Rabu, Juli 21, 2010

Dr Yusuf al-Qaradawi: Sejarah Hidup dan Pemikiran (Siri 2)

Oleh Mohd Rumaizuddin Ghazali


Hubungannya dengan Muhammad al-Ghazali

Menurut al-Qaradawi, hubungan dengan Muhammd al-Ghazali bermula pada tahun 1940an. Ketika itu, al-Qaradhawi di akhir peringkat rendah dan pada awal peringkat menengah di Maahad Tanta selepas beliau berkecimpung dengan gerakan Ihkwan. Hubungan mereka bertambah erat apabila mereka di penjara akibat peristiwa penangkapan terhadap pemimpin Ikhwan pada Disember 1948. pada ketika itu al-Qaradhawi masih lagi menuntut di tahun lima Maahad Tanta.Beliau ditahan di penjara Tanta selama sebulan sebelum dibawa ke penjara Tur. Beliau ditahan bersama rakan-rakannya. Antaranya Ahmad Asal, Hikmat Bakir, Shafiq Abu Basha, Haji Ibrahim Bajuri, Husni al-Zamrani,Haji Mahmud Ubait, Jamluddin Fakiah, Muhammad Damradish Murad dan Misbah Muhammad Abduh.
Semasa di penjara Tur, al-Qaradhawi tinggal bersama dengan Muhammad al-Ghazali dalam satu sel. Al-Qaradwi begitu gembira apabila ia mengetahui al-Ghazali bersama beliau dalam bilik penjara tersebut. Dalam penjara ini, Muhammad al-Ghazali menyampaikan pengajian dan siri syarahan kepada mereka. Mereka juga telah melantik Muhammad al-Ghazali sebagai ketua mereka apabila al-Bahi al-Khuli berpindah penjara di Kaherah. Dalam penjara ini juga, al-Qaradawi mengenali Sayyid Sabiq, pengarang kitab Fiqh al-Sunnah.

Rakan-rakannya

Antara rakan-rakan karibnya ialah Abdullah Uqail, Ahmad Asal, Abdul Wahab al-Batattuni, Muhammad Saftawi, Abdul Wadud al-Syalabi . Manakala rakannya dari Malaysia.ialah Ustaz Dahlan Arshad yang merupakan kenalan mereka sejak tahun 1970an ketika al-Qaradhawi datang ke Malaysia dan beliau merupakan orang yang dipercayai oleh al-Qaradhawi untuk menterjemahkan ceramahnya apabila al-Qaradhawi berada di Malaysia. Di samping irtu, beliau juga berkenalan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika Anwar menjadi Presiden ABIM. Hubungan dengan kepimpinan ABIM terus berjalan dari saat itu sehingga kini. Setiap kali beliau datang ke Malaysia, tempat yang wajib beliau ziarahi adalah pejabat ABIM. Menurut penelitian penulis, ABIM merupakan gerakan Islam pertama yng mengundang al-Qaradhawi untuk datang ke Malaysia dan mengenalkannya kepada masyarakat Islam di sini. Sejak itu, al-Qaradhawi mulai dikenali dan akhir-akhir ini ia semakin dikenali melalui buku-buku terjemahan dan ada buku-bukunya yang dijadikan teks pengajian universiti di Malaysia. Oleh itu, ABIM berkongsi pengalaman dengan al-Qaradhawi dalam mewarnai aliran sederhana dalam masyarakat Islam di Malaysia yang semakin subur kini.

Ilmu-ilmu yang diminatinya

Al-Qaradhawi amat mencintai segala ilmu Islam dan ilmu yang dapat membantu ilmu-ilmu Islam tersebut. Sebagai seorang ulamak besar, mencintai ilmu merupakan satu kemestian. Penulis pernah berjumpa dengan al-Qaradawi di Pameran Buku Antarabangsa di Kaherah pada tahun 1994 dan meneliti buku-buku terbaru. Beliau sentiasa membeli buku-buku terbaru. Ini menunjukkan minatnya membeli dan membaca buku-biku walaupun telah menjadi ulamak besar.

Menurutnya, beliau sangat mencintai bahasa Arab kerana bahasa Arab merupakan lidah rasmi Islam. Di samping itu, bahasa Arab merupakan syarat memahami al-Quran dan al-Sunnah,. Beliau menyebutkan bahawa pada hakikkatnya, saya sangat mencintai segala jenis ilmu Islam serta ilmu-ilmu bantu yang dapat memberi kefahaman ilmu-ilmu Islam itu. Oleh itu, saya amat mencintai bahasa Arab kerana bahasa Arab merupakan lidah rasmi Islam. Di samping itu, bahasa Arab adalah syarat memahami al-Quran dan al-Sunnah, ijtihad dan cara pengambilan hukum.

Menurut al-Qaradhawi, bahawa beliau menghadapi dua pendirian terpenting dalam memilih pengkhususan pengjiannya iaitu pertama selepas tamat sijil menengah untuk memilih kuliah yang ingin dimasukinya. Banyak orang menasihati beliau agar menyambung pelajran di Kuliah Darul Ulum di Uniersiti Fuad I (Universiti Kaherah) atau Kuliah Bahasa Arab di Universiti al-Azhar kerana mereka mengetahui kebolehannya dalam bahas Arab dan kesusasteran dan mengubah puisi sejak awal usia. Tetapi beliau secara peribadi memilih Usuluddin kerana saya sangat mencintai ilmu-ilmunya. Ini juga disebabkan beliau pernah belajar pada peringkat rendah dan menengah di al-Azhar dari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan bahasa Arab. Perkara ini sudah memadai untuk belajar sendiri. Sementara kuliah Usuluddin mempunyai subjek tafsir, hadith, akidah, falsafah, akhlak, sejarah Islam yang merupakan subjek asas dalam membentuk akal pemikiran Islam. Oleh itu, beliau memasuki kuliah Usuluddin dan tamat dengan menjadi graduannya.

Pendirian kedua yang beliau ambil ialah selepas penubuhan bahagian pengajian tinggi di kuliah Usuluddin pada tahun 1957. Ia mempunyai dua jabatan iaitu Jabatan Tafsir dan Hadith dan Jabatan Akidah dan Falsafah. Setiap jabatan tersebut mempunyai keistimewaannya tersendiri. Keistimewaan jabatan yang pertama adalah nyata dan keistimewaan jabatan kedua kerana ia merupakan wasilah untuk mengetahui pemikiran dunia, falsafah-falsafah semasa, sejarah pemikiran dan menolak pemikiran yang salah dari perspektif Islam. Ijazahnya mencukupi syarat untuk memasuki kedua-dua jabatan tersebut. Walaupun begitu, markah dalam pelajaran akidah dan falsafah lebih tinggi. Beliau berbelahbagi untuk memilih antara jabatan tersebut sehinggalah beliau berjumpa dengan gurunya Dr. Muhammad Yusuf Musa. Beliau menyarankannya agar memasuki Jabatan Tafsir dan Hadith.

Al-Qaradawi menyebutkan bahawa Dr. Muhammad Yusuf Musa menceritakan mengenai dirinya yang merupakan profesor dalam bidang falsafah tetapi sekarang mengajar di kuliah Syariah. Syariah merupakan asas dan matlamat. Beliau menyebutkan saya mempunyai asas dalam bidang falsafah yang membolehkan saya membaca sendiri.

Oleh itu, kita dapati al-Qaradhawi mempunyai keluasaan ilmu Islam semua bidang hasil pembelajaran di fakulti Usuluddin dan juga melalui pembacan buku-buku.Sebagai seorang ulamak, beliau bukan sahaja pakar dalam sesuatu bidang yang dipelajari tetapi juga dalam ilmu yang berkaitan dengan ilmu-ilmu Islam seperti fiqh dan usul fiqh. Malahan banyak orang menyangka beliau adalah graduan dari kuliah Syariah. Sebenarnya, beliau adalah anak didik dari kuliah Usuluddin. Oleh kerana beliau sentiasa mengambil berat mengenai kebebasan dari taqlid,ijtihad, membuat tarjih antara pendapat-pendapat ulamak dan mengeluarkan fatwa maka orang ramai menyangka beliau adalah graduan kuliah Syariah.

Beliau menyebutkan bahwa sekarang saya membaca segala ilmu-ilmu Islam. tafsir, hadith, fiqh, usul Fiqh, tauhid, sejarah, tasawuf dan akhlak, Ramai orang menyangka –kerana saya lebih tumpu kepada fiqh dan usul Fiqh- saya graduan kuliah Syariah.Sebenarnya, saya anak didik kuliah Usuluddin tetapi perjuangan kebebasan dari taqlid dan asabiyyah menjadikan saya lebih tertumpu kepada kefahaman al-Quran dan al-sunnah, membuat perbandingan antara pendapat-pendapat ulamak dan mazhab dengan merujuk kepada dalil-dalil asli. Di samping itu, saya sentiasa mengeluarkan fatwa-fatwa sejak dahulu lagi secara tulisan dan bertutur.

Al-Qaradawi mengakui bahawa beliau bukan sahaja membaca buku-buku mengenai ilmu-ilmu Islam tetapi juga buku-buku kesusasteraan, sejarah falsafah, pendidikan, sosiologi, ekonomi dan lain-lain dari ilmu kemanusiaan. Beliau mempunyai perpustakaan sendiri yang mengandungi buku-buku rujukan dalam ilmu-ilmu tersebut.Walaupun begitu, beliau sentiasa berhati-hati keika membaca buku-buku tersebut kerana dikhuatiri ada unsur-unsur serangan pemikiran terutama ilmu-ilmu mengenai agama dan aliran-aliran ynag bertentangan dengan Islam. Beliau mengakui ilmu-ilmu tersebut merupakan kemestian dalam membentuk seorang tokoh muslim semasa.

Pekerjan rasmi dan anugerah

Al-Qaradhawi pernah menjawat beberapa jawatan. Antara jabatan-jawatan tersebut ialah :

i. Penyelia Hal Ehwal di Kementerian Wakaf dan Jabatan Kebudayaan Islam al-Azhar.

ii. Pengarah Kolej Agama, Qatar selama 12 tahun sejak tahun 1961

iii. Pengarah bahagian bahagian Pengajian Islam di Fakulti Pendidikan pada tahun 1973

iv. Pengasas dan Dekan Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Qatar.pada tahun 1977 sehingga tahun 1989/90

v. Pada tahun 1991, menjadi Pengarah Pusat Pengkajian Sunnah dan Sirah, Universiti Qatar. Beliau menjawat jawatan tersebut sehingga sekarang.

vi. Pada tahun 1990/91 menjadi pensyarah pelawat di Algeria.

Al-Qaradhawi juga menjadi ahli beberapa majlis dan yayasan tempatan dan antrabangsa yang memberi tumpuan kepada pemikiran, pengetahuan, hal ehwal Islam dan dakwah. Antaranya ialah :

1. Majlis Rabitah al-Alam al-Islami, di Mekkah,
2. Majlis Diraja Untuk Pengajian Tamadun Islam di Jordan,
3. Pusat Pengajian Islam di Oxford,
4. Majlis Universiti Islam Antarabangsa Islamabad,
5. Organisasi dakwah Islam di Khortum, Sudan
6. Mjlis Tinggi Pendidikn di Qatar
7. Majlis Pusat Penyelidikn Tamadun di Qatar
8. Ahli Lembaga fikih Islam di Mekah
9. Ahli Liga Kesusasteraan Islam
10. Ahli Gabungan ekonomi Islam di kaherah
11. Ahli Majlis dana Islam di Qatar
12. Ahli Majlis Pengajian Islam Eropah di Perancis
13. Ahli Yayasan Media Islam Antarabangsa di Islambad, Pakistan.
14. Menjawat jawatan Pengarah Lembaga Pengawasan Syariah di beberapa bank Islam. Antaranya ialah Bank al-Taqwa yang berpusat di Swizterland dan Bank Islam Qatar
15. Penasihat dalam majalah muslim Mua’asir, Islamiyyat al-Ma’rifat dan Jurnal Syariah dn Pengajian Islam, Universiti Qatar.

Beliau telah mendapat anugerah antaranya ialah :

1. Anugerah Ekonomi Islam daripada Islamic Development Bank pada tahun 1411H
2. Anugerh Antarbangsa Raja Faisal dalm bidang pengkajian Islam pada tahun 1413H bersama dengan Sayyid Sabiq.
3. Anugerah Kecermerlangan Sarjana Universiti Islam Antarbangsa Malaysia pada tahun 1996
4. Anugerah Sultan Hasan al-Bulkiah Sultan Brunei dalam bidang Fiqh pada tahun 1997.
5. Anugerah Sultan al-Uwais, Emeriat Arab Bersatu pada thun 1999.
6. Anugerah Antarabangsa Dubai pada tahun 2000

Al-Qaradhawi menceritakan bahawa beliau lebih bergembira menerima hadiah wang semasa kecil yang bernilai satu setengah junaih Mesir (RM 1000) apabila memenangi tilawah menghafal al-Quran.Hadiah tersebut lebih memberi kesan kepada jiwanya daripada menerima wang 50 ribu dollar dari Anugerah Sultan Brunei dan satu perempat juta Dirham dari Anugerah Emiriat kerana wang yang diterima semasa kecil itu telah merubah keperibadian menjadi seorang ulamak pada saat ini. Wang yang diterima dari anugerah-anugerah tersebut disumbangkan untuk dakwah dan peryebaran Islam.

http://www.mindamadani.my/content/view/107/2

0 Ulasan:

Poskan Komentar