Rabu, Juli 21, 2010

Dr Yusuf al-Qaradawi: Sejarah Hidup dan Pemikiran (Siri 4)

Al-Qaradawi sebagai Pemidato

Ketokohan al-Qaradawi bukan sahaja dalam bidang penulisan tetapi juga dalam bidang pemidatoan. Pemidatoannya yang jelas dn terang. Bakat pemidataoannya terserlah sejak kecil lagi apabila sering dipanggil untuk memberi ceramah sempena hari kemuliaan Islam oleh penduduk kampungnya. Walaupun usianya telah melebihi 70 tahun, beliau masih gagah berdiri berpidato dengan suara yang lantang dalam mempertahankan Islam semasa berceramah di Hotel Pan Pacific. Beliau menyebutkan walaupun usia telah melebihi 70 tahun tetapi jiwannya tetap muda terutama dalam mempertahankan Islam. Pemidatoannya berjaya menarik minat orang ramai. Neliau mengunakan bahasa yang begitu mudah difahami oleh segenap lapisan masyarakat.
Al-Qaradawi mula berkhutbah di mimbar Jumaat semenjak usia 17 tahun. Khutbah yang pertama disampikan ialah di Masjid Mutawalli dikampung Shafat al-Turab.Pada masa itu, beliu msih lagi belajar di tahun 4 peringkat rendah di Maahad Tanta. Tajuk khutbah yang disampaikan ialah bertajuk syukur.

Sementara itu, beliau mula mengajar agama di masjid ketika berusia 16 tahun. Pada tahun 1951, beliau bertugas menjadi khatib di Masjid Ali Taha di Mahallah al-Kubra. Pada tahun 1956, beliau menjadi khatib di Masjid Zamalik selama satu tahun setengah. Selepas menetap di Doha, Qatar pada tahun 1961, beliau menyampaikan khutbah dan ceramah-ceramah agama di masjid seperti Masjid Syeikh Khalifah bin Hamid, Masjid Abu Bakar al-Siddiq dan Masjid Umar bin Khatab.

Keluarga

Al-Qaradawi telah berkahwin pada tahun 1958 dan dikurniakan 7 orang anak 4 orang perempuan dan 3 orang lelaki. Anak-anaknya ialah Ilham, Siham, Ala Asma’, Muhammad, Abdul Rahman dan Usamah. Ilham dan Siham merupakan pensyarah di fakulti Sains, Universiti Qatar, manakala Abdul Rahman merupakan graduan masters bidang Usul fiqh, Universiti Kaherah pada tahun 2000. Muhammad adalah graduan Ph.d dalam bidang kejuteraan dari Universiti Florida, Amerika Syarikat.

Pujian-pujian Ulama terhadap al-Qaradhawi

Al-Qaradawi telah menerima kepercayaan dari golongan ulamak dan sarjana Islam atas sumbangan beliau dalam bidang dakwah dan ilmu. Antaranya ialah :

Muhammad al-Ghazali menyifatkan al-Qaradhawi dengan menyebutkan bahawa al-Qaradhawi merupakan seorang yang mengabungkan antara fiqh teori dengan realiti. Dahulu beliau merupakan murid dan saya merupakan gurunya tetapi sekarang beliau merupakan guru dan saya menjadi muridnya pula. Abu Hassan al-Nadwi menyifatkan al-Qaradhawi seorang yang benar-benar sebagai alim, ulamak serta pendidik yang terkemuka. Menurut al-nadwi, Al-Qaradhawi merupakan ulamak lulusan al-azhar yang bergiat dalam bidang dakwah dengan menggabungkan aspek kefahaman Islam yang benar dengan reality dunia sekarang. Beliau mengabungkan cirri-ciri dakwah dan manhaj hassan al-banna dengan akademik yang diperolehi di al-azhar. Beliau mengabungkan cirri-ciri tradisi dan modern yang merupakan sebaik-baik manhaj.

Mustafa al-Zarqa’ menyebutkan al-Qaradhawi sebagai seorang tokoh semasa yang merupakan anugerah ilahi kepada umat Islam sekarang. Tariq Basri menyebutkan bahawa kita sekarang berada dalam zaman al-Ghazali dan al-Qaradhawi. Taha Jabir al-Alwani, Pengerusi Institut Pemikiran Islam Antarbangsa menyatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang bercirikan pendakwah dan pendakwah yang bercirikan ahli feqah. Muhammad Fathi Uthman seorang pemikir Islam menyebutkan al-Qaradhawi seorang fuqaha dan pendakwah yang terkemuka yang berinteraksi dengan realiti kehidupan. Ahmad al-Risuni, Ketua Pertubuhan Tauhid dan Tajdid di Maghribi mengatakan al-Qaradhawi seorang ahli feqah yang yang memahami tujuan-tujuan syariat. Adil Husain, seorang penulis Islam Mesir mengatakan al-Qaradhawi sebagai seorang ahli feqah yang beraliran sederhana dalam zaman kini.

Mustafa al-Zarqa' menyebutkan bahawa ada empat orang ulamak yang merupakan anugerah Allah kepada umat Islam pada zaman kini iaitu syeikh ali Tantawi, Abu Hassan Ali al-Nadwi, Muhammad al-Ghazali dan Yusuf al-qaradhawi. Menurutnya lagi buku fiqh al-awwalawiyyat al-Qaradhawi adalah buku yang terbaik dan bernilai dalam menjelaskan kleutamaan dalam Islam yang sangat diperlukan oleh umat Islam sekarang. Sementara Husain Ahmad Kadi, Ketua Jamiah Islamiah, Pakistan menyebutkan bahawa apabila al-Maududi meninggal dunia, ribuan orang telah solat jenazah ke atasnya. Kami bermesyuarat untuk memilih sipakah yang layak untuk menjadi imam solat jenazah tersebut. Lalu kami memilih Yusuf al-Qaradhawi. Peristiwa tersebut mengambarkan penghormatan kami terhadap beliau. Saudara Ahmad Azam Abdul Rahman, Presiden ABIM dalam kata-kata aluan buku Dawr al-Qiyam wa al-Akhlaq Fi al-Iqtisad al-Islami (Peranan Nilai Dan Akhlak Dalam Ekonomi Islam ) menyebutkan: “Mereka merupakan tokoh-tokoh agung yang menghabiskan sebahagian besar masa dalam meneliti, mengkaji dan menginterpretasikan ajaran Ilahi ke dalam konteks kehidupan semasa. Hasil pemikiran mereka layak untuk kita baca, kita renungkan dan kita aplikasikan dalam kehidupan sehari-hari sedaya upaya. Sebab kemungkinan besar itulah bekal minda dan prasyarat kebangkitan kita di masa yang akan datang.”

http://www.mindamadani.my/content/view/106/2

2 komentar:

An-Nur Al-inna mengatakan...

Salamun alaik???tentang sumbangan beliau sepanjang hayat xde ke ya akhi???

AcH!k_5457 mengatakan...

ade x sumbangan al-qardhawi dalam sains dan teknologi??