Tidak banyak yang mengetahui bahawa ilmu matematik, algoritma, aljabar dan beberapa lainnya merupakan karya seorang ilmuwan Muslim bernama Al-Khawarizmi (770-840 M). Komik ini berusaha menampilkan biografi sang ilmuwan, yang dimulai sejak ia kanak-kanak. Bahagian-bahagian awal komik terasa menjemukan kerana ritmanya yang lambat dan lebih menceritakan perjalanan kedua orangtuanya pindah dari kota kelahirannya (kini bahagian dari Uzbekistan) ke arah selatan kota Baghdad. Setelah 1/3 buku, barulah cerita mulai padat.
Karya Al-Khawarizmi terhitung banyak, termasuk penciptaan bola dunia dan peta dunia, lengkap dengan perhitungan luas keliling bumi. Kitabnya Al-Jabr Wa Al-Muqabilah, adalah kitab yang kelak menjadi rujukan utama ilmu aljabar di seluruh dunia. Beliau juga menyusun kitab tentang astronomi. Ilustrasi dalam komik ini termasuk bagus dan realistis. Bahasa visual mudah difahami dan mudah diikuti.
Lihat isi komiknya:
http://books.google.com.my/books?id=JB3htlhm8bwC&printsec=frontcover#v=onepage&q=&f=false
3 komentar:
Salam.. ni komik versi melayu ke? kalau versi melayu sy nak tempah boleh?
Waalaikumussalam, komik ini versi Indonesia. Saya rasa komik ini tiada jual di sini. Kalau di Fajar Ilmu Baru, Jalan Masjid India saya tidak pasti pula. Di situ banyak jual buku2 Indonesia.
Saya pun cuba berusaha nak dapatkan komik ini. Komik ini ada banyak siri. Lebih kurang ada 11 siri lebih begitu.
Ye ke.. alahai.. sy minat komik mcm ni.. tp tade nak wat camne
Posting Komentar