Pages

Minggu, Maret 28, 2010

2 Gambar, 1000 Harapan

Pertemuan antara 2 tokoh yang berbeza aliran pemikiran, Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bekas Mufti Perlis) dan Faisal Tehrani (penulis novel terkenal) semasa berlangsungnya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 di PWTC kelmarin.

Faisal Tehrani telah menghadiahkan Dr Mohd Asri novel beliau berjudul Tuhan Manusia. Manakala, Dr Mohd Asri pula menghadiahkan Faisal Tehrani karya beliau berjudul Mengemudi Bahtera Perubahan Minda sebagai penghargaan.

Suka tengok senyuman mereka. Mesra saja. Walaupun, masing-masing berbeza aliran pemikiran perpaduan itu tetap terlaksana. Yes

Pertemuan antara 2 tokoh yang berbeza aliran pemikiran, Dr Aidh Abdullah al-Qarni (penulis buku La Tahzan - Jangan Bersedih) dan Habib Ali Al-Jufri (pendakwah antarabangsa) semasa berlangsungnya Multaqa Pertama: Islam dan Pelancongan 2009 pada 12-13 Oktober 2009 di San'a, Yaman.

Bagi yang memahami perbezaan aliran pemikiran tersebut, diajukan 1000 harapan. Adapun yang tidak memahaminya, cukuplah sekadar diketahui bahawa perpaduan umat Islam tetap akan terlaksana.

Beginilah seharusnya akhlak dan peribadi seorang tokoh ilmuwan berkelakuan. Kerana disebalik setiap perbezaan pendapat itu, pasti ada rahmat Allah yang tersembunyi yang tidak kita ketahui.

M.A.Uswah,
Sandakan,
28 Mac 2010.

3 komentar:

birudamai mengatakan...

Salam Tuan.Pertama sekali nk ckp kesal sbb tak dpt pegi Pesta Buku tu aritu sbb kena dtg ofis buat keja.Sedih sangat tak dpt jumpa 'personaliti pujaan' saya Ustaz Dr.Asri.Keduanya,saya pernah mengulas buku La' Tahzan tu dlm blog saya.Syukur pada Allah,saya telah mendapat kekuatan semula daripada Allah menerusi buku tu.Saya setuju dgn Tuan,perpaduan Islam akan terus berjalan & bertahan walaupun sentiasa ditekan kerana kita sememangnya 'kental',cuma kita selalu suka bergaduh sesama sendiri je.Astagfirullah..

Anonim mengatakan...

Assalamualaikum,
Salam ukhuwwah dan salam perkenalan.
Pertama kali saya ziarah blog ustaz, saya kagum dan mmg inilah lubuk Ilmu yg saya cari2 sebelum ini.
Untuk pgetahuan ustaz jg, Faisal Tehrani dan Dr. Asri belajar di sekolah yg sama, Kolej Islam Klang. Dr Asri merupakan senior dan naqib kpd Faisal Tehrani. Ini diceritakan sendiri Faisal Tehrani kpd kami.
Apa pun, sy nk ucap tahniah dan doakan moga2 ustaz istiqamah dlm berdakwah, insyaAllah..

hamba mengatakan...

Alangkah indahnya kalau umat ini bersatu...

menjauhkan segala perselisihan..
dan mencari titik persamaan..