Dia ialah Syeikh Amru bin Abdul Mun’im bin Abdul ‘Aal Al-Salim. Dia lahir pada 24 Februari 1967 di Mesir. Kemudian dia dibawa oleh ayahnya ke Kuwait pada tahun 1974. Hal itu disebabkan ayahnya bekerja sebagai guru olahraga di jabatan pendidikan Kuwait. Semua pendidikan formal dia tamatkan di Kuwait. Bahkan dia lulus dari Universiti Kuwait dalam bidang ilmu komputer pada tahun 1988. Setelah itu dia bekerja di jabatan elektrik dan air di Kuwait.
Dari Pakar Komputer ke Pakar Hadis
Ketika Syeikh Amru turut menangani projek program kutub tis’ah (sembilan buku induk hadis) untuk komputer di syarikah ‘alamiah dia berkenalan dengan Syeikh Abdullah al-Judai’. Masa-masa ini merupakan masa yang sangat bernilai bagi Syeikh Amru. Ketika itu dia banyak mengambil manfaat dari ilmu Syeikh al-Judai’. Syeikh Amru tidak belajar buku tertentu dalam bidang hadis kepada Syeikh al-Judai’. Dia hanya belajar secara praktik ketika bekerja bersama Syeikh al-Judai di Syarikah ‘Alamiah.
Syeikh Amru menikah di Kuwait dan setelah anak pertama dia lahir terjadilah inovasi Iraq terhadap Kuwait. Keadaan ini memaksa dia untuk kembali ke negeri aslinya iaitu Mesir pada tahun 1990. Di Mesir, beliau menyelesaikan projeknya di Syarikah Alamiah. Syarikah memindahkan projeknya ke Mesir.
Syeikh Amru bekerja di projek ini selama enam bulan. Setelah itu dia menekuni dunia tulis-menulis dengan menulis berbagai buku dan risalah/buku tipis. Syeikh Amru memiliki empat orang anak iaitu Abdur Rahman, Abdullah, Abdus Salam dan Abdul Aziz.
Sejak tahun 1998, dia memiliki penerbitan sendiri iaitu Dar al-Dhiya’. Penerbit inilah yang menerbitkan semua buah karyanya dan dia sendiri yang mengawasi penerbitannya.
Buku-bukunya lebih cenderung membahas fiqh, ilmu mustahalah hadis dan takhrij hadis dengan diiringi penjelasan tentang darjat hadis yang dikaji apakah lemah atau sahih. Karya-karyanya beragam ada yang tebal, ada pula yang tipis. Buku-buku beliau memuat manfaat besar yang tidak dapat diingkari.
Karya-karyanya
Di antara karya-karyanya ialah:
(1) Taisir ‘Ulum al Hadis lil Mubtadiin (Cara Mudah Belajar Ilmu Hadis untuk Pemula)
(2) Adab al-Khithbah wa az-Zifaaf (Indahnya Menikah Ala Sunnah Nabi s.a.w.)
(3) al-Adab al Syar’iyyah linnisa’ fi Ziarah al-Maqabir (Adab Seorang Wanita ketika Ziarah Kubur)
(4) Hadmu al Manarah liman Shahhaha Ahadits al-Tawasul wa al-Ziarah (Bantahan untuk orang yang mensahihkan hadits-hadits tentang tawasul dan ziarah kubur)
(5) al-Jami’ fi Ahkam al-Thalaq wa Fiqhihi min Adillatihi (Buku Lengkap tentang hukum-hukum perceraian berdasarkan dalil)
(6) Qoidah Muhimmah fi Fahmi Kalam al-Aimah (Kaedah Penting Untuk memahami perkataan para imam terdahulu)
(7) Qawaid Haditsiyyah Nashsha ‘alaiha al-Muhaqqiqun wa Ghafala ‘anha al-Musytaghilun (Kaedah-kaedah seputar hadis yang telah ditegaskan oleh para pakar hadis namun dilalaikan oleh orang-orang yang bergelut di bidang hadis)
(8) al-Adab al Syar’iyyah fi al-Mu’rahasya al-Zaujiyyah (Adab-Adab dalam Pergaulan Suami Isteri menurut aturan Syariat)
(9) al-Ajwibah al Wafirah ‘ala al As-ilah al Wafidah (Buku Kumpulan Fatwa)
(10) al-Jam’u baina al Muqizhah wa al-Iqtirah fi Mustahalah al Hadis wa Ulumihi
Diterjemahkan dari bahasa Indonesia dengan sedikit pengubahsuaian:
http://ustadzaris.com/sarjana-komputer-yang-jadi-ulama-hadits
0 komentar:
Posting Komentar