Dalam abad
ini
susah hendak
ditemui
seorang insan
yang benar-benar
menjiwai sunnah.
Percaya atau tidak
itulah hakikatnya
seorang eropah
tulen
yang sangat
menyintai hadis.
Al-Albani
dialah pengkaji hadis
dialah pengarang
buku-buku sunnah.
Al-Albani
tekun kau
meneliti hadis
gigih kau
mengikuti sunnah.
Al-Albani
akhlakmu sungguh dermawan
kau mudah belas kasihan
kepada yang susah.
Al-Albani
sepanjang hidupmu
malam dan siang
hingga akhir
hayatmu
tetap kau
membela sunnah.
Kaulah mujaddid
kaulah ulama hadis
yang termasyhur
di abad ini.
Jasamu
sungguh berharga
karya-karyamu
sungguh menakjubkan
sungguh kau
telah mendapat
hidayah kebenaran.
Moga Ilahi
merahmatimu, memberkatimu
dan mengasihanimu
wahai syeikh
yang mulia.
M.A.Uswah,
14 Ogos 2005.
(Baca sajak di atas ini dengan fikiran dan hati yang terbuka. Saya cipta puisi di atas ini bukanlah menunjukkan saya menyebelahi mana-mana pihak atau manhaj. Lagipun saya cipta sajak di atas sudah lama iaitu pada tahun 2005. Masa itu manhaj pegangan saya ialah salafi. Tapi, sekarang saya amat berfikiran terbuka dan memilih untuk berada di manhaj pertengahan. Tapi, walaubagaimanapun saya amat mengagumi kehidupan dan peribadi Syeikh Al-Albani ini. Saya cipta sajak di atas khusus untuk beliua sebagai mengenang dan menghargai jasa dan sumbangan beliau selama ini terutama dalam bidang ilmu hadis. Semoga Allah meredhainya dan menempatkannya dalam keluasan jannahNya.)
0 komentar:
Posting Komentar