Pages

Rabu, Agustus 04, 2010

Syeikh Mustafa al-'Adawi, Lulusan Teknik Mesin Yang Menjadi Ulama'

Di antara dai ahli sunnah dan ulama' yang cukup terkenal dari Mesir ialah Syeikh Mustafa al-'Adawi. Dia lahir pada tahun 1945 di sebuah kampung bernama Maniah Samnud di wilayah al-Daqhaliah. Dia pernah menempuhi pendidikan di falkuti teknik tepatnya jurusan teknik mesin tahun 1977.

Dia ialah di antara orang yang san
gat perhatian dengan al-Quran oleh kerananya tiga puluh juz dari al-Quran sudah ada di luar kepala beliau.

Dari Pakar Teknik Mesin Menjadi Alim Ulama'


Sebagaimana kebiasaan para ulama' terdahulu, dia pernah melakukan rihlah ilmiah (perjalanan dalam rangka menuntut ilmu). Dia tinggalkan kampung halaman tercinta menuju Yaman tepatnya untuk belajar dengan Syeikh Muqbil bin Hadi al-Wadi’i. Selama kurang lebih rentang waktu empat tahun terhitung dari 1400 H sampai 1404 H dia hadiri berbagai pelajaran ilmiah yang disampaikan oleh Syeikh Muqbil. Selama jangka waktu yang sebenarnya tidak begitu lama ini dia merasa mendapat ilmu yang demikian banyak.

Sekembali dari Yaman dia membina sebuah masjid kecil sebagai tempat beliau mengajarkan ilmu yang telah beliau peroleh selama ini kerana ilmu yang manfaat adalah ilmu yang diajarkan kepada orang lain, bukan hanya sekadar disimpan untuk diri sendiri. Di masjid ini dia mulai mengajarkan Sahih Bukhari, Muslim, tafsir al-Quran dan Fiqh.

Ketika mulai banyak penuntut ilmu yang ingin belajar ilmu-ilmu agama kepadanya baik dari Mesir ataupun di luar Mesir, dia mulai membina sebuah masjid besar dan perpustakaan yang besar pula.

Di samping mengajar di masjid sendiri, dia juga memiliki berbagai kajian rutin setiap pekannya di berbagai wilayah di Mesir.

Karya-karyanya


Di samping aktiviti mengajar, dia juga mengeluti bidang tulis-menulis. Dia cukup aktif menulis di bidang fiqh, hadis, mustahalah hadis dan tafsir. Dia punya obsesi besar untuk menulis tafsir al-Quran dalam bentuk tanya jawab. Program ini dia namai at Tashil li Ta’wil at Tanzil (cara mudah belajar tafsir al-Quran). Di antara buku yang sudah beredar di pasaran adalah tafsir untuk surah al-Baqarah, Ali Imran, an-Nisa’, an-Nur, al-Hujurat, al-Qashash, Yusuf, juz amma dan juz 29.

Dalam bidang fiqh, dia menulis kitab al Jami’ li Ahkam al Nisa’ (Buku Lengkap Tentang Hukum-Hukum Seputar Wanita). Buku ini terdiri dari lima jilid dengan perincian empat jilid berisi huraian sedangkan jilid kelima berisi tanya jawab praktis tentang kandungan empat jilid sebelumnya.


Di samping itu, dia juga menulis buku fiqh yang bersifat umum. Judul buku tersebut adalah al Jami’ al ‘Amm fi al Fiqh wa al Ahkam (buku lengkap tentang fiqh dan hukum).


Karya-karyanya yang lain di antaranya adalah:


- Tarbiyah Al-Abna’ wa Thaifah min Nasha-ihi al-Athibba-i (Bagaimana Nabi Mendidik Anak - Terjemahan buku Indonesia)
- Ahkam An-Nikah wa Az-Zifaf (Tanya Jawab Masalah Nikah Dari A Sampai Z - Terjemahan buku Indonesia)
- al-Sahih al Musnad min Ahadis al-fitan wa al Malahin wa Ayrath al-Sa’ah (Kumpulan hadis-hadis sahih mengenai huru hara akhir zaman)
- al-Sahih al-Musnad min Adzkar al-yaum wa al Lailah (Kumpulan hadis sahih mengenai zikir-zikir harian)
- al-Sahih al-Musnad min fadhail al-Sahabah
(Kumpulan hadis sahih mengenai keistimewaan para shahabat Nabi)
- al-Sahih al-Musnad min al-Ahadis al-Qudsiah
(Kumpulan hadis-hadis qudsi yang sahih)

Senantiasa dia bersungguh-sungguh dalam berdakwah, menyebarkan ilmu dan produktif menulis buku. Semoga Allah melimpahkan keberkahan untuk ilmu dan amal beliau.

Diterjemahkan & tambahan dari bahasa Indonesia:
http://ustadzaris.com/orang-teknik-mesin-yang-jadi-ulama

2 komentar:

MOHD NOR HIDAYAT mengatakan...

terima kasih kerana menulis sedikit mengenai syeikh yg pernah kami pelajari di mansurah, mesir ini. sedikit yg dapat saya kongsi.. sewaktu beliau mengajar tafsir, beliau sering kali mengesat dahinya mcm seolah2 ada peluh di dahi. ketika mengajar sahih bukhari, kami pelajar malaysia duduk dibelakang kerana takut ditanya syeikh tentang perawi hadis yg kami tak tahu.. syeikh ada seorang pelajar terbaiknya dari indonesia, kalau tak silap sulawesi... syeikh suka mengadakan kuiz soal jawab ketika mengajar hadis, kalau betul dapat hadiah wang... sedikit yg kami dapat.

MOHD NOR HIDAYAT mengatakan...

sedikit yg kami dapat kongsi..bukan dapat duit...