Kamis, Juni 17, 2010

Syeikh Abdullah Al-Ghudyaan Wafat

Syeikh Abdullah Al-Ghudyaan, ulama Arab Saudi telah kembali ke rahmatullah pada 1 Jun lalu. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Beliau lahir di bandar Az-Zulfi tahun 1345 H/1934 M, dan sejak kecil beliau belajar menulis dan membaca kepada Abdullah bin Abdul Aziz As-Suhaimi dan Abdullah bin Abdurrahman Al-Ghaith dan Falih Ar-Romi. Beliau juga belajar usul fiqh, tauhid, nahwu dan faraid kepada Hamdan bin Ahmad Al-Batil. Kemudian beliau melanjutkan belajarnya di tingkat yang lebih tinggi lagi, beliau belajar kepada Syeikh Muhammad bin Ibrahim Alu Syaikh, Syeikh Sa’ud ibn Rashud Qadhi Riyadh, Syeikh Ibrahim bin Sulaiman dan Syeikh Abdul Latif bin Ibrahim. Diantara guru beliau juga adalah: Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Abdullah Al-Khulaifi, Syeikh Abdul Aziz Ar-Rashid, Syeikh Muhammad Amin As-Sinqiti, Syeikh Abdurrahman Al-Ifriqi, Syeikh Abdurrazaq Afifi, dan Syeikh Abdul Fatah Qari Al-Bukhari darinya beliau meriwayatkan bacaan al-Quran.

Beliau termasuk di antara ulama kibar paling senior yang tersisa di Arab Saudi, lagi sangat dihormati.

Sumber:
http://www.ahlalhdeeth.com/vbe/showthread.php?p=54597

Tidak ada komentar: