Sejak tahun-tahun sebelumnya, penderitaan penduduk Gaza dalam wilayah Palestin telah diketahui umum, termasuklah waktu-waktu sebegini, mereka mengalami sekatan ekonomi yang sungguh dashyat yang dilakukan oleh Negara Zionis Kafir, juga merangkumi dokongan negara-negara kafir (yang menyokong Zionis) hingga memudaratkan penduduk-penduduk Gaza akibat sekatan tersebut yang melemahkan serta menekan mereka. Sebaik musuh menyedari kelemahan mereka (penduduk Gaza) disamping rasa putus harapan, meliputi penduduk terdekat disekitar mereka, Zionis terus menyerang mereka dengan ledakan bom serta peluru berpandu, memusnahkan tanaman dan ternakan, hingga membunuh ribuan, mencederakan hampir ribuan penduduk awam serta tentera, golongan kanak-kanak serta wanita, semata-mata memenuhi hasrat pembersihan etnik (genocide) ke atas orang-orang Islam yang berada di wilayah tersebut, menamakan mereka sebagai pengganas terutamanya kelompok yang mempertahankan agama Islam, mempertahankan diri sendiri dan orang-orang lemah sedaya upaya mereka. Tidak syak lagi bahawa Yahudi adalah musuh Islam sebagaimana firman Allah Taala, dalam surah Maidah, ayat 82,
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik
Fatwa Ulama Isu Gaza
Syeikh Abdullah bin Abdul Rahman al-Jibrin rahimahullah.
Dengan ini, maka wajib ke atas orang Islam yang ditindas agar terus bersabar dan mengiranya sebagai pahala dalam musibah ini, mengingati firman Allah Taala dalam surah Ali Imran, ayat 186, Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu hingga akhir ayat, dan firmanNYA lagi, dalam surah Baqarah, ayat 155, Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.
Dan kami juga berpesan ke atas mereka agar bertahan dengan kemampuan sedia ada serta berserah sepenuhnya kepada Allah dan berdoa memohon kemenangan ke atas musuh-musuh, juga merasa yakin sepenuhnya (thiqah) dengan pertolongan Allah Taala, kerana Allah Taala mengkhabarkan mengenainya, dalam surah Muhammad ayat 7, Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu. Firman Allah lagi, Dan kemenangan itu pula hanyalah dari sisi Allah (Al-Anfal, ayat 10), maka hendaklah mereka menjaga perintah-perintah Allah dengan perbuatan yang diperintahkanNYA dan meninggalkan perkara dilarang, beriltizam dengan syariat, memelihara keimanan, selain tidak merasa takut melainkan Allah, mengingati firman Allah Taala, Sesungguhnya yang demikian itu ialah syaitan yang (bertujuan) menakut-nakutkan (kamu terhadap) pengikut-pengikutnya (kaum kafir musyrik). Oleh itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepadaKu (jangan cuaikan perintahKu), jika betul kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran, ayat 175)
Begitu juga, kami mengingatkan sekalian orang-orang Islam di setiap pelusuk tempat mengenai hak-hak persaudaraan umum Islamiyah, kerana orang Islam ada bersaudara di setiap tempat, dan orang-orang Islam dari penduduk Gaza adalah lebih utama dimana mereka memerlukan pertolongan saudara seIslamnya dengan kemampuan yang boleh, hingga terangkat kezaliman musuh daripada mereka. Melalui cara menekan musuh supaya menghentikan kezaliman yang dilakukan tanpa sebab melalui setiap persidangan (antarabangsa) serta menakutkan musuh mengenai akibat dari perbuatan zalim dan permusuhan (yang dilakukan oleh mereka iaitu Zionis)
Kami menasihatkan orang-orang Islam di setiap tempat supaya mendoakan saudara-saudara mereka agar dikurnia kemenangan serta keteguhan (jiwa), maka kami berpandangan diharuskan berqunut dalam setiap solat atau dalam solat maghrib serta subuh, mendoakan ke atas orang-orang tertindas, doa (kemusnahan)ke atas golongan melampau yang zalim (Zionis), begitu juga kami berpesan agar segera membantu mereka bentuk material dan moral semampu boleh seperti berinfak untuk mereka dengan harta, terutamanya bantuan makanan, kerana tanaman dan ternakan mereka dimusnahkah musuh (Zionis), kemudian, menderma darah bagi pesakit yang memerlukannya, menerima pesakit-pesakit yang mengalami kecederaan serta merawat mereka semampunya, dengan harapan agar mereka dapat menerus kehidupan dengan gembira bersama ahli keluarga dan anak-anak mereka, maka kirimkanlah (sebanyal-banyaknya) bantuan pelbagai bentuk, seperti pakaian, makanan, peralatan mahupun apa jua yang diperlukan mereka.
Jumat, Juni 04, 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar