Inna lillahi wa inna Ilaihi Rajiun.
Sedih dan sebak sungguh hati saya di kala mendengar berita ini. Berita yang sangat mengejutkan. Seorang ulama' sunnah yang mulia dan sangat dikasihi telah mengadap Ilahi. Syeikh Muhammad Jamil Zainu Rahimahullah, pengajar di Darul Hadis Khairiyah, Makkah al-Mukarramah telah wafat pada hari Jumaat lalu, 8 Oktober 2010/29 Syawal 1431 H, setelah solat Isyak, jenazah Syeikh Muhammad Jamil Zainu disolatkan oleh jemaah di Masjidil Haram, Makkah.
Berita wafatnya baru saya ketahui melalui laman blog sahabat saya yang dikasihi di Indonesia iaitu akh Rikrik Aulia Rahman, http://rumahku-indah.blogspot.com/2010/10/hikmah.html
Nampak hadir di hari itu ramai alim ulama, para penuntut ilmu dan kaum muslimin. Suasana haru menyelimuti mereka kerana kehilangan al-alim rabbani al-kabir al-ustaz diusia yang ke 87 tahun, rahimahullahu.
Syeikh Muhammad bin Jamil Zainu merupakan di antara murid Syeikh al-Albani yang paling saya minati dan kagumi peribadinya. Ilmunya sangat luas. Karya-karya yang dihasilkannya sungguh begitu indah dan bermanfaat sekali. Gaya penulisannya begitu hebat. Antara karyanya yang sangat saya minati ialah berjudul Qutufun Minas Syamail Muhammadiyah (Meniti Jejak-jejak Keperibadian Rasulullah) - Edisi bahasa Melayu dengan judul Mengenal Peribadi Rasulullah SAW terbitan Perniagaan Jahabersa.
Semoga Allah meredhainya dan menempatkannya dalam keluasan jannahNya. Amin.
Insya Allah, saya akan paparkan biografinya di entri akan datang.
Rujukan lain selain link blog sahabat saya di atas:
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?t=223872
http://alfirqatunnajiyyah.blogspot.com/2010/10/berita-wafatnya-syaikh-muhammad-bin.html
http://islammemo.cc/akhbar/arab/2010/10/09/108531.html?lang=en-us
Minggu, Oktober 10, 2010
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
0 komentar:
Posting Komentar