“Ramai ulama’ Islam berpendapat bahawa peristiwa Israk dan Mi’raj berlaku satu tahun sebelum hijrah, iaitu tahun kedua belas [12] kenabian.
1- Sebaik-baik riwayat mengenai berlakunya Israk dan Mi’raj ialah padabulan Rabiul Awal, di mana Ibnu Abbas dan Jabir r.a kedua-duanya berkata:
]ولد رسول الله عام الفيل، يوم الاثنين الثاني عشر من ربيع الاول،
وفيه بعث، وفيه عرج إلى السماء، وفيه هاجر، وفيه مات[
Maksudnya: “Diputerakan Rasulullah s.a.w pada Tahun Gajah, hari Isnin dua belas hari bulan Rabiul Awal dan padanya Baginda dibangkitkan menjadi Rasul dan padanya Baginda dibawa naikkan ke langit (Mi’raj)dan padanya berlakunya Hijrah dan padanya Baginda diwafatkan.” [Riwayat Ibnu Abi Syaibah dalam “Al-Musannaf”, dan Al-Jauzaqani dalam “Al-Abathil” Lihat: Tarikh Maulid An-Nabi S.A.W Tulisan: Tharhuni].
Itulah pendapat kebanyakan ulama’ muhaqqiqin, seperti az-Zuhri. Dan itulah pendapat yang rajih. Wallahu A’lam.
2- Ini pula pendapat yang masyhur dikalangan orang ramai, walaupun tidak sahih sanadnya, bahkan dianggap dusta oleh sesetengah ulama’ hadis.
Iaitu berlakunya Israk dan Mi’raj pada malam yang kedua puluh tujuh (27)daripada bulan Rejab. [Lihat: Al-Bidayah wa an-Nihayah 109/3, Fath Al-Bari.]
Berkata Ibnu Kathir (wafat 774H): “Manakala sesetengah orang menyangka bahawa adalah peristiwa Israk berlaku pada awal malam Jumaat daripada bulan Rejab yang dikenali dengan malam الرغائب yang direkakan padanya solatالرغائب yang masyhur. Pendapat itu tidak ada asal dan dalil baginya. [Lihat: Al-Bidayah wa an-Nihayah 109/3.]
Pendapat Ulama' Lainnya
1. Ia berlaku pada bulan Rabiul Awwal.
Ini berdasarkan riwayat Ibnu Lahiiah dari Urwah Az Zubair. Menurut riwayat Ibnu Abi Syaibah dari Ibnu Abbas ia berlaku pada 12 Rabiul Awwal, tetapi Al-Hafiz Ibnu Kathir mendhaifkan riwayat ini. Di antara ulama yang memilih pendapat ini ialah Al-Hafiz Abdul Ghani Al-Maqdisi
2. Ia berlaku pada bulan Zulqaedah.
Ini merupakan pendapat As Suddiy
3. Ia berlaku pada bulan Rejab.
Ini merupakan pendapat Ibnu Hazm, dan juga Imam Nawawi di dalam kitabnya 'Ar-Raodhoh' ..Ada yang menyatakan 27 Rejab dan ada yang menyatakan ia berlaku pada malam Jumaat pertama di bulan Rejab. Ibnu Kathir juga mendhaifkan riwayat ini.
4. Ia berlaku pada bulan Ramadhan
Ini pendapat yang diputuskan oleh Al Waqidiy, dan riwayat Ibnu saad dari Ibnu Abi Saburah
5. Ia berlaku pada bulan Syawwal.
Ini berdasarkan riwayat At Thobari dan Al Baihaqi dari As Suddiy
6. Ia berlaku pada bulan Rabiul Akhir.
Ia merupakan pendapt Ibrahim Al-Harbiy dan ditarjihkan oleh Ibnu Munir.
Kesimpulan
1. Para ulama pengkaji sirah dan ahli hadis berselisih pendapat mengenai tarikh Isra' Mi'raj dengan perselisihan yang begitu banyak.
2. Tiada riwayat yang benar-benar sahih dan begitu jelas tentang tarikh peristiwa tersebut berlaku.
3. Apa yang penting ialah pengajaran dari peristiwa tersebut bukanlah tarikhnya. Jika tarikhnya penting nescaya pasti akan ada riwayat yang jelas dan sohih dari sahabat-sahabat baginda.
4. Memperingati Isra' dan Mikraj di bulan Rejab adalah berdasarkan pandangan Imam Nawawi dan Ibnu Hazm Rahimahumallah.
5. Tidak mengetahui tarikh sebenar Isra' dan Mikraj merupakan kejahilan yang tidak memudharatkan aqidah dan amalan.
6. Sambutan yang dilakukan di kebanyakan negara umat Islam adalah berdasarkan pandangan Imam Nawawi RA.
Rujukan
1. Al-Bidayah Wan Nihayah karya Ibnu Kathir
2. Al- Isra' Wal Mikraj, Musa Muhammad Al-Aswad.
1 komentar:
1xbet korean【Malaysia】fins no deposit bonus
1xbet 샌즈카지노 korean【Malaysia】fins 메리트 카지노 쿠폰 no deposit bonus. 1xbet korean,【WG98.vip】⚡, fins no deposit bonus. 1xbet korean,【WG98.vip】⚡. 1xbet
Posting Komentar