Selasa, Agustus 24, 2010

Bacaan al-Quran oleh Syeikh Abdus Salam bin Barjas



Syeikh Abdus Salam bin Barjas, Ulama' Muda Yang Alim

Artikel terdahulu: http://tamanulama.blogspot.com/2009/01/syeikh-abdus-salam-bin-barjas-ulama.html

Dikemaskini dan tambahan:

Dia ialah Syeikh Abdus Salam bin Barjas bin Nasir Ali Abdil Karim. Dia lahir pada tahun 1387 H di Riyadh, Arab Saudi.

Seorang ahli hadis muda dari Arab Saudi, yang dikatakan oleh para ulama', "Tingkat keilmuannya melebihi umurnya".

Dia ialah qadi (hakim) di Riyadh dan juga imam masjid dan memiliki halaqah ilmu di tempat dia jum'atan sehari sebelumnya.

Guru-guru Syeikh Abdus Salam di antaranya ialah Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Shalih bin Utsaimin, Syeikh bin Jibrin, Syeikh Muhadis Abdullah bin Duwaisi, Syeikh Shalih bin Abdurrahman al-Athram, Syeikh Abdurahman bin Ghudayan, Syeikh Shalih bin Ibrahim al-Balihi, Syeikh Abdulkarim al-Khudairi dan lainnya.

Tulisannya lumayan banyak, baik berupa takhrij atau lainnya, yang terkenal ialah Mu’amalatul Hukkam fi Dhauil Kitab wa Sunnah yang sangat unik topiknya dan sarat dengan faedah. Dia telah menulis buku sejak berumur 18 tahun lagi.

Dia meninggal dunia pada hari Sabtu malam pada tahun 1425 H/2004 M dalam kemalangan kenderaan yang mengerikan saat dalam perjalanan dari Ahsa ke Riyadh. Kenderaan yang dipandunya terlanggar unta ketika dia tidak sempat mengelaknya. Jenazahnya telah dikebumikan di Riyadh, Arab Saudi, setelah solat Asar di Masjid Abdullah, Dira pada 3 April 2004.

Menurut Abdurrahman al-Ghisli, rakan yang hadir di tempat kemalangan dan ikut menolongnya, Syeikh Abdus Salam Bin Barjas rahimahullah, mengakhiri hembusan nafasnya dengan mengucapkan syahadah.

Semoga amalan baiknya diterima oleh Allah Taala, diampuni dosa-dosanya dan dimudahkan jalannya menuju JannahNya. Amin ya Rabbal alamin.

1 komentar:

hariz chacho mengatakan...

Assalamu'alaikum.

Mungkin boleh tulis entri mengenai Syeikh Saad Said an-Nu'mani.

Jazakallahu khair