Senin, November 10, 2008

SEMINAR TOKOH ULAMA SELANGOR 2008

TARIKH:
22 NOVEMBER 2008

TEMPAT:
PUSAT KONVENSYEN KUIS,
KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR.

ANJURAN:
JABATAN PERADABAN DAN PEMIKIRAN ISLAM,
AKADEMI ISLAM

DENGAN KERJASAMA:
BAHAGIAN DAKWAH,
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS)

PENDAHULUAN

Golongan ulama berperanan penting dalam membentuk sesebuah masyarakat yang berilmu, sejahtera dan berdaya saing. Menerusi jalinan keilmuan mereka, maka lahirlah beberapa generasi ulama berwibawa yang telah menyebarkan ilmu pengetahuan melalui institusi pendidikan yang telah diasaskan. Namun demikian, terdapat juga segelintir masyarakat Islam hari ini, yang kurang peka dengan sumbangan dan hasil karya yang dihasilkan. Lantaran itu, mereka berhujah mengikut pemikiran logik dengan mengenepikan pandangan ulama yang akhirnya berlaku pertelagahan sesama sendiri. Walaupun banyak kajian dan seminar mengenai ulama telah dibuat, namun tiada kajian lokasi untuk menjejaki ulama, mengumpul dan menganalisa hasil ilmiah mereka. Seminar mengenai tokoh-tokoh agama berwibawa ini amat perlu memandangkan peranan dan sumbangan mereka amat bernilai.

TUJUAN

Tujuan Seminar Tokoh Ulama Selangor 2008 ini adalah seperti berikut:

- Mengetengahkan tokoh-tokoh ulama di negeri Selangor dan sumbangan mereka dalam bidang ilmu agama dan dakwah Islamiah.
- Mempromosi dan menyebarkan hasil kajian serta cetusan intelektual tokoh-tokoh ulama Selangor kepada masyarakat umum.
- Meneruskan tradisi membudayakan pengkajian ilmu-ilmu Islam oleh tokoh-tokoh agama, khususnya di Selangor.
- Menimbulkan kesedaran dan kecintaan masyarakat Islam hari ini terhadap golongan ulama, peranan dan karya-karya yang telah dihasilkan.


SKOP SEMINAR

Kategori ulama yang akan dijadikan skop kajian adalah yang mempunyai kepakaran tersendiri dan tersohor sumbangannya di mata masyarakat sama ada daripada sudut pendidikan, perundangan, dakwah dan juga penulisan. Tokoh-tokoh tersebut adakan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu sebelum tahun 1900, 1901-1950, 1951- 2000 dan penumpuan kajian lebih kepada tokoh-tokoh yang telah meninggal dunia. Sebagai rujukan disenaraikan nama-nama tokoh ulama di Selangor yang boleh diketengahkan oleh pengkaji iaitu:

1.Syeikh Muhammad Bin Abdullah al-Suhaymi (m. 1925M).
2. Syeikh Muhammad Nor al-Khalidi (m. 1932M), Kg. Sungai Cincin, Gombak.
3. Syeikh Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani (Syaykh al-Islam Selangor/Mufti, sekitar tahun 1935-1952).
4.Sahibus Samahah Dato’ Haji Yusof Bin Sahabuddin (Mufti, sekitar tahun 1953-1968).
5. Sahibus Samahah Dato’ Haji Ghazali Bin Haji Abdullah (Mufti, sekitar tahun 1968-1973).
6. Sahibus Samahah Dato’ Haji Md. Salleh Bin Hassan Farid (Mufti, sekitar tahun 1974-1976).
7. Sahibus Samahah Dato’ Haji Hassan Bin Haji Omar ( Mufti, sekitar tahun 1976-1985).
8. Tengku Muhammad Bin Tengku Mahmud Zuhdi al-Fatani (m. 1976M).
9. Kiyai Haji Abdul Kamil, Sabak Bernam.
10. Kiyai Haji Muhammad Dahlan Bin Hassan Minhaj, Klang (m. 1978M).
11. Kiyai Haji Husain Bin Haji Abbas, Sijangkang (m. 1981M).
12. Kiyai Haji Ali, Sijangkang.
13. Kiyai Haji Khalil @ Muhammad, Bukit Naga, Klang.
14. Tuan Guru Ustaz Haji Fathullah Haron.
15. Tuan Guru Ustaz Haji Mohd. Shahar Bin Sulaiman, Jeram, Kuala Selangor.
16.Raja Othman, Kadi Besar Klang.
17. Syeikh Mahmud ’Arif al-Bukhari.
18. Kiyai Haji Qusyairi, Teluk Pulai, Klang.
19. Ustaz Abu Zaki Fadzil, dari Jam’iyah al-Da’wah al-Islamiyyah Selangor (m. 1998M).
20. Ustaz Abdul Jalil Safuan, dari Jam’iyah al-Da’wah al-Islamiyyah Selangor.
21. Syeikh Abdul Ghani Bin Abdul Hamid al-Mandaili al-Khalidi.
22. Qadhi Haji Muhammad Nur Bin Haji Ismail (m. 1934M).
23. Ustaz Haji Uthman Bin Abdullah, Kadi Kuala Lumpur pertama (m. 1919M).
24. Ustaz Haji Abdul Ghani Bin Haji Uthman.
25. Dato’ Haji Ishak Bin Baharum.

Namun, diduga masih ramai lagi nama-nama lain yang belum tersenarai seperti tokoh-tokoh agama setempat, ustaz-ustaz dan bekas-bekas kadi di setiap daerah dalam negeri Selangor. Sekiranya pengkaji mengenali dan mengetahui tokoh-tokoh ulama Selangor yang lain selain daripada yang disenaraikan di atas dipelawa untuk mengemukakan kajian masing-masing.

http://www.kuis.edu.my/malay

Tidak ada komentar: