tidak memungkinkan lagi untuk mengemban tugas tersebut, apalagi kesehatan isterinya pun juga sering tidak membaik. Hal senada mirip dengan jawapan guru-gurunya di Istanbul seperti Syeikh Ahmad Syakir, beliau menolak untuk mengajar sebab merasa sudah tidak mampu lagi untuk mengajar sebagaimana mestinya.

Murid-muridnya

Ramai sekali murid-murid yang datang berguru belajar dengan beliau sewaktu Syeikh Zahid tinggal di Turki mahupun di Mesir, lebih dari 300 orang berguru kepadanya menimba ilmu-ilmu beliau dan sebahagian besar dari mereka menjadi ulama-ulama penerusnya.

Kategori murid-murid yang belajar kepadanya dibagi menjadi dua, iaitu fasa sebelum hijrah dan fasa setelah hijrah. Adapun fasa sebelum hijrah seperti Haji Jamal Al-Shouni ( Syeikh Masjid Bayazid Istanbul Turki ), Pangeran Husen Khaeruddîn ( cucu Sultan Abdul Aziz Al-`Othmani ), Syech Ali `Aq Shawi ( Mufti Andarmah Istanbul ) dan sebagainya.

Sedangkan fasa setelah hijrah semisal Syeikh Ahmad Al-Khairy, pengarang kitab Tarikh Kauthari ( w 1967 ), Husamuddin Al-Qudsi ( w 1906 – 1979 ), Husen Bin Ismail At-Tha`i, guru besar kuliah Syariah di Baghdad, Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah, seorang syeikh muhaqqiqin terkenal dari daerah Halab, Syria ( w 1999) dan sebagainya.

Karya-karyanya


Syeikh Zahid al-Kauthari adalah seorang alim di dalam pelbagai bidang. Boleh dikatakan penulisan beliau merangkumi semua cabang ilmu agama, seolah-olahnya beliau adalah bintang para ulamak pada zamannya. Beliau juga boleh diserupakan dengan para ulamak yang terdahulu yg mampu menguasai kesemua bidang ilmu. Tetapi antara penulisan beliau yang begitu menonjol sehingga beliau dikenali ialah penulisan di dalam ilmu hadis, feqh hanafi dan aqidah. Jika kita memperhatiknpenulisan beliau, ternyatalah beliau adalah pengkritik yang tinggi ilmunya.

Penulisan beliau bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian. Pertama ialah penulisan beliau sebelum berhijrah dari Astanah ke Mesir. Antara penulisan beliau adalah;

1. al Jawab al Wafi fi Rad a’la al Wai’dz al Awfie
2. Tafrih al Bal bihilli Tarikh Ibn Kamal.
3. Tarwid al Qorihan bimawazin al Sohihah fi al Mantiq.
4. al Fawaid al Kafiah fi al a’rud wa al Qofiah.
5. Ibda Wujuh al Ta’adie fi Kamil Ibn A’diy.
6. Naqad Kitab al Du’afa lil Uqailie.
7. Tadrid al Wasif a’la Qawaid al Tasrif.
8. Tadrid al Tullab a`ia Qawaid al I`rab
9. al Ta`qib al Hasis lima yanfini Ibn Taimiyyah min al Hadis
10. al Madkhal am li Ulum al Qur`an .

Dan lain-lain lagi. Kebanyakkan penulisan beliau pada waktu ini tidak dicetak dan ianya didapati melalui makhtutat beliau. Jika dicetak pun hanya boleh didapati di Turki sahaja .
Bahagian kedua pula, ialah penulisan beliau sewaktu berada di Mesir. Penulisan beliau pada bahagian kedua ini banyak tercetak dan banyak terdapat di Mesir yang dikenali dengan turath al Kautharie. Penulisan beliau seperti berikut :

1. al Isyfad fi Ahkam al Tolaq .
2. Bulugh al Amanie fi Sirah al Imam Muhamad bin al H asan al Syaibanie
3. al Tahrir al Wajiz firma Yabtaghihi al Mustajiz
4. Ta`nib al Khotib a`la ma saqohu fi Turjumah Abi Hanifah min al Akazib
5. Aqum al Masalik fi Bahs riwayah Malik a`n Abi Hanifah wa Riwayah Abi Hanifah a`n
Malik
6. Tahzir al Kholaf min Makhozi Udiyyah al Salaf
7. al Tahrib bi Naqd al Ta`nib
8. Husnul Taqodie fi Sirah Abu Yusuf al Qodie
9. Min I`br al Tarikh
10. Muhaq al Tasassul fi Masalah al Tawassul

Selain beliau banyak menulis kitab-kitab ilmiah, beliau juga banyak mentahqiq kitab-kitab turath,antaranya :

1. Daf``u Syibhu al Tasyhbih Ibn Jauzi
2. Risalah Abi Daud al Sajastanie fi Wasfi sunanih
3. Tabyin Kizb al Muftarie fizab a`n Imam al Asya`rie Li Ibnu Asakir
4. al Faqu Baina al Firaq li Abd al Qohir al Baghdadie
5. al Tanbih wa al Rad a`la Ahli Ahwa wa al Bida li Abi al Husainie al Maltie
6. al Intisar al Mazhab Sahih li Ibn Jauzi
7. Maratib al Ijmak li Ibn Hazim
8. Iktifar Muwatha li Imam al Dar Qutnie
9. al Asma wa al Sifat li Baihaqie
10. Syarah Maqomah (al hur al I’en ) li Nasywan al Himyarie

Begitulah banyaknya penulisan beliau yang menggambarkan ilmu yang sangat luas. Apa yang disebut diatas hanya sebahagian sahaja, sebagai cotoh dari penulis. Penulis tidak perlu memanjangkan dan menulis nama kitab Syeikh Zahid kesemuanya.

Selain penulisan kitab dan tahqiq Syeikh Zahid juga di kenali dengan penulisan makalah beliau dan di antara kitab yang dikenali umum ialah makalat al Kautharie, iaitu makalah-makalah yang disusun semula oleh anak murid beliau dan dihimpunkan sebagai sebuah kitab .

Pujian Ulama


1. al-Muallimi al-Yamani di dalam kitabnya Anwar al Kasyifah halaman 175 menyifat Syeikh Zahid dengan allamah yang luas ilmunya dengan kitab-kitab hanafi.

2. Syeikh Muhamad Abu Zahrah menyatakan Syeikh Zahid adalah imam daripada para imam muslimin, yang alim, mampu merealisasikan sabda Nabi (Ulamak adalah pewaris nabi ). Sila rujuk muqaddimat Syeikh al-Kauthari halaman 11 dan Maqalah al Imam al Kautharie halaman 11.

3. Dr Muhammad Rejab al Bayyumi-A’mid Kuliyyah al Lughah al Arabiyyah di Jamiah al Azhar. Mansurah . Katanya di Muqaddimat al Imam al Kautharie halaman 34, mensifatkan Syeikh Zahid adalah imam besar .

4. Syeikh Muhammad Yusuf al Banuri – Ustaz Hadis bi Dar al Ulum al Islamiah di Paskistan . mensifatkanSyeikh Zahid adalah muhaqqiq al-asr ,al Jahbiz al Naqid al Bahhasah al Khobir dan pelbagai pujian lagi di dalam Makalat al-Kauthari halaman 3.

5. Syeikh Sayyid Hasan al Saqqof menyatakan bahawa Syeikh Zahid adalah mujadid tauhid pada kurun ini. Beliau menyatakan demikian di dalam kitab al Daf’ syubah al Tasybih pada halaman 80.

Wafatnya

Syeikh Zahid al-Kauthari wafat disebabkan oleh beberapa penyakit iaitu darah tinggi dan kencing manis. Penglihatan beliau pun diwaktu itu mula lemah, namun beliau masih mampu untuk berpuasa disiang hari walaupun beliau ternyata amat lemah. Semangat cintakan ilmu yang terbentuk di dalam kepeibadian beliau tidak pernah menyekat beliau dari menjawab persoalan-persoalan yang ditujukan kepada beliau meskipun terlantar di atas katil sakit.

Akhirnya pada tanggal 19 Zulkaedah 1371 H/1953 M, pukul 4.57 petang, hari Ahad, ketika berusia 75 tahun beliau berpulang ke hariban Ilahi, diiringi rasa kesedihan para ulama dan umat kala itu. Islam pun merasakan kehilangan sosok ulama hebat yang tidak ada bandingnya pada abad 19 Masihi. Solat jenazah tersebut kemudian dipimpin oleh seorang guru besar bahasa Arab di Mesir, Syeikh Abul Jalil Isa. Beliau dikebumikan di perkuburan yang berdekatan dengan kubur Imam Syafie.

Inilah serba sedikit biografi Syeikh Zahid al-Kauthari. Sewajarnya kita yang bergelar mahasiswa yang bertanggungjawab pada agama ini, mengambil berat pada para ulama kita, kerana merekalah salah satu syiar yang patut kita besarkan dengan mengenali sejarah kehidupan mereka. Pesanan kepada semua, hanya orang alim sahaja yang tahu menilai orang alim. Tetapi orang jahil menyangkakan orang alim sama seperti mereka.

Tidak ada komentar: