Pages

Sabtu, April 25, 2009

Info Buku Lembaran Hidup Ulama' (Bahagian 1)

Imam Syafie & Imam Ahmad pandai bersyair? Imam Malik tahu menyanyi? Ibnu Firnas, lakukan cubaan pertama terbang di udara? Ibnu Sina, selamatkan perut raja? Ibnu Sirin, pandai menafsir mimpi? Ibnu Hazm, sibuk bercinta? Imam Nawawi, membujang demi ilmu? Hamka, ceramahnya boleh memukau orang? Imam Bukhari, kuburnya berwangi Misk? Jenazah Imam Ahmad, Said Nursi & Syeikh Al-Albani dihadiri ramai orang?

Buku ini mengajak pembaca untuk menyusuri kisah hidup para ulama dengan lebih mendalam lagi merangkumi kehidupan, peribadi, minat, ilmu, keluarga dan jasa-jasa dan sumbangan para ulama yang hebat. Agar mereka lebih mengenal keperibadian dan kehebatan-kehebatan para ulama dalam pelbagai bidang ilmu.

Buku ini menghimpunkan 35 biografi ulama seluruh dunia dalam pelbagai bidang ilmu. Di antaranya ulama yang alim dalam bidang ilmu fiqh, ilmu hadis, ilmu tasauf, ilmu sastera, ilmu perubatan, ilmu falsafah dan sebagainya. Ada di antara mereka yang mahir dengan memberi penumpuan satu ilmu itu secara mendalam dan ada juga yang mahir dalam kebanyakan bidang ilmu.

Buku ini juga telah disajikan dengan gambar-gambar para ulama yang menarik supaya anda lebih menghayati kehidupan seseorang ulama itu. Apabila kita melihat wajah seseorang ulama, itu sebenarnya telah dikira sebagai ibadah.

Selain daripada gambar-gambar para ulama, buku ini juga diselangi dengan kata-kata hikmah para ulama di akhir setiap biografi para ulama. Juga turut diselangi dengan puisi-puisi para ulama yang menarik. Saya juga telah menciptakan dua puisi khusus mengenai ulama untuk buku ini.

Di harapkan, buku ini dapat lebih menyedarkan kita akan kehidupan para ulama yang penuh dengan kemuliaan dan manfaat yang jarang kita hayati, peribadi mereka yang jarang kita teladani, sifat dan minat mereka jarang kita ketahui, keluarga mereka yang jarang kita ambil tahu dan sumbangan mereka yang jarang kita hargai.

3 komentar:

nz mengatakan...

baru baca sampai perenggan kedua ulasan ni dah terbayang dah mesti hebat pengisiannya.

rupanya buku saudara ya.

tahniah!

tp sy terlps expo buku PWTC tu.. tp pasti akan diedarkan nnti di bookstores ya.

Muhammad mengatakan...

Majlis Ilmu Dari Buku Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad


Majlis-majlis Ilmu Bulanan bertujuan memberi kemudahan kepada masyarakat Kuala Lumpur dan Selangor khususnya serta masyarakat Malaysia ‘amnya menimba ilmu ajaran agama Islam yang ditinggalkan dan diwasiatkan oleh Al-Habib Abdullah bin Alawi Al-Haddad.

Huraian dari buku-buku beliau akan dihuraikan dalam Bahasa Malaysia.

Kesemua Majlis Ilmu seperti jadual dibawah ini akan diadakan di Masjid Baitul Aman 102 Jalan Damai di Jalan Ampang, Kuala Lumpur:

Majlis Bacaan Ratib Al-Haddad serta Syarahan dan Huraiannya setiap Selasa malam Rabu selepas Solat Maghrib
Hari Sabtu 16 May 2009 mulai Solat Maghrib sehingga jam 9:30 malam huraian buku berjudul ‘Nasihat Agama dan Wasiat Iman’
Hari Ahad 17 May 2009 mulai Solat Maghrib huraian buku berjudul ‘Dakwah yang Sempurna dan Peringatan yang Utama’
Agar kita mengambil peluang untuk menghadiri majlis diatas untuk pendoman perjalanan kita ke akhirat.

Jadual ini akan diulangi pada minggu ketiga atau keempat setiap bulan dan akan dimaklumkan pada majlis semasa.

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam masjid.

Semoga kami semua dapat manfaat dan diberkati Allah dengan usaha menimba ilmu yang diwajibkan oleh Allah s.w.t. serta RasulNya Muhammad s.a.w. Amin

http://pondokhabib.wordpress.com

Asyima Binti Dollah mengatakan...

teriam kasih=)