~ Bahawasanya Rasulullah saw adalah manusia yang paling tampan wajahnya, paling bagus bentuk penciptaannya, tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek. (Muttafaq alaih)
~ Bahawasanya Rasulullah saw berkulit putih dan berwajah elok. (Muslim)
~ Bahawasanya badan Rasulullah saw tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu pendek, dadanya bidang, janggutnya lebat, rambutnya sampai ke daun telinga, aku (sahabat) pernah melihatnya berpakaian merah dan aku tidak pernah melihat yang lebih indah daripadanya. (Bukhari)
~ Bahawasanya wajah Rasulullah bulat bagaikan matahari dan bulan. (Muslim)
~ Bahawasanya apabila Rasulullah saw gembira, wajahnya menjadi bercahaya seolah-olah seperti belaian bulan dan kami semua mengetahui yang demikian itu. (Muttafaq alaih)
~ Bahawasanya tidaklah Rasulullah saw tertawa kecuali dengan senyum dan apabila kamu memandangnya maka kamu akan menyangka bahawa baginda memakai celak pada kedua matanya, padahal baginda tidak memakai celak. (Tirmizi. Hasan)
~ Dari Aisyah ra, dia berkata
"Tidak pernah aku melihat Rasulullah tertawa terbahak-bahak sehingga kelihatan batas kerongkongnya. Akan tetapi tertawa baginda adalah dengan tersenyum". (Bukhari)
~ Dari Jabir bin Samurah ra, dia berkata:
"Aku pernah melihat Rasulullah saw pada malam bulan purnama. Aku memandang baginda sambil memandang bulan. Baginda mengenakan pakaian merah. Maka menurutku, baginda lebih indah daripada bulan." (Tirmizi, dia berkata: Hadis hasan gharib. Dan disahihkan oleh al-Hakim serta disetujui oleh az-Zahabi)
(Dipetik dari buku Mengenal Peribadi Rasulullah SAW karya Syeikh Muhammad Jamil Zainu)
Senin, Agustus 03, 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
4 komentar:
masyaAllah, indahnya drimu ya Rasulullah..
Subhanallah..
Baginda sygkan umatnya. Baginda mnjadi inspirasi sy..
Indahnya Rasulullah
Subhanallah...Baginda bukan sahaja indah tetapi tersangat sayangkan umatnya sehingga masih menyebut umatku sebelum ajal...saya cukup tersentuh akan sayangnya baginda pada umatnya...
Posting Komentar