Pages

Senin, November 16, 2009

Wafatnya Dr Muhammad Sulaiman Al-Asyqar

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un.

Dr Muhammad Sulaiman Al-Asyqar, saudara lelaki kepada Dr Umar Sulaiman Al-Asyqar, seorang ulama terkenal, telah wafat pada pada petang Ahad, 15 November 2009 (kelmarin) di Amman, Jordan.

Beliau telah dimasukkan ke hospital pada hari Rabu, 11 November 2009. Jenazah beliau akan disolatkan pada hari ini, Isnin, 16 November 2009 di Masjid Maqbarah Sahab, Amman, Jordan.

Semasa hayatnya, Dr Muhammad pernah belajar dengan Syeikh Muhammad Amin al-Syinqiti, seorang ulama tafsir terkenal dan pengarang
kitab tafsir Adhwaul Bayan.

Beliau telah banyak menghasilkan karya antaranya
ialah Zubdah at-Tafsir min Fath al-Qadir (Ringkasan Tafsir Asy-Syaukani), Sahih Musnad al-Imam Ahmad 'Ala Sharti al-Bukhari dan lain-lain. Antara yang sudah diterjemahkan ke dalam bahasa Indonesia berjudul Suskses Akhirat: Panduan Amal Meraih Syurga.

Beliau telah memberikan jasa yang banyak dalam dunia ilmu.

Semoga Allah merahmati beliau.

Sumber:
http://islamtoday.net/albasheer/artshow-12-122834.htm
http://www.ahlalhdeeth.com/vb/showthread.php?p=1171051
http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=9053.html

1 komentar:

zwaniislam mengatakan...

sesungguhnya benarlah sabda
Rasulullah SAW yg berbunyi,

إِنَّ اللَّهَ لَا يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ حَتَّى إِذَا لَمْ يُبْقِ عَالِمًا اتَّخَذَ النَّاسُ رُءُوسًا جُهَّالًا فَسُئِلُوا فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا



Maksudnya: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan merenggutnya dari para manusia, namun ilmu itu dicabut dengan diwafatkannya para ulama. Sehingga apabila Allah tidak berbakikan lagi seorang ‘alim, maka manusia akan mengambil para pembesar mereka dari kalangan orang-orang jahil, maka apabila ditanya (tentang agama) lantas dia berfatwa tanpa ilmu, sehingga mereka sesat dan menyesatkan.”
(HR Al-Bukhari: 1: 174-175, Muslim no: 2673, At-Tirmidzi 2652)

Semalam, semasa kelas Qawa'id Lughowiyyah 2, Dr. Asyraf Bani Kinanah ada mendapat SMS dari seorang sahabatnya. Kemudian, beliau diam sebentar dan memberitahu tentang pemergian salah seorang Ulama' terkenal, Asy-Shaykh Dr. Muhammad Sulayman Al-Asyqar, yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Amman, petang semalam (15/11/2009) .

Asy-Shaykh Rahimahullah telah dimasukkan ke hospital hari Rabu lepas. Jenazah beliau telah disolatkan dan dikebumikan di Amman petang tadi.(mendapat maklumat terus menerus sbb ana di bumi anbiyak jordan)